Sehingga 4 Mac 2021, hampir 2 juta orang telah mendaftar di aplikasi Mysejahtera dan sehingga 2 Mac 2021, seramai 99,616 orang telahpun menerima vaksin COVID-19. Malaysia kini berada dalam fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, yang menyasarkan untuk memvaksin kira-kira 500,000 petugas barisan hadapan, antara hujung Februari hinga April depan.
Mengambil kira kejayaan terdahulu dalam menangani cacar dan polio, jelas vaksin adalah cara terbaik mencapai imuniti kelompok terhadap COVID-19. Penggunaan vaksin mencapai imuniti kelompok tidak membebankan sistem kesihatan awam, malah meningkatkan keyakinan rakyat. Imuniti kelompok hanya akan wujud apabila sebahagian besar populasi mempunyai keimunan atau kekebalan terhadap agen jangkitan virus sehingga kebarangkalian penularan antara individu dijangkiti serta individu mudah dijangkiti dikurangkan.
5 langkah mudah mendaftar diri anda ke dalam aplikasi ini untuk mendapatkan suntikan vaksin COVID-19:
▶️ Kemaskini aplikasi MySejahtera di App Store, Google Play Store dan HUAWEI AppGallery.
▶️ Klik logo Vaksinasi COVID-19.
▶️ Klik “Vaksin untuk (nama anda)” dan sahkan maklumat anda.
▶️ Klik “DI SINI” untuk memberi maklumat tambahan.
▶️ Jawab soalan dan tekan “HANTAR”.
Menurut Buku Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang dikeluarkan JKJAV, dua kaedah secara dalam talian adalah pendaftaran melalui aplikasi MySejahtera atau laman web khas di www.vaksincovid.gov.my.
Bagi pendaftaran secara manual pula, terdapat tiga kaedah yang membolehkan orang ramai mendaftar iaitu dengan menghubungi talian hotline, hadir ke fasiliti klinik kesihatan awam dan swasta atau menerusi program bantuan bagi penduduk di kawasan luar bandar dan pedalaman.
Maklumat janji temu seperti tarikh dan tempat vaksinasi akan dimaklumkan menerusi aplikasi MySejahtera, panggilan telefon atau khidmat pesanan ringkas (SMS). Proses vaksinasi bagi mereka yang mendaftar secara dalam talian mahupun manual adalah sama merangkumi 18 langkah.
Rakyat perlu memikul tanggungjawab bersama supaya pada akhirnya program imunisasi ini mencapai kejayaan yang dihasratkan. Jangan lupa untuk daftar vaksin COVID-19 untuk diri anda dan orang tersayang.
#LindungDiriLindungSemua
#JagaNegaraKita
AINIE HAZIQAH
Ketua Wanita Muda Negara
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
「jaganegarakita」的推薦目錄:
- 關於jaganegarakita 在 Ainie Haziqah Facebook 的精選貼文
- 關於jaganegarakita 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的最讚貼文
- 關於jaganegarakita 在 大象中醫 Youtube 的最佳貼文
- 關於jaganegarakita 在 大象中醫 Youtube 的最佳解答
- 關於jaganegarakita 在 Demi Malaysia - Ini Jata Negara Kita. Jangan ... - Facebook 的評價
- 關於jaganegarakita 在 SEJARAH TAHUN 5 UNIT 8 : JATA NEGARA (SP - YouTube 的評價
jaganegarakita 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的最讚貼文
jaganegarakita 在 大象中醫 Youtube 的最佳貼文
jaganegarakita 在 大象中醫 Youtube 的最佳解答
jaganegarakita 在 SEJARAH TAHUN 5 UNIT 8 : JATA NEGARA (SP - YouTube 的推薦與評價
Sumber : Buku Teks Sejarah tahun 5 Sekolah KebangsaanKementerian Pendidikan Malaysia#SejarahTahun5 #PDPR. ... <看更多>
jaganegarakita 在 Demi Malaysia - Ini Jata Negara Kita. Jangan ... - Facebook 的推薦與評價
Jangan Permainkan atau membuat perubahan pada Jata Negara kita Malaysia. Setiap lambang didalam Jata Negara kita mempunyai maksud sendiri. Ini fakta masa ... ... <看更多>