😏😏😏 nak apa bagitau jelaa huhuhu, mari kita doakan Malaysia sentiasa dilindungi oleh Allah SWT❤️
.
Posted @withregram • @buletin_malaysia China sekali lagi bertindak ‘nakal’ apabila mencetuskan kegusaran di kalangan nelayan yang mencari rezeki di perairan Sarawak. Melalui laporan yang dikeluarkan Harian Metro semalam, difahamkan bahawa kapal pihak berkuasa China itu dikesan berada di kawasan Beting Patinggi Ali yang terletak 84 batu nautika dari Miri pada Jumaat lalu.
Insiden ini berlaku empat hari selepas kejadian pencerobohan ruang udara oleh 16 pesawat penggempur negara China jenis Ilyushin Il-76 dan Xian Y-20 milik Tentera Udara Republik Rakyat China. Pesawat terbabit telah dikesan terbang pada ketinggian di antara 23,000 kaki sehingga 27,000 kaki dengan kelajuan 290 knots melalui ruang udara Singapura sebelum memasuki ruang udara Malaysia.
Kejadian pencerobohan perairan Sarawak ini sudah dilaporkan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di Miri oleh beberapa orang pemancing. Sejak itu, aset APMM dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dikerah ke lokasi terbabit untuk mengetatkan kawalan di kawasan yang turut dikenali sebagai South Luconia Shoals itu.
“Ya, saya boleh sahkan kita menerima laporan berkaitan pengawal pantai China memasuki perairan kita pada 4 Jun. Aset APMM dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengawasi keadaan dengan teliti,” kata Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim (APMM) Miri, Md Fauzi Othman kepada MalaysiaKini.
Untuk pengetahuan anda, Beting Patinggi Ali adalah kawasan yang menjadi rebutan dalam pertikaian tuntutan oleh kerajaan Malaysia dan China. Ianya terletak di perairan utara Sarawak dan berada di dalam zon ekonomi ekslusif (ZEE) Malaysia. Kawasan ini merupakan Gugusan batu karang yang menjadi antara kawasan yang dituntut oleh China melalui tuntutan 9-Dash Line di Laut China Selatan.
Malaysia pada Julai tahun lalu, melalui surat perwakilan Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menegaskan bahawa mereka akan tetap dengan pendirian untuk menolak sebarang tuntutan dari negara komunis China di perairan itu.
pbb sarawak 在 Facebook 的精選貼文
Makin kerap datang meronda. Tak cukup udara, laut pun diintai-intai... Semua ceruk nak dituntutnya 😇😇
Kehadiran kapal pengawal pantai China di perairan Sarawak terus mencetuskan kegusaran dalam kalangan nelayan negeri ini.
Terbaru, kapal pihak berkuasa China itu dikesan di kawasan Beting Patinggi Ali yang terletak 84 batu nautika dari Miri.
“Beting Patinggi Ali adalah gugusan batu karang yang terletak di perairan utara Sarawak dan berada di dalam zon ekonomi eksklusif (ZEE) Malaysia.
Gugusan batu karang itu antara kawasan yang dituntut oleh China melalui tuntutan 9-Dash Line di Laut China Selatan.
Pada Julai tahun lalu, Kerajaan Malaysia menegaskan pendirian untuk menolak tuntutan China di perairan itu melalui surat perwakilan Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).”
pbb sarawak 在 Facebook 的最讚貼文
Hari Alam Sekitar Sedunia 2021 membawa tema Gambarkan Semula (Reimagine). Cipta Semula (Recreate). Pulihkan (Restore) - sambutan tahun ini memberikan peluang kepada kita memperbaiki kekurangan sistemik, serta mencari jalan membangun seiring dengan alam dan ekosistem semulajadi, bukan melawannya.
Wabak COVID-19 mengingatkan bahawa kita saling bergantung dan terkait antara satu sama lain, dihubung jauh melebihi yang terlihat - sama ada oleh kabel fiber optik, telefon bimbit, ataupun satelit.
Manusia, selaku khalifah di muka bumi, beserta alam sekitar, diciptakan Yang Maha Esa - dan wujud bersama berabad-abad lamanya; dengan pengharapan dan tanggungjawab supaya pembangunan berlangsung sebaik mungkin; tanpa mencemar atau merosakkan muka bumi, lantas mengorbankan masa depan sosio-ekonomi anak-anak kita. Pilihan yang tepat adalah pertumbuhan ekonomi lestari sementara melindungi alam persekitaran.
إن قامت الساعة وفي يد أحدكم فسيلة فإن استطاع ألا يقوم حتى يغريها فليغرسها
رواه أحمد بإسناد صحيح
[Riwayat Abu Daud, Hadis No : 5239]
Walaupun mendekati Hari Kiamat, hari pengakhiran, kita masih lagi digalakkan menanam pokok.
إِنْ قَامَتْ عَلَى أَحَدِكُمُ الْقِيَامَةُ، وَفِي يَدِهِ فَسِيلَةٌ فَلْيَغْرِسْهَا
[Riwayat Ahmad, Hadis No : 12902]
Gambaran yang diperoleh melalui angka dan data menjelaskan bahawa separuh daripada KDNK dunia bergantung pada alam semula jadi dan setiap USD (~RM 4.1) yang dilaburkan dalam pemulihan alam sekitar menghasilkan keuntungan ekonomi hingga 30 USD (~RM 123).
Bayangkan manfaat yang dapat kita terima sekiranya kesejahteraan alam sekitar menjadi paksi keputusan kita bersama, sejajar dengan pembangunan sosioekonomi yang manusiawi, peduli dan prihatin kepada rakyat bawahan.
Malangnya, khazanah semulajadi yang tidak disentuh tidak mempunyai nilai di bawah KDNK sehinggalah dimasukkan ke dalam sistem perakaunan manusia; biasanya melalui kemusnahan atau pembangunan rakus (conversion).
Air yang bersih, kawasan perikanan, serta anugerah alam sekitar seolah-olah tidak bernilai dalam kiraan semasa ekonomi.
Di sinilah terletaknya premis ahli ekonomi terkemuka Mariana Mazzucato bahawa sebahagian daripada masalah sedunia kita, adalah kegagalan dalam memberi nilai sewajibnya dalam pemuliharaan serta pemeliharaan alam sekitar, termasuk kebaikan awam (public good) lain - khusus dalam pengiraan KDNK.
Rakyat tentu masih ingat - bolehkah kita berdiam diri apabila sumber air kita tercemar? Bukankah bernilai tindakan yang diambil untuk kembali menjernihkan sumber air; apatah lagi menghukum pihak yang mencemar?
Mampukah kita berdiam diri apabila rezeki lautan semakin berkurangan; ikan kembung mencecah RM16.99/kg?
Sepertimana yang saudara-saudari sedia maklum, baru-baru ini saya telah mengulangi kritikan saya mengenai proses penambakan di Pulau Pinang, kampung halaman saya. Pimpinan kerajaan negeri telah menyambut komen saya seraya mengingatkan bahawa terdapat projek penambakan lain yang sedang diteruskan di seluruh negara. Sesungguhnya, benar sekali kebimbangan yang dibangkitkan ini.
Berilah makna kepada Hari Alam Sekitar Sedunia dengan memastikan semua projek penambakan dihentikan, dan dikaji semula, terutamanya ketika kita menghadapi wabak ngeri yang terus menyerang kita semua.
Kita juga sebaiknya mengemukakan bantahan terhadap tapak perlombongan yang sedang berlangsung di Pahang - hanya kira-kira 3 km dari Rizab Biosfera UNESCO - yang sedari awal bergelut dengan pencemaran daripada aktiviti perlombongan dan pembalakan.
Dari utara, selatan Malaysia, kawasan pantai timur seperti Kelantan, sehingga lah ke Sabah dan Sarawak, alam sekitar kita menjadi taruhan dipertaruhkan demi pembangunan tidak terkawal. Kita tidak boleh menghadkan keprihatinan kita di tempat tinggal dan kampung halaman kita semata-mata.
Teringat pula saya kepada pengalaman pertama saya berkempen demi alam sekitar; pada ketika itu isu yang diperkenalkan oleh Sdr Wong Tuck (sekarang selaku wakil rakyat) - iaitu loji arang batu Lahad Datu; di atas tapak terpilih yang dinobat the most pristine environmental frontier.
Ayuh, tekadkan usaha memperkukuh suara mempertahan alam sekitar yang tidak mampu dipulihkan, mempertingkat sumber rezeki kehidupan nelayan; dan memastikan keselamatan makanan di Malaysia terjamin.
Ada pihak yang mendakwa bahawa saya berprinsip anti-pembangunan, anti-pertumbuhan, dan anti-pekerjaan. Hal ini tidak benar sama sekali.
Bayangkan, dewasa ini, puluhan ribu individu kehilangan pekerjaan dek kerana Covid-19. Malangnya, realiti perit yang terpaksa dihadapi golongan berpendapatan rendah, tidak saksama dengan keselesaan elit mewah, golongan berpendapatan tinggi yang stabil kedudukan kewangan mereka.
Kalau kita boleh memaksa pekerja bawahan melatih semua, menukar pekerjaan mereka, mengapa kita tidak mengenakan prinsip yang sama kepada sistem kewangan dan golongan atasan lainnya?
Jangan sampai air bah banjir di kawasan pesisir pantai - untuk kita mengubah tingkah laku dan layanan kita terhadap alam sekitar.
Terima kasih saya ucapkan kepada Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (Matlamat Pembangunan Lestari) (APPGM-SDG) kerana sering mengunjungi Permatang Pauh; dan sentiasa menekankan mesej bahawa kita semua mempunyai peranan masing-masing untuk memelihara bumi sebaiknya.
Matlamat Pembangunan Lestari PBB di sini bertindak sebagai panduan yang berguna untuk maju ke hadapan, dan harus dipraktis dengan adil dan saksama, dengan mempertimbangkan konteks tempatan agar tiada sesiapa yang ketinggalan.
Kepada semua belia, dan yang muda di hati; marilah kita berganding bahu untuk membangunkan semula Malaysia, dengan lebih baik dan lebih ‘hijau’.
Tonton ucaptama saya dalam program 'The Role of Youth in Ecosystem Restoration in Malaysia' anjuran APPGM-SDG :
pbb sarawak 在 Lagu Parti Politik PBB Sarawak - YouTube 的推薦與評價
Your browser can't play this video. Learn more. Switch camera. ... <看更多>
pbb sarawak 在 PBB Sarawak - Facebook 的推薦與評價
PBB Sarawak. 1 pëlqim. Qendër komuniteti. ... Facebook wordmark. Hyr. PBB Sarawak. 1 pëlqime. . 2 ndjekës. . Ndiqe. . Postimet. ... <看更多>