*Nasi Tumpang Kelantan*
🥙🥙🥙🥙🥙🥙🥙🥙🥙
*Bahan-Bahan:*
½ kg beras
1000ml air
6 helai daun pisang
*Bahan Gulai Ikan:*
200gm ikan kembung
2.5cm kunyit hidup – dikisar halus
2.5cm lengkuas – dikisar halus
6 ulas bawang merah – dikisar halus
4 biji cili kering – dikisar halus
500ml santan pekat
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
*Bahan Telur Dadar:*
5 biji telur ayam
1 biji bawang besar – dimayang
50gm daun bawang – dimayang
1 biji cili merah – dimayang
Garam secukup rasa
*Cara Cara Masak Resepi Nasi Tumpang Kelantan Simple*
1. Nasi: Cuci beras hingga bersih dan masak bersama 1000ml air sehingga nasi itu lembut (seperti nasi himpit) kemudian biarkan ia suam. Ketepikan.
2. Gulai ikan: Semua bahan yang dikisar dicampurkan dengan santan, masak sehingga mendidih. Kemudian masukkan ikan biarkan masak.
3. Perasakan dengan gula dan garam secukup rasa. Kacau rata sehingga kuahnya pekat. Ketepikan.
4. Telur dadar: Pecahkan telur dan campurkan bahan yang dimayang dan garam secukup rasa. Pukul sebati. Panaskan kuali dan goreng sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
5. Untuk membungkus nasi tumpang: Kelongsongkan daun pisang kemudian masukkan nasi lembik 1/3 kelongsong tadi dan tekan hingga padat.
6. Kemudian masukkan hirisan telur dadar. Masukkan satu lapis lagi tekan sehingga padat dan masukkan lagi lauk gulai ikan.
7. Masukkan pula nasi ke atas lauk tadi dan bungkuskan. Sedia untuk dihidangkan.
Selamat Mencuba 😄
🥙🥙🥙🥙🥙🥙🥙🥙🥙🥙
同時也有50部Youtube影片,追蹤數超過47萬的網紅DESTINASI TV,也在其Youtube影片中提到,Nasi lemak menu wajib sarapan rakyat Malaysia dihidangkan bersama telur, timun, ikan bilis, kacang goreng dan sambal.Tambahan, nasi lemak dimakan bers...
「nasi goreng telur」的推薦目錄:
nasi goreng telur 在 Facebook 的精選貼文
Setiap Buku resipi saya ada nama kesayangan2 saya macam Sayur Kulit Tembikai Daddy, Kari Kambing Abah, Acar Ikan Masin Mak, Bakso Tulang Rusuk Bibik ,Roti Telur Dinda / Nasi Goreng Kicap Dinda, Ayam 3BG Versi Abg Danish … si Kakak Dina kata kenapa nama dia tak ada …
Ini Favourite Dina , saya nama kan menu ni …
“Masak Lemak Cili Api Telor Itik Dina 😅”
Buku Edisi 5 , mommy masuk kan nama Dina ok 😂
nasi goreng telur 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的最讚貼文
Nasi Ganja
Bahan-bahan:
3 cawan beras bashmati - cuci bersih, rendam 30 minit, toskan
4 cawan air
2 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar minyak masak
4 biji bawang putih - hiris*
1 biji bawang besar - hiris*
1 inci halia - hiris*
3 batang kulit kayu manis*
3 kuntum bunga lawang*
5 biji buah pelaga*
3 biji bunga cengkih*
1 bungkus kecil serbuk rempah Sup Adabi*
beberapa titis pewarna kuning telur
6 sudu besar sos cili
garam secukupnya
Cara memasak:
1. Masukkan minyak masak dan minyak sapi, dan biarkan cair/panas.
2. Masukkan bahan bertanda * dan tumis hingga wangi dan bawang menjadi layu.
3. Kemudian masukkan air, pewarna kuning serta sos cili Maggie.
4. Tambahkan garam secukupnya.
5. Setelah mendidih, masukkan beras, kacau hingga air hampir kering. Tutup periuk dan kecilkan api. Biar nasi tanak lebih kurang 5 - 7 minit (nampak wap2 keluar dari tudung periuk). Tutup api dan biarkan sekejap dalam 5 minit sebelum buka tudung dan kareh rata.
Untuk Ayam Goreng
Bahan-bahan:
1 ekor ayam dipotong 12 ketul
2 sudu serbuk kunyit
2 bungkus kecil rempah kari ayam
1 sk serbuk ketumbar
1 sk jintan manis
1 sk serbuk cili
1 sk serbuk paprika
1 sk serbuk lada hitam
3 tangkai daun kari dimayang
3 sb tepung gandum
1 biji telur
sedikit garam dan gula
minyak untuk menggoreng
Bahan kisar:
10 biji bawang merah
6 biji bawang putih
5 inci halia
4 batang serai
Cara:
1. Perap kesemua bahan kecuali minyak.
2. Setelah memerap lebih kurang 30 minit, bolehlah goreng ayam tadi dengan menggunakan api sederhana panas supaya masak sekata.
Kuah Kari Ummi
Bahan-bahan:
4 sb bungkus kecil rempah kari ayam + kari ikan
1 sb serbuk cili
Bahan tumbuk/hiris - tumisan
5 biji bawang merah
4 biji bawang putih
1 inci halia
Bahan lain:
3 biji kentang - kupas kulit dan potong dadu
5 batang kacang panjang - potong sepanjang 3 cm
Terung
Lobak merah - potong panjang 2 inci
garam
1 sk pati asam jawa
4 cawan santan cair atau air kosong
Kaki ayam dan bahagian2 tulang dan lehernya (optional)
3 tangka
Kredit:empunya resepi
#bestmalaysiafoodviral
nasi goreng telur 在 DESTINASI TV Youtube 的精選貼文
Nasi lemak menu wajib sarapan rakyat Malaysia dihidangkan bersama telur, timun, ikan bilis, kacang goreng dan sambal.Tambahan, nasi lemak dimakan bersama ayam goreng yang membangkitkan selera!
Nasi Lemak Village Park terletak di Damansara Utama sangat popular dengan nasi lemak bersama ayam goreng dan kemanis sambal yang tersendiri akan membuat anda terliur melihat proses masakan nasi lemak disini.
? : Nasi Lemak Village Park
? : No. 5, Jalan SS 21/37, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor
⏰ : Isnin - Jumaat | 6:30 am - 7:30 pm
Sabtu, Ahad & Cuti Am | 6:30 am - 6:00 pm
Bermula pada tahun 2017, Destinasi TV melihat budaya kulinari dan darmawisata sebagai pintu kepada sejarah, tradisi dan evolusi masyarakat tempatan.
Merupakan sebahagian dari Kumpulan Manggis (https://manggis.group), Destinasi TV menghasilkan siri video digital yang menghiburkan, mendidik dan berkualiti tinggi untuk tayangan umum secara percuma di platform seperti Youtube, Facebook, Instagram, IFlix dan Dim Sum.
Destinasi TV terkenal dengan siri video digital seperti “Mat Salleh Cari Makan”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Pilihan Terbaik”, “Sembang Bros”, “The Nasi Lemak Show”, dan “Trek Artisan”.
nasi goreng telur 在 DESTINASI TV Youtube 的精選貼文
"Pulau Tak Boleh Pergi, Kita Bawak Dia Mari!" Fendi mencipta resepi Char Kuey Tiow gaya Pulau Pinang menggunakan bahan dari Sambaleena, iaitu Sambal Ketuk. Jom Saksikan.
2 Biji Kombo Kasih Sayang Destinasi TV dan Sambaleena » https://sambaleena.com/product/destin...
Dalam episod kali ini, Fendi akan menggunakan Sambal Ketuk pedas Level 5. Resepi paling senang dan hanya guna 8 bahan sahaja. Jom dapatkan set kombo bumbu Sambaleena dan cuba untuk masak sendiri menu ini. Selamat mencuba dan jangan lupa untuk tag @DESTINASI TV di Facebook atau Instagram.
Bahan Bahan Yang Diperlukan:
1 Pinggan Kuey Tiow (di basuh)
Udang Segar 3 Ekor
Sambal Ketuk 1 Sudu
Daun Kucai 4 Tangkai
Taugeh Mentah 1 Mangkuk
Sos Cili 1 Sudu
Kicap Manis 2 Sudu
Cara Penyediaan:
Mulakan dengan penyediaan bahan bahan. Seperti memotong daun kucai mengikut saiz yang di cadang. Basuh semua bahan bahan seperti sayur, kuey tiow & telur.
Mulakan dengan memanas minyak, dan goreng udang sehingga separuh masak. Lebih kurang selama seminit. Selesai menggoreng udang, pecahkan telur dan kacau sehingga hancur.
Seterusnya, letak satu sudu Sambal Ketuk Sambaleena dan campurkan ke dalam telur tadi dan gaul hingga sebati.
Setelah sebati, campur kan kuey tiow ke dalam kuali dan gaul hingga sebati. Pastikan jumlah sambal dan kuey tiow seimbang. Selepas itu, letakkan kicap manis dan sos cili. Gaul hingga sebati.
langkah seterusnya, campur kan taugeh dan daun kuchai dan gaulkan semuanya. Maka dengan itu, Char Kuey Tiow Sambaleena sudah selesai
sangat mudah bukan? Selamat mencuba!
#destinasitv #resepitok #resepimudah #charkueytiow #sambaleena #roadto500K
Bermula pada tahun 2017, Destinasi TV melihat budaya kulinari dan darmawisata sebagai pintu kepada sejarah, tradisi dan evolusi masyarakat tempatan.
Merupakan sebahagian dari Kumpulan Manggis (https://manggis.group), Destinasi TV menghasilkan siri video digital yang menghiburkan, mendidik dan berkualiti tinggi untuk tayangan umum secara percuma di platform seperti Youtube, Facebook, Instagram, IFlix dan Dim Sum.
Destinasi TV terkenal dengan siri video digital seperti “Mat Salleh Cari Makan”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Pilihan Terbaik”, “Sembang Bros”, “The Nasi Lemak Show”, dan “Trek Artisan”.
nasi goreng telur 在 @sazalisamad Youtube 的最佳解答
SAZALI SAMAD MASAK NASI GORENG TELUR ALA KOREA, Hani kata
Salam Semua,
Hujung minggu xde menu fancy2.. kita bagi Hani task masak.. dia buat style korean katanya..
#sazalisamad #Nasigorengkorea #Sazalisamaddiet