TERBANG BERSAMA MDB (SIRI 78)
Dubai (6)
Tempoh sewaan setahun rumah di Spring 9 sudah hampir matang. Makthar pula mendapat tawaran bekerja di Brunei bagi menubuhkan sebuah institut kewangan Islam baru. Bisnes masih teruk di Dubai. Syarikat perumahan terbesar di Dubai pun koyak. Dari beribu-ribu pekerja, hanya tinggal berpuluh sahaja. Sedih dengan kehilangan Makhtar. Rungsing dengan pasaran yang masih merundum.
Saya telah pindah ke rumah baru. Kali ini saya beli sebuah villa di Spring 7. Sama sahaja designnya. Dekat dengan pusat membeli belah komuniti & masjid. Saya nak jimatkan kos sewaan rumah yang mahal.
Selepas beberapa bulan ketiadaan Makhtar, saya dapat Mark Smyth, seorang rakan dari Chicago, USA bagi bekerja dengan saya. Saya masih ingin mencuba dalam kesusahan. Kami teruskan usaha. Sudah mendapat beberapa peluang baru. Tapi saya masih lemas. Bila lemas, saya terpaksa cari jalan baru bagi menghasilkan peluang bagi bernafas sikit. Alhamdulillah, dapat satu projek besar di London yang berterusan royaltinya sampai sekarang. Nanti saya cerita dalam buku Kembara Kerjaya.
Anak2 saya semua sudah belajar. Awfa yang paling bersemangat. Prestasinya pun menarik. Atiqie sibuk dengan O Level. Saya kena bantu dia lulus kertas Bahasa Arab. Saya gunakan cara baru mengajar bahasa Arab kepada dia. Berjaya. Nanti mungkin boleh dikomersilkan metod ini. Izzatie ingin sambung belajar di Australia. Tiba2 terdetilk di hati saya nak berhijrah ke Australia pula.
Di musim panas tahun kedua, semua bersetuju untuk kembali ke Malaysia sambil merancang nak berhijrah ke Australia. Sebelum pulang ke Malaysia, kami sekeluarga membuat umrah di Mekah. Indah sekali.
Selepas semua keluarga pulang ke Malaysia, rumah di Spring 7 dijadikan rumah ofis. Saya & Mark Smyth tinggal di sini. Setahun selepas itu, saya terpaksa menjual rumah ini kerana tidak cukup wang bagi membiayai renovasi ofis baru di DIFC sekitar tahun 2013. Ofis ini kekal sehingga sekarang. Saya mempunyai 8 pekerja di Dubai.
Dubai adalah mata rantai kehidupan penting bagi saya. Pertama kali saya belajar senyuman dalam kepayahan. Semuanya mencabar. Tiada hasil pendapatan. Namun, kehidupan & bisnes kena berterusan.
MDB
lulus usa 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的最佳解答
TERBANG BERSAMA MDB (Bhg 36)
Harvard: Here I Come (1998)
Saya mulakan dengan pepatah Melayu 'Pucuk dicita ulam mendatang' bagi menggambarkan perasaaan apabila paper saya diterima di seminar tahunan Harvard Islamic Finance. (Sekarang dah bertukar ke LSE Islamic Finance di London).
Saya memang teringin sangat nak meletakkan kaki atas rumput hijau universiti tersohor di dunia. Nak dapat admission pun bukannya senang. Berkali2 interview. Hanya cream of the cream dapat. Nak lulus lagi susah.
Saya memang tak layak ke Harvard dari segi kredential akademik saya. Tapi dapat sampai di Harvard pun adalah sesuatu yang indah.
Kali ini saya mendapat belanja tambang kapalterbang dari UIAM KL-Dubai-New York. Kemudian kami ambil teksi kuning ke Boston. Satu perjalanan yang amat memenatkan. Dalam teksi ke Boston, saya hanya tidur sepanjang masa. Otak & badan dah sampai kapasiti maksimum.
Saya tidak dapat bajet untuk hotel. Sekali lagi, saya menumpang sebilik dengan Almarhum Dr Zainuddin Jaafar. Beliau juga memberi saya keyakinan datang ke USA. Saya sebenarnya takut ke Amerika sebab tidak ada pengalaman. Nak dapat visa pun susah. Namun, bersama beliau, saya jadi semangat. Itu erti persahabatan.
Keesokan hari, kami sarapan awal sebab kami tidur awal kerana keletihan. Breakfast dihotel mahal gila. Saya hanya ambil sebiji pisang & cereal serta teh bersusu. Perbelanjaan kena sesuai dengan bajet.
Kami berjalan ke dewan kuliah untuk seminar. Melihat prasarana Harvard, suanana pelajar & pensyarahnya, saya terus jatuh cinta dengan Harvard. Aman. Indah. Ada wajah & suara kesarjanaan merata2.
Bila sampai di dewan Kuliah, buat pertama kali saya berjumpa dengan ramai tokoh akademik kewangan Islam satu dunia. Di Dubai dahulu, jumpa tokoh pengamal kewangan Islam. Ini dunia & kenalan baru.
Kertas saya bertajuk 'Transaksi Kewangan Melalui Mekanisma Moden: Perspektif Jurisprudens Islam'. Tengok tokoh2 lain bentang dengan kelancaran & keindahan bahasa serta mimik muka yang selari dengan bahasa lisan, saya jadi kecut perut. Saya masih terasa kekampungan saya. Nampak naive. Lekeh.
Alamak.
(Foto bukan foto sebenar di Harvard. Cuma berbajukan Harvard. Foto di London sekitar 2002/2003).
MDB
lulus usa 在 Heliza Helmi Facebook 的精選貼文
Lebih 200 kajian dihasilkan oleh universiti di peringkat antarabangsa dan berbagai journal perubatan menunjukkan penemuan yang baik bagi menyokong #khasiat tradisional #Habbatussauda"
.
Ibnu Sina : #Habbatussauda merangsang tenaga dan membantu memulihkan kepenatan dan semangat. (Buku Ibnu Sina "Canon of Medicines")
.
Ibnu Qayyim : #Habbatussauda berupaya memulihkan penyakit seperti #batuk, "bronchitis", masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti #jerawat, sakit #senggugut dan haid, menambah susu badan wanita (Buku Ibnu Qayyim "Medicine of the Prophet")
Dr Ahmad El-Qadi : mendapati #Habbatussauda mempertingkatkan daya tahan sakit #(immune system).
Professor G. Rietmuller : Bahan ekstrak Habbatussauda menunjukkan kesan amat positif terhadap sistem #immunisasi badan dan boleh digunakan sebagai "bio-regulator'. (Director of Institute Immunology, University of Munich, Germany)
Dr. Ahmad El-Qadi (Islamabad, Pakistan) & Dr. Usama Qandil (Florida, USA) : mendapati pengambilan Habbatussauda sebanyak dua kali sehari mempunyai kesan peningkatan yang mengagumkan terhadap fungsi imunisasi badan. Penemuan ini dianggap penting untuk memungkinkan penggunaan Habbatus Sauda sebagai bahan peningkatan imunisasi semula jadi badan untuk rawatan #kanser, #AIDS dan penyakit-penyakit yang lain berkaitan kekurangan imunisasi badan.
📌 Sesuai untuk Lelaki & Perempuan
📌 1 Botol (60 kapsul)
📌 Harga SM = RM25/ SS = RM30
✅ LULUS KKM
✅ MAL20126117TC
📦 Promosi Free Postage
👥 Follow dan klik link whatsapp di bio untuk info lanjut 👇
@magicblueigmall
@magicblueigmall
@magicblueigmall
.
Mahu review produk anda
Emailkan ke ijareview@yahoo.com
lulus usa 在 Lulus - Home | Facebook 的推薦與評價
Lulus. 1045104 likes · 9683 talking about this. Coveted. Curated. Collected. Stop by: www.lulus.com Call us: 1-866-918-5858 Write us: [email protected]. ... <看更多>