“Anak kau ni Hamka, jadi Autisme sebab cucuk Vaksin!”
“Tapi ada anak kawan saya, anti vaksin, semua tak cucuk, tapi anaknya pun Autisme jugak. Macam mana tu?”
“Itu sebab gajet, mak ayah pemalas bagi gajet kat anak, bila besar jadi autisme!”
“Tapi ada kawan saya, anaknya Autisme dan buta, macam mana Autisme yang buta boleh main gajet?”
“Itu sebab dosa mak ayah, dapat anak Autisme”
“Anak luar nikah ramai jer normal, Sejak bila Tuhan hukum anak sebab dosa ibu bapa?”
“Mungkin sebab mak bapak tak ikut makanan Sunnah, bila lahir anak jadi cacat, jadi Autisme, mati kecik!”
“Anak lelaki Nabi Muhammad SAW, Kasim, Abdullah, dan Ibrahim, semua mati kecik, Tak kan kau nak cakap Nabi tak ikut Sunnah? Ketahuilah, hidup ini masing masing ada ujian, Anak Nabi Nuh derhaka, apa dosa Nabi Nuh?
Tak tahu ke bahawa hidup ini adalah pentas ujian, dan sebaik baik ujian adalah kita sabar kerana Allah janjikan syurga untuk orang yang sabar, dan bersyukur kerana masih banyak nikmat lain yang Allah berikan,
Yakin lah pada rukun Iman ke enam, semua kejadian adalah dari Tuhan untuk menguji hambanya, siapa yang terima dengan sebaik sifat? bila dapat nikmat kita kena syukur bukan kufur, dapat ujian kita kena sabar bukan mengeluh, dapat peluang pahala kita kena ikhlas bukan riak, dapat peluang terdosa kita kena taubat bukan nikmati, sungguh hidup ini sangat singkat untuk bergaduh dengan takdir Tuhan”
“errr…”
“Hidup jika nak kecam dan cari salah, semua orang bodoh boleh buat, Nabi sebaik baik manusiapun kena kecam dengan orang kafir, apatah lagi kita manusia biasa di akhir zaman, hati jika dah busuk, pergi mana mana pun cari tahik macam lalat, tapi jika hati yang baik, pergi mana mana pun cari bunga macam lebah”
(Dialog seterusnya saya tambah macam episode terakhir drama melayu)
“Ohhh, saya minta maaf kecam abang keretamayat, saya sangat menyesal, saya ada anak normal tapi hidap dadah, saya ada menantu kaya tapi semua harta saya dia rampas, saya sekarang dah bertaubat, sebab semalam badan saya dah lumpuh kerana dosa dosa saya kecam awak, tolong maafkan saya, saya nak peluk kaki abang mayat, saya nak minta ampun!”
“Saya maafkan awak, tapi dengan satu syarat”
“Apa sahaja abang kereta mayat”
“Awak kena beli semua buku Hamka Kereta mayat”
Woha!
Lalu guruh berdentum, kilat sambar menyambar, laut bergolora setinggi tiga meter yang memberi ancaman kepada bot bot kecil, bumi merekah luas, keluar asap dari dalam tanah, dan orang yang kecam saya itu akhirnya mati di telan bumi.
同時也有3部Youtube影片,追蹤數超過8萬的網紅NgektsaiArmy Official,也在其Youtube影片中提到,Salam perey! ? Terlebih dolok ngek nak mintak maaf atas penggunaan ayat 7 petala langit ya. Bukan berniat nak mempermainkan hukum Allah swt. Disebut 7...
syarat nikah 在 Facebook 的最佳貼文
Ada masalah laki bini? Ini step bagi mereka yang nak bercerai-Baca sampai habis dan bersetujulah di akhir perenggang.
Alkisahnya, Rumah tangga adalah ibarat rumah yang kita duduk, yang mana sampai satu tahap, akibat tidak mencegah dari awal, maka rumah akan jadi buruk dan usang, seperti di makan anai-anai atau sudah retak disana sini, lalu akan menjadi bahaya pada ahli rumah untuk tinggal lama di situ, sebab bila-bila masa saja rumah tu boleh runtuh.
Maka atas dasar keselamatan JKKP, datanglah puak bomba lalu meruntuhkan rumah itu dengan prosuder yang betul, gunakan bom C4 ke apa, lantaklah, janji rumah tu rebah sujud menyembah bumi tanpa meruntuhkan rumah rumah yang lain..
Jadi dalam dunia rumah tanggapun sama, sampai masa dah tak boleh lagi duduk sekali, ibarat kata papatah, retak sudah menanti belah, belah tidak bertangkup lagi, chewah!,
Apa-apapun, yang penting kita semua kena ingat, walaupun penceraian adalah tidak baik dan di benci orang, tapi Allah tak letak hokum HARAM dalam bercerai, malahan hukumnya adalah HALAL, yang mana setelah di rujuk atas dasar ‘keselamatan’, itu yang nak kena faham..
Lagipun, ada banyak kes yang kita sering dengar seperti isteri selalu kena pukul, kena lempang dan kena terajang, kena liwat dan sampai tahap ada yang kena lacur!, mana boleh tahan lagi bang? Silap silap kena simbah cuka getah pun ada, ni yang buat saya kadang selamba pinjam berus gigi isteri (takde kena mengena)
Ada jugak jenis suami kaki botol atau kaki betina, yang mana selepas rendam kemaluan tak guna dalam kemaluan wanita yang haram, balik rumah nak pulak rendam kemaluan dalam kemaluan isteri yang halal, ye! Saya tahu berdosa isteri menolak pelawaan suami bila di ajak bersetubuh, tapi bila dah banyak bukti yang kau tu jenis kaki betina, penzina, isteri mana yang tak takut-takut buatnya kemaluan yang dah salah rendam tu ada bawak penyakit AIDS ke apa, logic juga!
Jadi dah banyak sangat buruknya dunia rumah tangga bila agama di belakangkan, semua tahu sudah, yang menderita kelak, si isteri jugak, bila mintak cerai, suami tak nak pulak lepas, dah jadi dayusler pulak, adohai...
Maka isteripun duduk dalam dilemma, macam mana nak berpisah dengan laki aku tu? Kalau cerita mesti orang salahkan dia, tak pandai jaga suamilah, tak pandai inzalkan suamilah, itulah, inilah, apa kejadahlah..
Lalu keretamayatpun muncul dengan bergaya untuk bantu korang sikit sebanyak ‘kot’ akan beberapa langkah yang perlu di ambil untuk bercerai berai..
Straight to the point, sebab korang dah tak sabar nak bercerai..
Mula mula, ibu ibu sekalian, ingat tak lafaz cerai taklik oleh laki waktu awal kahwin dulu, jadi korang kena lari tinggalkan suami selama 4 bulan, lepas tu pergi jumpa Mahkamah syariah dan bagi seringgit, maka sah akan dikau bercerai dengan suami talak satu.., kan mudah tu?..
Tapi tidak semudah itu, nak lari tinggalkan suami tanpa izin lepas tu nak menyorok pulak selama 4 bulan, payah jugak..
Itu yang saya tak dapat nak tolong, isk..
Walaubagaimanapun, jika korang berkahwin di Terengganu, benda ni akan jadi mudah sikit..
Sebenarnya saya tak pasti akan praktik ini di negeri lain, setakat saya tahu hanya di Terengganu, iaitu dalam lafaz cerai takliq, masa akad nikah sang suami ada sebut ayat “Jika dia atau saya tinggalkan bla bla bla, 4 bulan, bla bla, satu ringgit, maka pada ketika itu tertalak ia dengan cara talak khulu”..
Jadi, ayat ‘JIKA DIA ATAU SAYA…’ bermakna, isteri juga telah di beri izin untuk tinggalkan suami jika dah ‘tak tahan’ dah, bermakna dalam katogeri ‘lari untuk bercerai’, di sini bermakna bahawa isteri tidak perlu mintak izin lagi dan jika lari sudah tidak dikira berdosa jika suami rujuk isu berdosa keluar rumah tanpa izin kerana suami dah bagi izin awal-awal lagi dalam lafaz cerai talak khuluk yang lepas, jadi selamat berlari menuju abadi wahai semua ibu ibu di terengganu sekalian....,
Tapi itu kaedah 20 tahun lepas lah, pengalaman bantu orang kena dera bercerai.., sekarang atau Negeri lain camne? Nam kena rujuk pejabat agama terdekat.
Almaklumlah, bila dah suami asyik bercakap dengan isteri guna tangan dan kaki, kadang kadang guna siku dan lutut, maka susah sikit isteri nak lari sebab takde izin untuk lari, maka bila mintak lari, suami pulak yang tak bagi siap pagarkan jalan keluar rumah guna hikmat tangan kaki dari neraka tak terbatas , atau gaya siku dan lutut turun tujuh petala langit!
Malahan jika isteri lari jugak, suami akan kejar dan sekali lagi kaki akan naik kemuka dan muka isteri akan mula bersua dengan lutut suami, , memang naya kalau nak cerita, ni yang buat saya nak repeat baca komik pedang setiawan dan pendekar laut ni! (Takde kena mengena jugak)
Itu satu hal, bila korang pergi Mahkamah Syariah, ingat senang ke nak bercerai? Korang nak kena bukak fail dulu, lepas tu nak kena fotostat sijil kahwin, IC dan surat beranak anak-anak.., nak mintak IC suami pergi fotostate tentu banyak soalnya, siap makan penampar lalu makan hati berulamkan jangtunglah gamaknya.., maka masa awal awal kahwin, pergi fotostate siap siap, stand by.., sediakan payung sebelum hujan, sediakan sampan sebelum banjir..
Nanti bila sampai masa, bolehlah berpantun begini:
Payung dan sampan telah ku sediakan , Cuma menanti hujan dilangit!
Chewah!,
Saya tahu ni sebab pernah teman mangsa dera nak bercerai, jadi sampai sana, Bila dah bukak fail, baca surat permohon penceraian depan Pegawai Pendaftar Penceraian, baca Akuan bersumpah, dapatkan reset, dan tunggu masuk mahkamah, bila dah suami isteri dapat panggilan masuk mahkamah, hah!
Berperanglah korang depan hakim dan biar hakin buat keputusan.
Habis cerita..
Cuma yang tak bestnya bila korang nak bercerai di Terengganu, masa korang nak bukak fail untuk mendokomenkan penceraian korang, rupa-rupanya, borang penceraian takde di sediakan macam korang nak isi LHDN ke apa, tinggal isi tempat kosong sajer, takde gitu mudah,
Sebaliknya korang akan di beri dua contoh surat permohonan penceraian, dan mereka akan suruh korang karang balik, retype balik ikut format yang sedia ada, banyak tu, mahu cecah 4 muka surat..
Jika rumah korang takde komputer dan printer pulak, terpaksalah korang pergi Cyber Café.., susah pulak nak karang sebab semua orang nampak, nak tulis kat pejabat takut kantoi dengan bos..
Lepas tulis nak print dakwat keringlah. Mesin printer rosaklah. Bunyi berdencetlah! Aduhhh...
Tapi saya rasa mungkin hikmahnya Mahkamah syariah dalam kes ini adalah mungkin nak bagi korang susah sikit, supaya korang malas nak bercerai dan senang kerja mereka, takpun sewaktu korang susah susah nak taip balik surat tu, lalu tersingkaplah segala kenangan indah yang lalu lantas air mata turun bak mencurah laju, terus korang tak sanggup nak siapkan surat permohonan penceraian..
Apa-apalah!
Tapi untuk pengetahuan korang semua, jangan sedih dan gundah gulana, sebab saya pernah ada soft copy untuk semua surat tu, saya dah siap taip cantik cantik dan tinggal korang nak kena isi ruang kosong sajer, senang korang nak bercerai, ha ha!
(Masukkan ketawa mengilai ala-ala syaitan di sini)
Jadi.., Jika korang nak cepat bercerai, just email saya, dan saya akan hantar surat permohonan penceraian yang kemas dan tersusun rapi.
Selamat bercerai berai!-Woha!
Tapi jap, alamak computer lama dah rosak, semua folder borang cerai dalam tu dah hilang. Maafkan saya..
Namun jangan bimbang, Sebagai alternative, saya ada buat borang sendiri, borang baru khas untuk laki bini yang sedang bergadoh.
Jadi.., Jika korang laki bini sedang bergadoh, JANGAN BERCERAI DULU, juga saya cadang korang jangan bertekak dan menjerit, sebaliknya saya cadang korang isi borang macam dalam gambar.
Dalam borang tu bagitahu, Laki Bini wajib isi borang ini bila tak puas hati dengan pasangan, sebab jika bercakap dua-dua nak bertekak, jadi tulis borang ini, hantar pada pasangan anda. Atau tampal pada peti ais, atau snap gambar dan hantar whatsapp,
Apa nak isi? Rujuk gambar!
Dah siap karang, terus bagi pada pasangan anda,
Siapa hantar dulu dia disukai oleh Tuhan kerana Tuhan suka orang berdamai, siapa yang hantar lambat masih dicintai Tuhan kerana Tuhan suka orang berdamai dengan syarat hantar segera! Paling cepat sepuluh minit selepas pasangan isi borang, paling lama 24 jam, lebih tiga hari berdosa besar jika sengaja putuskan silaturahhim tanpa alasan yang kukuh.
InsyaAllah jika korang laki bini isi borang ini bila bergaduh dan masing masing baca tiga ruang kosong tu, akan terbukalah ilham untuk menemui titik tengah dalam sudut pandang yang berbeza.
Jangan kata abang keretamayat tak payung! Woha!
ps: Untuk makluman lagi sekali, Borang Surat cerai dah tak ada dalam simpanan, berhenti email mintak salinan surat cerai. Untuk suami yang mintak format surat berpoligami, maaf, belum ada pengalaman. Tapi jika sesiapa ada contoh surat poligami tu, boleh share tepi, kah kah kah!
Ps: Borang bergadoh ini ada dalam buku Ngeteh di Kubur ayah, saya tulis untuk rujukan menantu, korangpun boleh beli.
Woha!
(Buku kisah Laki Bini dah habis.. Ngeteh di Kubur ayah, Semusim di Syurga masih ada)
syarat nikah 在 DBilique Facebook 的最佳解答
SYARAT UNTUK NIKAH
.
Kepada yang nak tamatkan zaman bujang atau yg masih single, nie ada syarat untuk nikah yang korang kena tahu😅😂.
.
Btw lulus tak tu? Kalau dah lulus, onz jangan tunggu2 lagi. Sabarlah tapi. Sekarang tengah pkpb😅.
.
Kredit 🎥: alfyfatmasaga
.
#tiktok #syaratnikah #lulus #pkpb #dbilique
syarat nikah 在 NgektsaiArmy Official Youtube 的最佳貼文
Salam perey! ?
Terlebih dolok ngek nak mintak maaf atas penggunaan ayat 7 petala langit ya. Bukan berniat nak mempermainkan hukum Allah swt. Disebut 7 petala langit ya sak ayat talak menalak tok sik disebut2 orang apabila bercerita perihal video tok. ??
Kembali ngan situasi video. Ingat ngan video lamak dolok? Suami mesin ATM n suami jadi org gaji koz sik bekerja ya? Sila skrol video mun nak nangga. Hahaha. Tok adalah sambungannya. Seorang isteri mudah masuk syurga dgn syarat mendapat redha dr Allah swt, Rasul dan SUAMI. Mun dpt 3 keredhaan tok, mana2 pintu syurga nya boleh masok. Lainlah suami, banyak yg nak dipikul, mak bapak, isteri, anak2, adik bradik. Oleh itu, sebagai isteri, jgn jadi lahanat kedak rompuan dlm video ya.
Bukan main dolok nak nikah, sik kisah laki sik bekerja, kak nikah suami dipolah bagey amah di rumah, and now ambik lah kawu kenak cerei! Setiap ketentuan dr Allah swt ada silver lining(hikmah). Ada sebab si suami jak yg diberik mandat untuk talak. Bukan isteri. Mun isteri boleh menjatuh talak, habis dunia tok. Ktk org lebih tauk gik.
Sebagai isteri yg dijadikan dr tulang rusuk kiri yang bengkok si suami, patuh dan hormatlah pada suami. Same goes to suami, jgn terlalu keras gilak ngan tulang bengkok tok, patah kelak ?. Mun paham bisa...
Lain pulak si isteri lam video, padanlah kenak cerei! Paduhal berkendak ngan laki lain nok sik semperna! Share lah video tok dengan pendapat n nasihat ktk org dengan suami dan isteri kedak situasi video. Semoga kita mendapat hidayah. Hidayah ya dtg dr Allah swt jak. Milik-Nya. Amin...
#ngek
#ngektsai
#ngektsaiarmy
Ps : ingga nangga dirik ngek mpun lam bideo gia. Perey tokko?! Hahahaha k bye
![post-title](https://i.ytimg.com/vi/-1EwPO3fDs0/hqdefault.jpg?sqp=-oaymwEbCKgBEF5IVfKriqkDDggBFQAAiEIYAXABwAEG&rs=AOn4CLBKe6tLKmEIZlXSTifzTmlCn_tKXA)
syarat nikah 在 NgektsaiArmy Official Youtube 的最讚貼文
Salam jeles! ?
Aku pernah begerek. Masa aku begerek, aku sik pernah nak paham rasa can aku ngan aku. Kadang2 aku rasa nya sik siuman dengan olahan nya nak sikit2 melenting ndak ntu pasal. Oleh kerana olahan aku yg sik maok nak paham olahan gepren aku, kmk duak broke off n nya bermastautin di australia mbak dirik. Kakya aku nyesal... nasik dah jadi bubo, i can do nothing but blaming myself for apa yg blaku which is sik bagus utk aku mpun. Tapi hakikatnya, i am affected oleh peristiwa ya.
Aku cuba menjiwai jiwa hati wanita n cuba sampaikan dlm video ya. Aku sik pasti sampei sik dengan kehendak sidak rompuan di luar nun, tapi aku rasa mmg benda tok yg gerek aku dolok pernah rasa ngan aku. Hati tok sangat fragile, mudah nak renyok kerana sesuatu peristiwa waima remeh sekalipun, atas syarat kau mencintai beliau. Jgn sekali2 kita berguro or molah olahan yg pelik2 di mana boleh menimbulkan rasa was2 ngan pasangan ko. Jangan. Setakat nak main cubit2 cinta boleh kot. Benda yg sensitif jgn dimain in order nak menjaga hubungan cinta ktk duak. Koz kita sik tauk pasangan kita mcm ney dlm hati nya. Benda simple ko main2, nya boleh anggap serius, kerana apa? Kerana nya sgt cinta pada kamu.
Aku tauk aku blom nikah n ktk org boleh nganok aku "u know nothing about love". Tapi seriously, aku stay single bkoz aku tauk what love is. Just ingat, marriage pun bukan happy ending utk cinta. Jaga hubungan ktk org dengan partner, jgn dah sekda kelak baruk bercarik. Time ada depan mata, sik menghargai.
Now aku paham giney rasa org kedak aku bila nak start sesuatu hubungan. Banyak gelora dlm hati. Kadang2 aku syak org maok publisiti, populariti, famous, duit... u know what i mean. (Walaupun aku tauk aku sik brapa pemos, tok tabik!) tapi rasa lah juak sikit. Org kedak aku lebeh rasa insecure. Nak harap org lain paham? Cuba lah... aku sik madah aku nyesal dikenali. Cuma ada part tertentu sik best.
Amboi, emosi lubuk hati ngek meluah perasaan. Share lah vid tok jika ko rasa ko kedak aku, atau ko kedak rompuan ya. Ego sikkan mbak ke mana2. Bak kata omputeh, "you might win the battle but lose the war". Waima aku ngalah n mintak maaf, ko tauk ko sik maok kehilangan aku. Kita sama kalah. Sekian.
![post-title](https://i.ytimg.com/vi/tnZ88pU4agc/hqdefault.jpg?sqp=-oaymwEbCKgBEF5IVfKriqkDDggBFQAAiEIYAXABwAEG&rs=AOn4CLAbFEpr1EbZtFZ6nlLWbCwh8Kt67Q)
syarat nikah 在 NgektsaiArmy Official Youtube 的精選貼文
Salam perey!? JANGAN SALAH FAHAM, BACA CAPTION!
Lets talk about love. Ceyyy... Tlebeh dolok, ngek nak mintak maap bagi sesiapa nak sedang/sudah/terlanjur mengalami situasi kedak tok. Bukan niat nak nyindir sapa2, tok berdasarkan pengamatan ngektsai mpun dr post yg org share lam fb. Post ya madah si sanok tok sik kisah nikah ngan sorg sanok tok kerana nya rasa cinta ya segalanya, duit sik penting. Love will find a way kata omputeh, but snap snap ? WAKE UP!
Love itself is never enough. Zaman kinek, duit memainkan peranan penting dlm kehidupan. Ngek sik fire org yg berpendapatan rendah or so whatever, jaoh skali. Ngek pun cukup2 makan juak. Ngek cuma menasihatkan agar jangan carik pasangan nok PEMALAS ncarik jereki! Bait laki ka rompuan.
Mmg time bercinta ktk org nyanggup, dah kelak belaki bini, duit jadi isu nombo satu pakei bekelaie. Mun stakat cinta jak syarat utk sesebuah perkahwinan kekal, sik urg banyak berkelaie, becerey berey setegal duit.
Jgn anggap benda lain sik penting. Jgn kaburi pemikiran dgn cinta, cinta mmg indah, if only when it is right. When its wrong, terimalah consequences nya. Bagi nok sempurna sifat, cariklah duit, sik perlu kaya raya, besar periok, besar keraknya. Sedang2 cukup makan jadilah. Jgn sik berusaha ncarik jereki. Sik senang nak senang. Mun molah iklan nyoh ngek kaya, dah lamak ngek brenti keja. Carik jereki halal, jgn berjual dadah, merompak segala!
Ngek tauk ngek blum bernikah tapi ngek sik dpt la nangga org makei alasan/post nok membentuk pemikiran masyarakat kita utk jadi pemalas. Post2 benda mcm ya pakei nyaman ati dimpun ajak. Well, army, life will never get easier, trust me. Komitmen akan sentiasa bertambah. Nemiak, carik pasangan nok ada goals and ambitions bkoz 10 years from now, 'swag' isn't going to pay ur bills.
Semoga kita dijaohkan dr sifat pemalas ncarik jereki. Sik kenak geletek ati ktk urg nangga video tuk nak? Mungkin segelintir rasa kedak ada jarum alus nyucuk d dada jak. Sekda yg betol sekda yg salah dlm post tok, terpulang dr sudut ney ktk org nangga. Mun salah rasa ktk org, aku sik maok tauk.?? Ps: ngek pemalas juak, tapi pemalas in a good way.?✌?️ #ngek
#ngektsai
#ngektsaiarmy
![post-title](https://i.ytimg.com/vi/Md3ZnjIP-Mg/hqdefault.jpg)