Saya melihat ramai orang muda muda yang buat business menjadi kaya raya. Muda muda lagi dah bergelar Dato. Cuma saya perhatikan cara hidup mereka tak berapa classy dan tak ada aura berbanding orang kaya dulu dulu.
Bila shopping mereka bawa duit tunai dalam bag plastik. Saya mendengar anak seorang founder bercakap bab “marketing” tapi adakah strategi marketing dengan menunjukkan wang tunai yang banyak seperti itu sebenarnya yang mampu menarik orang ramai untuk membeli produk mereka.
Hmm tak pasti. Tapi teringat kata seorang ustaz, kebahagiaan di dunia ini akan lenyap dengan berlakunya kematian. Jadi wang adalah mainan dunia semata mata.
#coretanhilangkanboring
#gambartiadakaitandengancaption
同時也有9部Youtube影片,追蹤數超過41萬的網紅Aisyah Habshee,也在其Youtube影片中提到,Aisyah panggil orang untuk buat detailing kereta sebab seat aisyah dah jadi rojak campur, puas hati ! bersih macam kereta baru ! Lepas tu anak buah da...
kata bag 在 Facebook 的最佳解答
Kenapa kita tak Bahagia?
(Perkongsian ini dipetik dari seorang bapa yang ada anak OKU autisme di Group Autisme Malaysia -memujuk ibu bapa yang punyai anak OKU agar sentiasa berbahagia-Semoga ada manfaat)
Dalam dunia ini, ramai orang tak percaya dia sedang bahagia.
Contohnya: Ada orang naik kapal terbang tambang murah, sempit, penumpang di sebelah tidur berdengkur, lalu dia rasa tak bahagia, dalam hati mengeluh kepada dirinya sendiri sebab hanya mampu beli tiket tambang murah dan terpaksa duduk sebelah orang gemok yang berdengkur.
Pada waktu itu, dia percaya dia sangat tak bahagia, tiba tiba enjin kapal terbang mati, dan terus menjunam, waktu itu dia menjerit tak bahagia dan sedar, tadi, waktu kapal terbang tak rosak, dia sedang bahagia walaupun terpaksa mendengar dengkuran orang berdengkur.
Nampak tak?
Contoh untuk group ini: Bila dapat anak OKU autisme, ada ibu bapa yang hari hari menangis sedih sehinggalah di takdirkan anaknya tiba-tiba mati, dan hidupnya tiba tiba menjadi sunyi, barulah dia sedar, dulu waktu anaknya ada, saya sedang bahagia sebenarnya tapi sebab terlalu bandingkan dengan anak orang lain yang normal buatkan diri tak percaya sedang bahagia.
Nampak tak?
Jadi.., apa punca kita tak percaya kita sedang bahagia?
Sebab kita tak bersyukur. Simple, Nabi dah ajar lama tapi kita sendiri tak berapa nak percaya dengan ajaran Nabi Muhammad SAW.
Kita sangat tak bersyukur sehingga nikmat depan mata dirasai semacam azab, itulah neraka dunia yang boleh hadir pada sesiapun walau duduk dikerusi empuk, bilik air cond, tubuh semua sihat tapi masih mengeluh kerana kita tak percaya kita sedang bahagia.
Bagi ibu bapa yang ada anak OKU satu orang, cuba tengok parent lain yang ada anak OKU kesemua adik beradiknya, baru kita sedar bahawa kita sedang berbahagia sebenarnya. Napi pun selalu pesan, tengoklah orang di bawah kamu agar kamu selalu bersyukur.
Baru baru ni saya lihat seorang makcik tua tapi masih mampu tersenyum menjaga anak OKU lumpuh yang sudah dewasa, tiba tiba dalam wawancara Makcik ini berkata dirinya sangat bahagia hari ini.. kenapa makcik ini bahagia? Sebab Pihak Kebajikan Masyarakat telah hadiahkan katil baru boleh laras kepada anaknya yang OKU.
Nampak tak? jika Makcik itu boleh bahagia menerima katil baru untuk anaknya, kenapa tidak kita yang setiap hari anak anak semakin positif perkembangannya? InsyaAllah…
Paling saya tak boleh nafikan, kisah sorang makcik dalam TV dulu-dulu waktu jaga anak OKU yang terbaring lumpuh tak boleh berkata kata, makcik ini sudahlah miskin, suaminya juga lumpuh, dan kesemua tiga orang anaknya OKU cacat otak dan lumpuh sehingga tak kenal siapa mak dia. Makan bersuap, mandi dan bersihkan najis, semua maknya yang urus.
Waktu wartawan ada bertanya soalan: “Apa harapan makcik pada anak?” Sebab kesemua anak makcik tu dah besar, umur 20-an, tapi masih lumpuh, berak kencing masih di jaga mak, dan si anak masih belum boleh bercakap, jawapan makcik ni buat air mata lelaki saya tumpah.
Kata makcik tu..
“Harapan makcik..., makcik nak jaga dia sepanjang hidup makcik, dan sebelum makcik mati, makcik harap sangat dapat dengar walau sekali dari mulut dia, anak ini panggil makcik .. emak.. sekalipun cukuplah!”
Makcik tu menangis kesat air mata dengan hujung baju, saya pun menangis jugak sebab saya rasa sampai ke matipun makcik tu tak akan dapat nikmat anak mengenali beliau dan dapat memanggil “Mak” walau sekali seumur hidup. Oh…,
Siapa yang awal sangat potong bawang di bulan puasa begini? Sob..sob…
Sesungguhnya, Makcik tu jauh lebih mulia dari saya sebab ujian dia lebih besar dari saya, Special Request dia lebih Special! anak saya sendiri walaupun OKU, masih kenal siapa ayah dan ibunya, boleh panggil nama ayah bila dia ada masalah. Sob..sob.. tapi makcik?
Bertabahlah makcik, walaupun ujian makcik jauh lebih besar dari saya, pun masih ada orang yang jauh lebih menderita dari makcik iaitu si anak syurga makcik sendiri sebab dia juga ada roh dan perasaan, dia juga sedang menderita sebab dialah pejuang sebenar di medan derita, makcik hanya membantu perwira yang sedang berjuang seberat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul, sebab dia tak mampu nak suarakan perasaannya kepada sesiapapun!
Dan yakinlah makcik suatu hari nanti, anak Syurga Makcik akan jerit nama makcik di pintu syurga, beliau akan jerit dengan suara yang indah, wajah yang indah, pakaian yang indah.
Baik, Kita tinggalkan kisah Makcik yang sedang berpelukkan dipintu syurga, kita sambung kisah kita.
Kenapa kita tak bahagia sedang bahagia itu sudah ada dalam diri kita?
Ada orang bagitahu, jika dia kahwin dengan pasangan yang betul, baru dia akan bahagia, sekarang hidupnya merana kerana mendapat pasangan yang salah, padahal rahsia pasangan yang bahagia kita nampak sekarang ini adalah, sebelum kahwin lagi mereka dah lama bahagia, dah lama tahu erti kesyukuran.
Mereka lelaki bujang yang bahagia dan bersyukur, bila bertemu wanita bujang yang bahagia dan bersyukur, maka insyaAllah rumah tangga mereka juga akan bahagia sebab mereka sentiasa bersyukur. Dan jika mereka ditakdrikan dapat anak OKU pun insyaAllah mereka akan bahagia dan bersyukur.
Oleh sebab itu, jangan tunggu pasangan yang betul baru saya bahagia, jangan tunggu dapat anak normal baru bahagia, tapi bersyukurlah dengan nikmat yang ada, dan jadilah orang yang bahagia maka insyaAllah orang bahagia akan menarik orang bahagia juga untuk bersamanya. Akan merubah orang disekeliling untuk turut bahagia bersamanya, dan akan mengubah anak OKU kita menjadi lebih positif insyaAllah.
Nampak tak?
Nak faham lagi? Cuba korang tengok iklan TV, apa motif mereka?
Iklan akan bagitahu anda sedang tak bahagia kecuali anda beli produk mereka.
Dalam iklan ada cerita orang sedang sedih dan bila beli produk mereka tiba tiba bahagia, jadi korangpun percaya, sebab tu ramai tertipu skim cepat kaya sebab percaya mereka sekarang tak bahagia lalu melabur dan perasan bahagia sekejap lepas tu tersontot.
Okey, itu produk scam, produk tak scampun yakinkan anda tak bahagia, suruh beli kereta misalnya, anda beli, tapi lepas tu tengok iklan kereta model baru, orang memandu sedang senyum bahagia, ada pulak tambahan air bag, sensor dan sebagainya, terus korang rasa.., alamak, silap beli kereta ni, patut beli kereta tu.
Begitulah hidup ini buat kita membuang masa dengan memberi anggapan kita sedang tidak bahagia.
Ada orang makan gaji dan rasa dirinya tak bahagia selagi tak bisnes sendiri. Lalu berhenti kerja dan bisnes tapi tak menjadi dan mulai sedar waktu makan gaji dahulu sebenarnya bahagia.
Berapa ramai yang tak bahagia bekerja dan berhenti lepas tu kerja tempat lain dan rasa tak bahagia jugak? Ramai kan?
Berapa ramai yang bercerai sebab tak bahagia dan kahwin dan bercerai lagi dan kahwin dan bercerai lagi hingga buat kesimpulan, bini pertama yang terbaik sebenarnya…, dulu saya sedang bahagia sebenarnya.
Berapa ramai yang rasa mak bapaknya tak membahagiakan lalu lari dari rumah utamakan kawan, utamakan kekasih tapi bila shit happen, patah balik cari mak bapak sebab sedar dulu mak bapak kita sedang membahagiakan kita Cuma kita tak percaya.
Berapa ramai yang nafikan anaknya OKU kerana jika anaknya OKU akan sangat tidak bahagia lalu hantar anak ke sekolah biasa hingga anak itu terseksa di buli oleh guru dan pelajar yang tak faham tentang masalah anak OKU dan bertambah sedih tengok anak stress dan diapun stress!
So apa saya nak cerita, bersyukurlah, maka Allah akan tambah nikmat. Jika ada orang bagitahu anda sedang tak bahagia, janganlah percaya sebab mereka sedang menipu.
Waktu pilihan raya, ramai ahli politik bagitahu anda sedang tak bahagia kecuali undi mereka, waktu itu tengoklah fakta atau auta, bab kata P Ramlee: Salah pangkah dapat taik!
So sebagai penutup, marilah kita menikmati nikmat yang sedia ada, bersyukur dan berbahagialah!
Cuba tengok tangan dan cakap:
“Ya Allah terima kasih berikan saya tangan dan mintak maaf kerana tak pernah cakap terima kasih ada tangan”
Cuba tengok anak OKU kita dan cakap:
“Ya Allah, terima kasih kurniakan saya anak syurga, mudah mudahan si anak dapat menutup aib saya yang sangat banyak di akhirat kelak, anak inilah ladang pahala saya, anak inilah yang akan sibukkan saya dengan kerenahnya sehingga saya tak ada masa nak buat dosa, semoga anak ini akan dapat tarik saya yang hina ini ke syurga”
Baca buku tulisan Hamka keretamayat, cakap:
“Bukan Hamka yang kena berterima kasih kepada saya kerana membeli buku beliau, tapi sayalah yang akan berterima kasih kepada Hamka kerana menulis buku best!”
Woha!
Akhir kata,Selamat bersyukur dan berbahagialah. Jangan mengeluh penat menjaga anak OKU tapi berterima kasihlah kerana bila kita penat, maka kita dah tak larat buat maksiat-Alhamdulillah
kata bag 在 Facebook 的最佳貼文
Jom beraya enam ala kadar..
Tapi PKP stay home guys, walau Rindu nak balik kampung sebab suka tengok pemandangan Puan bini kemas beg.
Orang perempuan ni ajaib, bela jin ke apa?
Tiap kali balik kampong atau bercuti, mereka akan siapkan beg.
Sampai di kampong atau tempat bercuti, bila kita mintak barang dari mereka. Selamba bukak beg dan keluarkan barang, yang peliknya semua barang yang kita mintak akan ada.
Berus gigi, sabun, ubat gigi, kayu sugi, pengetip kuku, putik kapas, kopiah, tuala, sapu tangan, charger smart phone, pen, gunting, ubat nyamuk, kain pelikat, baju panas, pendek kata, semua adalah.
Yang pelik hari tu, saya tanya mana tumb drive?, abang nak menulsi ni? oleh sebab bini sedang siapkan anak, dia kata ada sebelah tepi poket beg. Sayapun pergi cari dalam beg, selongkar semua poket bag tapi tak jumpa-jumpa.
Mulalah says rasa nak marah! sebab dah banyak buang masa cari barang tapi tak jumpa.
“Awak bawak tak ni? Penat cari tak jumpapun! Kalau gak bawak cakap tak bawak takdelah abang buang masa cari barang tak wujud!”
Bini selamba datang, seluk tangan dan terus keluarkan tumb drive.
Ilmu hitam apakah ini?
Woha!
Ps: Jom Beraya enam.. secubis ketupat.. seketul daging.. seulas sushi.. dan sebuku karya Hamka Keretamayat! Nak beli DM jer. He he.
kata bag 在 Aisyah Habshee Youtube 的最佳貼文
Aisyah panggil orang untuk buat detailing kereta sebab seat aisyah dah jadi rojak campur, puas hati ! bersih macam kereta baru ! Lepas tu anak buah datang ziarah, dia confident depan kamera, aisyah decide nanti dah pencen, aisyah akan wariskan channel ni kepada anak anak buah aisyah sebab dorang ni first time tengok camera dah confident. Aisyah rasa dorang dah bersedia. apa kata korang?
DETAILS UNTUK BROTHER DETAILING:
016-6849133 (if korang order, cakap kat dia tahu nombor dari Aisyah :p )
BARANG BARANG 11.11 LAZADAAA:
double tape ala ala tiktok: https://bit.ly/3nULAAH
sticker kiut miut: https://bit.ly/3660vlm
bag office: https://bit.ly/3fBGAhc
face mask banyak banyak saran: https://bit.ly/3lfnXBe
INSTAGRAM: https://www.instagram.com/aisyahhabshee
BUSINESS INQUIRIES:
aisyahhabshee@gmail.com
*Some links may be affiliate
kata bag 在 SiS ViRAL Youtube 的精選貼文
TIDAK kisah kita ni PANGKAT Atau KAYA sampai nak mati Tapi Orang lain lagi kaya Yang nama merata Dunia pun pandai beralas nak mengeluarkan kata kata Tu baru nama KAYA BUDI BAHASA EMAK DIA AJAR ... Tolong lah pi main jauh jauh dengan kelompok macam ni ..
. . .
kata bag 在 ERA Youtube 的精選貼文
Siapa kata perempuan je bawa beg ? Johara ni tiga-tiga bawa beg setiap hari ! Nak tahu juga apa je yang diorang bawa tu eh ?
ERA
Whatsapp : 016-5127777
Website: https://era.je/
Facebook: https://www.facebook.com/era.je/
Twitter: https://twitter.com/ERAdotje
YouTube: http://youtube.era.fm
Instagram: https://www.instagram.com/era.je/