SEDIAKAN PERLINDUNGAN KEPADA 1517 PELAJAR HILANG KASIH SAYANG
Harian Metro bertarikh 24 Ogos 2021 melaporkan sebanyak 1, 517 pelajar di seluruh negara disahkan menjadi anak yatim atau yatim piatu akibat kematian salah seorang ibu bapa atau kedua-duanya sekali akibat pandemik COVID-19.
Rekod yang dicatatkan antara Mac tahun lalu sehingga Ogos oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) itu amat membimbangkan dan memerlukan tindakan yang sepatutnya bagi membantu pelajar ini. Dalam laporan yang sama, KPM dilaporkan telah menubuhkan pasukan khas iaitu Kebajikan Murid Guru di peringkat kementerian bagi memastikan kebajikan golongan ini terjaga. Malah pelbagai bantuan lain disalurkan seperti Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin dan bantuan bekalan makanan di bawah Rancangan Makanan Tambahan serta penempatan pelajar di asrama di bawah seliaan KPM.
Satu jawatankuasa khas bagi mengumpul data dan memperuntukkan sumber bagi menyediakan sokongan psikososial dan ekonomi berasaskan kajian yang lengkap kepada pelajar ini perlu diwujudkan. Kerajaan perlu melihat sokongan kepada pelajar yang kehilangan ibu bapa ini daripada aspek kesihatan mental dan jangka masa panjang. Pelajar yang kehilangan ibu bapa atau penjaga bukan sahaja akan terkesan daripada segi emosi tetapi kehilangan sumber kewangan dan berpotensi besar pendidikan mereka terganggu, mempunyai kemurungan dan kegelisahan. Kesan ini akan menjadi lebih teruk memandangkan keadaan semasa wabak COVID-19.
Jadi kerajaan perlu menyediakan sokongan kepada pelajar yang dalam bentuk kaunseling individu dan berkumpulan. Ini kerana kesihatan mental pelajar ini akan memberikan impak yang jangka masa panjang terutamanya apabila mereka besar kelak. Menurut pakar psikologi, Dr Kathryn Cullen dalam penulisan The American Journal of Psychiatry pada tahun 2018 "dua tahun pertama selepas kehilangan ibu bapa adalah tempoh risiko yang kritikal bagi mendapat kemurungan". Kita mesti memastikan program yang dilaksanakan benar-benar menjaga kebajikan pelajar ini.
Malah beberapa program di peringkat global yang melibatkan bantuan kewangan atau dikenali sebagai 'cash plus care' dan intervensi peringkat awal berkesan membantu kanak-kanak yang kehilangan ibu bapa atau penjaga untuk mendapatkan kesihatan, sokongan psikologi dan pendidikan yang lebih baik. Jika kaedah ini dilaksanakan, saya berharap proses permohonan dipermudahkan dan tiada kaedah birokrasi yang renyah.
Kerajaan, komuniti setempat dan NGO perlu bekerjasama secara serius bagi memastikan kebajikan pelajar ini terjaga. 1, 517 pelajar yang kehilangan penjaga atau ibu bapa akan mengalami trauma yang berpanjangan jika tidak dibantu segera. Bantuan dalam bentuk ekonomi, pendidikan dan kesihatan mental merupakan perkara asas yang perlu diberi perhatian segera.
AINIE HAZIQAH
EXCO SRIKANDI BERSATU MALAYSIA
Pautan berita:
https://www.hmetro.com.my/amp/utama/2021/08/746263/1517-hilang-kasih-sayang
https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1992396
https://www.google.com.my/amp/s/www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2021/08/849219/5-beradik-yatim-piatu-ibu-bapa-korban-covid-19
https://www.google.com.my/amp/s/www.sinarharian.com.my/ampArticle/155380
guru pendidikan awal kanak kanak 在 Pakar diari hati Facebook 的最讚貼文
=================================
*ANDA YANG PERLU KAMI BANTU JIKA*
=================================
⛔Anak anda suka menyendiri dan tidak berinteraksi dengan rakan sebaya
⛔Anak anda tidak menghiraukan orang lain
⛔Anak anda lambat bertutur atau sukar difahami pertuturannya
⛔Anda anda sering mengamuk jika kemahuan tidak dituruti
⛔Perkembangan anak anda tidak seperti kanak-kanak lain
Jika anak anda ada ciri-ciri seperti diatas, mungkin anak anak mempunyai masalah berikut;
✳️Masalah Lewat Perkembangan
✳️Masalah Pembelajaran
✳️Masalah Pertuturan
✳️Autisme
✳️Sindrom Down
Adalah sangat penting untuk kita sebagai ibu bapa mengambil langkah awal untuk membantu anak-anak kita yang mempunyai masalah seperti di atas.
Bagi ibu bapa yang mempunyai kanak-kanak berkeperluan khas dan telah di diagnose seawal usia 2 tahun,anda kini boleh menghantar anak anda di Kiddie Care Centre di Taman Tunku Sarina, Jitra Kedah.
Kami menawarkan servis seperti berikut.
1. Kelas Early Intervention Program (EIP) untuk kanak-kanak yang berusia 2 - 6 tahun:
Memfokuskan kepada memberi rawatan terapi bagi masalah sensori, motor kasar, motor halus, sosial dan kognitif.
2. Kelas School Readiness Program (SRP) untuk kanak-kanak yang berusia 7-12 tahun:
Memberi fokus kepada kemahiran pengurusan diri, pra menulis dan menulis serta kemahiran sosial. Program ini juga menekankan kemahiran pengurusan diri dan aktiviti harian.
3. Sesi Terapi Individu (IS)
Sesi terapi carakerja (OT) one-to-one (terapis & anak) secara lebih berfokus mengikut masalah anak tersebut.
4. Screening
Sesi screening adalah sesi mengenalpasti masalah sebenar anak tersebut. Terapis akan membuat penilaian terhadap anak untuk menentukan tahap perkembangan.
Semua ini dikendalikan oleh Jurupulih Carakerja (Occupational Therapist) dan Guru Pendidikan Khas dengan module terapi dari Senior Occupational Therapist yang boleh membantu meningkatkan keyakinan diri kanak-kanak berkeperluan khas ini.
Hubungi kami untuk tempahan slot terapi
atau sebarang pertanyaan.
📞018-3734357(Pn. Nadia)
www.wasap.my/+60183734357/kccscreening
KIDDIE CARE CENTRE
Taman Tunku Sarina
Jitra Kedah.
6°15'27.2"N 100°27'11.8"E
06000 Jitra, Kedah
https://goo.gl/maps/raXeRcQrusuWC8Nd7
#occupationaltherapyjitra
#occupationaltherapyforkids
#pusatterapijitra
#otjitra
#otalorsetar
#therapycentre
#autism
#dislexia
#slowlearner
#downsyndrome
#developmentaldelay
#GDD
#ADHD
guru pendidikan awal kanak kanak 在 Ainie Haziqah Facebook 的最佳貼文
Mendengar murid autisme boleh kenal nama saya dan panggil Cikgu Adila merupakan satu kepuasan kepada saya sebagai seorang pendidik.
Saya mengajar di sekolah Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dan mempunyai seramai 35 orang murid autisme. Di sekolah, murid autisme berkongsi padang, kantin, bangunan belajar dan program bersama murid arus perdana. Malah murid autisme dan murid arus perdana diletakkan sekali dalam satu rumah sukan yang sama. ‘Paling seronok bila Hari Sukan. Murid arus perdana akan bersorak bagi semangat rakan-rakan mereka (murid autisme) sebagai satu pasukan. Mereka nak rumah sukan mereka menang’.
Berbanding murid arus perdana yang mengambil Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), murid autisme atau murid keperluan pendidikan khas (MBK) akan mengambil Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR). Instrumen PASR dibina berdasarkan KSSR PK Tahap 2 sahaja, dan terdiri daripada instrumen ProKhas 1 dan ProKhas 2. Antara komponen yang ditawarkan adalah penternakan, jahitan, masakan dan perkebunan.
Sebelum negara dilanda COVID-19, banyak aktiviti-aktiviti khusus dijalankan oleh pihak sekolah seperti program bowling, menonton wayang, bergaul dengan orang ramai. Ini bertujuan bagi memberikan pendedahan kepada murid autisme agar tidak takut dengan dunia luar dan melatih kemahiran mereka.
Memasuki aliran sekolah yang betul dari awal amat penting bagi murid autisme. ‘Jika ibu bapa sudah mengetahui anak mereka mereka adalah autisme, ‘early intervention’ seawal yang mungkin.’ Early intervention membantu perkembangan kanak-kanak autisme terutamanya dalam perkara-perkara asas. Ini memudahkan mereka apabila memasuki alam persekolahan kelak.
Apabila murid autisme sudah pandai duduk dengan baik diatas kerusi, pandai melukis, boleh tulis nama sendiri malah ke tandas sendiri, itu merupakan satu pencapaian yang kami sebagai guru sangat bangga. ‘Sewaktu Hari Guru, guru pendidikan khas paling kurang dapat hadiah, tetapi sebenarnya itu bukan ukuran kami. Melihat anak-anak pendidikan khas berupaya menguruskan mereka sendiri adalah hadiah terbaik’.
Malah sempena bulan Autisme, pihak sekolah banyak menganjurkan program melibatkan murid arus perdana juga. Program seperti melukis poster, melukis baju t, tayangan video, pameran dan kuiz. Ini bertujuan untuk memberikan kesedaran dan didikan sejak awal kepada murid arus perdana agar menerima rakan-rakan mereka yang kelainan upaya ini. Program ini berkesan kerana ada murid autisme dan murid arus perdana menjadi rakan baik sehingga bermain bersama di padang dan makan bersama di kantin.
#AutismAwarenessMonth
#BulanAutisme