Semalam saya telah ditemuramah Astro AWANI berkenaan inisiatif Happy Bank sepanjang tempoh perlaksanaan PKP.
Happy Bank telah memulakan inisiatif ini sejak PKP yang pertama pada Mac tahun lepas 2020. Penerima kami terdiri daripada pelbagai latar belakang daripada seluruh Malaysia.
Bagi memudahkan urusan sumbangan, kami bekerjasama dengan persatuan penduduk dan ketua kawasan di setiap tempat bagi melancarkan sumbangan tanpa melalui orang tengah.
Buat masa sekarang kebanyakan permohonan di Happy Bank ialah mereka yang ingin memohon bantuan barangan asas seperti makanan, susu bayi dan lampin pakai buang.
Dalam temuramah ini juga saya berkongsi yang situasi PKP kali ini lebih terjejas jika dibandingkan dengan PKP tahun lepas. Kebanyakan pemohon bukan sahaja dibuang kerja, malah mereka tiada makanan asas dan sumber kewangan untuk membayar sewa rumah, utiliti dan sebagainya. Mereka jatuh daripada golongan M40 kepada B40.
Buat masa sekarang, Happy Bank menjalankan dua kempen iaitu #TengokJiranKita dan #MindaOverMatter. #TengokJiranKita adalah kempen untuk kita sama-sama ambil tahu tentang keadaan sekeliling terutamanya jiran kita jika mereka memerlukan bantuan. #MindaOverMatter pula memberi pengkhususan untuk mereka yang mempunyai 'mental health concer' dan memerlukan bantuan kesihatan mental dan psikososial.
Sepanjang kami menjalankan inisiatif #HappyBank, Alhamdulillah dana dan bantuan merupakan 100% bantuan orang awam yang sangat murah hati. Kami menjalankan kempen di media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram.
Untuk menyumbang;
#TengokJiranKita
568621000906
Maybank
Happy Crew Project
Reference : Covid19
#MindaOverMatter
568621000906
Maybank
Happy Crew Project
Reference : MOM
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...