Tips khatam Quran dalam masa 30 hari di bulan Ramadhan.
Nak mula tak susah, hati kena tabah 💪🏻
#RamadhanReminders
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
「ramadhanreminders」的推薦目錄:
ramadhanreminders 在 Heliza Helmi Facebook 的精選貼文
Malam ini masukknya 1 Syawal. Ramai yang tanya apa amalan-amalan yang kami boleh buat ye?.
Ok, kami senaraikan Sunah-Sunnah Aidil Fitri yang kita semua boleh buat.
.
1. Menghidupkan malamnya dengan beribadah. Kata Imam Asy-Syafi’ie doa pada malam raya mustajab!
2. Mandi sunnah. Bermulanya tempoh mandi dari pertengahan malam lagi, dan sunnah dilewatkan sehingga hampir pergi solat hari raya.
3. Mencukur bulu-bulu, memotong kuku dan mengemaskan janggut.
4. Berwangi-wangian dan berhias, sama ada bagi yang hendak ke masjid mahupun yang tidak, sama ada yang bersolat mahupun tidak, dewasa dan kanak-kanak.
5. Memakai pakaian terbaik. Tidak semestinya berwarna putih.
6. Segera ke masjid untuk menunaikan solat.
7. Pergi ke masjid dan pulang dengan jalan yang berbeza. Lebih afdhal pergi dengan jarak yang lebih jauh dari jalan pulang.
8. Bersarapan sedikit sebelum keluar menunaikan solat hari raya.
9. Memperbanyakkan takbir bermula dari terbenam matahari sehingga menunaikan solat hari raya.
10. Mengucapkan tahniah atau ucapan selamat hari raya kepada kaum muslimin.
.
Walaupun malam ini bukan malam Ramadhan, tapi malam
ini salah satu daripada malam yang mustajab doa. Sambil tengah mengemas dan menyediakan persiapan untuk raya perbanyakkan bertakbir dan berdoa.
.
Dan yang paling penting jangan lupa doakan kami di @nurelhikmah juga tau. :)
.
Tag dan mention kawan-kawan agar mereka semua hidupkan malam yang penting ini. Jangan lupa untuk share ke dalam group-group WhatsApp juga tau.
.
#HikmahShares
#RamadhanReminders
#SyawalReminders
#Nurelhikmah
ramadhanreminders 在 Heliza Helmi Facebook 的最佳貼文
10 malam terakhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin.
.
Lailatul Qadr mempunyai kelebihan yang begitu besar. Ianya lebih baik daripada 1000 bulan yang lain. Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam bersungguh-sungguh beribadah pada 10 hari terakhir bulan Ramadhan lebih daripada yang lainnya.
.
Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam melakukan ibadah pada malam itu bukan hanya setakat Baginda sahaja tetapi Baginda turut menyuruh ahli keluarga bangun bersama beribadah juga.
.
Jadi, bagaimana pula dengan kita? Adakah kita sudah bersedia untuk menghidupkan malam kita? 🙂
.
Jangan kita lepaskan peluang ini. Manfaatkan hari-hari Ramadhan yang berbaki dengan sebaiknya. Semoga kita dipilih oleh Allah untuk bertemu dengan malam yang lebih baik daripada 1000 bulan ini.
.
Salam Ramadhan daripada kami @nurelhikmah.
.
#HikmahShares
#RamadhanReminders
#NurelhikmahxMuslimPro
#LailatulQadr