Isu kahwin dengan budak. Adakah islam membenarkan Pedo?
Apa itu pedo?
Pedo adalah seks dengan gadis yang belum baligh!
Bukan seks dengan gadis bawah umur, sebab maksud bawah umur berbeza ikut negara, ada yang 18 tahun, ada yang 16 tahun, ada yang 14 tahun..,
Malahan dari segi kapatalis, 13 tahun dah kira dewasa, tak percaya cuba korang pergi tengok wayang bawak anak umur 13 tahun, harga tiket kanak kanak sepatutnya adalah separuh harga tiket orang dewasa.
Tapi waktu beli tiket, anak saya dikira dewasa dan kena bayar harga dewasa sebab disisi kapatalis, 12 tahun sahaja had umur kanak-kanak, apa kejadah?!
Anak saya jika kahwin umur macam ni korang kutuk islam teruk kahwinkan anak umur 13 tahun kerana masih budak budak, tapi bila kapatalis nak untung lalu kenakan harga dewasa pada budak umur 13 tahun, semua diam tak bersuara? Apa ke jadah?! Hampeh!
Jadi balik kepada isu bawah umur walaupun sudah baligh, yang mana jika buat seks walaupun suka sama suka, akan di cas rogol sebab bawah umur. itu cerita lain.
cerita hari ini, jika korang buat seks pada orang perempuan yang belum baligh, maka itulah pedo dan pedo adalah haram dalam islam, Jadi memang tak bolehlah nak berpedo selamanya wahai semua manusia walaupun dengan bini sendiri...
Masalah sekarang, bila ada seorang lelaki orang islam buat jahat, contoh pergi buat seks pedo dengan bini dia yang bawah umur, maka SALAHNYA adalah lelaki islam tu sorang, bukan salahkan Islam!
Islam tak larang kahwin dengan budak, tapi islam larang Pedo! Faham tak?
Nampaknya saya kena salahkan korang jugak yang belajar agama tak habis, sebab dalam bab hukum kahwin, memang boleh kahwin dengan kanak kanak perempuan, tapi bila kahwin tak semestinya boleh jimak terus, jadi bab jimak pulak hukumnya lain, seperti tak boleh jimak waktu haid, tak boleh jimak wanita belum haid, tak boleh jimak ikut lubang dubor dan semburit.
Al faham ke idop?
Bab dalil, saya setuju dengan Dr Zakir Naik, yang bagitahu Nabi Muhammad kahwin dengan Aisyah sewaktu umur 9 tahun dan tidur bersama selepas Aisyah suci (baligh), hikmah perkahwinan mereka adalah Aisyah ni unik (manusia terpilih) sebagai penghafal hadis wanita paling muda dan paling banyak.
Lagipun kahwin muda takde masalah zaman tu sebab wanita zaman tu cepat matang dan baligh. Jangan lupa jugak fakta isteri pertama Nabi berumur 40 tahun, bermakna Nabi bukan Pedo!
Tapi balik kepada zaman sekarang, zaman anak dara umur 25 tahun tapi tidur malam peluk anak patung teddy bear sambil hafal lagu korea, hari minggu bangkit jam 11 pagi itupun mak kejut, masak apa semua tak pandai, setakat masak air panas masin diclaim tom yam, lepas tu kemas bilik tak reti, rumah dibiar bersepah tunggu mak marah baru nak gerak, boleh ke nak buat bini?
Itu yang zaman sekarang, had umur boleh kahwin dinaikkan ikut negara masing masing, tak sama sebab pemerintah lebih tahu hal ehwal kematangan budak perempuan
Selaian isu kahwin budak zaman Nabi, ada satu lagi isu iaitu menghambakan manusia, zaman Nabi orang islam ramai yang ada hamba abdi, tapi sekarang zaman dah berubah, hukum memiliki hamba adalah harus, tidak haram, tapi zaman sekarang jika korang pergi beli hamba dekat black market memang nak kena kecam.
Jadi kesimpulannya, dari segi hukum islam, boleh ada hamba, boleh kahwin dengan budak, tapi tak boleh pedo walaupun dengan isteri, dan juga hamba!
Tapi bab peredaran zaman, kana ikut undang undanglah, yang mana kerajaan dah haramkan hamba atau haramkan kahwin dengan budak, kena ikutlah.., lagi jika ada kes Pedo, memang lelaki tu kena hukum tak kira siapapun dia, orang islam ke, bukan islam ke, wahabi ke, syiah ke, sunni ke, jika Pedo kita kena tangkap dah hukum mereka.
*****
“Ok, saya faham islam tak benarkan pedo, tapi Hamka, jika zaman sekarang tak boleh kahwin dengan budak?, dan tak boleh ada hamba zaman sekarang? Bermakna islam tak sesuai untuk sepanjang zaman?”
*****
Wah…, dia pusing ikut situ pulak, saya bagi contoh simple, katakan lepas PRU tahun depan, kerajaan terbaru gagal tunaikan manifesto, lalu rakyat merusuh, kemudian berlaku perang antara pelbagai bangsa yang membuatkan Malaysia menjadi huru hara, terus negara luar datang nak takluk Malaysia macam zaman perang dunia ke dua,
Katakanlah Jepun yang datang takluk Malaysia, dan hapuskan semua bangsa cina macam word war 2 dulu, lepas tu kita tahulah jepun ni akan buat kem hamba sex untuk tentera dia, dah tentu lepas perang orang lelaki akan ramai mati, dan jepun akan tangkap anak dara melayu untuk jadikan hamba seks.
Jadi waktu tu siapa yang dah jadi bini orang insya-allah akan selamat, sebab jepun zaman world war dulu punya nafsu nak rogol anak dara sahaja, maka saya rasa korang orang perempuan zaman tu rela dikahwinkan dengan sepupu sepapat walaupun bawah umur, dan rela dipoligami, malahan jika qouta poligami lelaki melayu dah penuh, korang sanggup jadi hamba orang islam daripada ditangkap tentera jepun dan dijadikan habuan seks tentera mereka.
Jadi sewaktu itu fahamlah korang tentang hukum islam yang sesuai sepanjang zaman.
Amacam? Ganas tak contoh saya bagi? Asal korang faham, biar semua puas hati.
Woha!
同時也有1部Youtube影片,追蹤數超過8萬的網紅NgektsaiArmy Official,也在其Youtube影片中提到,Salam perey! ? Teringatlah ngek cerita baruk2 tok juak tek, tong sampah ngek angus setegal puntung rokok. Gugok juak lah jantong nangga rumah berasap2...
maksud marah 在 Facebook 的最佳解答
Ini Gambar kenangan makan di Masjid Seri Petaling sebelum Covid, harga satu talam RM10, termasuk lima air sirap, kenyang makan lima orang. Nak tambah hanya bayar RM2.
Siapa kata KL makanan mahal? Tengok tempat lah kan?
Waktu makan dalam talam, ada orang tegur, awak Hamka keretamayat? Kenapa pilih nama keretamayat?
Okey, Tazkirah sikit..
Pernah tak orang tuduh korang dengan ayat sebegini?
"Aku tengok kau ni dah makin jauh dari Allah"
Apa perasaan korang kena tuduh macam tu? Rasa nak marah? Tak puas hati?
Relaxs, tenang Bro.. tuduhan tidak menjadi benar sehinggalah ada bukti kukuh.
Jadi apa bukti kita jauh dari Allah?
Mudahkan cerita, Terdapat tiga tanda yang menunjukkan kita jauh dari Allah…,
Pertama:
Kita suka menangguhkan taubat… cuba fikir, bila last buat solat taubat? Apa? Tak dengar? Masa kem ibadat sekolah menengah dulu, okey..,
Solat mungkin susah bagi kau, cuba check lagi, bila last menangis dalam taubat? Menangis sebab hidup susah cerita lain, ini menangis sebab dosa banyak? Bila buat? Jika ada buat, alhamdulillah, korang belum jauh dari Allah.
Kedua:
Tanda kita jauh dari Allah, adalah bila Kita selalu tidak berpuas hati dengan rezeki kehidupan, harta rasa sikit, kereta rasa kecik, rumah rasa sempit, rezeki rasa tak cukup,pasangan rasa hodoh sangat, anak rasa bodoh sangat jugak, dan mudah dengki tengok orang happy... geram tengok orang Berjaya, lepas tu mengeluh “kenapa hidup aku susah sangat berbanding dengan orang lain?”,
Itulah tanda korang jauh dari Allah, tapi Jika takde sifat di atas, selalu bersyukur atas segala nikmat walaupun sekecil nikmat, sentiasa bersabar walaupun sebesar besar ujian, alhamdulillah, korang belum jauh dari Allah. Tahniah!
Ketiga:
Tanda kita jauh dari Allah, Kita beribadat dengan malas… solat dengan malas, baca al quran dengan malas, zikir dengan malas…, arghh, malaslah nak cerita.
Kesimpulanya, jika ada semua tanda itu, maka korang dah terkena penyakit hati yang akan buatkan kita menjauh dari Allah, namun jangan bimbang sebab keretamayat boleh “dekatkan” korang semua pada Allah.
Err, maksud saya, Setiap penyakit ada penawarnya, wabak ada vaksin, maka ubat untuk penyakit hati adalah, ingat mati.
Sungguh Orang yang bijaksana adalah orang yang ingat mati, lalu membuat persiapan mati.
Bijak di sana, okey!
Woha!
Ps: Pesan pada diri sendiri, perjalanan tidak jauh tapi kita yang masih jauh, semoga kita semua bijaksini ingat mati, dan bijaksana kerana buat persedian sebelum mati, Kerana itulah saya pilih nama pena kereta mayat, Now you know!
maksud marah 在 Facebook 的最佳解答
Hari ni saya rasa sebak.
Angka kematian tertinggi di Malaysia akibat Covid
Dan dalam angka itu ada orang yang saya kenal.
Sahabat saya belajar satu kelas dahulu, telah meninggal dunia akibat Covid, dan isterinya pagi tadi juga meninggal dunia akibat Covid, dan anak anaknya masih kecil seramai empat orang.
Saya bayangkan jika saya dan isteri mati akibat Covid esok.
Anak saya lima orang itu, siapa nak tolong tengok-tengok kan?
Datuk dan Nenek belah ayah dah lama pergi, Tinggal Atok dan nenek belah Isteri, tapi Tok dan Wan dah tua, berapa lama mereka mampu tengok tengok kan?
Maka Pakcik dan Makciknya akan tolong jaga, tapi Pakcik Makciknya bukan orang senang, siapa nak ambil lima beradik sekaligus?
Maka akan berlaku pisah memisah adik beraduk, abang Long student U mungkin senang orang nak jaga, anak nombor dua pelajar MRSM, mungkin tak susah pakcik makciknya nak jaga, anak perempuan sorang yang rajin tolong ‘arwah’ mak, senang nak jaga sebab pandai bawa diri, tapi anak nombor empat lelaki yang agak nakal? Dan anak OKU Autisme? Siapa nak layan karenahnya bila dia mengamok?!
Saya tahu Allah ada, Allah jaga mereka semua, saya juga tahu dunia ini pentas ujian, llau saya terbayangkan ujian anak anak yang tiada lagi ibu dan ayah di sisi mereka, sungguh pelukan pakcik makcik, tak sama macam pelukan ayah dan ibu. Marah Pakcik dan Makcik, tak sama marahnya si ibu dan ayah…
Maka duhai anak, berpisah kita di dunia jangan sedih sangat, tolong jangan habiskan air mata untuk takdir sementara, sungguh kesusahan yang akan datang jangan ditangisi, tapi bersyukurlah sebab nikmat terbesar adalah kenal Allah dan Sembah Allah!
Nabi Muhammad SAW tahu lepas baginda wafat, cucunya akan mati di seksa dan dibunuh, sorang akan mati dipancung, dan sorang akan mati di racun, namun baginda juga mampu redha sebab Nabi faham dunia bukan maksud hidup, susah di dunia sementara, yang mana selagi ada Iman dalam dada, pasti kita semua akan mati dengan tenang dan Kembali Bersatu di Syurga!
Husin dan Hasan akan Bersatu dengan Nabi Kembali di Syurga, juga Saidina Ali dan Osman dan semua sahabat lain akan Bersatu di syurga kerena mereka semua telah Redha kepada Allah dengan semua takdir, asal Allah redha, maka mereka Redha, maka berdamailah dengan semua Takdir duhai semua anak ayah. Redha dengan semua jalan hidup, Sabar bila susah, Syukur bila senang, dan atas sikit, dengan susah pun kita Syukur, Alhamdulillah!
Satu lagi yang saya sebak duhai semua pembaca, yang mana bila ibu ayah dah mati, harta arwah, bukan semua dapat kepada anak yatim, ada hak pakcik dan makciknya, yang mana banyak kisah berlaku perebutan harta, hingga Allah masukkan dosa makan harta anak yatim adalah dosa besar!
Selalu juga saya dengar orang mengeluh bab pembahgian harta dalam Islam, sebab ada kes, waktu arwah hidup, pakcik makcik tak pernah tolong, bila arwah mati, muncul pakcik makcuk tuntut harta sampai bergaduh gaduh!
Ingatlah pesanan setiap Jumaat, jadilah orang bertakwa, siapa orang yang bertakwa? Orang yang menunaikan hak anak yatim.
Maka saya percaya hikmah dalam pembahagian harta arwah, adalah menguji sifat takwa umat islam, yang mana bila berlaku kematian, maka muncullah semua pakcik makcik nak ambil harta sebab ada hak mereka dalam harta arwah, namun saya percaya, orang bertakwa hanya ingin tahu berapa hartanya, lalu semua dihadiahkan Kembali kepada anak yatim secara terang terangan.
Dan andai kata dikalangan pakcik makcik tiba tiba ada sorang tak nak hadiahkan, maka pakcik dan makcik yang lain tahu bahawa ada saudara dekat yang sedang susah di kalangan mereka hingga sanggup ambil peluang ini untuk urus hidup mereka guna bahagian harta arwah, maka pakcik makcik bertakwa yang lain, pergilah bantu pakcik yang tak nak hadiahkan itu, dan di situ tahulah nanti sifulan benar benar susah atau tamak?
Jika sifulan benar benar susah, maka terbuka jalan untuk tunaikan hak, jika sifulan betul betul tamak, terbuka pula jalan untuk berdakwah.
Walau bagaimanapun, ini hanyalah pandangan peribadi saya yang terfikir kematian tiba tiba, sedang harta yang ada tak banyak mana pun, maka tolong pakcik makcik kepada anak saya, iaitu abang dan kakak serta adik beradik saya, tolong tengok tengoklah anak saudaramu nanti bila saya dah pergi mengadap Ilahi.
Tolong munculkan diri dengan bertakwa di majlis kematian saya, dan bersaksilah, Saya telah halalkan semua hutang jika ada pada waktu itu, dan jika saya ada hutang dengan kamu, ambillah dari harta saya agar dapat saya berehat dengan aman di kubur. Hutang wajb bayar walau sudah menjadi mayat, pesanan kepada diri sendiri,
Akhir kata, salam takziah buat semua yang telah pergi menghadap Ilahi hari ini, esok esok giliran kami pasti tiba.
Dari Allah kita datang, kepada Allah kita pulang, moga kita pulang Bersama sekeping hati yang bertakwa.
Al Fatihah.
maksud marah 在 NgektsaiArmy Official Youtube 的最佳貼文
Salam perey! ?
Teringatlah ngek cerita baruk2 tok juak tek, tong sampah ngek angus setegal puntung rokok. Gugok juak lah jantong nangga rumah berasap2 di dapo. Nasib xda papa, kecuaian dimpun juak.
Kadang2 kita rasa marah n terkilan apabila sesuatu musibah menimpak kita... tapi mun dipikey balit, setiap yg berlaku mmg ada silver lining nya kata omputeh... ada hikmah lah maksud nyey... macam kes tong sampah angus, walaupun tong sampah jak angus, tapi semasa kejadian, ngek sedar bahawa rumah ngek sekda k madam api. Selalunya kita nangga k madam api di supermarket, klinik, bangunan2 kerajaan dll... sik juak ngek betah nak nyangkut k madam api besar ugak2 dlm rumah. Hahaha.
Jadi now ngektsai udah ada jalan penyelesaian! Ngektsai dah ada pemadam api mini di rumah. Malang nisik berbau, so kita sikkan dpt mengagak bila kita akan memerlukan benda2 mcm tok. Oleh itu, sediakan payong sebelom ujan jak lah. Mini Flame Fighter, setiap rumah harus ada sigek! Boleh like page FB EZ BerjayaCo atau ig sidak, @ezberjayaco untuk usha2 pemadam api mini tok. Mun mok senang gik, boleh hubungi En. Hairul 0 11 1400 9701 untuk ngorda. Harga sigek pemadam api mini cuma rm80! Apa tunggu lagik! Lekas orda!
Bah, kita dah masok minggu terakhir nak posa n dlm masa yg sama nyambut gawai. Gago lah kita semua kastok molah persediaan nak posa, ada sidak nok berbisnes molah persediaan dll... apapun, take care!
#ngek
#ngektsai
#ngektsaiarmy
Ps : agik wujudka urg laki kelaie segal sorg rompuan kinek? ?