UMNO jangan sombong, bongkak dan angkuh
UMNO perlu ambil iktibar dari apa yang telah berlaku pada PRU10 tahun 1999. Pada tahun itu jika tidak kerana undi kaum bukan Melayu dan juga Bumiputera Sabah Sarawak sudah pasti UMNO BN hilang kuasa kepada Barisan Alternatif.
Fakta nya jelas, pada pilihanraya tahun 1999 daripada 193 kerusi parlimen yang dipertandingkan BN telah memenangi 148 kerusi Parlimen.
UMNO - 72
MCA - 28
MIC - 7
GERAKAN - 7
(SARAWAK)
PBB - 10
SUPP - 7
SNAP - 4
PBDS - 6
(SABAH)
UPKO - 3
SAPP - 2
LDP - 1
BEBAS - 1
Pilihan raya 1999 telah menunjukkan bahawa BN tidak boleh beranggapan bahawa UMNO akan selalu menang. Sokongan Melayu untuk UMNO tidak terjamin, dan kejayaannya dalam pilihan raya ini adalah disebabkan oleh undi-undi pengundi bukan Melayu serta sokongan yang kuat daripada negeri Sabah dan Sarawak.
Apakah kita ahli dan pemimpin parti UMNO masih merasakan kita kuat dan akan dipilih rakyat pada pilihanraya akan datang?
Adakah kita sedar bahawasanya rakyat telah menolak kita pada PRU ke 14 yang lalu yang mana buat pertama kali nya kita telah hilang kuasa yang telah diamanahkan oleh orang orang Melayu?
Apakah kita lupa bahawa rakan komponen UMNO yang telah membantu menyelamatkan kita pada PRU 1999 juga telah kalah teruk dan lari meninggalkan kita pada PRU 2018 lalu?
Pertahankan maruah UMNO? Saya petik kenyataan Dato Seri Najib Razak pada 23 Oktober 2015 “Orang Melayu akan bangsat jika UMNO hilang kuasa”. Apa lagi nak dibanggakan dengan maruah UMNO jika realitinya kita sebenarnya telah hilang kuasa dan ditolak oleh orang Melayu itu sendiri?
Hari ini UMNO bukan seperti dulu boleh mengharapkan undi orang Melayu apatah lagi mengharapkan undi bukan Melayu. Jangan diharap undi kaum lain jika undi Melayu itu sendiri telah berpecah dan telah terbukti DAP telah menjadi pilihan kaum bukan Melayu sejak 2008 lagi dan kemuncak nya pada pilihanraya ke 13 tahun 2013.
Jadi apa pilihan yang UMNO ada hari ini? Mahu Muafakat Nasional bersama PAS dan tolak kerjasama dengan PPBM? Bagaimana mahu MN jika dalam masa yang sama PAS memberikan jawapan yang parti mereka mahu bersama UMNO dan PPBM?
PAS main dua kolam? PAS kawin dua? Itu semua bukan PAS peduli kerana PAS telah memberikan jawapan nya dengan tegas tidak akan akan bekerjasama dengan DAP apatah lagi bersekongkol dengan Anwar Ibrahim kerana sudah serik dan tahu apa ancaman yang dibawa.
Jadi kita UMNO akan pergi sendiri? Pergi dengan bangga bahawa selama ini UMNO boleh bersendirian? Berapa penjuru ? 3 penjuru? 4 penjuru? Dan kemudian nya apa? Berapa kerusi yang UMNO ada dan kemudian bergabung dengan parti lain tak peduli sama ada ianya adalah DAP?
Kenapa perlu pilih jalan sukar? Kenapa perlu merisikokan bangsa Melayu itu dengan menolak penyatuan Ummah antara parti parti politik Melayu? Bukan kah kita telah lihat apa yang berlaku pada tahun 1999 yang mana orang Melayu ada pilihan lain selain UMNO. Apakah kita lupa PRU lalu kita hilang kuasa?
Inilah masanya untuk kita mengenepikan ideologi politik kepartian dan bersama dalam memastikan kuasa politik Melayu Bumiputera diterjemahkan dengan mandat rakyat 2/3 majoriti parlimen. Ambil lah kesempatan dan peluang yang mungkin buat kali terakhir yang orang Melayu ada untuk menguatkan kembali landskap politik negara dengan meletakkan Islam Melayu Raja Bumiputera ke tempat yang lebih tinggi.
Sekarang dalam tempoh darurat adalah masa terbaik untuk kita akar umbi dan pimpinan parti mengukuhkan parti keramat orang Melayu ini. Gunakan peluang yang ada untuk memberikan keyakinan kepada pengundi Melayu agar mereka melihat UMNO parti Rakyat dan perjuangan nya adalah untuk membela kebajikan Rakyat dan memakmurkan ekonomi negara.
Cuba kita hayati rangkap Lirik lagu anak kecil main api yang mungkin ada ahli dan pemimpin UMNO telah lupa hari ini.
“Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri”
UMNO amanah orang Melayu, orang Melayu mengamanahkan kepada kita untuk menjaga mereka dan begitu juga ahli dan pemimpin UMNO untuk memastikan amanah yang digalas dapat menyatu padukan orang Melayu Bumiputera.
“Kalau bukan kita siapa lagi? Kalau bukan sekarang bila lagi? Saya tidak mahu esok UMNO hanya tinggal sejarah dek kerana sikap sombong, bongkak dan angkuh nya kita dimata orang Melayu.
Wan Muhammad Azri Wan Deris
Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
21 Januari 2021
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
「barisan alternatif」的推薦目錄:
barisan alternatif 在 Nurul Izzah Anwar Facebook 的最佳貼文
Saya berkesempatan melawat Molecular Immunology dan Institute for Infection and Immunity di St George’s, University of London pada tahun 2019 yang lalu bersama barisan penyelidik dan pensyarah yang telah lama membuat kajian berkenaan tanaman tembakau yang mampu menghasilkan antibodi bagi melawan penyakit seperti rabies.
Teruja mendapat maklumat bahawa mereka kini mereka sedang dalam proses menjalankan kajian dan penyelidikan berkaitan kemungkinan tembakau versi tanaman yang diubah secara genetik dapat memberikan penawar yang murah serta mampu membantu penghasilan vaksin bagi Coronavirus.
Sekiranya tanaman dapat dimanfaatkan untuk tujuan ini, ia bukan sahaja dapat melahirkan industri baru, malah mampu menjadi alternatif yang lebih baik bagi syarikat farmasi. Negara berpendapatan rendah dan sederhana juga dapat memanfaatkan pilihan teknologi ini, kerana pastinya alternatif lain memerlukan pelaburan yang lebih besar berbanding kaedah 'pharming'.
barisan alternatif 在 Papa Azri Facebook 的最佳解答
IMPIAN RAKYAT DAN PEMBOHONGAN DAP
Jika PH gagal, impian rakyat Malaysia terkubur - Kit Siang
Saya terpanggil untuk mengulas apa yang Lim Kit Siang pemimpin tua DAP bangkitkan hari ini setelah menyepi selama seminggu sejak kekalahan PH dengan majoriti 15 ribu di Tanjung Piai.
Pesan Saya kepada Lim Kit Siang jangan menggunakan nama rakyat sedangkan realitinya umum tahu bahawa mereka yang mengundi Pakatan Harapan (PH) pada PRU14 yang lalu telah ditipu dan PH PRU14 menang kerana fitnah dan penipuan.
Impian sebenar rakyat Malaysia dalam Malaysia Baru adalah mahu hidup dalam keadaan aman, harmoni dan ekonomi yang baik. Baik Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan lain-lain semua nya mahu Malaysia yang baik demi masa depan anak-anak. Baik penyokong kerajaan mahupun pembangkang, semua nya mahu hidup lebih baik dari sebelum nya.
Akibat dari rentetan kempen fitnah dan penipuan selama bertahun-tahun oleh DAP melalui Barisan Alternatif, Pakatan Rakyat hingga ke PH kemuncaknya berjaya memperdaya pengundi pada PRU14. Bermula dari anak muda janji hapus PTPTN hinggalah kepada golongan OKU orang kurang upaya, semua nya ditipu hidup-hidup oleh pemimpin PH.
PH semamangnya perlu dikuburkan rakyat Malaysia kerana telah terbukti sejak menjadi kerajaan mereka hanya bermain modal perkauman dan fitnah semata-mata. Malah keharmonian yang telah dibina sejak merdeka telah digugat beberapa kali seperti usaha DAP mengiktiraf LGBT, Rafitikasi ICERD, Statute Rome dan terbaru apabila melindungi dan mempertahankan pengganas LTTE.
Ini penyebab ketidak harmonian kaum yang ada di Malaysia ditambah sikap tamak dan gelojoh pemimpin PH seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kemaruk kuasa dan mahu menjadi Perdana Menteri serta pertelagahan pemimpin parti politik dalam PH itu sendiri yang berebutkan kuasa.
Ini tidak lagi termasuk kes rasuah dan salah guna kuasa yang berlaku sepanjang PH mentadbir negara. Malah ekonomi negara semakin hari semakin malap yang menyebabkan pelabur hilang keyakinan untuk terus melabur di Malaysia. Banyak lagi isu yang membuktikan PH wajar dikuburkan walau apa cara sekalipun untuk Malaysia yang lebih baik dimasa hadapan.
Lim Kit Siang sendiri tahu penyebab ini adalah datangnya dari parti DAP yang belum pernah puas memainkan politik perkauman dengan menggugat apa yang telah termaktub dalam perlembagaan dan juga kontrak sosial. Bagi kaum Cina, mereka sendiri sudah bosan dengan karenah pemimpin DAP yang suka membuli masyarakat Cina dan hanya pandai berjanji dan memainkan isu perkauman.
Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng sendiri menjadi sebab utama kebangkitan rakyat menolak PH dalam empat pilihanraya kecil berturut-turut. Ianya merupakan gelombang kebangkitan rakyat menolak Pakatan Harapan secara total dan akan diteruskan hingga ke PRU15.
Saya minta Lim Kit Siang muhasabah diri dan sebaiknya melupakan hasrat yang telah lama dipendam sejak DAP ditubuhkan di Malaysia. Impian deklarasi Setapak tidak akan berjaya dan rakyat Malaysia berbilang kaum akan memastikan tidak ada tempat buat DAP dimasa akan datang.
Gelombang anak muda akan memastikan PH dikuburkan.
Wan Muhammad Azri Wan Deris
Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
#bubarparlimen