Sesi Badminton (Siri 2) - 23 September 2021
Semalam saya agak kepenatan. Penat sangat. Program bersambung-sambung dari awal pagi.
Tapi hati memang tak sabar nak turun ke gelanggang badminton kali kedua. Anak helang tak boleh rehat lama2 sangat. Kepak kena digerakkan selalu. Helang kena terbang di udara tinggi bukan di atas pokok atau pun atas tanah. Banyak 'helang' di kalangan manusia tidak mahu terbang tinggi.
Saya sampai di rumah sekitar jam 645 petang. Badan terlalu letih. Permainan akan bermula pukul 8 malam. Ada masa berehat lagi. Terus letak kepala terus lelap. Lelap selelapnya. Jam 7.30 malam terus terjaga. Badan semakin letih. Bergegas siapkan diri untuk solat Maghrib.
Aah....dah lewat. Perut pun kosong. Badan letih. Selepas solat, terus makan sesuap dua nasi goreng baki sarapan pagi tadi.
Kalau nak ikut hati, nak batal je niat nak turun ke gelanggang. Nak berehat. Di sini ada konflik antara suara hati dan suara badan. Saya buat tak tahu je suara badan. Saya ikut suara hati. Saya terus siapkan diri. Pakaian. Stokin. Kasut sukan. Bekalan air kosong. Sebiji pisang.
Bila sampai di gelanggang sekitar jam 8.25 malam, saya terus memanaskan badan. Jam 840 malam, terus bermain set pertama saya. Dalam set kedua, saya pair dengan Prof. Dr. Asyraf Hashim. Jarang malah tak pernah kami bermain dalam satu pasukan. Seronok bermain dengan pemain yang dekat dengan umur saya. Kami adalah pemain yang paling berumur. Paling tua.
Alhamdulillah, saya sempat bermain 4 set permainan. Best sangat. Dah dapat sikit2 form & stamina. Sambil kami berehat2, sempat berbincang tentang cubaan bermain takraw pula minggu depan di samping acara badminton. Tak sabar nak bertakraw pula.
Terima kasih kepada semua rakan2 seperjuangan mencari jati diri: minda & badan yang ingin menang.
"Kalau nak menang, tak cukup dengan minda yang menang (winning mind) tetapi juga otot dan organ badan yang kuat dan ingin menang" (petikan dari buku novel saya Covid 25).
MDB
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
「niat solat maghrib」的推薦目錄:
- 關於niat solat maghrib 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的最佳解答
- 關於niat solat maghrib 在 Facebook 的最讚貼文
- 關於niat solat maghrib 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的最佳貼文
- 關於niat solat maghrib 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的精選貼文
- 關於niat solat maghrib 在 大象中醫 Youtube 的精選貼文
- 關於niat solat maghrib 在 大象中醫 Youtube 的精選貼文
niat solat maghrib 在 Facebook 的最讚貼文
Apa itu Hakikat Agama?
(Sila baca sampai habis, jangan langkau nanti sesat nayer)
Korang pernah drive kereta dengan orang tua pergi tempat jauh? Lepas tu pakcik tu senyap sahaja, korang nak bukak lagu rock XPDC pakcik tu bukannya layan, nak bukak lagu Cromok lagilah pakcik tu tak layan.
Nak bukak radio mengaji karang, hati korang pulak yang gelap akan mengantuk waktu memandu.
Jadi nak borak tentang apa dengan pakcik yang membisu dikerusi penumpang tu?
Nak borak pasal Politik, Pakcik tu bekas penyokong PH, katanya tak minat dah politik, semua pasti samer jer..
Habis tu nak borak apa?
Hah! Inilah fungsi blog keretamayat, idea for better life! Fight of Mediocrity!
So apa kata korang ajak pakcik yang membisu dikerusi sebelah sembang bab Hakikat, Syariah, Tarikat, Maarifat agama Islam!
Tentu pakcik tu pun akan teruja, ya! Tahu! Tajuk ni tinggi. Tapi aku akan ajar korang borak cara santai bab tinggi ni dengan ilmu tamsilan yang mudah faham.
Mula mula korang Tanya pakcik membisu tu:
“Pakcik tahu Apa itu hakikat ugama?”
Mungkin pakcik tu jawab:
“Imu hakikat ni tak boleh cerita dengan ayat biasa, ilmu ni akan datang bila korang kenal MAARIFAT ALLAH”
Itu jika pakcik tu jawablah, jika dia membisu jugak, korang tanya soalan lain pulak:
“Pakcik tahu Apa itu Maarifat Allah?”
Mungkin pakcik tu jawab:
“Ilmu ni tak boleh belajar melalui siapa siapa pun, ilmu ni hanya akan datang bila korang belajar TARIKAT NABI”
Itupun jika pakcik tu jawablah, jika dia masih membisu jugak, korang tanya soalan lain lagi dan lagi:
“pakcik tahu. Apa itu tarikat Nabi?”
Mungkin pakcik tu jawab:
“ilmu ini, korang akan dapat bila faham SYARIAT ISLAM”
Kalau pakcik tu jawablah, jika masih membisu seribu Bahasa, korang Tanya pulak soalan ni:
“pakcik tahu Apa itu syariat Islam?”
Bosan dengan soalan korang yang bertalu talu, mungkin pakcik tu akan luahkan ilmu yang dia pernah sembunyikan jika ada, atau akan merepek cerita ilmu sesat yang dia pernah belajar, waktu tu korang diam jer, biarkan dia bercakap, niat asal nak ajak pakcik bersembang agar mengantuk hilang, niat kedua, nak wujudkan suasana agama dengan bercerita tentang kebesaran Allah.
So, biarkan pakcik tu nak cerita ilmu tasauf dia, kisah tok guru dia boleh jalan atas air macam labah labah, kisah tok guru dia boleh hidup dua alam macam katak, kisah tok guru dia tak makan tujuh hari macam ular sawa kenyang, biarkan.
Memang orang tua bila bersembang, tak terjangkau akal kita memikirkannya, lalu keluarkan kisah wali dan tok keramat, kisah wali makan durian depan kaabah, atau mungkin kisah minyak dagu mayat pengasih Cinta pun akan dikeluarkan, so ini peluang untuk kita belajar ilmu dari orang yang jauh lebih tua sewaktu terperangkap dalam kesasakkan jalan raya.
So panjang sudah pakcik itu bercerita, apa yang aku dapat ingat, ilmu Syariat adalah segala kehendak Allah dari segi perintah dan larangan. Boleh lah aku katakan syariat ini sebagai hukum-hakam Allah yang tertulis dalam Al-Quran, makala Tarikat pula adalah cara melaksanakan hukum-hakam berdasarkan hadis,: dan sudah tentu cara Nabi!, sebab tulah ada orang alim menyebut Tariqat Nabi, contoh:
Allah telah mengsyariatkan seruan Azan dan solat, maka tarikat azan dan solat adalah cara Nabi iaitu azan dalam bahasa arab, tak boleh guna Bahasa kebangsaan, dan solat berjemaah tempat azan di azankan. Jadi ilmu syariat dan tariqat ni wajib semua orang islam belajar di awal awal keislaman sebagai asas menjadi orang beriman sebagaimana orang terdahulu beriman.
Manakala ilmu maarifat dan hakikat memang tak dapat belajar dengan berguru, ilmu ni Allah akan bagi bila korang buat pengorbanan dan mujahadah yang betul. Maarifat ini adalah ilmu mengenal Allah dan Hakikat adalah ilmu paling tinggi yang bolehlah aku ertikan sebagai kemanisan beragama atau kemanisan berhubungan dengan Allah.
Begitulah istipati pakcik tu cerita, so lepas tu pakcik tu pun diam balik, dan tibalah giliran korang pulak nak sembang, atau dalam kes korang pulak, mungkin memang dari awal pakcik tu diam tak nak sembang, tapi korang tetap ajak pakcik tu sembang.
Korang Tanya pakcik tu lagi:
“Boleh tak saya nak kongsi kefahaman ilmu syariat, tarikat, maarifat dan hakikat seorang pemancing ikan, boleh?”
Terkejut pakcik tu bila korang nak cerita kefahaman ilmu syariat, tarikat, maarifat dan hakikat seorang pemancing ikan. Biarkan dia terkejut, lalu korang pun bercerita.
1. Syariat seorang pemancing.
Semua pemancing ada Syariat memancing iaitu ilmu undang-undang atau hokum hakam memancing seperti, mesti ada joran, joran kena ada tali, kena ada mata kail, kena ada umpan, dan ini adalah syarat-syarat sah untuk memancing, jadi untuk dapat ilmu ini kena belajar dari guru pemancing yang berpegalaman.
2. Tarikat seorang pemancing.
Ok, Dah pandai dan dah faham hukum-hakam memancing, dah pandai pilih joran, tali, mata kail, dan umpan, sekarang korang kena ikut ‘tarikat’ atau perjalanan yang betul iaitu memancing mestilah di tempat yang ada ikan, tak boleh memancing kat telaga buta, dalam baldi , kat indah water sebab itu adalah ajaran sesat tarikat memancing, jadi kena rujuk pada pakar pemancing iaitu memancing mestilah di jalan yang benar, atau di tempat yang benar seperti, tasik, sungai, laut atau kolam memancing. Ilmu ini kena belajar dari guru pemancing yang berpegalaman.
3. Maarifat seorang pemancing
Hah! Yang ni tak boleh nak belajar dari guru sahaja, kena berlatih dan terus berlatih, kena korban masa korang banyak-banyak memancing ikan dipelbagai tempat, cuaca dan masa, maka akhirnya korang akan dapat ilmu Maarifat memancing, seperti tengok air dah tahu ikan apa yang ada, tengok arus air dah tahu ikan banyak mana, tengok kocak di air, sudah tahu jantan betina, tengok umpan dah tahu ikan apa yang akan makan, tengok warna air dah tahu berapa ekor ikan yang tinggal di penempatan itu, tengok buih-buih dah tahu berapa kilogram ikan yang akn timbul…pendek kata profesional tahap gaban! Tahniah!
4. Hakikat seorang pemancing.
Akhir sekali, Hakikat seorang pemancing, atau ‘kemanisan’ memancing! yang ni aku tak reti nak terangkan, tapi member aku ada yang dah dapat hakikat memancing, orang macam gini biasa korang boleh tengok waktu maghrib pun duduk memancing lagi, tak peduli nyamuk gigit, tak peduli turun hujan ribut, kadang-kadang duduk bertenggek kat jambatan dari magrib hingga ke subuh. Jika memancing dalam hutan, harimau pun takut nak dekat, boleh tidur sambal pegang jorang tak bergerak. Lebih dahsyat kawan aku ni, hari raya aku nak pergi solat raya jam lapan pagi, dia boleh bawak joran nak pergi memancing, memang dah dapat hakikat betul, sampai satu tahap bini nak bersalin pun boleh pergi lagi, inilah hakikat tahap gaban!
Kesimpulan:
Jadi berbalik pada syariat agama, korang dan aku dan seluruh ummat kena cari ustaz berguru, dan belajar amal dengan cara yang betul, dengan tariqat yang betul iaitu cara Nabi dan Ulamak, lepas tu korang istiqamah dan buat pengorbanan baru dapat maarifat Allah, baru dapat mengenal Allah, nak belajar korban, hayati kisah Nabi Ibrahim alahisalam.
Bila korang ada makrifat agama, bab mencari hikmah dalam takdir buruk menjadi mudah, sebab korang akan faham bahawa hikamh adalah nasib baik yang menyamar dalam takdir buruk, dan korang akan faham dengan sebenar benar faham bahawa segala yang berlaku di dunia ini adalah dalam kehendak Allah, tidak ada satu pun yang berkebetulan, yang baik dan buruk semunya dari Allah! Ini rukun iman yg ke enam!
Ramai orang jadi sesat bila belajar bab takdir..nauzubillah…
Maka dalam bab Makrifat, fahamilah bahawa semalam adalah takdir yang berlaku dalam kehendak Allah, hari ini dan esok rancanglah dengan sangka baik pada Allah kerana hari ini dan esok juga akan menajdi semalam.
Faham tak? Tak faham maka belum dapat ilmu Makrifat!
Akhir sekali, korang akan dapat hakikat agama selepas korang mengenal Allah, apa itu hakikat ugama?, itulah satu hubungan yang penuh asyik dengan Allah, kemanisan dalam ibadah, kemanisan dalam dakwah, kemanisan dalam zikir, dan bila kita sudah merasai hakikat agama, maka pasti akan rasa pahit sekali bila meninggalkan suruhan Allah!
Hari ni buat ibadat rasa malas, buat maksiat rasa seronok, memang jauh lagilah marifat dan hakikat agama nak datang dalam diri.
Akhir kata,
1. Ibu segala syariat adalah: Kalimah Tauhid.
2. Ibu segala tariqat adalah: Solat berjemaah.
3. Ibu segala Maarifat adalah: Dakwah
4. Ibu segala Hakikat adalah: Tahajjud
Begitulah panjang lebar aku cerita pada pakcik di sebelah, dan pakcik tu terus membisu, matanya dipejam, adakah dia sedang insaf. Sekali tidur rupanya.
Woha!
Pakcik tu dah dapat Sakinah, sakinah dalam mendengar ceramah, apa itu sakinah? Alamak panjang pulak nak cerita, lain kali kita cerita, pakcik tu pun dah tidur, teruskan memandu sambil layan lagu sakinah dari XPDC!
“bila kenal Sakinah, kenal diri siapa sebenar!”
Woha!
Ps: Seseorang yang telah mendapat kemanisan Islam maka tidak ada mana-mana agama pun dapat rosakkan dia, dan seseorang yang tak dapat kemanisan Islam maka tida ada mana-mana agamapun dapat memberi kamanisan sebenar kepada dia, Islam adalah manis! Bagi mereka yang mendapat hakikat!
niat solat maghrib 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的最佳貼文
KEKURANGAN SATU KENIKMATAN (Bhg 3)
Jam 7.45 pagi tadi, rakan saya YBhg Datuk Nik Hasyudin, bekas CEO Tabung Haji sampai depan rumah. Dibukanya boot keretanya. Ada seikat batang buluh yang sudah dirincik. Setiap satu berukuran 3-4 kaki dan selebar 1-2 inci. Mungkin berjumlah 40 batang.
"Perfect" kata hati saya.
"Terima kasih banyak, Datuk," kata lisan saya.
Datuk Nik menyediakan batang2 buluh ini dari kebunnya bila membaca kekurangan di kebun saya (yang tidak besar mana pun...kebun hobby) dalam posting saya beberapa hari dulu.
Beliau pantas mengambil tindakan. Disediakan buluh2 ini untuk saya. Selepas saya mendapat apa yang diidam2kan, saya terus ke belakang rumah saya. Terus dipacak setiap satu batang untuk setiap pokok kacang panjang dan timun. Kekurangan saya sudah dipenuhi. Bila sahaja kekurangan kita dipenuhi atau dibantu sedikit, cepat2 bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada mereka yang membantu.
Tepat jam 10.15 pagi, rakan seangkatan saya di Kolej Islam Klang dan juga exco ALKIS, Hj Mat Dewa sampai di rumah. Beliau membawa 30 kg cili merah dalam 30 bungkusan. Saya sedang berzoom dengan client penting. Saya turun dan keluar rumah sekejap. Tanggungjawab dan adab saya menyantuni beliau.
"Perfect," kata hati saya.
"Terima kasih banyak," kata lidah saya.
Memang saya membeli daripada beliau bagi niat membantu beliau yang terkesan diaebabkan PKP 3.0..Cili2nya tak terjual. Saya membeli 30 kg dengan harga 'ladang' untuk diberi kepada jiran2 saya di kawasan taman dan juga rakan2 saya di UIAM besok.
Sekali ini, saya ada lebihan. Saya cuba menyantuni kekurangan beliau dan bisnes beliau. Inilah putaran hidup kita. Yang kurang, kena bersabar dan berdoa kuat untuk mendapat relief dan bantuan.Yang lebih, kena membantu dan berdoa kuat untuk lebih banyak membantu.
Selepas solat Maghrib, saya mendapat lagi satu 'habuan' untuk melengkapkan kekurangan di kebun saya.
Ini saya cerita besok. Jumlah perkataan di IG dah hampir penuh. Kena stop dulu.
MDB