#SerimukaPandanAcuanBiru
Alhamdulillah... Buat pagi tadi sebenarnya, malam ni baru berkesempatan kongsi di sini. Resipi sama sahaja seperti yang pernah saya kongsi tahun lepas. Hari tu Giant ada buat penghabisan stock beberapa barang. Tepung Hoen Kwe dijual dengan harga 50 sen sahaja. Saya beli 4 tiub. So kali ini, untuk lapisan hijau tu saya letak tepung hoen kwe instead of tepung kastad.
Serimuka Pandan Acuan Biru
(Noy Yullan)
LAPISAN PULUT
1 cawan beras pulut susu (rendam 4 jam)
1 cawan santan
1 sudu kecil garam
LAPISAN HIJAU
7 helai daun pandan (gunting pendek)
3 cawan santan
1 1/2 (satu cawan setengah) gula
3 biji telur
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung kastad/hoen kwe
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil pewarna hijau
Cara-Cara
1. Bersihkan beras pulut, kemudian rendam 4 jam supaya lembut dan tekstur lapisan pulut nanti lebih padat. Selepas 4 jam, tuskan airnya.
2. Sapu minyak pada seluruh bahagian dalam acuan biru (6"). Letak beras pulut. Ratakan.
3. Campurkan santan dan garam. Gaul rata. Rasa. Jika suka lebih masin, boleh tambah garam mengikut cita rasa. Tuang ke dalam acuan biru berisi beras pulut tadi.
4. Kukus sehingga masak. (Sekitar 20 minit. Jika belum masak lepas 20 minit, kukus lagi. Tak semestinya sama dengan masa saya)
5. Sementara menunggu pulut masak, sediakan adunan lapisan hijau. Blend daun pandan, santan, gula, dan telur. Tapis ke dalam kuali. Jangan hidupkan api dulu, ya. Masukkan garam, tepung gandum, tepung kastad/hoen kwe, tepung jagung, dan pewarna hijau. (Jika blender besar, boleh blend semua bahan lapisan hijau sekali harung.)
6. Hidupkan api sederhana. Kacau semua bahan sehingga pekat (bersalut belakang senduk). (Sekitar 3-5 minit)
7. Keluarkan acuan serimuka daripada pengukus. Padatkan pulut dan ratakan bahagian tepinya. Tuang adunan hijau tadi. Sapu minyak pada satu bahagian plastik. Tutup permukaan acuan (yang ada minyak tadi menghadap adunan). Kukus sehingga masak (saya kukus 45 minit dah masak elok. Kalau awak kukus x masak lagi, silalah kukus lagi.)
8. Biar serimuka sejuk dalam acuan baru keluarkan. Potong dengan pisau plastik. Kalau tak ada, boleh guna spatula.
9. Sekian, selamat menjamu selera. 😊
#Serimuka #ResipiNoyYullan #SerimukaPandan #SerimukaPandanNoyYullan
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...