Saya memeluk Islam pada Ogos 2005 dan 2006/07 saya bekerja sebagai Sales Executive di sebuah majalah hiburan berbahasa Cina, Spotlite.
.
Tugas saya sebagai Sales Executive adalah mencari pengiklan untuk mengiklankan produk & servis mereka di dalam Spotlite. Majoriti pelanggan saya adalah syarikat arak seperti Jack Daniels, Hennesy, Johnnie Walker, Tiger, Heineken selain dari Digi & Hotlink.
.
Suatu hari, seorang rakan sekerja yang juga Sales Exec bertanya kepada saya, “Eh Bro, you sebagai Muslim boleh jual iklan arak meh?” lalu saya menjawab, “eh kenapa tak boleh pula. Bukannya aku minum. Minum je haram ma!”
.
Tersentap saya pada waktu itu tetapi dalam benak hati saya berkata; “dia ni cakap begitu supaya aku blah dan dia boleh take over customer dan ambil komisen aku. Banyak cantik muka.”
.
Namun Allah jentik hati saya & persoalannya tadi menyebabkan saya kurang selesa. Saya belum belajar agama lagi setakat tahu solat 5 waktu, berpuas dan bayar zakat. Saya sengaja solat Asar di sebuah masjid di Kepong dan selepas solat saya bertanya kepada Imam,
.
“Ustaz, saya ni muallaf baru masuk Islam setahun dua. Bolehkah saya terlibat dalam sebuah majalah yang ada iklan arak dan customer saya majoritinya adalah syarikat arak. Tapi saya tak minum la ustaz.”
.
Imam itu menjawab, “Alhamdulilah anda saudara baru. Dalam Islam ada 10 golongan yang dilaknat kerana arak. Yang memerah,yang meminta perah, yang minum, yang membawa, yang dibawa kepadanya, yang menuangkan arak, yang menjual, yang memakan hasil jualan arak, yang membeli dan yang dijual untuknya.”(Hadis Jami’ at-Tirmidhi: 1295).
.
“Apapun, Firdaus tak perlu berhenti lagi tetapi cari kerja lain yang halal tiada syubhat dulu barulah berhenti. Walaupun mungkin gajinya kurang dari apa yang Firdaus dapat, yang penting rezeki itu halal, berkat dan jauh dari syubhat.”
.
Apakah saya berpuas hati? Haha.. Tidak. Sebagai muallaf yang masih belum belajar banyak tentang Islam lagi. Saya pergi bertanya lagi kepada imam di masjid lain. Fatwa Shopping la katakan 😜.
.
Namun saya kecewa. Saya pergi kepada dua imam di dua masjid berbeza menemui jawapan dan nasihat yang hampir sama. Esoknya saya berjumpa dengan bos saya, Andrew dan saya memberitahu kepadanya dalam Kantonis,
.
“Andrew, saya nak berhenti” & kenyataan saya itu mengejutkan Andrew lalu Andrew tanya, “kenapa? Gaji tak cukup ke? Takpe saya naikkan gaji lagi.”
.
Waktu tu riak wajah saya 😏 kerana dah berbulan saya minta naik gaji tetapi tak dapat tetapi bila saya kata nak berhenti terus kata nak naikkan gaji saya. Tetapi saya memberitahu kepadanya,
.
“Bukan pasal gaji Andrew. Tetapi kerana saya dah memeluk Islam dan sebagai Muslim saya bukan sahaja tak boleh minum arak tetapi tak boleh terlibat dengan arak hatta tolong iklan pun.”
.
Reaksi Andrew?
.
“Ohhh. Itu macam senang nak settle. You tak banyak handle customer arak lo. You handle customer yang halal sahaja la. Ok?” Saya jawab;
.
“Errr. Andrew, masalahnya Spotlite penuh dengan iklan arak dan klien arak antara penyumbang terbanyak kepada pendapatan Spotlite. Takkan Andrew tak mahu terima lagi iklan arak kerana nak saya terus kerja untuk Andrew?”
.
Kali ini Andrew akur tetapi saya memintanya untuk membenarkan saya terus bekerja sehingga saya dapat kerja lain dan Alhamdulilah beliau izinkan. Ini bukan keputusan yang senang kerana waktu itu isteri saya sedang sarat mengandung anak pertama dan saya ada keluarga, rumah sewa dan kereta serta menanti kelahiran anak sulung.
.
Kurang dari seminggu, Alhamdulilah Allah bukakan jalan. Saya mendapat tawaran kerja di syarikat majalah SME Magazine dan Event Management yang menganjurkan Malaysia Career & Training Fair setiap tahun di Mid Valley dengan tawaran gaji yang lebih baik.
.
“dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.”
(At-Talaaq 65:2-3)
.
Saya memeluk Islam kerana yakin kebenaran Islam dan dada terasa lapang selepas membuat keputusan keluar dari syubhat. Saya tidak sanggup bersekongkol dengan syarikat arak. Saya memeluk Islam kerana mahu ikut Islam bukan Islam ikut saya!
.
Saya bertanya kepada diri saya, bagaimana kerana asbab iklan dari klien saya, saudara seagama saya meminumnya? Mungkin ahli keluarga saya tidak terkesan tetapi bagaimana dengan saudara saya yang lain? Bukankah semua yang beriman itu bersaudara?
.
Bagaimana saya boleh tutup sebelah mata hanya kerana saya mendapat komisen dari jualan iklan? Syukur kepada Allah memberikan kelapangan kepada saya untuk membuat keputusan yang sukar itu. Alhamdulilah.
.
*Cover page Spotlite dari Jack Daniels pada June 2007 ini yang merupakan klien saya dan saya yang bertanggungjawab mendapatkan iklan itu.
jami at tirmidhi 在 Khairudin Samsudin Facebook 的最佳解答
Salam subuh...
http://www.laicikang.com/pelajar-bebas-daripada-hutang-dengan-membaca-doa-yang-diajarkan-oleh-nabi-muhammad-%ef%b7%ba/
jami at tirmidhi 在 More content - Facebook 的推薦與評價
Jami At-Tirmidhi 4 Vols in Urdu Jami At-Tirmidhi is one of the classical books of hadith that was compiled by Imam Muhammad ibn Isa At-Tirmidhi and... ... <看更多>
jami at tirmidhi 在 JAMI AT TIRMIDHI HADITH NO 3076 - Ilm ul Quran - YouTube 的推薦與評價
HADITHIlm ul QuranSubscribe my channel for more lessons.https://www.youtube.com/channel/UCocQ8R19zU1UtRyj4my9UJw/hadeeshadees in urduhadees ... ... <看更多>