Zaman sekarang ni, Tengok kat media sosial, ramai orang persoal tarikh kemerdekaan.
Teringat pakcik zaman muda dulu, orang tak pertikaikan Tarikh.
Orang pertikaikan:
"Benarkah kita sudah merdeka?"
Woha!
Kenapa? Sebab katanya UMNO ni masih British!
Jadi semenjak “merdeka”, UMNO yang kuasai Malaysia, UMNO adalah British, begitulah kata mereka!
Terus teringat Zaman pakcik dulu, orang PAS anti betul dengan UMNO, kafir katanya! Kita tidak merdeka selagi UMNO yang jadi PM!
Tapi bukan PAS sahaja tak suka UMNO, DAP, PKR, BERSATU, PH, PR, PN, Tun M pun tak suka UMNO.
Bagi yang tak tahu sejarah negara, biar pakcik buat ringkasan, senang esok esok nak jawab subjek sejarah.
Alkisahnya, Sejarah berulang…
Zaman dulu, British cukup lama memerintah Tanah Melayu. Ramai orang melayu tak suka, maka bila datang Jepun, ada melayu sokong, katanya bila jepun memerintah, plastic murah, maka perang berlaku, British kalah. (Rujuk Filem Leftenan Adnan)
Jepun memerintah tanah melayu selama tiga tahun, dan Jepun jauh lebih kejam dari British, orang melayu bergabung dengan British lawan Jepun, (Rujuk filem Sarjan Hassan)
Kemudian datang pula Komunis memerintah tahan Melayu selama dua minggu, dan rakyat mendapati Komunis jauh lebih kejam dari jepun, sekali lagi British dan orang melayu, dan bangsa lain bergabung, akhirnya menang. (Rujuk Filem Bukit Kepong)
Beritish memerintah sampai habis sumber bumi kita, lombong semua di jarah, penyakit wabak merebak, vaksin tak ada, melayu pun ramai tak suka British, komunis masih ada sebagai pembakang.
Akhirnya Umno Minta merdeka dari British lalu…
Akhirnya Malaysia merdeka, semua bangsa Bersatu bangunkan Malaysia. (Rujuk filem: Hati Malaya-saya belum tengok, katanya filem tu tentang UMNO dapatkan kemerdekaan, ada masa nanti saya akan tonton)
Umno bergabung dengan MCA ,MIC, dan beberapa parti kecil lalu membentuk Barisan Nasional dan memerintah Malaysia dari awal Merdeka 1957 hingga 2018.
Waktu itu Negara berada di kemuncak ekonomi, perubatan tip top, rakyat ramai yang senang, pelancong berbondong bondong, warga asing datang sebagai tenaga buruh, rakyat jual apapun laku. Penulis buku pun hidup mewah zaman Vaucer buku. Penjawat awam mewah dengan pelbagai kemudahan. Rujuk drama melayu pukul 7 petang kisah cinta anak Datuk kaya bisnes 39 billion bersama pekerja 250 ribu orang, zaman UMNO lah tu.
Tapi Umno tak perfect, ada orang melayu tak suka, orang PAS tak suka sebab Umno tak islamik, lalu bergabung dengan DAP, PKR juga tak suka UMNO sebab benci Tun Mahadir, dan bila Tun keluar UMNO bergabung dengan PKR dan DAP membentuk parti baru Bersatu, maka akhirnya Umno kalah. (Rujuk Filem Rise: Ini Kalilah-tapi serius saya belum tengok-woha!)
Dengan kejatuhan UMNO, Masa tu di media sosial, ramai penyokong Pakatan Harapan update status konon udara dah makin segar, suasana nyaman dan terasa bersemangat seolah-olah Malaysia baru Merdeka.
Malaysia baru merdeka masa tu katanya? Adohai..
Siap pakai slogan Malaysia Baru yang entah apa maksudnya?, yang mana tak sampai dua tahun, kerajaan baru Bersatu, DAP, PKR dan lain parti memerintah Malaysia tapi rakyat tiba tiba ramai mengaku menderita, ekonomi jatuh, orang hilang kerja, mahkamah yang tak adil, kes pukul ahli bomba tak selesai, dan lain lain, maka tak sampai sepenggal, hanya dua tahun, Pakatah Harapan tumbang bila Muhyidin dari Bersatu buat Perikatan Nasional, gabungan dengan UMNO, PAS, MCA, MIC, dan lain lain parti. (Ada ke orang buat Filem pasal kehebatan kerajaan PN? Jika ada bagitahu yer, saya nak masukkan dalam catatan sejarah)
Bila PN rampas kuasa dari PH, Masa tu penyokong PH yang baru alami perasaan merdeka Malaysia baru terus membisu bab politik, wall mereka sibuk post tentang kucing, memancing, resepi masakan, jual barang online dan gosip artis. Jika ditanya tentang parti kegemaran mereka, terus ayat klise muncul…
”Tak minat politik. Semua parti sama jee” (woha!)
Sambung story, Perikatan National takbir Malaysia waktu Pandemik Covid, awalnya cemerlang, kes turun, negara jadi contoh, namun bila UMNO kerusi terbanyak serta pembangkang bagi cadangan yang baik untuk negara tak diendahkan oleh Bersatu, maka Umno marah, rakyat pun marah, hari hari hari orang kutuk pemerintah dengan hashtag Kerajaan gagal. (Rujuk video lagu parody oleh Mohd Nur Azman Naim)
Akhirnya, Perikatan hilang Majority bila UMNO walk the talk, Tarik diri, dan kini Malaysia Kembali ke tangan UMNO.
UMNO dan PAS juga dah bergabung dalam MN.
Dari British kita di jajah, kepada British Kembali di jajah, dan dari UMNO kita merdeka dan Merdeka terkini, UMNO Kembali PM, mungkin lepas ni akan ada filam “Rise: Malu apa Bossku?”
Apa-apapun ini bukan ulasan politik tapi ulasan filem dan drama, berikut adalah markah jujur dari saya.
(1) Leftenan Adnan (5/10)
(2) Sarjan Hasan (10/10)
(3) Bukit Kepong (10/10)
(4) Hati Malaya (Belum tengok, nanti saya tengok)
(5) Drama melayu pukul 7 petang kisah cinta anak Datuk kaya bisnes 39 billion bersama pekerja 250 ribu orang (belum tengok, mungkin bisnes jual madu dan bilangan pekerja itu adalah lebah pekerja, masuk akal 250 ribu lebah pekerka jika ada ladang madu-tahniah)
(6) Rise, ini kalilah (belum tengok, tak ada keinginan nak tengok, tunggu paid review)
(7) Malu Apa Bossku (Belum ada yang berani buat)
Sekian ulasan filem politik dengan meminjam kata kata penyokong PH.
”Tak minat politik. Semua parti sama jee”
Woha!
同時也有42部Youtube影片,追蹤數超過1萬的網紅Rasaflix,也在其Youtube影片中提到,Resepi Homemade Kuih Tepung Pelita Lemak Manis, Sedap Macam Beli Kat Bazar Nak tahu cara masakan? Tonton di https://youtu.be/33X5gCBAcNw #Shorts...
「masakan melayu resepi」的推薦目錄:
- 關於masakan melayu resepi 在 Facebook 的最讚貼文
- 關於masakan melayu resepi 在 Pakar diari hati Facebook 的最讚貼文
- 關於masakan melayu resepi 在 Fizo Omar Facebook 的最佳貼文
- 關於masakan melayu resepi 在 Rasaflix Youtube 的最佳解答
- 關於masakan melayu resepi 在 Rasaflix Youtube 的精選貼文
- 關於masakan melayu resepi 在 Rasaflix Youtube 的最佳貼文
- 關於masakan melayu resepi 在 Resepi Masakan Melayu - Facebook 的評價
- 關於masakan melayu resepi 在 30 Resepi Masakan Melayu Tradisional - YouTube 的評價
- 關於masakan melayu resepi 在 60 RESEPI TERBAIK MASAKAN MELAYU - YouTube 的評價
- 關於masakan melayu resepi 在 resepi masakan melayu - Pinterest 的評價
masakan melayu resepi 在 Pakar diari hati Facebook 的最讚貼文
MESIN MASAKAN PINTAR
Naufal: Ibu,apakah alat ini?
Ibu:Alat ini ialah mesin masakan pintar.Ibu membelinya dari luar negara.
Naufal:Boleh ibu terangkan tentang keistemewaan ayat ini?
Ibu:Boleh,Naufal.Alat ini menggabungkan beberapa peralatan utama dalam masakan.Mesin ini lebih selamat kerana tidak menggunakan dapur gas.Selain itu,mesin ini boleh digunakan untuk memasak beberapa hidangan dalam satu masa.
Naufal:Ibu,ajarkan saya cara untuk menggunakannya.
Ibu:Untuk memasak dengan mesin ini amatlah mudah.Mula-mula cari dan pilih resepi masakan di skrin yang tertera.Kemudian,sediakan bahan-bahan mengikut resepi tadi.Masukan bahan-bahan tersebut mengikut arahan yang tertera pada skrin.Berhati-hatilah semasa melakukannya supaya tidak terkena masakan yang panas.Akhir sekali,tunggu sehingga process masakan selesai.Mesin ini akan menunjukkan pemberitahuan apabila masakan telah siap.
Naufal:Wah,semudah itu sahaja.Ibu,boleh saya mencubanya?
Ibu:Boleh, tetapi ibu mahu kamu ulang dahulu cara menggunakannya seperti yang telah ibu beritahu tadi.
Petikan dari buku "Modul Aktiviti Mesra Digital Bahasa Melayu Tahun 4".
Bagusnya seawal 10 tahun sudah didedahkan dengan mesin masakan pintar also known as thermomix.Jika ada di kalangan anda yang masih belum mengetahui mengetahui tentang thermomix ni,saya rasa ini adalah masa paling seseuai untuk anda untuk mendapatkan maklumat lanjut melalui saya.
Kalau anda dah lama renung thermomix,nak tanya apa-apa atau nak beli terus boleh PM fb @kakakpija or DM ig @kfyzza atau nak lagi cepat terus whatsapp 0143379739.
Boleh dapatkan bantuan dan khidmat professional saya,thermomix advisor anda.Dapatkan bantuan professional sepanjang masa untuk:
-unboxing dengan bantuan video kerana pkp
-servis professional dan pantas
-berada dalam komuniti memasak yang aktif
-inspirasi memasak setiap hari
Facebook @kakakpija
Instagram @kfyzza
Whatsapp 0143379739
Youtube Noor hafizah khalid
masakan melayu resepi 在 Fizo Omar Facebook 的最佳貼文
PIZZA DALAM MUG | CAMPAK-CAMPAK
.
.
Dah bosan makan masakan melayu, tak teringin western pulak ke??
Nah! Abe Joe up satu resepi mudah sedap dan cepat dkt korang semua... Pizza dalam cawan tak payah guna bekas besar besar pon....
Mudah je, bahan-bahan pon dah ada dalam fridge tak payah keluar nak pergi mall...
Bahan-bahan (doh) :
- Tepung gandum 2 sudu besar
- Baking powder 1 sudu kecil
- Baking soda 1 sudu kecil
- Garam 1/2 sudu kecil
- Minyak masak 1 sudu besar
- Susu full cream 1 sudu besar
Bahan-bahan (topping) :
- Tomato puree
- Cheddar cheese/ mozzarella
- Sosej/ isi ayam/ isi daging
Dah jadi buat tu jgn lupa like dan share okay!
Kalau korang suka video macam ni, korang boleh tgk byk lagi video di:
https://www.youtube.com/c/FizoOmarchannel
#biarsinglejanjipandaimasak
#pizzadalamcawan
#campakcampaksampaijadi
#abejoeshare
masakan melayu resepi 在 Rasaflix Youtube 的最佳解答
Resepi Homemade Kuih Tepung Pelita Lemak Manis, Sedap Macam Beli Kat Bazar
Nak tahu cara masakan?
Tonton di https://youtu.be/33X5gCBAcNw
#Shorts
masakan melayu resepi 在 Rasaflix Youtube 的最佳貼文
Resepi Rendang Ayam Cili Api Minang, Hantu Makanan Pedas Wajib Cuba Resepi Ni!
Nak tahu cara masakan?
Tonton di https://youtu.be/aKkH1GYx4wQ
#Shorts
masakan melayu resepi 在 30 Resepi Masakan Melayu Tradisional - YouTube 的推薦與評價
Pelbagai resepi masakan sedap mudah dan ringkas. ... <看更多>
masakan melayu resepi 在 60 RESEPI TERBAIK MASAKAN MELAYU - YouTube 的推薦與評價
Pelbagai aneka resepi masakan melayu. ... <看更多>
masakan melayu resepi 在 Resepi Masakan Melayu - Facebook 的推薦與評價
Resepi Masakan Melayu. 144165 likes · 11 talking about this. Memaparkan Koleksi Resepi Masakan Melayu di Malaysia. Di tulis dalam bahasa Malaysia... ... <看更多>