Selalu dengar resepi Ayam Percik kan? Haa..kali ini jom kita cuba resepi Ikan Percik pulak! 😄 Mesti terliur dibuatnya
🛒 Korang hanya perlukan 🛒
4 Biji bawang Besar
2 inci Kunyit
2 Inci Halia
3 Batang Serai (dipotong)
200ml Krim Kelapa Rasaku
2 Sudu Cili Kisar
Gula & Garam Secukup Rasa
Daun pisang
Ikan Siakap (atau mana-mana jenis ikan ikut kesukaan anda)
Minyak Masak Kelapa Rasaku
🐟 Cara Membuat Ikan Percik 🐟
1️⃣ Tumbukkan Bawang Besar, Kunyit, Halia dan juga Serai sehingga lumat
2️⃣ Campurkan dengan Krim Kelapa Rasaku dan Cili Kisar. Jangan lupa letak Garam dan Gula secukup rasa.
3️⃣ Lumurkan Ikan dengan Kuah Percik
4️⃣ Bungkuskan dengan Daun Pisang dan Bakarkan.
5️⃣ Jangan lupa percikan dengan Minyak Masak Kelapa Rasaku dan Kuah Percik.
Haaa..kalau dapat bakar ikan macam ni sambil berkelah di tepi tasik, lagi mantap kan? Apa lagi, cubalah sekarang!
Nak beli produk Rasaku boleh lah pergi ke link ini 👉🏻 https://shopee.com.my/rasakumarketingproducts
同時也有14部Youtube影片,追蹤數超過38萬的網紅Bumi Ratu Channel,也在其Youtube影片中提到,Saya ni skrg dh jarang nk buat video, bnyak meeting je.. jd bila si odah dan cahaya suruh masak sy pun minta tolong mereka cari kan pucuk ubi.. tktau ...
「resepi ikan bakar」的推薦目錄:
resepi ikan bakar 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的最佳解答
RESIPI DAGING HARIMAU MERAUNG BY CIKGU AFY 🐔🔥
A. RESEPI DAGING HARIMAU MERAUNG
1. Basuh bersih 500 gram daging.
Perapkan dengan bahan di bawah:
(Kuantiti cikgu agak-agak sahaja)
- 1 senduk kecil sos blackpepper
- 1 senduk kecil kicap lemak manis
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar kicap pekat
- 1 sudu kecil lada hitam kisar
- secubit dua serbuk kunyit
- sedikit perencah secukup rasa
2. Tambahkan bahan tumbuk:
- sebatang serai
- sehiris nipis halia
- seulas bawang putih.
Gaul mesra kesemuanya.
Perapkan selama setengah jam.
3. Panaskan pan dengan satu sudu minyak.
Masukkan daging yang sudah diperap tadi.
Bakar dalam api perlahan lebih kurang setengah jam atau sehingga daging masak.
*baki sos perapan tadi jangan dibuang*
Daging yang dibakar jangan terlebih masak.
Sebab nanti rasa daging kering)
*nak tahu masak ke tak cikgu hiris sikit. Nampak daging warna merah jambu pudar tu tanpa air darah okay dah*
4. Sementara daging dimasak, bolehlah terus siapkan sambal pencicahnya.
5. Sebelum daging diangkat masukkan lebihan sos tadi dan sautekan seketika. Hirislah daging nipis-nipis.
B. RESEPI SAMBAL PENCICAH
1. Sediakan bahan di bawah:
- 3 tangkai cili merah
- 4 tangkai cili padi hijau
- sehiris nipis halia
- 1 relung kecil nisse / gula melaka
- 4 sudu besar sos ikan
2. Kisar semua bahan di atas dengan sedikit air kosong.
3. Masukkan dalam mangkuk.
Tambahkan perahan sebiji asam limau nipis dan sehiris lemon. Juga 2 ulas bawang putih yang diracik halus.
4. Perasakan dengan sedikit perencah secukup
rasa. Kacau.
5. Akhir sekali taburkan hirisan daun ketumbar dan bijan yang sudah disangai.
Selamat mencuba.
Semoga bermanfaat.
Kredit: Afy Al Habibi
resepi ikan bakar 在 Abang Brian Facebook 的最佳解答
Salam Hari Malaysia semua, antara hidangan peberet rakyat malaysia mestilah Nasi Lemak la kannn… tapi kalo di tangan AB mesti diolah macam-macam! hehehe
Antara resipi yang dikongsikan secara langsung di #SeleraAbangBrian …. ingat temu janji kite di fb hanya di @brianchenmasterchef
TAT NASI LEMAK
Pandan Puff Pastry
Kastad kelapa
1/4 cawan susu
1/4 cawan santan
1 sudu besar gula aising
1/2 sudu kecil garam
secubit lada hitam
1 1/2 telur
Sambal Manis Mandarin
1/2 bawang besar, dihiris
1/2 inci halia, diparut
1/2 inci kulit oren mandarin, dicincang
1 sudu besar cili boh
1 sudu besar gula perang
ikan bilis dan kacang bakar
Kelapa parut, disangai
1. Campurkan kesemua bahan kastad kelapa sehingga sebati.
2. Tuangkan dalam puff pastry pandan dan bakarkan dalam ketuhar pada suhu 200C atau sehingga permukaannnya keperangan sedikit.
3. Untuk sambal, tumiskan bawang, halia dan kulit mandarin sehingga bau naik. Tambahkan cili boh dan masak sehingga pecah minyak. Perasakan dengan gula dan garam.
4. Letakkan sambal, kacang, ikan bilis dan kelapa parut atas kastad yang telah dimasak.
#tat #tart #savourytart #sambal #baking #halal #resepihalal #resepi #quickrecipes #malaysianfood #malaysianrecipes #foodiesofinstagram #foodiesofmalaysia #resepimudah #resipimurah #resipi #EzMall #SemuanyaLebihEz #EzRecipes #easyrecipes
resepi ikan bakar 在 Bumi Ratu Channel Youtube 的最佳解答
Saya ni skrg dh jarang nk buat video, bnyak meeting je.. jd bila si odah dan cahaya suruh masak sy pun minta tolong mereka cari kan pucuk ubi.. tktau lah apa dia buat tau2 dh jd mcm ni.. haih budak2 zaman skrg!!
.
.
Menu yg simple sy kongsikan resepi Kerabu pucuk ubi tumis dengan kantan.. resepi ni sy belajar dngn orang asli.. tak sangka bila dh buat rasanya mmg sgt sedapp..!!
.
Sy tambahkan dngn belacan melayu sedikit rasanya mmg naik dan sedap kalau dimakan dngn ikan bakar..
.
Bg anda yg nk dapatkan belacan melayu anda boleh follow ig @dapurkayubybonda untuk no telefon pengedar kami yg sah..
resepi ikan bakar 在 Rasaflix Youtube 的精選貼文
Buat korang yang dah buntu nak masak lauk apa untuk lunch and dinner, boleh lah cuba resepi ni. Lagi-lagi resepi yang ke-3 tu, memang pasti pikat selera korang!
Bagi korang yang tak tahu nak masak apa korang boleh lahh refer resepi di link ni ?
1. Resepi Ikan Siakap Stim Limau : https://youtu.be/rPdxQOKAygg
2. Resepi Ayam Sambal Hijau Balado Pedas : https://youtu.be/_QapjB2VRnw
3. Resepi Udang Mentega Telur Masin Terlajak Sedap : https://youtu.be/g_yUeiTMbSQ
4. Resepi Ayam Bakar Madu & Kuah Pedas : https://youtu.be/3Te0VzNC2Xk
5. Resepi Kari Ayam Pekat Lazat : https://youtu.be/1yAzYEtKGMU
Nak resepi lagi?
Sertai Rasaflix di https://rasaflix.net
#resepirasaflix #menulunch #menudinner #resepiikansiakap #resepikariayam #resepiayambakar #resepiudangbutter #saltedegg #prawnsaltedegg #resepiayambalado #resepiayamsambalhijau #resepi #TikTokChef #TikTokGuru
#kisahdunia #rasaflix
resepi ikan bakar 在 DESTINASI TV Youtube 的精選貼文
Kombo Kasih Sayang Destinasi TV dan Sambaleena » https://sambaleena.com/product/destinasitv-combo/
Kembali lagi dalam episod terbaru Resepi Tok di Dapur Fendi, dibawakan oleh Sambaleena.. pasti terangkat! Sambaleena ada juga mengeluarkan produk bumbu selain dari sambal-sambal mereka yang “ready to eat”. Dalam episod kali ini, Fendi akan menggunakan Sambal Tempoyak untuk membuat Ikan Bakar Isi Sambal paling senang. Jom dapatkan set kombo bumbu Sambaleena dan cuba untuk masak sendiri menu ini. Selamat mencuba dan jangan lupa untuk tag @DESTINASI TV di Facebook atau Instagram.
Bahan-bahan untuk Ikan Bakar Sambal Tempoyak:-
Sambal Tempoyak Sambaleena
2 Ekor Ikan Cecaru/Jaket
4 Tangkai Cili Merah & Hijau
1 Leret daun Pisang
Garam
Kunyit
Cara penyediaan Ikan Bakar:-
Siang Ikan dengan Membuang ekor, sirip dan lain lain
Belah bahagian atas ikan, diantara daging dan tulang
Isikan bahagian dalam ikat tersebut dengan Sambal Tempoyak Sambaleena
letak cili yang dipotong kecil di tempat yang sama
Bungkus ikan tersebut dengan daun pisang
panas kan grill dan mula memanggang!
Anda perlu panggang selama 5-7 minit setiap sisi
Sangat mudah bukan cara untuk membuat Ikan bakar ni? Jangan lupa untuk mencuba Serunding Halia Set Pantang sebagai menu tambahan, sangat sesuai digandingkan bersama menu seperti ini ??????
#destinasitv #resepitok #resepimudah #ikanbakar #sambaleena #roadto500K
Bermula pada tahun 2017, Destinasi TV melihat budaya kulinari dan darmawisata sebagai pintu kepada sejarah, tradisi dan evolusi masyarakat tempatan.
Merupakan sebahagian dari Kumpulan Manggis (https://manggis.group), Destinasi TV menghasilkan siri video digital yang menghiburkan, mendidik dan berkualiti tinggi untuk tayangan umum secara percuma di platform seperti Youtube, Facebook, Instagram, IFlix dan Dim Sum.
Destinasi TV terkenal dengan siri video digital seperti “Mat Salleh Cari Makan”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Pilihan Terbaik”, “Sembang Bros”, “The Nasi Lemak Show”, dan “Trek Artisan”.