Pilihan Terbaik merupakan rancangan terbaru Destinasi TV yang di hos kan oleh abang Sembang Bros, Amal dan Azry. Dalam siri terbaru ini kami akan menilai satu jenis makanan yang mempunyai 3 perbezaan harga iaitu murah, sederhana dan mahal. Dan di akhir rancangan kami akan memilih satu kedai yang berbaloi dan menjadi pilihan terbaik! Dalam episod ini, kami akan ke 3 Restoran Nasi Lemak yang mempunyai nilai harga yang berbeza.
Untuk lokasi pertama kami ke satu gerai medan selera di Pekan Banting untuk mencuba Nasi Lemak Sambal Sotong Warisan Pak Musa. Sambal sotong di sini merupakan kegemaran penduduk Banting kerana keunikkan sambal sotong yang tidak terlalu pedas dan isi sotong yang lembut. Yang lebih menarik, set Nasi Lemak ini hanya berharga RM4 sahaja.
?Lokasi 1 » Nasi Lemak Pak Musa
Medan Selera Sri Pekan, Banting 42700 Banting, Selangor
☎️ Telefon » 017-209 1162
⏰ Waktu Operasi » Setiap hari dari 7.30 pagi hingga 12 tengahari
- - - - - - - - - - - - - - - -
Untuk lokasi kedua kami bergerak ke Capitol Cafe Bukit Bintang dan mencuba set lunch Nasi Lemak Special dengan berharga RM15 sahaja. Hidangan Nasi Lemak Special ini dihidangan bersama lauk ayam goreng dan sambal udang petai. Dengan setiap hidangan set lunch, anda akan mendapat air secara percuma!
?Lokasi 2 » Capitol Cafe
46, 48 & 50, Jalan Sultan Ismail, Bukit Bintang 50250 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
☎️ Telefon » 03-2110 5591
⏰ Waktu Operasi » Setiap hari dari 7.30 pagi hingga 5 petang
- - - - - - - - - - - - - - - -
Dan lokasi yang terakhir kami ke Restoran The Nasi Lemak Co yang terletak di Central i-City Shah Alam. Kami juga telah mencuba Nasi Lemak bersama lauk yang sangat premium iaitu Nasi Lemak Lamb Shank NALE yang berharga RM45.90. Yang menarik disini adalah kebanyakkan lauk-pauk Nasi Lemak disini dihidangkan bersama kuah NALE.
?Lokasi 3 » The Nasi Lemak Co.
LG34-B, Central i-City No1 Persiaran Multimedia i-City, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
☎️ Telefon » 016-257 1748
⏰ Waktu Operasi » Setiap hari dari 10 pagi hingga 10 malam
Kalau anda ingin mencuba kesemua jenis Nasi Lemak yang tertera diatas boleh lah datang dan rasai sendiri keunikkan Nasi Lemak yang kami nilai. Pastikan anda semua sentiasa mematuhi SOP memakai mask, sentiasa basuh tangan dengan sabun atau memakai “hand sanitizer” apabila makan diluar dan kurangkan berkumpul ditempat yang terlalu ramai orang.
- - - - - - - - - - - - - - - -
Time Stamp
00:00 - Intro Siri
00:28 - Lokasi 1 Nasi Lemak Pak Musa
00:50 - Interview Nasi Lemak Pak Musa
01:31 - Review Nasi Lemak Sambal Sotong
05:44 - Fun Fact Nasi Lemak
07:28 - Lokasi 2 Capitol Cafe
09:15 - Interview Manager Capitol Cafe
13:14 - Review Nasi Lemak Special
13:56 - Lokasi 3 The Nasi Lemak Co
14:10 - Review Nasi Lemak Lamb Shank
19:09 - Conclusion Pilihan Terbaik
- - - - - - - - - - - - - - - - -
? Latar Belakang Destinasi TV ?
Destinasi TV merupakan channel Youtube di Malaysia yang akan jalan satu Malaysia dan juga di luar negara untuk buat video tentang makanan. Tidak kiralah makanan Malaysia, makanan Western, dan pelbagai lagi jenis makanan dari serata dunia. Destinasi TV sangat unik kerana akan dihoskan oleh seorang Mat Salleh yang mempunyai jiwa Malaysia iaitu “Rhys William”. Destinasi TV bukan sahaja mengeluarkan video berkenaan makanan sahaja, malah mempunyai rancangan yang akan membincangkan trend semasa, membuat challenge, bermain permainan video dan sebagainya. Rancangan ini dikenali sebagai “Sembang Bros” yang akan dihoskan oleh “Amal” dan “Azri”.
Antara rancangan yang Destinasi TV sendiri keluarkan di Youtube adalah “Mat Salleh Cari Makan”, “The Nasi Lemak Show”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Destinasi Hujung Minggu”, “Trek Mesra”, “Trek Artisan”, “Fjallraven Journey 2017” dan “Jom Pasar Malam”. Kesemua rancangan ini anda boleh lihat di dalam playlist Youtube Destinasi TV. Jangan lupa untuk subscribe dan tekan notifikasi bell channel Destinasi TV jika anda ingin melihat makanan yang sedap, menarik dan unik kami akan sajikan kepada anda dan jangan sampai meleleh air liur. Jangan lupa tekan butang like sebab ianya percuma dan jangan lupa bagitahu kawan-kawan, keluarga, mak cik - mak cik, pak cik - pak cik dan semua orang…. Kerana video Destinasi TV sesuai ditonton oleh semua golongan.
© Copyright & Disclaimer
Kesemua footage video ini adalah hak milik Destinasi TV dan jangan sesekali upload video ini sebagai hak cipta sendiri.
For business inquiries, please email: hello@destinasi.tv
