“Hoarding Disorder,Suka Menyimpan Barang Lama Sehingga Menjadi Sampah.”
“Jangan buang barang tu,simpan dulu dalam almari,boleh baiki lagi tu.Nanti esok lusa boleh guna semula.”
Sikap menyimpan barang yang sudah rosak dan lama mungkin dianggap biasa jika dilihat secara mata kasar.
Tetapi tanpa kita sedar orang yang mempunyai perangai ini sebenarnya secara tidak langsung terlibat dengan masalah psikologi.
“Nampak seperti normal dan hidup seperti orang biasa,tetapi hakikatnya mereka tidak normal.”
Mungkin juga kita sendiri melakukannya tanpa kita sedar.
Di dalam buku “Diagnostic and Statistics Manual of Mental Disorders ataupun dikenali sebagai DSM 5” menyatakan bahawa orang yang suka menyimpan barang-barang lama boleh didiagnos dengan simptom “Hoarding Disorder.”
Orang yang suka menyimpan peti ais lama,kipas yang sudah rosak,kotak kasut,koleksi pinggan mangkuk yang sudah pecah,bahkan sehingga mengumpul botol mineral sehingga penuh satu almari adalah contoh orang yang mempunyai simptom “Hoarding Disorder.”
“Jangan buang kipas tu,tu barang peninggalan arwah nenek mak dulu.Nanti mak hantar kedai baiki balik.”
Sudahnya,hari makin hari,sehingga setahun dua kipas tersebut masih disimpan,tidak dibaiki langsung.Guna pun tak pernah sebab dah rosak teruk!
Di antara tanda seseorang memiliki simptom “Hoarding Disorder” ialah:
1.Suka menyimpan barang yang sudah rosak sehingga rumah kelihatan bersepah dan tiada ruang yang selesa.
2.Menganggap barang yang disimpan mempunyai nilai sentimental dan boleh digunakan pada masa akan datang.
3.Mudah marah dan melenting jika barang yang disimpan telah dibuang secara senyap tanpa pengetahuan mereka sehingga boleh bawa kepada pergaduhan.
4.Sukar untuk membuat keputusan dan susah untuk merancang dan melaksanakan sesuatu perkara.
Oh ya,perlu diingat “Hoarding Disorder” ini tidak sama dengan geng-geng “Collector”.
“Collector” hanya megumpul barang yang spesifik untuk disimpan sebagai koleksi manakala “Hoarding Disorder” menyimpan semua benda sehingga serabut satu rumah.Haa
Kalau anda ternampak kenalan atau ahli keluarga anda mempunyai sikap seperti ini,lebih baik tegur daripada awal.
Jangan rumah dah bersepah baru nak tegur,nanti lama-lama dah jadi habit,lagi susah nak ubah.
Kita betulkan apa yang perlu diperbetulkan.
“Benda ini nampak kecil,tetapi kesannya sangat besar jika tidak dibendung.”
Ubah lah segera.
Gambar adalah sekadar hiasan.
Follow, set see first saya untuk tips asas kewangan,psikologi dan motivasi santai.
Kredit : Aidil Adha
Search