Melintas lintas gambar kahwin di memory Facebook, maklumlah, September ni bulan ulang tahun perkahwinan.
Jadi sempena orang tanya tentang kitab taklim,
Maka saya imbas Kembali, kenangan Malam pertama kahwin, maka berboraklah kami suami isteri akan beberapa rangkap perbualan sewaktu buka hadiah yang ada kitab taklim dalam kotak, maka saya berkata:
“Sayang, mulai malam ni, kita akan wajibkan keluarga kita baca hadis dari kitab ini selama 15 minit ke setengah jam”
“Jika habis, baca kitab mana pula?”
“Kita ulang balik, sebab hadis no 1 pun kita belum dapat amal sempurna”
“Satu kitab ini sahaja?”
“Ada tiga kitab, Mutakhab Hadis karangan Maulana Yusuf, Fadail Amal karangan Maulana Zakaria, dan Fadhilat Sedekah, Kitab yang orang hadiahkan ini Fadhail Amal versi terbaru”
“Kenapa kena baca kitab tiga ini sahaja?”
“Sebenarnya lepas perang dunia kedua, Maulana Tabligh mendapati punca orang islam bergaduh adalah kerana tafsir berbeza bab hukum hakam, dan untuk satukan ummat Islam, kita kena baca satu kitab yang bebas unsur tafsir berbeza tapi zaman itu kitab ini belum wujud”
“Kira kitab ni baru wujud lepas perang dunia ke dua?”
“Ya betul, sebelum ini kitab ulamak terdahulu bercampur ilmu hukum hakam dan fadail, maka Maulana Aliyas, ketua Jemaah Tabligh arahkan anak saudaranya, Maulana Zakaria, seorang pakar hadis untuk buat kitab kompilasi Fadail Amal”
“Saya baru tahu ni”
“Maka munculah kitab Fadhilat solat, Fadhilat zikir, Fadilat puasa, Haji, sedekah, dan banyak lagi”
“Jadi kitab Fadail Amal ni adalah koleksi semua kitab itu dalam satu buku?”
“Ya betul, kemudian bila Jemaah dakwah banyak belajar sifat sahabat melalui enam perkara asas agama, maka anak Maulana Yusof karang kitab Mutakhab hadis tentang enam sifat sahabat dan Hadis Fadail”
“Okey, benda ni baru bagi saya, sila beri tunjuk ajar”
“Bukan hadis sahaja dalam kitab ini, ada juga ayat Al quran, yang mana Ayat Allah dan Hadith bila dibacakan, akan mengeluarkan satu cahaya yang boleh menerangi hati si pembaca dengan syarat pembaca faham apa yang di baca dan sanggup mendengar dengan penuh rendah diri”
“Jadi kitab ini baca versi Bahasa melayu lah kan?”
“betul, kita kena faham apa kita baca, cuba Kita rujuk kepada masyarakat Jahiliah di zaman nabi dulu, sebuah masyarakat yang terkenal dengan kejahatan seperti bunuh anak perempuan hidup-hidup, minum arak dalam tengkorak berdarah, dan berjudi dengan membunuh wanita mengandung untuk teka jantina bayi.. serta lain lain maksiat..”
“saya kena catat nasihat abang ni..:
“Takpe, malam ni dengar dulu, sambung kisah sahabat, bila mereka mendengar suara Nabi yang membaca Al quran dan hadith, maka satu cahaya nurani yang terang telah datang dan menerangi hati si pendengar sehingga meleleh air mata mereka keinsafan sehingga akhirnya mereka memeluk agama islam dan bersolat tak jemu-jemu”
“oh, inilah yang abang cakap majlis suara Nabi tu, kan?”
“Ya betul, Maka kerana itulah para ulamak telah menggalakkan kita agar menghidupkan bacaan Hadith Nabi dirumah kerana apabila ‘Suara Nabi’ di dengarkan, maka ianya akan mengeluarkan satu cahaya yang boleh menerangi hati si pendengar dengan syarat si pendengar faham apa yang di dengar dan sanggup mendengar dengan penuh rendah diri...”
“Saya setuju”
“Terima kasih sayang sebab setuju, kita semua tahu Ilmu penting, kena belajar, tapi jika hati gelap.., maka takde kekuatan untuk amal ilmu kerana hati menjadi buta sehingga tidak nampak kelebihan dari perintah Allah...”
“Benar..”
“Untuk itu, mulai mala mini jom kita belajar-belajarlah menghidupkan ‘Suara Nabi’ (bacaan ta’alim) dirumah pada setiap malam selepas isyak dan bila ada anak kelak, atas riba lagi kita dah baca pada mereka”
“Abang nak anak berapa orang?”
“Target Muat satu kereta sekurang kurangnya, kalau boleh nak ramai lelaki agar dapat sambung kerja dakwah”
“Amin, bagaimana kaedah bacanya?”
“ Baca hadith Nabi jika boleh ulang tiga kali.., maka insyAllah.., ianya akan mengeluarkan satu cahaya yang boleh menerangi hati si pendengar dengan syarat si pendengar faham apa yang di dengar dan sanggup mendengar dengan penuh rendah diri...”
“Kena tafsir ke?”
“Tak perlu tafsir sebab dah ada tafsir kat bawah.., baca jer.., Zaman sahabat, mereka boleh dengar hari hari suara nabi lalu merekapun improvekan diri masing masing, sekarang, Al quran dan hadith telah menjadi warisan Nabi, tinggal kita nak kena hidupkan kembali 'suara Nabi' agar anak isteri dapat mengambil manfaat seperti mana anak isteri sahabat yang mendengar 'suara Nabi' dari suami mereka yang bercerita akan sabdaan Nabi setelah bergaul dengan Nabi sehari hari..”
“Kalau kita gaduh, camne Bang?”
“Baca jer sorang sorang, awak jika baca, saya yang marah terus tak jadi merajuk tau!”
“eh? Ni ada Kitab English?”
“Sama sahaja, ini versi BI, nanti waktu awak baca BM, saya semak dalam BI, nak tambah penguasaan Bahasa English, senang nak takluk dunia”
“Wow, lain macam laki saya ni”
“Kita baca Taklim ni tak lamapun, sampai mati jer.., tapi bila kita mati? Mungkin esok? Maka sampai esok sahaja..., kan?
*****
20 tahun kemudian, anak lima orang, empat lelaki, sorang perempuan, satu OKU autisme, dan Alhamdulillah tiap malam masih baca Taklim, Tiap pagi lepas subuh semua akan berceramah, lepas tu mesyuarat, lepas zohor muzakarah adab, lepas asar habiskan Zikir, lepas Magrib, mengaji, lepas Isyak, sambung Taklim dan muzakarah enam sifat sahabat.
“Dunia mereka macam mana?”
Anak sama jer macam anak orang, ada yang minat korea, ada minta Hindustan, ada minta tamil, suka jugak main game, macam anak orang lain juga.
“Sekolah macam mana?”
Anak sulong baru masuk UIA, anak No 2 MRSM, anak no tiga, sekolah agama, anak no empat, PdPR sekolah dekat jer, dan anak OKU, sekolah PPKI.
“Nak beli tiga kitab tu kat mana?”
Saya tak jual, tapi saya rekemen beli di Shopee link ini,
https://invol.co/cl61mfq
Ps: Demikian kisah borak saya dan isteri di malam pertama, korang malam pertama kahwin?, borak apa? Sebelum korang kongsi jawapan, saya jerit WOHA siap siap.
Woha!
同時也有1部Youtube影片,追蹤數超過5萬的網紅Azizan Osman,也在其Youtube影片中提到,Ya Allah penuhi lah hati kami dengan kasih sayang terhadapMu. Kalau kita mengharapkan kasih sayang manusia, manusia itu pun ciptaanNya. Harapkan lah...
「bacaan zikir」的推薦目錄:
bacaan zikir 在 Penaberkala Facebook 的最讚貼文
Korang dah berapa lama Work From Home (WFH)? Personally, aku sendiri dah lebih setahun. It’s not easy to fight with our own emotion. Sometimes, akan ada masa kita akan rasa penat, letih, frustrated dan paling risau burnout. Normally, apa yang korang buat? Mind to share in the comment section. Thank you 🙏🏻
For me, aku akan luangkan masa untuk lakukan hobi, nak gembirakan diri sendiri dan lupakan segala masalah yang ada. Sama ada memasak, buat video, membaca ataupun dengar motivational talk.
Alhamdulillah, sekarang jumpa lagi 1 aplikasi best iaitu Mindful Muslim. Aplikasi Mindful Muslim best sebab boleh dijadikan tools untuk kita tenangkan jiwa berlandaskan ajaran Islam. It’s the world’s first Islamic Mindfullness app developed to help 1.8M people.
Apa yang best?
✅Ceramah motivasi (Guided Talkdown berkisarkan HOPE, ANXIETY, FEAR & STRESS)
✅Bacaan al-Quran
✅Zikir
✅Bacaan Ruqyah
✅Doa-doa
✅Runut bunyi yang menenangkan (background sounds)
Mindful Muslim ni sangat helpful kalau korang mencari ketenangan dan Food for Thought! Kalau korang berminat, boleh dowload aplikasi Mindful Muslim secara percuma di Google Play atau Apple Store:
iOS: https://apps.apple.com/my/app/mindfulmuslim/id1503293513
Android: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.mindfulmuslim
#MindfulMuslimMy
#MindfullMuslim
#MindfulMuslimApp
#MotivasiIslam
bacaan zikir 在 Facebook 的最佳貼文
Kalau ada pahala untuk bacaan Al-Mulk , As-Sajadah dan Zikir munajat malam ni kita sedekah kepada arwah Siti Sarah dan mangsa-2 Covid yang lain . InsyaAllah ❤
Download dah Police Sentri ? Link kat bawah
Untuk PC - https://bit.ly/pcpn3-jaasuzuran
ANDROID - https://bit.ly/mpn3-jaasuzuran
IOS - https://bit.ly/ipn3-jaasuzuran
TOP STARS SENDER AUGUST 🌟
Jaja Zuber - 9999 ✨
Abang Muzammil - 6476 ✨
Abey Mat - 6263 ✨
Ustaz Tido - 6200 ✨
Muhd Fatris - 5935 ✨
bacaan zikir 在 Azizan Osman Youtube 的最讚貼文
Ya Allah penuhi lah hati kami dengan kasih sayang terhadapMu.
Kalau kita mengharapkan kasih sayang manusia, manusia itu pun ciptaanNya.
Harapkan lah kasih sayang Allah kerana itulah cinta yang hakiki.
Jom berzikir mengingati Allah swt di Majlis Ratib Al-Attas Facebook, Instagram dan YouTube Azizan Osman.
Semoga zikir ini membuat hati kita lebih tenang menghadapi cabaran yang mendatang. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah, hati akan tenang.
Beritahu rakan, keluarga, sahabat dan jiran tetangga anda. Tag mereka di komen ya.
Jangan lupa share Watch Party.
#AzizanOsman
#TeamRichWorks
#BangkitBerniagaBangsaku
#SokongPerniagaanKecilSederhana
bacaan zikir 在 Bacaan Zikir Al-Mathurat Petang - Facebook 的推薦與評價
AUG6. Bacaan Zikir Al-Mathurat Petang. Public · Event · by TN. HJ. ISMAIL HPA · Interested · Invite. More. Summary. Friday, August 6, 2021 at 5:20 PM UTC+08. ... <看更多>
bacaan zikir 在 BACAAN ZIKIR AL MAKTSURAT KUBRA ... - YouTube 的推薦與評價
BACAAN ZIKIR AL MAKTSURAT KUBRA (BACAAN SECARA PERLAHAN UNTUK BELAJAR)Support BAZLI CHANNEL di semua platform digital ... ... <看更多>