Cadangan Penstrukturan JKM dipecahkan Mengikut Keperluan Isu atau Komuniti
2020 telah menyedarkan golongan pemerintah tentang keperluan rakyat, terutamanya golongan terpinggir. Pada penghujung tahun 2020 ini, kita mendapati isu berkenaan 2,000 permohonan bantuan ke JKM tertangguh akibat bebanan tugas serta nisbah pegawai dengan bilangan kes yang sangat tidak seimbang (1 pegawai menguruskan 500 - 600 kes).
JKM kini menguruskan pelbagai aspek masalah kebajikan terdiri daripada kanak - kanak, warga emas, golongan orang kurang upaya, keluarga, orang papa, mangsa bencana, mangsa keganasan rumah tangga, pesalah muda, komuniti rentan dan mangsa pemerdagangan manusia. Melihat kepada aspek kumpulan sasar yang terlampau banyak, tidak hairanlah bebanan kerja serta ketidakseimbangan nisbah antara bilangan pegawai dengan bilangan kes yang diuruskan berlaku di dalam JKM. Masalah ini secara tidak langsung telah memberikan kesan buruk kepada kualiti pekhidmatan yang diberikan kepada masyarakat bagi memastikan kebajikan mereka terjaga.
Sudah tiba masanya untuk kita mengorak langkah menstruktur semula JKM agar setiap kumpulan sasar memiliki jabatannya sendiri. Setiap jabatan harus dikelola oleh pakar serta pegawai professional berkenaan isu kumpulan sasar tersebut. Sebagai contoh, sekiranya kumpulan sasar adalah kanak - kanak, maka jabatan khas yang bertanggungjawab menangani isu berkait ini haruslah dikelola oleh pakar dan pegawai professional dalam bidang kanak - kanak dan kebajikan masyarakat.
Pegawai khas bagi kumpulan sasar ini juga harus ditempatkan di setiap negeri. Saya yakin apabila fokus kumpulan sasar diletakkan di bawah jabatan masing-masing , bidang tugas pegawai bertugas akan menjadi lebih spesifik dengan nisbah kumpulan kes yang lebih seimbang. Justeru, kes di bawah setiap jabatan akan dapat diselia dengan lebih efisien.
Saya menyeru agar langkah penstrukturan semula JKM dapat dilakukan segera. Kita harus sedar bahawa aspek pengurusan tenaga kerja di bahagian jabatan memainkan peranan yang sangat penting bagi memastikan isu berkaitan golongan sasar dapat ditangani dan kebajikan masyarakat dapat dijaga dengan lebih efektif.
Ainie Haziqah
Ketua Wanita Muda Negara
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
「jabatan tenaga manusia」的推薦目錄:
- 關於jabatan tenaga manusia 在 Ainie Haziqah Facebook 的最佳解答
- 關於jabatan tenaga manusia 在 Nurul Izzah Anwar Facebook 的最佳解答
- 關於jabatan tenaga manusia 在 Khairy Jamaluddin Facebook 的最讚貼文
- 關於jabatan tenaga manusia 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的精選貼文
- 關於jabatan tenaga manusia 在 大象中醫 Youtube 的最讚貼文
- 關於jabatan tenaga manusia 在 大象中醫 Youtube 的最佳解答
jabatan tenaga manusia 在 Nurul Izzah Anwar Facebook 的最佳解答
Terdapat beberapa isu utama yang dibangkitkan berkait soal :
1. Keperluan Penjanaan Pekerjaan.
Prestasi Talentcorp sebagai pengantara institusi, industri & kerajaan dimana hanya 6 daripada 11 program yang mencapai sasaran semenjak 2011 sehingga 2019.
2. Kesediaan Jaringan Sosial yang Lebih Fleksibel
Permintaan dari pekerja gig yang bukan hanya terdiri daripada sektor penghantaran makanan dari segi pembentukan caruman yang lebih fleksibel diberikan samada secara harian / mingguan.
3. Status Projek Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia Pulau Pinang
Status terkini projek tersebut memandangkan perbelanjaan berjumlah RM 1.3 Juta. Di Pulau Pinang merekodkan banyak syarikat yang terpaksa ditutup & seterusnya menyebabkan ramai pekerja hilang pendapatan.
4. Isu Emolumen Kakitangan Kontrak
Saranan Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan ; Langkah Kementerian untuk melindungi kebajikan pekerja kontrak sokongan termasuklah pembersih hospital kerajaan, sekolah dan bangunan kerajaan.
jabatan tenaga manusia 在 Khairy Jamaluddin Facebook 的最讚貼文
Inisiatif NTIS adalah salah satu cara bagi negara untuk mempercepatkan penggunaan teknologi canggih seperti kecerdasan buatan (AI), robotik, teknologi dron, teknologi sensor dan infrastruktur 5G dalam menyelesaikan permasalahan negara.
Antaranya seperti pengujian pembangunan dron di dalam persekitaran selamat yang dikawal selia oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) serta penggunaan pembayaran elektronik (cashless payment) untuk cukai kastam dengan menggunakan sistem di bawah Akta Cukai kastam.
Selain itu termasuk penghantaran import atau eksport barangan serta penggunaan robot bagi menggantikan tenaga manusia dengan ujian keselamatan di bawah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH).
Ikuti sesi townhall saya secara langsung bersama komuniti syarikat pemula (startups) tempatan di ruangan ini untuk perbincangan lanjut pada 12.30 tengah hari hingga 2 petang esok. Impian Anda, Masa Depan Bersama.