Siapkan Bekal Kita Pulang!
.
Apa jaminan kita akan bangun semula bila kita tidur?
.
Tiada. Kita sendiri banyak mendengar berita tentang kematian semasa tidur.
.
Apa jaminan kita akan pulang semula ke rumah selepas berangkat ke pejabat?
.
Tiada. Kita sendiri banyak mendengar berita tentang kemalangan yang meragut nyawa.
.
Bila hidup kita merasa berat membuat ibadah sunat, tidak mengapa. Tapi jangan tinggalkan ibadah yang wajib. Paksakan diri untuk buat yang wajib.
.
Jangan tinggal solat 5 waktu. Jangan tinggal puasa tanpa uzur. Jangan lupa membayar zakat. Tutup aurat. Elakkan diri membuat dosa. Cepat-cepat bertaubat ketika melakukan dosa.
.
Jangan kita lalai mencari rezeki sehingga meninggalkan solat. Rezeki kita sudah dijamin, syurga kita yang belum dijamin. Perbaiki ibadah yang membawa kita ke syurga.
.
Imam al-Ghazali berpesan: "Carilah hatimu di tiga tempat. Temui hatimu sewaktu bangun membaca al-Quran. Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga, carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati."
.
Jadikan kematian itu sebagai peringatan dan hidayah. Andai masih tidak mahu berubah ke arah kebaikan, maka dengan cara apa lagi mahu Allah beri hidayah?
.
Doa Rasulullah saw yang paling banyak adalah: “Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas agama-Mu.” Riwayat Imam Ahmad dan al-Tirmizi
.
Andai terdapat sedikit kebaikan dalam post ini, mohon doakan semoga kebaikan itu dapat membawa kita ke syurga di sisi Allah bersama-sama. Aamiin. 🤲
.
.
Kredit : Ahmid Shazwan
cara sunat sendiri di rumah 在 Pakar diari hati Facebook 的最佳貼文
APA ITU SEDEKAH SUBUH?
Sedekah subuh ialah sedekah yang diberikan pada waktu subuh iaitu sebaik sahaja matahari terbit atau masuk waktu subuh dan dilaksanakan sebaik-baiknya selepas seseorang itu solat subuh. Jangka waktu yang dicadangkan ialah selepas subuh sebelum masuk waktu syuruk. Pendekatan sedekah ini dilaksanakan dengan memasukkan sedikit wang ke dalam satu bekas secara istiqomah selama 40 hari.
CARA-CARA MELAKSANAKAN SEDEKAH SUBUH.
LANGKAH-LANGKAH
1. Sediakan satu bekas yang boleh diisi duit. Saya cadangkan bekas kuih raya plastik bertutup merah yang jernih warnanya (atau apa saja bekas yang sesuai)
Langkah 1
• Lestari – kitar semula
• Mudah dan murah
• Nampak duit kita terkumpul sebab warna bekas tu jernih – jadi MOTIVASI.
Langkah 2
• bertanggungjawab terhadap tabung anda sendiri
~ Setiap pagi selepas solat subuh masukkanlah sedikit duit dalam tabung tersebut – seikhlas hati, RM2.00 atau RM1.00 ataupun RM0.10… tak kisah asal ikhlas dan mampu.
Langkah 3
• Biar sikit asal istiqomah
• Sederhana dalam amalan
~ Semasa anda memasukkannya, niatlah dalam hati tentang hajat @ apa keperluan anda – mudah-mudahan Allah perkenankan.
Langkah 4
• Tidak salah memohon dari pemilik kita
• ALLAH tempat meminta
• Jgn fikir ikhlas @ tidak sebab utk ikhlas kena latihan
~ Selepas itu doa (ringkas saja dlm Bahasa Melayu pun boleh dan yakinlah bahawa setiap janji ALLAH benar)
cth: Ya Allah,perkenankanlah hajatku.
Langkah 5
• Bertawasul dengan amal soleh
• Membentuk keyakinan ke peringkat haqqul yakin
~ Teruskan setiap subuh hingga cukup 40 hari @ 30 hari -
tak salah kalau tiap-tiap hari nak pergi beri sendiri ke rumah anak yatim.
Langkah 6
• Untuk membentuk sikap istiqomah bukan
bermusim.
• Untuk menjimatkan masa sebab waktu pagi ada sibuk dengan urusan pergi kerja/sekolah dll.
~Waktu yang dicadangkan ialah SELEPAS SUBUH SEBELUM SYURUK (boleh juga waktu bila-bila pun buat sebab sedekah ni tak ada had masa)
Langkah 7
• Setiap pagi ada malaikat yang mendoakan orang yang membuat amal soleh. – rebut peluang ini dengan iringan doa malaikat.
~ Setelah 40 hari terus keluarkan untuk dibuat agihan - teruskan sedekah subuh pada hari 41 dikira hari 1 semula.Tidak menjadi kesalahan jika tak cukup 40 hari.
Langkah 8
• 40 hari ini hanya latihan utk istiqomah.
• Juga utk membentuk kesabaran.
• Juga utk menguji keimanan – sejauh manakah kita amanah menjaga duit sedekah selama 40 hari itu.
• Untuk memudahkan @ Jika mampu pergi cari fakir miskin setiap subuh setiap hari(ini lebih baik).
Jika outstation masih teruskan, lepas subuh, asingkan duit yang hendak disedekahkanitu ke dalam sampul duit raya/envelope terpakai atau apa saja bekas yang berasingan, dan apabila sampai di rumah kelak, masukkan duit yang disedekahkan itu dalam tabung sedekah subuh kita. Iaitu dipindahkan ke tabung yang sedia ada.
Langkah 9
• Supaya kita tetap melaksanakan sedekah walaupun berada di mana sahaja.
APA JADI KALAU SAYA TERLAJAK SUBUH?
Teruskan sedekah seperti biasa dan berazam dengan sebenar-benarnya esok saya akan sedekah pada waktu subuh.
BOLEH TAK KALAU SAYA SEDEKAH SUBUH TAPI TIDAK SOLAT SUBUH?
Solat itu wajib, sedekah itu sunat. Amalan wajib mesti dilakukan kalau tidak bagaimana hendak mengira amalan sunat jika wajib tidak dibuat? Boleh sedekah, tetapi adakah diambil kira oleh ALLAH?..
APA NAK BUAT DENGAN DUIT SEDEKAH SUBUH TU?
Saya cadangkan:
1. Join Team Sedekah Subuh. Kami membuat projek-projek kebajikan seperti wakaf (sekolah, masjid, Al-Quran, jalan, telaga dan lain-lain), supaya dapat menimbulkan semangat Ukhwah dan hasilnya Nampak secara jelas. Team Sedekah Subuh akan membahagikan sumbangan itu kepada wakaf, sarapan pagi anak yatim dan fakir miskin, serta lain-lain kebajikan.
2. Tuan/puan boleh agihkan sendiri sama ada dalam bentuk tunai atau barangan kepada penerima yang tuan/puan fikirkan layak dan sesuai.
3. Beli makanan kucing, burung dan sebagainya – sedekah kepada haiwan.
4. Beri kepada ahli keluarga, yang termasuk dalam golongan anak yatim atau asnaf iaitu layak menerima zakat.(misalnya sepupu/anak buah)
PANTANG LARANG:
Duit yang telah tuan/puan sedekahkan (walaupun masih Nampak di mata dalam tabung sedekah subuh itu) tidak boleh digunakan untuk kegunaan peribadi kerana sebaik sahaja tuan/puan mengeluarkan wang dari dompet/saku tuan/puan untuk dimasukkan dalam tabung maka hak duit itu sudah berpindah kepada HAK ALLAH DAN MENJADI MILIK ALLAH…agihkan kepada mereka yang selayaknya.
PERINGATAN
Allah akan beri dalam bentuk:
1. Ketenangan hati
2. Material
3. Kemudahan urusan seharian diri sendiri atau anak-anak/ahli
keluarga
4. Kesihatan
5. Dan sebagainya
Allah memberi mengikut keperluan seseorang kerana ALLAH lebih mengetahui.Ini serah kepada ALLAH kerana ALLAH sahaja yang tahu apa sebenarnya keperluan anda. Allah juga akan beri secara
1. Cash – segera
2. Lambat
3. Beri di dunia
4. Beri di akhirat
BOLEHKAH KALAU SAYA TAK MAHU KUMPUL 40 HARI TETAPI NAK AGIH TERUS?
Sangat baik dan saya ucapkan tahniah kepada anda jika anda dapat melaksanakannya setiap hari dalam waktu yang ditentukan.
BUKANKAH CARA INI MACAM TAK IKHLAS? MENGHARAP BALASAN…
Bila buat sedekah subuh ni niat macam-macam, nak mintak macam-macam, macam tak ikhlas pulak, nak balasan…(mungkin persoalan ini ada dalam minda anda) Ikhlas itu milik Allah, hanya Allah sahaja yang mengetahui sama ada sipenderma ikhlas atau tidak.Dan adakah mengharapkan balasan itu salah? Dan adakah meminta dari ALLAH itu salah? ALLAH memiliki segala kerajaan di langit dan di bumi, ALLAH sentiasa menunggu kita meminta dariNYA…DIA memiliki sekujur jasad dan roh kita, kenapa rasa bersalah meminta dari DIA dan tidak bersalah meminta dari makhluk ciptaanNYA?
Ikhlas perlu latihan, bertatih, berlatih, jatuh bangun, tersungkur, hingga sampai satu masanya nanti kita akan jadi ikhlas….tunggu sajalah saatnya akan tiba, tanpa latihan begini, agak sukar kita mencapai ke tahap tersebut.
Cara spesifik yang diajarkan ini bukanlah satu-satunya cara sedekah subuh dan bukanlah menganggap membuat tabung sedekah subuh itu sebagai sunnah. Ada banyak cara lagi, dan boleh diinovasikan selagi tidak bercanggah dengan syarak.
.
.
.
Nak viralkan bisnes anda? Sekarang dibuka iklan pakej terendah hanya RM30. Iklan boleh pilih tarikh dan masa sendiri. Whatsapps admin : http://bit.ly/2FFyZuG
#SharingIsCaring
#UntukPeringatanDiriSendiri
#SedekahSubuh
#Assalamualaikum
#KonsistenDalamSetiapUsaha
Copy & paste
cara sunat sendiri di rumah 在 9bulan10hari Facebook 的最讚貼文
CARA SOLAT TARAWIH DI RUMAH.
Walaupun tahun ni tak dapat mengerjakan solat tarawaih berjemaah di masjid, buatlah bersama-sama dengan family di rumah.. yang penting kita buat.
Semoga ramadhan kali ini lebih makna.. agar dapat kita tempuhi dgn lebih sempurna.
Semoga COVID-19 hilang dari dunia ini dengan cepat, dan orang yang dijangkiti sembuh seperti sediakala.
PANDUAN SOLAT TARAWIH 🌺🌺
Solat Tarawih dikerjakan selepas mengerjakan
solat Isyak dan waktunya berpanjangan
sehingga akhir malam.
Jangan tergesa-gesa mengerjakannya. Cari waktu yang sesuai. Tidurkan anak dahulu, lepastu boleh solat tanpa ada sebarang gangguan.
NIAT SOLAT SUNAT TERAWIH
أ ُصـَــلـِّــى سـُــنـَّـَــة َ الــتـَّـَــرَاو ِيـْــح ِ رَكـْــعـَــتـَــيـْــن ِ لـِــلـَّـَـه تـَــعـَــالـَــى
“Sahaja aku solat sunat tarawih dua
rakaat kerana Allah Ta’ala.”
● Bilangan rakaat buatlah yang termampu.
Paling ringkas buat 11 rakaat, 8 terawih dan
3 witir. Lakukan setiap 2 rakaat satu salam
dan seterusnya. Witir pula, 2 rakaat 1 salam
dan witir 1 rakaat 1 salam.
● Apa yang wajib adalah surah al Fatihah,
surah surah berikutnya adalah pilihan kita
dan ia adalah sunat.
● Segala bacaan di luar solat, seperti salawat,
doa dan periwayatan khalifah tidak termasuk
amalan solat tarawih, tetapi hanya selingan
antara solat.Tidak ada larangan untuk
bersalawat atau berdoa, jika cara dan adab
melakukannya baik. Dan ia tidak menjejaskan
solat tarawih jika ditinggalkan.
SOLAT SUNAT WITIR
Solat Witir adalah salah satu solat sunat
yang sangat dituntut untuk dikerjakan.
Hukum solat Witir adalah Sunnat Muakkad.
Jumlah maksima solat witir itu ialah 11 rakaat
(6 salam), sebaik-baiknya 3 rakaat (2 salam)
dan sekurang-kurangnya satu rakaat sahaja.
Jika berniat hendak melakukan qiyamullail,
boleh tangguhkan solat witir selepas selesai
qiyamullail tersebut kerana solat witir adalah
penutup kepada solat2 sunat yang lain.
● Niat Solat Sunat Witir Dua Rakaat
أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
"Aku solat sunnat witir dua rakaat
kerana Allah Taala"
● Niat Solat Sunat Witir Satu Rakaat
أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَةً لِلهِ تَعالىَ
"Aku solat sunnat witir satu rakaat
kerana Allah Taala"
● Zikir Selepas Solat Witir
سُبْحَانَ اللَّهُ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ [3x]
● Doa Solat Witir
"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung
dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu,
dan aku berlindung dengan kemaafanMu
daripada balasanMu,dan aku berlindung
denganMu seperti pujiMu sendiri ke atas
diriMu.Maka segala pujian dan sanjungan
sehingga Engkau redhai..
Sangat lah mudah..tiada alasan untuk tidak
dapat buat solat tarawih kerana tidak dapat ke
masjid. Selepas anak-anak dah tidur dan selepas
berehat, bolehlah kita mulakan. Jom sama-sama
berubah kearah yang lebih baik..kalau tahun lepas
langsung tak dapat buat solat tarawih, tahun ni
kita usaha buat.
Selamat menjemput pahala yang banyak di bulan Ramadhan!