Rindu dengan masakan tradisi dari Negeri Sembilan ke? Apa kata kita cuba resepi Masak Lemak Daging Salai. Semestinya lagi sedap dan beraroma dengan menggunakan Rasaku
MENU MASAK LEMAK DAGING SALAI
Bahan-bahan Menyalai Daging:
1500ml Air Masak
1kg Daging Batang Pinang (Direbus)
1 Ketul Arang
Minyak Masak Kelapa Rasaku
Cara Penyedian:
1. Masukkan air sebanyak 1500ml ke dalam periuk
2. Rebuskan sekilo Saging Batang Pinang ke dalam periuk sehingga dimasak
3. Keluarkan daging tersebut dan biarkan ia sejuk untuk seketika
4. Panaskan 1 ketul arang dengan api
5. Pecahkan arang yang telah dipanaskan ke dalam periuk dan masukkan sedikit Minyak Masak Kelapa Rasaku
6. Masukkan alat pengukus dan letakkan daging yang direbus untuk disalai selama 20 minit
7. Setelah daging siap disalai, hiriskan daging tersebut dengan nipis.
Bahan-bahan Memasak Masak Lemak
2 Inci kunyit hidup
10 tangkai cili padi
3 batang serai
2 helai daun kunyit
Sedikit air suam
2 keping asam keping
Daging salai
100ml Krim Kelapa Rasaku
2 sudu Gula
1 sudu serbuk kunyit
3 sudu garam
Cara Penyediaan:
1. Potongkan 2 inci kunyit hidup dan 10 tangkai cili padi dengan nipis (Jika mahu lebih pedas, boleh letak cili padi lebih)
2. Hiriskan satu batang serai. Untuk baki dua batang serai, ketukkan untuk menambahkan lagi aroma dalam masakkan
3. Buang tangkai daun kunyit dan gulungkan dengan elok untuk racitkan secara halus.
4. Masukkan kunyit hidup, cili padi dan batang serai yang dipotong ke dalam mesin pengisar. Jangan lupa untuk letakkan sedikit air sebelum mengisar.
5. Setelah bahan-bahan tersebut siap dikisar, masukkan ke dalam kuali.
6. Tambahkan sedikit air daripada bahan yang dikisar dan masukkan ke dalam kuali tersebut
7. Bukakan api dengan perlahan dan masukkan dua batang serai yang ditumbuk, 2 keping asam keping dan daging yang telah disalai.
8. Gaulkan kesemua sehingga sebati
9. Masukkan sedikit air untuk menambahkan kuah
10. Letakkan Krim Kelapa Rasaku sebanyak 100ml
11. Jangan lupa untuk letakkan 2 sudu gula, 1 sudu kunyit dan 3 sudu garam dan kacaukan perlahan-lahan
12. Apabiila kuah lemak mula mendidih, masukkan daun kunyit yang telah dipotong tadi.
13. Daging Salai Masak Lemak siap untuk dihidang!
Selamat mencuba!✨
Jangan lupa Follow Rasaku di Facebook, Instagram, Tik Tok untuk berpeluang memenangi produk menarik dari Rasaku.
Bagaimana untuk menyertainya?
1️⃣ Follow Instagram, Facebook dan Tik Tok @rasaku.my
2️⃣ Like post ini
3️⃣ Tag 3 KAWAN anda di ruangan komen di bawah!
10 pemenang yang bertuah akan dipilih setiap minggu 🤩 Jadi jangan lepaskan peluang untuk memenangi hadiah menarik dari RASAKU
#resepimudah #rasaku #rasayangkurindu #masaklemak #dagingsalai
📌Shopee Rasaku : https://shopee.com.my/rasakumarketingproducts
同時也有1部Youtube影片,追蹤數超過47萬的網紅DESTINASI TV,也在其Youtube影片中提到,Subscribe Channel Destinasi TV! Salai daging merupakan antara proses pengawetan sumber makanan yang sudah dikenal pasti sejak pra sejarah. Manusia di...
「daging masak lemak cili api negeri sembilan」的推薦目錄:
- 關於daging masak lemak cili api negeri sembilan 在 Facebook 的最讚貼文
- 關於daging masak lemak cili api negeri sembilan 在 Fazley Yaakob Facebook 的精選貼文
- 關於daging masak lemak cili api negeri sembilan 在 Fazley Yaakob Facebook 的精選貼文
- 關於daging masak lemak cili api negeri sembilan 在 DESTINASI TV Youtube 的最佳解答
- 關於daging masak lemak cili api negeri sembilan 在 NEGERI SEMBILAN DAGING SALAI MASAK LEMAK CILI API 的評價
- 關於daging masak lemak cili api negeri sembilan 在 Cara Masak Lemak Itik Cili Padi Untuk Beginner - Netty Ah Hiyer 的評價
daging masak lemak cili api negeri sembilan 在 Fazley Yaakob Facebook 的精選貼文
Jemput semua datang makan di restoran kecil saya MinangKapau di Bukit Damansara. Kami sajikan makanan style Negeri Sembilan & Padang — ada yang resipi warisan dan ada resipi moden dari air tangan saya sendiri.
Tersedia ada:
💛 Pelbagai jenis Masak Lemak Cili Api
🍖 Daging Salai & Ayam Salai
🥩 Rendang Daging Minang & Paru Goreng
🍗 Ayam Balado & Ayam Goreng
🌿 Sayur & Ulam-ulaman
🌶 3 jenis sambal termasuk “Sambal Terduduk” ciptaan saya
🍲 Bubur Pedas & Soto juga ada
🍰 Jangan lupa desserts!
Kami beroperasi:
⏰ Selasa-Jumaat 11:30am-7:00pm
🍳 Sabtu-Ahad 8:00am-4:00pm
🚫 Tutup hari Isnin
Boleh dine-in, takeaway atau nak order deliver pun boleh. Kami gunakan khidmat @lalamovemy dan boleh hantar ke mana sahaja dalam KL/Selangor.
Klik link ini & klik MENU — http://linktr.ee/minangkapau
📍67G Jalan Medan Setia 1, Damansara Heights. Boleh cari di Google Maps & Waze juga.
Jom? Bayaran Cash, Credit card, QR Pay semua boleh! Tag your food-hunting friends in the comments below👇🏼
@minangkapau #minangkapau #minangkapaukl
daging masak lemak cili api negeri sembilan 在 Fazley Yaakob Facebook 的精選貼文
Saya belajar masak, sudah tentunya, dari ibu saya. Memang ibu saya @rsd.umi pakar masak dan juga baking roti dan desserts. Saya gemar MAKAN pun sebab ibu saya.
Lagi-lagi bila dari kecik saya dah diajar menghargai makanan warisan Negeri Sembilan seperti Daging Salai Lemak Cili Api, Rendang, dan macam-macam lagi.
Nak tahu cara saya masak Daging Salai Lemak Cili Api Belimbing Buluh tak? Jom sertai saya dalam program “Masak Macam Mak”, esok Sabtu 5.30 petang di Facebook dan Youtube @minggusahamdigital.
Click link in bio!
#laburbersama
#minggusahamdigital
#masakmacammak
@minggusahamdigital
daging masak lemak cili api negeri sembilan 在 DESTINASI TV Youtube 的最佳解答
Subscribe Channel Destinasi TV!
Salai daging merupakan antara proses pengawetan sumber makanan yang sudah dikenal pasti sejak pra sejarah. Manusia di seluruh dunia, menggunakan teknik salai untuk memastikan sumber makanan seperti daging dapat bertahan lama.
Malaysia juga terkenal dengan daging salai, terutamanya di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Kami singgah ke Zaini Salai House dan menemu bual pemilik restoran tersebut, En Zaini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai proses salai dan hidangan tradisional Negri Sembilan.
Daging yang disalai kemudiannya dimasak menjadi lemak cili api ataupun rendang. Ramai yang sudah beri amaran kepada Rhys, hidangan ini pedas, tapi Rhys ingin mencubanya juga.
Jom saksikan lidah Rhys terbakar!
- - - - - - - - - - - - - - - -
?TONTON VIDEO MAT SALLEH CARI MAKAN » https://bit.ly/2mUNck4
?BELI BAJU-T RASMI DESTINASI TV » https://bit.ly/2Y6xHab
?SUBSCRIBE KE CHANNEL DESTINASI TV » https://bit.ly/2y97bxp
- - - - - - - - - - - - - - - - -
? LIKE FACEBOOK KAMI:
DESTINASI TV » https://www.facebook.com/DestinasiTV/
- - - - - - - - - - - - - - - - -
? FOLLOW INSTAGRAM KAMI:
DESTINASI TV » https://www.instagram.com/destinasitv/
RHYS WILLIAM » https://www.instagram.com/si_rhys/
- - - - - - - - - - - - - - - - -
? Latar Belakang Destinasi TV ?
Destinasi TV merupakan channel Youtube di Malaysia yang akan jalan satu Malaysia dan juga di luar negara untuk buat video tentang makanan. Tidak kiralah makanan Malaysia, makanan Western, dan pelbagai lagi jenis makanan dari serata dunia. Destinasi TV sangat unik kerana akan dihoskan oleh seorang Mat Salleh yang mempunyai jiwa Malaysia iaitu “Rhys William”. Destinasi TV bukan sahaja mengeluarkan video berkenaan makanan sahaja, malah mempunyai rancangan yang akan membincangkan trend semasa, membuat challenge, bermain permainan video dan sebagainya. Rancangan ini dikenali sebagai “Sembang Bros” yang akan dihoskan oleh “Amal” dan “Azri”.
Antara rancangan yang Destinasi TV sendiri keluarkan di Youtube adalah “Mat Salleh Cari Makan”, “The Nasi Lemak Show”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Destinasi Hujung Minggu”, “Trek Mesra”, “Trek Artisan”, “Fjallraven Journey 2017” dan “Jom Pasar Malam”. Kesemua rancangan ini anda boleh lihat di dalam playlist Youtube Destinasi TV.Jangan lupa untuk subscribe dan tekan notifikasi bell channel Destinasi TV jika anda ingin melihat makanan yang sedap, menarik dan unik kami akan sajikan kepada anda dan jangan sampai meleleh air liur. Jangan lupa tekan butang like sebab ianya percuma dan jangan lupa bagitahu kawan-kawan, keluarga, mak cik - mak cik, pak cik - pak cik dan semua orang…. Kerana video Destinasi TV sesuai ditonton oleh semua golongan.
© Copyright & Disclaimer
Kesemua footage video ini adalah hak milik Destinasi TV dan jangan sesekali upload video ini sebagai hak cipta sendiri.
daging masak lemak cili api negeri sembilan 在 Cara Masak Lemak Itik Cili Padi Untuk Beginner - Netty Ah Hiyer 的推薦與評價
2022 Apr 4 - Cara masak lemak itik cili padi untuk beginner | Kiranya ini kali pertama saya masak lemak daging itik style Negeri Sembilan. ... <看更多>
daging masak lemak cili api negeri sembilan 在 NEGERI SEMBILAN DAGING SALAI MASAK LEMAK CILI API 的推薦與評價
Hot and sedap! Thinly sliced smoked beef with amazing #rempah. This combination spells a mouth-watering dish all the way from Negeri Sembilan. Want to... ... <看更多>