Kenangan gambar sebelum PKP hari tu.. bertanjak bersama anak anak sambil jalan jalan. Sambil makan. Sambil solat...
Selamat hari merdeka. Jangan pernah malu bertanjak di Tanah melayu.
Pantun..
Makan roti Pandan Kelapa
Harga siling sampai bumbung
Budaya Tanjak jangan dilupa
Warisan temurun terus disanjung
Hah masuk!
Woha!
Ps: Keretamayat dah ada tik tok. Kontent apa nak isi yer? Jemput follow.
https://vt.tiktok.com/ZSJTShUvV/
同時也有7部Youtube影片,追蹤數超過47萬的網紅DESTINASI TV,也在其Youtube影片中提到,SILANG ZAMAN TANJAK GIVEAWAY! Syarat Penyertaan Giveaway Tanjak (3) Pemenang Bertuah (Facebook Sahaja) Like Video Ini » https://www.facebook.com/D...
「tanjak melayu」的推薦目錄:
- 關於tanjak melayu 在 Facebook 的精選貼文
- 關於tanjak melayu 在 Facebook 的最讚貼文
- 關於tanjak melayu 在 Facebook 的最佳解答
- 關於tanjak melayu 在 DESTINASI TV Youtube 的最讚貼文
- 關於tanjak melayu 在 Hamka Kereta Mayat Youtube 的最讚貼文
- 關於tanjak melayu 在 Hamka Kereta Mayat Youtube 的最佳貼文
- 關於tanjak melayu 在 16 Tanjak Melayu ideas - Pinterest 的評價
- 關於tanjak melayu 在 TANJAK MELAYU RIAU - Facebook 的評價
- 關於tanjak melayu 在 FALSAFAH TANJAK MELAYU - YouTube 的評價
tanjak melayu 在 Facebook 的最讚貼文
Saya cerita pasal Tanjak, sempena kontijen Malaysia di Jepun, saya puji bagus bertanjak, tiba tiba dalam ruang komen ada orang cerita zaman melayu dulu, zaman hang Tuah, takde vaksin, cukup guna sireh jampi bila ada penyakit.
Saya sangka dia buat lawak, bila pergi FB dia memang gang anti vaksin.
Dulu pernah saya berhujah dengan geng anti beranak di hospital, katanya nak beranak kat rumah macam orang zaman dahulu lebih islamik, mak saya elok sahaja lahirkan 10 orang anak kat rumah, ciptaan Allah dah sempurna, tak perlu beranak cara yahudi, cukup beranak macam isteri Nabi, atau macam Mariam ibu Nabi Isa.
Lalu bila ada bayi yang mati akibat jangkitan kuman, atau bila ada si ibu yang mati waktu bersalin kat rumah: katanya itu semua takdir, kita orang islam kena terima takdir, semua orang akan mati, vaksin ke tak vaksin, berubat cara bomoh atau moden, beranak kat hospital atau kat rumah, bila dah Allah takdir mati, maka mati jugak.
Bila saya bagi data, akan bagaimana kematian selepas vaksin yang berkurang selepas vaksin diperkenalkan, kadar kematian ibu dan bayi yang berkurang selepas rawatan moden diperkenalkan, mereka selamba tolak data dan berhujah cukup dengan guna pengalaman orang tua zaman dahulu.
Kata mereka, nenek saya dulu beranak kat rumah, ok jer!
Ok kata kau? Arwah nenek jiran saya cerita zaman dulu jangan keluar malam-malam nanti Hantu Puntianak, Hantu Penanggal dan Hantu toyol datang kacau, saya ingat mereka bergurau, tapi mereka serius. Bila ‘black out’, orang tua tua akan duduk dekat lilin dan bercerita asal usul hantu.
Rupanya puntianak ni berasal dari perempuan yang mati waktu bersalin,
Penanggal ni pulak Hantu yang makan uri dan jilat darah perempuan lepas tumpah darah.
Toyol pula berasal dari mayat bayi yang juga mati waktu mak nya bersalin.
Tapi Alhamdulillah, sejak perubatan moden diperkenalkan, sejak Doktor moden ganti bidan diperkenalkan, sejak vaksin di perkenalkan, kematian ibu dan bayi sewaktu bersalin sangat sedikit. Subhanallah!
Patutlah zaman sekarang, puntianak, penanggal dan toyol susah nak jumpa.
Woha!
Ps: Kepada anti perubatan moden, tolong jangan kembalikan zaman puntianak, toyol dan penanggal berleluasa. Ini serius!
Ps2: Dah ada orang buat dokementari bab asal usul Hantu, klik sini: https://youtu.be/-HszV42pP94
tanjak melayu 在 Facebook 的最佳解答
Sebagai Pengarang Tanjak, saya gembira bila pakaian Kontijen Malaysia di Jepun ada sentuhan Melayu, iaitu,Tanjak, Busana dan Samping.
Ya, inilah pakaian Melayu, yang mana Tanjak bermaksud Tanah yang di Pijak, pemakai Tanjak adalah menggambarkan orang melayu yang ada asal usul, Corak Tanjak mewakili tempat, zaman dulu tengok Tanjak dah tahu orang negeri mana, tengok Samping dah tahu bujang ke duda.
Perempuan pun sama, tengok gaya pakai kain batik dah tahu anak dara ke janda. (mudahlah bertemu jodoh tanpa perlu tanya semua orang-insyaAllah)
Ikatan Tanjak juga ada kod dalam bahaya atau aman sejahtera, jika melihat orang bertanjak ikatan belakang, maka wanita akan lari tutup pintu kerana ada bahaya sedang datang. Tentera lihat Panglima ubah corak Tanjak, faham strategi berikutnya.
Maklumlah zaman dulu bukan ada whatsapp nak hantar mesej, maka dalam berpakaian ada kod rahsia yang buatkan orang luar tak mampu menyamar, dan kod rahsia perang dapat di hantar dengan cepat.
Belum cerita cara letak keris di samping pun ada maksud tertentu, waktu aman lain cara memegang keris, waktu bahaya lain pula cara memegang keris, begitulah.
Zaman dahulu tak ada kad pengenalan, Corak pada keris ada gambarkan keturunan mana, anak ke berapa, dan lain lain, sebab tu ada keris keturunan yang akan di beri pada anak sulung, dan adik beradik lain akan copy, maka bentuk keris abang sulung akan sama zaman berzaman.
Tapi zaman dah berubah, orang melayu ramai tak bangga budaya melayu, lebih suka berkaian penjajah dan Tanjak pakai waktu kahwin sahaja, keris keturunan hilang entah ke mana.
Maka kerana itulah saya yang ada ramai anak lelaki, belajar mengarang Tanjak, belajar mencintai bangsa dan budaya, dan syukur zaman ini tanjak kembali polular, ada artis bertanjak, ada pelayan kedai bertanjak, ada yang bertanjak waktu majlis berkhatan, abang saya baru ni sembelih lembu sambil bertanjak, saya pun banyak buat kontent sambil bertanjak.
CIna ada pakaian mereka, rujuk Jet Li cukur dahi waktu jadi Wong Fei Hong, Korea ada topi pendekar yang berbeza dengan rakyat, Koboi pula ada topi, Nabi ada serban yang ikatan ekornya berbeza dengan Arab bukan islam dan arab islam.
Semua itu adalah desta dalam budaya masing masing.
Jika kita tak amalkan desta budaya sendiri, maka akan hilanglah budaya ini selamanya..
Ingat tak Khabib juara UFC jaguh tak terkalah, selalu Khabib pakai topi berbulu besar, itulah Papakha yang dipakai dalam perang oleh bangsa Dagestan dan berbagai suku lainnya yang berada di wilayah Pegunungan Kaukasus dan dalam perang Papakha tidak akan di tanggalkan kecuali dipotong leher.
Oleh kerana Papakha adalah simbol pergi ke medan perang, maka ianya simbol kebanggaan bagi Khabib dan bangsanya.
Khabib pernah memberi hadiah papakha kepada bintang bola sepak Cristiano Ronaldo di awal tahun 2018.
Pada awal Khabib pakai ni ada orang kritik topi apa macam tu? tapi bila Khabib menjadi Juara tak terkalah, ramai bangsa lain pakai Papakha dengan bangga!
Jadi balik pada pendapat abang mayat. Jika kita nak promosikan sesuatu. Biarlah bersifat membawa identiti bangsa ke mata dunia. Orang arab promosikan serban. Orang barat promosikan topi sudu. Orang melayu nak promosikan apa?
Maka tahniah kepada pencipta pakaian Kontijen Malaysia di Jepun, abang mayat kagum dari jauh!
Bagi yang suka skroll baca yang hujung sahaja, abang mayat nak ingatkan, Tanjak ni di lipat dari kain berbentuk segitiga (gunung) dan menjadi hiasan kepala lelaki melayu yang mengiktiraf tanah yang di pijak sebagai tanah merdeka. Hanya hamba yang tidak bertanjak di zaman melayu dulu.
Perkataan Tanjak ni adalah gabungan perkataan Tanah yang di pijak. Sebab tu dengan memakai Tanjak orang akan tahu asal dari mana, ada Tanjak Perak, Tanjak Pahang, Tanjak Riau, Tanjak Bugis, Tanjak Terengganu dan sebagainya.
Ada juga tanjak untuk hiasan golongan bangsawan dengan nama seperti Mahkota Alam, Ayam Patah Kepak, Dendam Tak Sudah, Pancung Tak Bertanya, Hulubalang Ombak, Naga berlabuh dan banyak lagi.
Tanjak ni di pakai oleh orang melayu dalam semua majlis. Sama ada kahwin, bergaya, dan berperang.
Dan sebagai bangsa melayu serta bangsa lain yang sama sama hidup di Tanah Melayu. Ayoh kita kenalkan kebanggaan bangsa nenek moyang kita di mata dunia dengan bertanjak.
Macam Tun Dr Ismail yang Bertanjak Ketika Berucap Di PBB pada tahun 1957 nak bagitahu dunia. Melayu telah Merdeka!
Kagum dari jauh!
Jadi.. Siapa sini wakil Malaysia yang ada masuk UFC? Abang mayat nak sponsor Tanjak satu!
Woha!
Pengenalan Ringkas Tujuh Tanjak Warisan Melayu:
https://youtu.be/u5WfBrwRFRE
'Ustaz' bertanjak cerita Kelebihan Jerebu? (video sebelum PKP)
https://youtu.be/MDOEpJWOJc0
Mengenali Tanjak warisan Melayu:
https://youtu.be/awv6bMqHvVQ
Seni Merendahkan Tanjak untuk bersolat:
https://youtu.be/ONw5xwR_SBk
Anak Autisme dan Tanjak warisan:
https://youtu.be/AiGfI4W0vcw
Berceramah sambil bertanjak:
https://youtu.be/m4TDLuOKO4w
Erti Merdeka sambil Bertanjak:
https://youtu.be/mQ0NJQHsUtw
Anak Autisme bercerita tentang Tanjak
https://youtu.be/HNUf1tEe6oI
(Nak tempah tanjak mesej tepi, sempat promote, hehehe)
tanjak melayu 在 DESTINASI TV Youtube 的最讚貼文
SILANG ZAMAN TANJAK GIVEAWAY!
Syarat Penyertaan Giveaway Tanjak (3) Pemenang Bertuah (Facebook Sahaja)
Like Video Ini » https://www.facebook.com/DestinasiTV/
1.. Tag 3 rakan anada diruangan komen
2. Kongsi Video Ini
3. Pemenang akan diumumkan
Silang Zaman kembali lagi, dan dalam episod minggu ini Rhys mempelajari sedikit sejarah mengenai aksesori pakaian yang tidak asing lagi di malaysia iaitu, Tanjak.
Ditemani oleh en Herin, seorang pengarang tanjak, beliau menceritakan bahawa pemakaian Tanjak sudah berada di tanah Malaysia sejak tahun 1400 lagi. Bermula dari budaya Melayu islam yang ada ketika itu. Pemakaian tanjak ialah sebuah pakaian rasmi yang dipakai oleh upacara rasmi Istana di Malaysia dimana segala adat dan istiadat yang berlansung melibatkan pemakaian tanjak
Selain itu, pakaian tanjak ini dipopularkan oleh figura pahlawan dan hulubalang istana seperti lagenda Hang Tuah dan lain lain. Kini pada abad ke-21 pemakaian tanjak semakin menarik minat generasi muda dimana ia menjadi sebuah lambang perpaduan kaum disamping dapat mempelajari adat dan sejarah budaya bangsa bernama Melayu.
Dalam episod kali ini, Rhys mempelajari jenis jenis kain yang digunakan, dan teknik melipat kain supaya menjadi tanjak. Ada beberapa langkah yang telah kami sediakan untuk tatapan semua.
Jika ada yang berjaya mengarang tanjak berdasarkan video ini, tahniah kami ucapkan. Terima kasih kepada semua yang menyokong dan menonton.
- - - - - - - - - - - - - - - -
?TONTON VIDEO SILANG ZAMAN » https://bit.ly/2SFOefo
?BELI BAJU TEE MIM » http://teemim.wasap.my
?SUBSCRIBE KE CHANNEL DESTINASI TV » https://bit.ly/2y97bxp
- - - - - - - - - - - - - - - - -
? LIKE FACEBOOK KAMI:
DESTINASI TV » https://www.facebook.com/DestinasiTV/
- - - - - - - - - - - - - - - - -
? FOLLOW INSTAGRAM KAMI:
DESTINASI TV » https://www.instagram.com/destinasitv/
RHYS WILLIAM » https://www.instagram.com/si_rhys/
- - - - - - - - - - - - - - - - -
?KREDIT:
PRODUCER & DIRECTOR » AYESHA HANIS
(https://www.instagram.com/ayeshahanis/)
VIDEO EDITOR » FAEZ KAMALUDDIN (https://www.instagram.com/alfaezy/)
![post-title](https://i.ytimg.com/vi/B6nbYPnqyr8/hqdefault.jpg)
tanjak melayu 在 Hamka Kereta Mayat Youtube 的最讚貼文
Saya seorang pengarang Tanjak, dan saya pernah bersolat sambil bertanjak, kemudian saya ditegur orang katanya, Tanjak mengikut adat tidak boleh dipakai waktu beribadat.
Apa hal pulak? Orang Melayu dulu Bertanjak, dan ketika Solat atau hadiri majlis kematian, Tanjak dilipat jatuh, atau direndahkan, tapi jika saya bercakap tanpa ada sumber rujukan payah juga.
Maka terima kasih kepada Unit Drama TV RTM sebab terbitkan drama persilatan melayu bertajuk TELINGKAH, arahan Wan Afzam Wan Daud. Saya perasan beberapa Tanjak di guna dalam drama ini seperti Tanjak Cogan Daun Kopi, Pancung Tak Bertanya, Semangek Ugek, Gajah Gemulong, Laksmana Muda, Getam, Solok Timbo, dan Tanjak Tok beruas.
Sayang Tanjak yang laris saya jual tak muncul dalam drama itu, seperti Mahkota Alam, Ajutan Bingas, Anderigeru Selebu, Ayam Patah Kepak, Bugis Peranakan, Nakhoda Trong, Lang Melayang, Tebing Laksmana, Munyusur angin, eh? Ada.. Tanjak Cogan Daun Kopi saya pernah jual.
Jadi balik kepada Drama tersebut, ada babak Pendekar Luk Seiras bertarung dengan Pendekar Indera Sri lawan Parang, Keris, dan tangan kosong, mereka bertarung selepas Isyak hingga ke Subuh, lalu mereka berhenti untuk bersolat, pada waktu solat subuh itulah Tanjak mereka yang tinggi megah dan kembang dilipat jatuh atau direndahkan sewaktu solat.
Boleh tengok sedutan babak melipat tanjak itu dalam video ini.
Maka terjawablah tuduhan liar konon tanjak tak boleh dipakai ketika bersolat.
Untuk kenali jenis Tanjak, boleh layan chanel Youtube saya: Hamka keretamayat.
Woha!
![post-title](https://i.ytimg.com/vi/ONw5xwR_SBk/hqdefault.jpg)
tanjak melayu 在 Hamka Kereta Mayat Youtube 的最佳貼文
Sempena Hari Bertanjak seluruh Negara, saya kongsi sedikit ilmu tentang nama tanjak, salah faham dan cara memakai.
Semoga bermanfaat
![post-title](https://i.ytimg.com/vi/awv6bMqHvVQ/hqdefault.jpg)
tanjak melayu 在 TANJAK MELAYU RIAU - Facebook 的推薦與評價
TANJAK MELAYU RIAU by Diyan Msi. 16 Likes1 comment. Azlan Ijanazlan and 15 others like this. 1 share. Syarifudin Ali. media3.giphy.com. ... <看更多>
tanjak melayu 在 FALSAFAH TANJAK MELAYU - YouTube 的推薦與評價
![影片讀取中](/images/youtube.png)
Tanjak merupakan warisan melayu yang masih digunakan namun disalah erti penggunaannya kerana ia sudah menjadi fesyen yang terlampau mudah ... ... <看更多>
tanjak melayu 在 16 Tanjak Melayu ideas - Pinterest 的推薦與評價
Feb 3, 2021 - Explore faiza ahmad's board "Tanjak Melayu" on Pinterest. See more ideas about malaysian clothes, minangkabau, traditional fashion. ... <看更多>