Wahh sedapnya cheesecake ni. Simple jer buat, tak perlu bakar pun. Sejuk dalam peti ais jer.
Resepi Kek Keju Coklat Tanpa Bakar | No Bake Chocolate Cheesecake Recipe
//Bahasa Melayu
--------------------------------------------------------------------------------------------
Bahan-Bahan Lapisan Bawah
300g Oreo hancur
4 sb mentega
Nota:
Biskut Oreo juga boleh digantikan kepada biskut jenama lain.
Jangan masukkan biskut bersaiz besar, perlu dihancurkan terlebih dulu.
Bahan-Bahan Lapisan Keju
250gm coklat gelap
500gm krim keju
2/3 cwn gula aising
1 sk esen vanila
2 sb susu pekat
1 1/2 sb gelatin
50ml air
250ml krim putar
Nota: Gelatin adalah bahan pilihan. Jika tak diletakkan pun tidak mengapa.
Bahan-Bahan Coklat Ganache
150ml krim putar
150gm coklat gelap
1/2 sb mentega
Cara memasak
1. Untuk lapisan bawah, cairkan mentega terlebih dahulu.
2. Kemudian, campurkan Oreo hancur dengan mentega yang telah dicairkan dan gaulkan sebati.
3. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan padatkannya.
4. Sejukkan dahulu lapisan bawah di dalam peti sejuk seketika.
5. Untuk lapisan keju, cairkan coklat gelap terlebih dahulu menggunakan kaedah double boil.
6. Campurkan pula gelatin bersama air dan cairkan ia menggunakan kaedah double boil atau menggunakan microwave.
7. Gunakan pengadun untuk pukul krim keju sehingga kembang.
8. Tambahkan gula aising dan esen vanila ke dalam bekas pengadun dan gaulkan sebati.
9. Masukkan pula coklat yang telah dicairkan tadi ke dalam adunan keju dan gaulkan hingga sebati.
10. Tambahkan susu pekat ke dalam adunan keju.
11. Isikan campuran gelatin ke dalam adunan keju dan gaulkannya.
12. Pukul krim putar menggunakan pengadun sehingga kembang dan gaulkan ia bersama adunan keju.
13. Setelah itu, tuangkan adunan keju yang telah siap ke dalam loyang dan sejukkan ia di dalam peti sejuk.
14. Untuk coklat Ganache, panaskan dahulu krim putar.
15. Kemudian tuangkan krim putar panas ke dalam bekas berisi coklat gelap dan gaulkannya sebati.
16. Masukkan pula mentega dan gaulkan sehingga semuanya sebati.
17. Tuangkan ke dalam loyang dan sejukkan ia di dalam peti sejuk sehingga kek menjadi keras.
18. Setelah ianya keras, kek keju coklat sedia untuk dihidangkan.
//English
--------------------------------------------------------------------------------------------
No Bake Chocolate Cheesecake Recipe
Crust Ingredients
300gm crushed Oreo
4 tbsp of butter
Note:
Cookies can also be replaced with other brands.
Don't merely put in cookies, instead you have to crush it first.
Cheese Layer Ingredients
250gm dark chocolate
500gm cream cheese
2/3 cup of icing sugar
1 tsp of vanilla essence
2 tbsp of condensed milk
1 1/2 tbsp of gelatin
50ml of water
250ml of whipping cream
Chocolate Ganache Ingredients
150ml whipping cream
150gm dark chocolate
1/2 tbsp of butter
Cooking methods
1. For crust layer, melt the butter first.
2. Then, mix crushed Oreo with melted butter and mix it well
3. Put the mixture into mold and press it evenly.
4. Chilled the crust layer in refrigerator for a while.
5. For cheese layer, melt dark chocolate first using double boiler technique.
6. Mix gelatin with water and melt it using double boiler technique or using microwave.
7. Beat cream cheese using hand mixer until it turns fluffy.
8. Add icing sugar and vanilla essence into mixing bowl and mix well.
9. And then add melted chocolate into cheese mixture and mix it thoroughly.
10. Add condensed milk into cheese mixture.
11. Pour gelatin mixture into cheese mixture and mix it.
12. Beat whipping cream using hand mixer until fluffy and mix it with cheese mixture by using fold in technique.
13. Next, pour the mixture into mold and chilled it in the refrigerator.
14. For chocolate Ganache, heat whipping cream first.
15. Then, pour hot whipping cream into the bowl filled with dark chocolate and mix it thoroughly.
16. Add butter into the chocolate mixture and mix it.
17. Pour chocolate Ganache into mold and let it chilled in the refrigerator until it set.
18. Once it is done, chocolate cheesecake is ready to be served.
Nak resepi lagi?
Sertai Telegram Rasaflix di
https://t.me/rasaflix
#cheesecake #kekkeju #keju #cheese #coklat #choccheesecake #dessert #recipe #resepi
#kisahdunia #rasaflix #oreo
#dapurterpanas #mr_lovva #tanjakbiru #lawakdboom #rinrinchan
choccheesecake 在 No Bake Chocolate Fingers Cheesecake - Facebook 的推薦與評價
No-Bake Chocolate Fingers Cheesecake I forgot how much I loved chocolate fingers!! ❤️ This cheesecake is so chocolatey and indulgent ... ... <看更多>
choccheesecake 在 Chocolate Cheesecake - win USD160 Cash! 巧克力乳酪 ... 的推薦與評價
Chocolate Cheesecake - Highly Recommended! 巧克力乳酪蛋糕(中英食谱教程). This cake was made specially for my dear ... ... <看更多>