[Adakah Benar Penganut Buddhism Mesti Vegetarian...???]
Masyarakat secara umumnya berpendapat bahawa ajaran Buddhism yang asli mestilah memakan vegetarian sahaja. Tetapi adakah benar? Ada sami dan tokoh agama Buddhism yang berkata demikian tetapi mana dalilnya? Menurut mereka, sesiapa yang menisbahkan kata-kata mereka kepada Siddharta Gautama Buddha mestilah didatangkan dengan dalil dan dalil-dal...
ilnya mestilah datang dari empat Nikaya (koleksi-koleksi) ini.
Keempat-empat Nikaya (koleksi-koleksi) itu adalah Digha Nikaya (DN), Majjima Nikaya (MN), Samyutta Nikaya (SN), & Khuddaka Nikaya (KN)... Di dalam Nikaya ini, Siddharta Gautama Buddha sendiri pernah dihidangkan dengan daging dan wakilnya yang menerima daging tersebut telah berkata bahawa bahawa dia telag mengembirakan Siddharta Gautama Buddha. Malahan Siddharta Gautama Buddha tidak sekalipun mengharamkan pemakanan daging dalam Nikaya.
Walau bagaimanapun, bukan semua jenis daging adalah halal bagi penganut Buddhism. Antara daging yang tidak halal adalah manusia, gajah, kuda, anjing, dubuk, ular, beruang, singa, harimau & harimau bintang. Selain dari itu mereka boleh memakannya tetapi dengan syarat pemyembelihan binatang tersebut tidak dilihat, didengar atau disyaki disembelih untuk mereka...
p/s Ada baiknya orang Islam juga memahami serba sedikit ajaran agama lain supaya kita memahami sensitiviti mereka. Mungkin informasi ini berguna untuk penganut Buddhism juga...
Search