MENJAWAB KENYATAAN RASMI ATOMY MALAYSIA
Saya terpanggil untuk memberikan penjelasan selepas membaca KENYATAAN RASMI ATOMY MALAYSIA. Mari kita baca persoalan yang timbul dari KENYATAAN RASMI ATOMY MALAYSIA.
1. Atomy Malaysia tidak menderma atau menyumbang kepada mana-mana organisasi agama, yayasan atau pihak untuk penggunaan mana-mana aktiviti keagamaan di Malaysia atau di luar Malaysia.
PERSOALAN :-
- Benarkah Atomy Malaysia tidak menderma atau menyumbang kepada mana-mana organisasi agama, Yayasan atau pihak untuk aktiviti keagamaan di Malaysia atau di luar Malaysia?
- Sumbangan buat Rumah Victory Children Home yang merupakan sebuah pertubuhan kebajikan Kristian https://www.malaysiancare.org/zh_CN/csc/rumah-victory-children-s-home-2154 yang dipaparkan di website Atomy Malaysia https://ch.atomy.com/my/614?categoryId=21 | Kami tiada masalah mana-mana pihak mahu menyumbang sesuatu untuk badan kebajikan agama yang mereka pilih. Itu hak masing-masing tanpa perlu ada penyembunyian fakta.
- Atomy Malaysia Sdn Bhd dimiliki 100% oleh Atomy Co Ltd dan Atomy Co Ltd menjalankan Kristianisasi sebagaimana pengakuan pengasasnya, Park Han-Gill dalam satu video yang telah dipadamkan (Alhamdulilah kami telah muat turun semua bukti & sahabat boleh tonton di posting kami sebelum ini https://fb.watch/32eM6y8w5f/ ). Maka persoalannya, benarkah penafian Atomy Malaysia bahawa mereka tidak menyumbang untuk kegunaan mana-mana aktiviti keagamaan di Malaysia atau di luar negara? Rujuk screenshot yang dikongsikan.
- Keuntungan jualan di Malaysia dimiliki 100% Atomy Malaysia Sdn Bhd & Atomy Malaysia Sdn Bhd dimiliki 100% Atomy Co Ltd maka keuntungan 100% milik 100% Atomy Co Ltd & Atomy terlibat dalam Kristianisasi? Ya Atau tidak?
2. Ahli Atomy Malaysia mempunyai hak untuk mengamalkan agama mereka sendiri. Bagaimanapun mereka tidak boleh menggunakan nama Atomy Malaysia atau mewakili Atomy Malaysia dalam sebarang aktiviti keagamaan di Malaysia atau di luar negara.
PERSOALAN :-
- Bagaimana dengan video Revival Meeting yang dikaitkan dengan Atomy yang dijalankan di Pulau Pinang & Kuala Lumpur yang dimuatnaik di channel Youtube rasmi Dreamy Foundation yang kini telah dipadamkan? (Alhamdulilah kami juga telah muat turun video ini. Sahabat juga boleh tonton video penuh di sini yang telah kami muat naik semula https://fb.watch/32eM6y8w5f/)
- Adakah polisi itu hanya terpakai kepada ahi Atomy tetapi syarikat Atomy boleh melakukannya?
3. Kami berharap pernyataan ini dapat menjelaskan salah tanggapan dan khabar angin yang tidak berasas di luar sana.
- Salah tanggapan dan khabar angin yang tidak berasas? Jikalau salah tanggapan dan khabar angın tidak berasas, kenapa ahli Atomy Malaysia menghantar email kepada Atomy Co Ltd agar MENGHAPUSKAN beberapa pautan kaitan Atomy dan Kristianisasi yang kemudian telah DIHAPUSKAN dari website Atomy? Kami sertakan bukti statement mereka sendiri! Rujuk screenshot.
- Kalau tidak berasas, kenapa DIHAPUSKAN pautan dan video-videa itu?
Link video pertama yang DIHAPUSKAN > https://fb.watch/32eM6y8w5f/
Link video kedua yang DIHAPUSKAN > https://fb.watch/32eYjr9ytN/
Tidak mengapa jikalau Atomy mahu melakukan Kristianisasi kerana itulah tujuan asal Atomy sebagaimana kata-kata Park Han-Gill sediri. Itu adalah hak anda tetapi jangan menyembunyikan informasi dari masyarakat dan setelah didedahkan, informasi itu dipadamkan. Biar masyarakat sendiri buat keputusan setelah diberitahu dengan jelas apa agenda Atomy.
Sebagaimana majoriti bisnes Atomy diseluruh dunia yang terang-terangkan mengakui “Business as Mission”, maka izinkan saya pinjam kata seorang tokoh politik di Malaysia, “Malu Apa Bossku” untuk Atomy Malaysia mengakui keterlibatan Atomy dalam Kristianisasi?
*Video kedua kaitan Atomy dengan Kristianisasi yang telah DIHAPUSKAN juga telah dipadamkan oleh Facebook selepas kami memuatnaiknya.
Manakala video pertama telah dihadkan pendedahannya. Boleh rujuk bukti screenshot.
Siapa makan Samyang Ramen, dia terasa pedas.
https://www.facebook.com/285669801544013/posts/3428197760624519/
atomy co. ltd 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook 的精選貼文
“Tak penat & bosan ke? Tiap-tiap hari cakap pasal Atomy je!”
Kami di MRM mula mendedahkan dengan cubaan untuk menghidupkan LTTE di Malaysia pada 2016. LTTE bukan Kristianisasi tetapi kumpulan pengganas antarabangsa. Kami mengambil risiko membahayakan nyawa kami agar kebenaran tertegak.
Ramai yang menghina dan menuduh kami sengaja buat isu. Kami bersabar. Mereka yang terlibat dalam LTTE, kami dedahkan nama mereka. Ada yang ugut saman tetapi akhirnya saman tidak pernah sampai tetapi mereka padam gambar, artikel dan video kaitan mereka dengan LTTE.
Akhirnya pada 2019, PDRM mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat di dalam LTTE. Tiga tahun bukan tiga bulan kami di MRM terus menerus memberikan kesedaran kepada masyarakat. Apa kepentingan kami? Kami hasad dengki? Kami dapat duit? Tiada kepentingan melainkan keselamatan negara.
Isu Atomy baru kami timbulkan seminggu dua. Belum lagi tiga tahun. Perkara yang sama berulang. Kami diserang, kami dihina, kami difitnah. Bila kami akan berhenti?
InshaAllah kami berhenti bilamana tiada penyelewengan info dan penipuan kaitan antara Atomy dengan Kristianisasi disebarkan oleh mana mana pihak yang mahu terus terlibat dengan Atomy. Nak teruskan Atomy, itu hak anda tetapi biar telus dan jujur.
Beritahu kepada mereka yang anda mahu rekrut sebagai downline bahawa pengasas Atomy mengatakan misi Atomy adalah “Business as Mission” sebagaimana diakui oleh segelintir leader dalam Atomy pada kenyataan bersama bahawa Atomy terlibat dalam Kristianisasi.
Setelah anda memberitahu secara telus dan jujur semua info tanpa menyembunyikan, menyelewengkan atau menipu berkaitan kaitan Atomy & Kristianisasi, maka terpulanglah kepada masyarakat samaada untuk terlibat atau tidak.
Selagi mana kami tahu ada penyelewengan atau penyembunyian atau penipuan info, InshaAllah kami akan istiqomah agar masyarakat sedar hak mereka untuk mengetahui fakta sebenar.
Andai MRM memfitnah dan menipu, kenapa ada ahli Atomy padamkan informasi dan video pengakuan pengasas Atomy yang mengaku tujuan Atomy adalah to share the Gospel? Kalian perlu ingat, leader anda yang terlibat dengan muzakarah dengan kami pada point 2 & 3 bahawa Atomy Msia milik Atomy Co Ltd (Atomy Korea) 100% dan Atomy terlibat dalam Kristianisasi.
Kami tidak memaksa mereka untuk bersetuju dan mereka bersetuju kerana fakta dan bukti jelas. Kalau ahli Atomy masih tuduh kami menipu dan memfitnah, silakan tanya kepada leader Atomy yang keluarkan kenyataan bersama MRM, kenap mereka bersetuju letakkan point 2 & 3 itu. Tanya pada mereka.
Berani kerana benar, padam kerana salah....
atomy co. ltd 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook 的最讚貼文
PENDEDAHAN TIDAK EKSKLUSIF ATOMY!
.
Atomy Malaysia dimiliki rakyat Malaysia & Atomy Korea tiada kena mengena dengan Atomy Malaysia? Apakah benar semua itu?
.
Pendedahan ini tidaklah eksklusif kerana carian mudah di mydata-ssm.com.my dan bayar RM15.00 anda akan dapat jawapannya. Atomy Co. Ltd adalah pemilik KESELURUHAN 5,000,000 unit saham dalam Atomy Malaysia Sdn Bhd!
.
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan pernah mengeluarkan satu pencerahan berkenaan hukum menipu dalam marketing yang boleh dibaca di pautan ini > https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/2718-irsyad-al-fatwa-siri-ke-263-hukum-menipu-untuk-tujuan-marketing namun secara kesimpulannya,
.
“PENIPUAN ADALAH SATU PERKARA YANG DITEGAH DI SISI ISLAM DALAM SEBARANG URUSAN KHUSUSNYA PERNIAGAAN”
.
Semoga Allah Subhana Wa Ta’ala kurniakan kebaikan dan kejujuran kepada kita semua. Allahuma Ameen. @ Multiracial Reverted Muslims - MRM