NATIONAL TASK FORCE (NTF) PERKASA KEDAULATAN PERAIRAN NEGARA
National Task Force (NTF) telah diberi mandat dalam mengkoordinasikan dan memperkasakan kawalan operasi persempadanan Negara melalui pelaksanaan OPERASI BENTENG.
Melalui usaha ini, ATM diberi mandat untuk menyeralas operasi kawalan persempadanan ini bersama-sama agensi penguatkuasaan dan keselamatan yang lain iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Imigresen Malaysia, Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA). Ia adalah untuk mengawal ketat sempadan negara secara bersepadu daripada dibolosi PATI dan mengekang aktiviti jenayah rentas sempadan selain menyekat penularan wabak COVID-19.
Pada masa yang sama operasi ini juga turut melibatkan bantuan dan aturgerak agensi lain iaitu BOMBA, KASTAM, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia, PERHILITAN, PERHUTANAN, Jabatan Laut Malaysia, Jabatan Perikanan Malaysia dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK),
Dengan penglibatan dan kerjasama padu anggota dan aset-aset dari semua agensi-agensi keselamatan dan penguatkuasa undang-undang seperti yang nyatakan, kawalan sempadan daratan dan perairan Negara mampu diperketatkan serta meyakinkan pihak berkuasa kesihatan bahawa tiada orang yang akan menyeludup masuk Malaysia membawa COVID-19 dan memulakan kluster baharu.
Selain itu, tumpuan utama dalam operasi bersepadu ni juga adalah untuk mengesan dan menahan tekong laut dan darat yang memainkan peranan dalam mengaturkan perjalanan keluar dan masuk PATI ke negara ini.
「sukarelawan aadk」的推薦目錄:
sukarelawan aadk 在 Nurul Izzah Anwar Facebook 的最佳解答
Semalam telah berlangsungnya taklimat program SEDAR (Spiritual Enhanced Drug Addiction Rehabilitation) bagi sukarelawan, qariah serta AJK Masjid Saidina Abu Bakar As-Sidiq, Taman Guar Perahu di #PermatangPauh.
Turut hadir memberikan sokongan termasuklah Pengarah AADK Pulau Pinang - Puan Elmariah Chung, wakil daripada PEMADAM - En. Amir Ghazali, serta wakil daripada IPD & Pejabat Agama Seberang Perai Tengah.
Program SEDAR merupakan program perintis seumpamanya di Malaysia yang mewujudkan van ‘Mobile Clinic’ yang telah diubahsuai khas bagi mengurangkan jurang & membantu para penagih mendapatkan dokongan psikospiritual disamping menyeragamkan program ini bersama rawatan ubatan gantian.
InshaaAllah, kita akan dapat memanfaatkan van ini di sekitar Pulau Pinang tidak lama lagi!
#PertahanGolonganTerpinggir #DemiPermatangPauh