Gunung Silipat, Thailand. Amat sesuai untuk yang baru nak belajar mendaki gunung dan berjinak dengan hiking. 😍⛰ Ada yang dah pernah naik? Cuba share pengalaman.
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Ok kali ni aku share pasal itinerary ke Gunung Silipat Thailand The Sea of Mist.
Untuk sesiapa yang baru nak belajar hiking macam aku, gunung ni teramat la sesuai untuk berjinak jinak ke dunia hiking. Otai-otai hiking cakap gunung ni dalam skala 3/10 je, tak susah mana pun.
Ok korang boleh pilih nak pergi ikut cara apa sekali pun, paling senang google je la trip ke silipat. Kalau macam aku, Mossy Trekkers menjadi pilihan. Sebab aku dah riki yang lain punya trip dan rasanya yang ni paling ok dan paling murah.
Ongkos nya cuman RM270 saja bapak bapak ibu ibu. Ok kos yang ni termasuk :
Perjalanan pergi dan balik dari KL ke Silipat
2 Hari 1 Malam @ Gunung SiLipat
Lokasi : Betong, Thailand
Tarikh : 26-27 Jan 2019
Deposit : RM100 (non-refundable)
Kos : RM170 seorang
Kos merangkumi ;
1) Powil ( four wheel 4x4)
2) Permit
3) Guide
4) Sweeper
5) Group Porter
6) Khemah
7) Makan BBQ
9) Management fee (Malaysia-Thailand)
_RM270 All in termasuk pengangkutan KL-Betong-KL_
25 Jan 2019
4:30pm -Aku gerak naik bas dari Batu Pahat pada hari jumaat jam 4:30 petang. Sebab sebelum pukul 10 malam nak kena terpacak kat LRT Gombak sebab bas ke Silipat kena naik dari situ.
11:00 pm-Then pong pang pong pang ada yang lambat kucing nak beranak la itu la ini la pukul 11 malam gerak.
27 Jan 2019
9:00 am- Sampai di Pengkalan Hulu
10:00am- Then lebih kurang pukul 10 pagi kitaorang tiba kat border sarap jap sebelum masuk imigresen. Diorang dah pesan siap siap dah kena selit rm2 sekali masa cop passport. Masa pergi hatyai takde pulak kena macam ni. Sini mazhab lain barangkali. Tapi macam biasalah ni amin, siapa berani mintak duit dari aku. Last last tak jadi selit rm2. (Tapi balik pulak kena selit rm2, macibai)
10:00 am- Setelah pong pang pong pang kat imigresen, kitaorang bla dari situ then terus menuju ke pekan Betong. Kat sini tak lama macam kat hatyai sebab Betong tak komersial macam hatyai barangkali. Ok pergi sini taknak buang masa. Bas pacak depan kedai telefon, kitaorang turun beli simkad then terus gerak. Takde cakap banyak.
11:00 am - Sampai ke Gunung Silipat, bukan dah sampai atas ye setan. Kat bawah je ada kedai makan kat bawah tu tepi sungai. So sesiapa nak makan boleh makan, lepas makan terus gerak naik atas. Sesiapa yang acah acah diet nak makan sikit ke taknak makan ke, haaa mampos la kau kat atas nanti itu je aku nak pesan.
1:45 pm- Terus bergegas naik ke atas. Ok untuk permulaan takde la terus start hiking. Kena naik powil dulu. Benda paling babi aku pernah naik. Serius. Persetankan view cantik view indah kat atas tu, sebab naik benda alah setan ni kau akan kenang sampai bila bila. Apa setan diorang suruh naik benda alah ni aku pun tak tahu. Yang aku geram takde sorang pun pesan naik benda ni tak best. Sekarang baru aku tahu perasaan lembu lembu naik benda alah ni sembelum kena sembelih.
3:00 pm- Start hiking, macam aku cakap tadi trek dia senang gila babi. Sesuai untuk beginner macam aku. Korang santai santai relax relax jalan je dalam satu jam dah sampai ke camp site. Yela lain orang lain pacenya yedak.
4:00 pm- Sampai ke camp site. Kat sini takyah susah susah nak bawak khemah ke amende. Semua dah siap dah. Tinggal bawak diri je. Sleeping bag dengan sleeping mat kena bawak. Aku malam tu acah acah tidur tak pakai sleeping bag, sekali dia punya sejuk lain macam doe. Pasal solat jangan risau , kat atas boleh solat, tandas pun ada. Sekali masuk 10baht. Jangan kata tandas, kedai runcit aka 7e pun ada kat atas ni. Nak beli kudapan ke air berkarbonat ke apa ke semua ada. Jangan risau.
6:00 pm- Lepas rehat rehat relax relax semua, then kitaorang start naik ke puncak untuk layan sunset la apa lagi. Sunset dia memang terbaik la. Dari campsite ke puncak tak jauh mana pun, amek masa dalam 10-15 minit je. Tapi cuaca pun agak sejuk jugak la. Kat sini lepak lebih kurang dalam sejam jugak then dalam lepas azan maghrib dah boleh turun sebab takde lampu kan, so bahaya nak turun gelap gelap.
8:00 pm- Malam tu bermulalah sesi pemecahan ais. Perkenalkan la diri sorang sorang. Yang kat dalam ni semuanya bukan calang calang. Lagi satu semua pro hikers. Siap nak pergi Annapurna hujung tahun ni. Aku ni macam kerdil je dalam ni sampai segan. Lepas tu diorang sound aku nak jadi hiker tak boleh segan nanti sesat jalan.
11:00 pm. Tidur lah apa lagi babi. Takkan aku tak tidur. Babi betul korang ni.
5:30 am- Lepas subuh je terus pacak naik atas takde cakap banyak. Sebab masing masing berebut nak cop tempat untuk layan view kan. Inilah yang ditunggu. Awan karpet!!
8:00 am- Sambil layan sunrise and the sea of mist tu, kitaorang breakfast dulu. Semua disediakan jangan risau. Jujur aku cakap aku tukar duit thai sampai 2000 baht, last last pakai tak sampai 400baht pun untuk dua orang. Yela kau nak beli apa je doe, bukan boleh beli jin ke toyol ke nak bawak balik Malaysia nanti. Pergi sini pun nawaitu sauma ghadin nak naik gunung je pun, tempat shopping best atau syurga makan best pun takde.
11:00 am- Siap siap mandi kat sungai bawah boleh, tandas bawah boleh. Lepas tu kalau nak jalan ke pekan Betong pun boleh. Tapi serius tak best la pekan dia. Parit Raja lagi best. Then lepas terus pulang.
Ok pada sesiapa yang nak tengok view cantik, tengok gunung ganang, layan alam semula jadi. Boleh pergi sini. Memang best dan tak rugi.
Sekian terima kasih.
#hiking
#silipat
#theseaofmist
#awankarpet
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...