Saya belum ada masa untuk buat apa apa kelas PJJ...saya share resepi sahajalah ya. Semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah. Amin.... Kek ni memang HARUMMM MANISSS semerbak seluruh alam🙈...hati hati...
💜Banana Cake Premium Jejaka Brownie💜
👇
■Panaskan Oven 170°
(ikut kepanasan oven masing masing)
#BAHAN1
👉(Diayak bersama)
●Tepung naik sendiri 2 cawan
●Baking soda 1 sudu kecil #WAJIB
●Susu serbuk fullcream 3 sudu besar
#BAHAN2
👉(Lecekkan)
●Pisang berangan ranum 5biji size sederhana
#BAHAN3
👉(kacau guna whisk hingga gula hancur)
●Butter cair 1 cawan
●Gula perang 1/2 cawan
●Garam secubit
●Telur Gred A 2 biji
●Vanilla Essence 2 sudu kecil
#BAHAN4
👉(Hiasan)
●Pisang berangan belah 3 - 4 utk hias atas kek.
👇
■Campurkan semua bahan 3 , 2 , 1 lalu kaup balikkan sahaja menggunakan spatula. Lalu masukkan ke dalam acuan size 9'. Susun pisang yang dibelah tadi atas kek sebelum dibakar.
■Bakar dalam 35minit
(hingga masak keperangan atasnya)
■Sudah masak sejukkan dan bolehlah dihidang. Nak lagi sedap wrap semalaman hidangkan keesokannya..kek akan jadi lebih moist dan bercaramel.
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...