UMNO jangan sombong, bongkak dan angkuh
UMNO perlu ambil iktibar dari apa yang telah berlaku pada PRU10 tahun 1999. Pada tahun itu jika tidak kerana undi kaum bukan Melayu dan juga Bumiputera Sabah Sarawak sudah pasti UMNO BN hilang kuasa kepada Barisan Alternatif.
Fakta nya jelas, pada pilihanraya tahun 1999 daripada 193 kerusi parlimen yang dipertandingkan BN telah memenangi 148 kerusi Parlimen.
UMNO - 72
MCA - 28
MIC - 7
GERAKAN - 7
(SARAWAK)
PBB - 10
SUPP - 7
SNAP - 4
PBDS - 6
(SABAH)
UPKO - 3
SAPP - 2
LDP - 1
BEBAS - 1
Pilihan raya 1999 telah menunjukkan bahawa BN tidak boleh beranggapan bahawa UMNO akan selalu menang. Sokongan Melayu untuk UMNO tidak terjamin, dan kejayaannya dalam pilihan raya ini adalah disebabkan oleh undi-undi pengundi bukan Melayu serta sokongan yang kuat daripada negeri Sabah dan Sarawak.
Apakah kita ahli dan pemimpin parti UMNO masih merasakan kita kuat dan akan dipilih rakyat pada pilihanraya akan datang?
Adakah kita sedar bahawasanya rakyat telah menolak kita pada PRU ke 14 yang lalu yang mana buat pertama kali nya kita telah hilang kuasa yang telah diamanahkan oleh orang orang Melayu?
Apakah kita lupa bahawa rakan komponen UMNO yang telah membantu menyelamatkan kita pada PRU 1999 juga telah kalah teruk dan lari meninggalkan kita pada PRU 2018 lalu?
Pertahankan maruah UMNO? Saya petik kenyataan Dato Seri Najib Razak pada 23 Oktober 2015 “Orang Melayu akan bangsat jika UMNO hilang kuasa”. Apa lagi nak dibanggakan dengan maruah UMNO jika realitinya kita sebenarnya telah hilang kuasa dan ditolak oleh orang Melayu itu sendiri?
Hari ini UMNO bukan seperti dulu boleh mengharapkan undi orang Melayu apatah lagi mengharapkan undi bukan Melayu. Jangan diharap undi kaum lain jika undi Melayu itu sendiri telah berpecah dan telah terbukti DAP telah menjadi pilihan kaum bukan Melayu sejak 2008 lagi dan kemuncak nya pada pilihanraya ke 13 tahun 2013.
Jadi apa pilihan yang UMNO ada hari ini? Mahu Muafakat Nasional bersama PAS dan tolak kerjasama dengan PPBM? Bagaimana mahu MN jika dalam masa yang sama PAS memberikan jawapan yang parti mereka mahu bersama UMNO dan PPBM?
PAS main dua kolam? PAS kawin dua? Itu semua bukan PAS peduli kerana PAS telah memberikan jawapan nya dengan tegas tidak akan akan bekerjasama dengan DAP apatah lagi bersekongkol dengan Anwar Ibrahim kerana sudah serik dan tahu apa ancaman yang dibawa.
Jadi kita UMNO akan pergi sendiri? Pergi dengan bangga bahawa selama ini UMNO boleh bersendirian? Berapa penjuru ? 3 penjuru? 4 penjuru? Dan kemudian nya apa? Berapa kerusi yang UMNO ada dan kemudian bergabung dengan parti lain tak peduli sama ada ianya adalah DAP?
Kenapa perlu pilih jalan sukar? Kenapa perlu merisikokan bangsa Melayu itu dengan menolak penyatuan Ummah antara parti parti politik Melayu? Bukan kah kita telah lihat apa yang berlaku pada tahun 1999 yang mana orang Melayu ada pilihan lain selain UMNO. Apakah kita lupa PRU lalu kita hilang kuasa?
Inilah masanya untuk kita mengenepikan ideologi politik kepartian dan bersama dalam memastikan kuasa politik Melayu Bumiputera diterjemahkan dengan mandat rakyat 2/3 majoriti parlimen. Ambil lah kesempatan dan peluang yang mungkin buat kali terakhir yang orang Melayu ada untuk menguatkan kembali landskap politik negara dengan meletakkan Islam Melayu Raja Bumiputera ke tempat yang lebih tinggi.
Sekarang dalam tempoh darurat adalah masa terbaik untuk kita akar umbi dan pimpinan parti mengukuhkan parti keramat orang Melayu ini. Gunakan peluang yang ada untuk memberikan keyakinan kepada pengundi Melayu agar mereka melihat UMNO parti Rakyat dan perjuangan nya adalah untuk membela kebajikan Rakyat dan memakmurkan ekonomi negara.
Cuba kita hayati rangkap Lirik lagu anak kecil main api yang mungkin ada ahli dan pemimpin UMNO telah lupa hari ini.
“Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri”
UMNO amanah orang Melayu, orang Melayu mengamanahkan kepada kita untuk menjaga mereka dan begitu juga ahli dan pemimpin UMNO untuk memastikan amanah yang digalas dapat menyatu padukan orang Melayu Bumiputera.
“Kalau bukan kita siapa lagi? Kalau bukan sekarang bila lagi? Saya tidak mahu esok UMNO hanya tinggal sejarah dek kerana sikap sombong, bongkak dan angkuh nya kita dimata orang Melayu.
Wan Muhammad Azri Wan Deris
Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
21 Januari 2021
同時也有4部Youtube影片,追蹤數超過1,620的網紅Dalton Yeo,也在其Youtube影片中提到,Yooo Supp Peepo !!! So I decided to make a random vlog about the Darul Hana Musical Fountain. annnd some random dancing in front of our Governor. Hehe...
「supp sarawak」的推薦目錄:
- 關於supp sarawak 在 Papa Azri Facebook 的最讚貼文
- 關於supp sarawak 在 RamboChai 蔡阿保 Facebook 的精選貼文
- 關於supp sarawak 在 Khairy Jamaluddin Facebook 的最佳解答
- 關於supp sarawak 在 Dalton Yeo Youtube 的最佳解答
- 關於supp sarawak 在 Dalton Yeo Youtube 的精選貼文
- 關於supp sarawak 在 Dalton Yeo Youtube 的最佳解答
- 關於supp sarawak 在 SUPP Sarawak United Peoples' Party 砂拉越人民联合党 的評價
- 關於supp sarawak 在 Sarawak United People's Party (SUPP) 砂拉越人民聯合黨(人 ... 的評價
supp sarawak 在 RamboChai 蔡阿保 Facebook 的精選貼文
我们正在努力筹划要做 #砂拉越新闻 的项目。因为我们诚心希望砂拉越有属于自己的网络影片平台。尤其有关 “吃喝玩乐”。希望有更多同仁愿意一起合作,并开拓更美好的砂拉越。
我们知道我们做得好不够专业。但也请大家多多支持。按赞,订阅,留言与分享哦。
谢谢大家
砂拉越新闻》国阵在砂州走入历史 取而代之 GPS - 你怎么说?
#GPS #SarawakGPS #国阵 #砂拉越国阵 #SarawakBN #SarawakDAP #Sarawak #SuPP #SarawakNews #SarawakReport #砂拉越新闻
supp sarawak 在 Khairy Jamaluddin Facebook 的最佳解答
Barisan Nasional dan Sarawak
Saya menyambut keputusan Ketua Menteri Sarawak, YAB Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg untuk meninggalkan Barisan Nasional (BN) dengan hati yang terbuka dan mengucapkan selamat maju jaya kepada gagasan baharu yang dikenali sebagai Gabungan Parti Sarawak (GPS).
Walaupun keputusan itu bermakna BN Sarawak yang telah dibina selama lebih setengah abad ini telah berakhir, saya memahami kenapa rakan-rakan kita di Sarawak terpaksa mengambil keputusan tersebut.
Keputusan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Progresif Demokratik (PDP) untuk keluar dari BN juga memberi impak yang besar dalam kita merangka struktur dan rupa bentuk baharu UMNO dan hubungan kita dengan rakan komponen Barisan Nasional di Semenanjung dan Sabah. Saya berharap, perbincangan ini akan dibuat berlandaskan senario baharu politik Malaysia di mana kita sedia bekerjasama dengan rakan-rakan di Sarawak walaupun jika mereka tidak kembali menyertai Barisan Nasional secara rasmi di masa hadapan.
Saya juga ingin turut menyeru rakan-rakan dalam UMNO dan komponen parti Barisan Nasional di seluruh negara untuk sama-sama menerima, dan bukan berkecil hati dengan keputusan rakan-rakan kita di Sarawak. Hari ini melambangkan permulaan hubungan politik baharu di antara Semenanjung Malaysia dan Sarawak dan ia mesti dibina atas pemahaman dan penghayatan sebenar Perjanjian Malaysia 1963 yang perlu kita terus hormati untuk kebaikan rakyat Malaysia khususnya di Sarawak dan Sabah.
Khairy Jamaluddin
Pengerusi Pemuda Barisan Nasional
supp sarawak 在 Dalton Yeo Youtube 的最佳解答
Yooo Supp Peepo !!! So I decided to make a random vlog about the Darul Hana Musical Fountain. annnd some random dancing in front of our Governor. Hehe ? #darulhana #musicalfountain #Kuching
SUBSCRIBE TO MY YOUTUBE NOW!!!
and
Follow me on Instagram
https://instagram.com/tonton.yeo
Like my Facebook Page
https://goo.gl/bt5d5R
![post-title](https://i.ytimg.com/vi/mAVkoP62o1I/hqdefault.jpg)
supp sarawak 在 Dalton Yeo Youtube 的精選貼文
[[ GIVEAWAY ]]
SUPP GUYS!!! ?So I'm giving away a full 1 year Microsoft Office 365 Home which can be use up to 5 users. To enter the giveaway just follow the instruction below and share it with 4 of your friends, family and loved ones!!!
To enter just do the following:
1. Like the following page:
@MicrosoftMalaysia @pcimage @tonton.yeo
2. Tag FOUR friends to share this prize with at the comment section below with the hashtags #Office365 #MicrosoftOffice #GoGenuine
Lastly Special thanks to PCIMAGE for making this video happen. Get the best value of Office and go Genuine! No more CETAK ROMPAK now ah or else I catch you!!!
Do note this GIVEAWAY is only for FACEBOOK so click here to enter guys.
https://web.facebook.com/tonton.yeo/videos/330891924123720/
![post-title](https://i.ytimg.com/vi/bi8N_TI1DWI/hqdefault.jpg)
supp sarawak 在 Dalton Yeo Youtube 的最佳解答
Supp Peepo izz me Dalton. Yeh I'm not dead yet jz incase ya guys were wondering. And I know haven't been posting sheet recently. So here's a mien mien video for y'all~ #WALAO #SOHAI #SARAWAK
![post-title](https://i.ytimg.com/vi/qEasKLIlLlA/hqdefault.jpg)
supp sarawak 在 Sarawak United People's Party (SUPP) 砂拉越人民聯合黨(人 ... 的推薦與評價
![影片讀取中](/images/youtube.png)
我們來自甘榜長屋我們來自農村城市為了一個共同理想匯成了浩浩蕩蕩隊伍人民的利益高於一切全黨上下同心同德為了實現公平社會堅持奮斗直到勝利我們心連 ... ... <看更多>
supp sarawak 在 SUPP Sarawak United Peoples' Party 砂拉越人民联合党 的推薦與評價
SUPP Sarawak United Peoples' Party 砂拉越人民联合党, Kuching, Sarawak, Malaysia. 19126 likes · 2 talking about this. Political Party. ... <看更多>