Kenangan lukih (lukis) bendera Malaysia masa kecik kat sekolah rendah.
Buat berkali kali sampai perfect. Yang susahnya duri 13 kat bintang tu 😅😅. Selalu senget benget
Bila senget buat baru. Ada lah kot 5 kali ulang.
Masa kecik tak tau pasaipa cikgu suruh lukih. Rupanya bila buat macam tu, terapkan rasa sayang dan faham apa itu bendera. Pasaipa bintang ada 13 duri, apa maksud merah, apa maksud putih. Apa maksud segalanya
Sejarah kita, sapa kita hari ni. Malaysia sangat megah kerana pemimpin yang sebelum kita yang berwawasan snagat tinggi untuk masa depan.
Depa dah perkasakan negara kita. Kita?
Betulkan minda. Betulkan hati, betulkan fokus dan sambung wawasan itu untuk anak anak kita di masa depan pulak.
Love you Malaysia 🇲🇾 happy 63rd birthday.
Allah lindungi Malaysia dan dunia. 🤲🏻❤️
#63rdindependenceday #malaysia.
Search