RESEPI NASI BRIYANI SIMPLE ( anggaran 7-8 org makan)
Bhn2:
1 kg beras basmathi, rendam 1/2 jam dan sejatkan
1 sudu besar minyak sapi
5 sudu besar marjerin planta ( atau apa2 marjerin pun boleh)
3/4 tin susu cair
1 biji bawang besar, dimayang halus
3 ulas bawang merah*
5 ulas bawang putih*
2 inci halia*(*dikisar halus)
1 batang kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3 helai daun pandan, siat dan simpulkan
Segenggam daun ketumbar ( optional)
Segenggam bawang goreng
1/2 cawan gajus
1/2 cawan kismis
Secubit safron direndam dalam sedikit air panas (kalau takde boleh guna pewarna kuning biasa)
2 kiub ayam maggi
Garam secukup rasa
2 s/b rempah beriani - bancuh dgn sedikit air
Air mengikut sukatan beras basmathi yg anda guna - biasanya air kena lebih sikit kalau saya masak.. Lebih kurang sukatannya 1:1.5
Cara-cara:
- Panaskan minyak sapi & planta dalam kuali...
- Masukkan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga diikuti dgn daun pandan dan bahan2 kisar bersama rempah beriani tadi...Tumis hingga wangi...
-Masukkan gajus dan masak hingga gajus perang...
-Masukkan kismis..Kacau rata...
- Tuang air mengikut sukatan beras dan susu cair...Masukkan kiub ayam dan garam (secukup rasa)...Biarkan mendidih...
- Tuang ke dalam rice cooker dan masukkan beras, kemudian masak seperti biasa..Masak hingga nasi kering...
- Dengan menggunakan btg sudu buat beberapa lubang pada nasi tadi dan tuangkan safron @ pewarna kuning.. Masukkan juga daun ketumbar dan bawang goreng...
- Tutup tudung periuk dan biar nasi betul2 masak...
- Bila nasi betul2 masak, gaul nasi perlahan2 sekadar meratakan bahan2 tabur tadi dan juga jus safron @ pewarna kuning..Jgn terlebih gaul nanti nasi akan patah2... Seelok2nya gunakan chop stick atau garfu..
- Boleh laa dihidangkan bersama lauk2 sampingan seperti kari daging,dalca,ayam masak merah, pajeri nenas,pencuk nenas,acar timun atau acar buah dan kurma ayam @ daging atau mengikut selera masing2....
________________________________________________
Daging Masak Kandar
1 kilo daging
20 ulas bwg kecil( dihiris)
Bhn yg perlu dibasuh dan direndam sampai kembang:-
1 sudu besar jintan putih
1 sudu besar jintan manis
1 btg kulit kayu manis
4 kuntum bunga lawang
7 buah pelaga
10 kuntum bunga cengkih
15 tangkai cili kering-direbus
2 labu bawang besar
1/2 labu bawang putih
2in halia(kesemua ini diblender bersama bhn yg direndam diatas)
***bhn2 yg rendam tu, nnti airnya tu blend sekali...jgn buang airnya..
1cwn sos tomato
1cwn kicap pekat
2 sudu besar kerisik
4-5 tangkai daun kari
gula, garam, kiub ayam/ daging
Cara2:
-Tumis bwg hiris dan daun kari hingga kekuningan
-masukkan bhn2 blender tumis hingga garing masukkan daging, kecilkn api biarkn sehingga air daging hampir kering dan hampir lembut masukkan kicap, sos tomato, kerisik, gula, garam, kiub dan masak sehingga kering.
-Kalau suka boleh ditambah bwg besar yg dipotong bulat masukkan diakhir sekali.
Kalau gunakan ayam, goreng dahulu tapi jgn terlalu garing.
-gula tu lebih sedap jika gunakan gula melaka asli kalau kurang manis baru tambah gula putih..
Sumber : adnil sam
同時也有2部Youtube影片,追蹤數超過1萬的網紅tengku asmadi,也在其Youtube影片中提到,semalam dah preview kan , so ini resepi nasi beriani mamak style musim PKP bahan-bahan Perapan 400 gram ayam potong halus 1 sudu besar serbuk kunyit ...
「resepi nasi beriani」的推薦目錄:
resepi nasi beriani 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的精選貼文
Nak buat nasi beriani. Tapi minyak sapi, rempah beriani semua tak ada. Malas nak keluar beli. Cikgu guna je bahan apa ada kat dapur. Dari nasi beriani jadilah nasi wangi namanya. Makan dengan kerutuk ayam pencen. Fuhh berpeluh sedap.
Makan dua kali tambah nasi cikgu semalam. Tak jadi-jadi diet.
Jom siapa nak cuba resepi ringkasnya.
Resepi Nasi Wangi
Tumis sekejap bahan di bawah dalam kuali;
- 1 senduk kecil marjerin Pelangi
- 1/2 sudu besar rempah kari
- sebatang kayu manis
- 2 bunga lawang
- 3 biji pelaga
- sebatang serai
- 2 helai daun pandan simpul
1. Basuh beras basmathi ekstra panjang 2 pot.
2. Masukkan air secukupnya.
3. Tuangkan bahan tumisan tadi. Masak nasi seperti biasa.
4. Selepas nasi mengering, masukkan setitik dua air bancuhan pewarna kuning telur di atas bahagian nasi beberapa tempat.
5. Taburkan setengah genggam kismis. Gaul nasi perlahan-lahan untuk elakkan bijinya patah.
Memang wangi bau nasi ini.
Sedia untuk dimakan bersama dengan kuah kerutuk lazat selepas ni.
Kalau ramai berminat nak tahu resepi kerutuk konpem jadi tu bagitahu suka ya. Nanti cikgu kongsi rahsia kesedapannya.
Kredit: Afy AL Habibi
resepi nasi beriani 在 Chef Ustazah Facebook 的精選貼文
RESEPI ROTI DAGING BERIANI
Sedap sangat roti daging beriani ni. Anak-anak pasti suka! Asyik makan Nasi Beriani je, jom cuba resepi ni pulak.
BAHAN-BAHAN
ROTI
2 sudu butter
3 ulas bawang putih
2 labu bawang besar
1 pek Daging kisar Ramly
1 sudu serbuk lada hitam
1 sudu daun bawang
5 sudu makan Sos cili
5 sudu makan Sos tomato
5 sudu makan Sos tiram
2 sudu makan Kicap Serbaguna
Bahan sayur :
Karot 2 batang
Tomato 2 biji
Daun ketumbar 1 cawan
Mayonis setengah cawan
Cara-cara :
1. Panaskan butter
2. Tumiskan bawang putih, bawang besar. Bila dah wangi masukkan daging, serbuk lada hitam dan bawang.
3. Masukkan semua sos dan kicap serbaguna.
4. Kacau sehingga daging masak.
Bahan sayur :
Gaul bersama semua bahan.
Cara Penyediaan :
1. Roti dibelah tengah.
2. Masukkan daging beriani.
3. Isikan cheese di atas.
4. Bakar roti sehingga cheese cair
5. Masukkan sayur ke dalam roti.
6. Bolehlah paipkan mayonis sekali lagi. Tabur daun oregano.
Boleh NGAP!! .BISMILLAH!!
Selamat Mencuba.
Jangan lupa SHARE tau!
resepi nasi beriani 在 tengku asmadi Youtube 的最佳解答
semalam dah preview kan , so ini resepi nasi beriani mamak style musim PKP
bahan-bahan Perapan
400 gram ayam potong halus
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar serbuk kari ayam/daging aku guna adabi
2 sudu besar yogurt
Perapan dalam 30 minit bagi daging lembut
bahan menumis
4 sudu besar minyak sapi
3 biji bawang merah
10-20 biji gajus
10 biji kismis
2 ulas bawang putih dan 1 inci halia -ini aku tumbuk lumut macam mana kau nak tumbuk muka orang yang suka merungut haha
2 biji tomato dipotong
2 helai daun salam
1 batang kayu manis
4 biji buah pelaga
3 biji bunga lawang
2 helai daun pandan
2 sudu besar serbuk rempah beriani -ini aku guna adabi juga
beras 3 cawan ini buat lebih boleh sedekah pada jiran tetangga , kan itu amalan mulia
3 cawan air
daun pudina dalam 1 genggam
daun ketumbar serta batang sekali dalam 1 genggam
garam secukupnya
nak tahu tengoklaa cara aku masak, video ni panjang sebab nak tunjuk step by step senang nak faham
resepi nasi beriani 在 Padu Beb Studios Youtube 的最佳解答
Lauk berbuka puasa hari ni dihantar oleh @Mariam's Bake World
Memang terserlah kehebatan resepi Nasi Beriani dan Nasi Minyak yang mereka buat.
Setiap suapan aku begitu bermakna beb. Portion yang diorang bagi pun banyak.
Kalau nak order, boleh pergi ke Instagram atau FB mereka @Mariam'sBakeWorld
-----------------
Subscribe my channel : www.youtube.com/padubebstudios
Subscribe my 2nd channel : www.youtube.com/abugitstudios
LIKE my Facebook Fan Page : https://www.facebook.com/padubebstudios
Follow my Instagram : @padubebstudios