Tidak tertanggung rasa sedih dan pilu di hati ini hari ini. Semalam sempat bertemu beliau di hospital buat kali terakhir, hari ini airmataku tak henti2 mengalir sepanjang berjalan dari KL- JB. Terkenangkan hari2 yang terakhir, sering bertanya khabar beliau tanpa jemu.
Ayah ngah tersayang telah pergi mengadap ilahi hari ini. Beliaulah guruku perihal dunia juga perihal akhirat, beliaulah ayah keduaku, beliaulah kekuatanku yang terakhir, beliaulah payungku dan pelindung semangatku, beliau jugalah seperti seperti kembar arwah bapakku, persahabatan mereka kekal hingga ke hujung nyawa.
Segala cabaran dan dugaan dapat kami lalui dengan zikir,doa dan amalan yang di ajar tanpa jemu. Perkahwinan ku dan @azrene_ahmad juga terbina kukuh dengan panduan dan nasihat beliau.
Ayahngah, Allah lebih menyayangimu. Tenanglah di sana bersama sahabatmu sehidup semati,arwah bapak.
Kami sentiasa menyayangimu, dan terima kasih di atas segala2nya. #Alfatehah @rsd.umi @rafyaakob @imranajmain @nadyaakob @farah.yaakob
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
alfatehah 在 Facebook 的最讚貼文
Innalillahiwainnahirojiun.. Sabar yer sahabatku Shuib Sepahtu] . Allah lebih sayangkan Siti Sarah. Itulah yang terbaik untuk dia. Dia pergi tinggalkan anak2 yang hebat untukmu wahai sahabatku. Aku tahu ko kuat hadapi semua ini. Ya Allah… berilh kekuatan kepada Shuib Sepahtu] dan keluarganya menghadapi dugaan yang amat besar dalam hidup mereka ini. InsyaAllah ib , Allah akan tempatkan Siti Sarah di tempat yang special di alam baru nya iaitu bersama orang-orang yg beriman dan syahid. Allah lebih mengetahui segala-galanya. Allahuakbar, menaip ni pun gigil. Jaga diri dan anak2 baik Ib. Takziah aku ucapkan sekali lagi. 😭😭😭 Alfatehah.
alfatehah 在 Facebook 的精選貼文
.Allah pelihara Malaysia .
Perkongsian Ella berkaitan keresahan(Anxiety) dan kemurungan(Depression) kelmarin dapat sambutan.
Ramai yang terpanggil mengadu di inbox tentang masalah masing masing . Maafkan Ella tak dapat respon satu persatu. Semuanya pun baru Ella sempat habis baca .
Simpati dan doa yang banyak, Ella tujukan buat kalian.
Melihat kepada ramainya yang terganggu dari sudut emosi dan fikiran saat ini , Ella dan team bercadang untuk wujudkan satu page FB khusus untuk anda mengurus dan menangani tekanan perasaan (Anxiety/Depression) .
Bagi yang pernah atau sedang mengharunginya jangan segan untuk sama sama kita berkongsi pengalaman ok.
Ella akan pastikan info tepat dari yg berpengalaman untuk berkongsi nasihat percuma dan berguna dalam masa kita sedang susah mengharunginya .
Ella amat faham kerana satu ketika dulu Ella pernah hadapi masalah yang sama (no more secret) 😞
Ella selalu rasa suram / hitam , lesu dan letih yang berpanjangan. Terlalu banyak tanda soal dalam kepala (ketika itu).
Namun Ella beruntung, waktu itu Ella ada Mak dan Jojie ... Ella berterima kasih pada mereka kerana kami sama sama laluinya. Waktu itu Ella di puncak karier dan ia bukanlah satu perjalanan yang mudah .
Cuma Ella sedih mengenangkan mereka yang laluinya sendirian sekarang. Be strong sayang .
Ella akan kongsikan juga nanti pelbagai tips (atas restu pakar) untuk kita applikasi bersama .
Buat anda yang merasa tertekan dan sering bimbang , please dont worry to much Ella dan team akan sokong anda.
Sekarang ni zaman susah. Ella dan Azhar pun banyak terkesan. Jadi, bersama samalah kita untuk tempuhi segalanya 😉
Nama apa ya yang sesuai untuk page tu?
Sila komen dan mohon cadangan anda ... Terima kasih
Btw , momen ini dirakam sewaktu konsert Ella Unplugged di Istana Budaya dua tahun lepas.
Kami semua rindukan suasana Malaysia yang seperti dulu . Alfatehah buat bonda Ella dan arwah Aji . #peaceloverindu #ellaunpluggedinkl