“Salam abang mayat,, saya hairan, saya solat, tapi kenapa saya tengok nasib saya lagi buruk dari orang tak solat?”
******
Salam, itu bukan nasib buruk, itu ujian hidup,, setiap orang tak sama ujian hidup, nasib buruk ni bila mati masuk neraka, itulah nasib buruk, kesusahan di dunia bukan nasib buruk, tapi ujian yang mana siapa sabar maka nasib untunglah dia di akhirat, tapi siapa tak sabar, di duniapun ‘nasib buruk’, akhirat lagilah bertambah nasib buruknya
Jadi jangan tengok orang tak solat dan bernasib baik itu satu nikmat, kadang kerana Allah tak nak bagi apa apa lagi kepada mereka di akhirat, maka di dunia mereka dah dapat dah. So nikmat kepada mereka bukan untuk dicemburui, tapi untuk dikasihani.
Macam orang tua cemburu tengok orang muda, itu salah!
Sepatutnya orang tua berasa kasihan kepada orang muda kerana mereka mungkin tak akan sampai ke umur tua anda. Nampak tak?
Pesan Nabi: Dunia ini penjara orang Islam, dan Syurga orang kafir. Kenapa nak berebut nikmat sementara dalam penjara sedangkan di Syurga nanti ada segalanya?
Now you know.
Ps: Apa guna senang lenang macam Firaun tapi mati masuk neraka, lebih baik bermujahadah macam Nabi Musa dan Syurgalah ganjaranya.
Woha!
*****
Ada tanya kipas tu beli kat mana? okeylah saya layan, https://invol.co/cl5jpw3
Link Pasu Bunga:
https://invol.co/cl5hwkm
Link Meja cermin tempat Pasu bunga
https://invol.co/cl5hwo2
link Tanjak:
https://keretamayat.blogspot.com/p/saya-nak-tempah-tanjak.html?
Link meja jepun:
https://invol.co/cl5i5gb
Link Shopee Kitab Taklim: https://invol.co/cl5jq2m
Langsir Jahit sendiri-woha!
Baju XSMVKT: tak Jual!
Woha!
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
「cemburu dalam islam」的推薦目錄:
- 關於cemburu dalam islam 在 Facebook 的最佳貼文
- 關於cemburu dalam islam 在 Facebook 的最佳貼文
- 關於cemburu dalam islam 在 Facebook 的精選貼文
- 關於cemburu dalam islam 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的最佳貼文
- 關於cemburu dalam islam 在 大象中醫 Youtube 的最佳解答
- 關於cemburu dalam islam 在 大象中醫 Youtube 的最佳貼文
- 關於cemburu dalam islam 在 Yatim Mandiri - CEMBURU Cemburu dan cinta ibarat dua sisi ... 的評價
- 關於cemburu dalam islam 在 Cemburu yang Dianjurkan Dalam Islam - YouTube 的評價
cemburu dalam islam 在 Facebook 的最佳貼文
Ada komen dari nitezen kata dalam Islam ni takde ajaran sedekah secara terang terang, semua kena sembunyi. Ada yang kata ayat Al quran suruh sedekah terang terang tu tafsirnya lain, lepas tu ada yang kata takde dalam hadis suruh sedekah terang terangan. Adohai..
Kenapa macam dengki sangat tengok orang Islam derma secara terang terangan? Benda halal ada dalam Al quran dah hadis, kenapa dengki sangat?
sunnah wal Jemaah ni jangan halang orang buat baik, hingga ada istilah BIDAA HASANAH, sebab benda baik kita kena sokong!
Tapi bab derma terang terang bukan bidaah hasanah, memang ada dalam Al quran dah hadis, dua dua boleh buat, dua dua adalah sunnah, kenapa nak sempitkan pada satu sahaja? Kenapa DENGKI SANGAT?
Tahu tak dalam islam ada DENGKI yang baik, Namanya GHIBTAH?
DENGKI yang haram adalah bila tengok orang derma, kita tuduh dia riak, itu DENGKI yang HARAM.
GHIBTAH, adalah cemburu yang dibenarkan iaitu bila kita tengok orang derma, kita doa nak jadi macam dia juga. Alhamdulillah.
Hadisnya berbunyi begini:
“Tidak diperbolehkan Dengki kecuali terhadap Orang yang dikaruniai Allah Al quran Lalu ia membacanya malam dan siang , dan orang yang dikarnia harta oleh Allah, lalu ia membelanjakan di jalan Allah pada malam dan siang ” (Hr. Bukhari)
Oleh sebab Dengki adalah haram, maka Inilah Ghibtah! Iaitu “dengki baik” yang di benarkan!
Jadi jika korang nampak orang sedekah terang terang, kita raikan sahaja, malah ada hadis, siapa buat amalan baik, lepas tu orang ikut akan dapat pahala berganda pula orang yang sedekah terang terang tadi. Lupa perawi hadis tu tapi confirm ada jika cari.
Zaman Nabi pun banyak sangat kisah sahabat sedekah terang terang, bagi kebun kurma, atau bagi kelengkapan perang dan sebagainya, malahan banyak kisah Nabi sendiri bagi sedekah secara terang terang pada mualaf hinga ramai orang masuk islam.
Alkisahnya, satu masa sampai Mekah, harta bertimbun, habis semua harta Nabi bagi pada mualaf, lepas dah habis hartam waktu balik ke Madinah, orang Ansar rasa “dengki” sebab orang baru masuk islam semua dapat harta sedangkan mereka bersama dengan Nabi dalam semua perang tapi balik Madinah tangan kosong?
Lepas tu Nabi tegur sahabat Ansar.. bagitahu mereka mulaf tadi dapat harta dunia, tapi kamu semua dapat aku!, aku ikut kamu balik ke Madinah, mahu ke kamu dapat harta, tapi aku tinggal di Mekah? Mana lebih best? Kamu dapat harta macam mualaf tapi aku tak Bersama kamu hingga akhir hayat? Atau kita bagi semua harta pada mereka, dan kamu semua dapat aku yang akan hidup Bersama kamu sampai hujung nyawa? Mana kamu nak?
Nabi taklah cakap melayu macam tu? Saya ringkas Bahasa mudah faham.
Terus insaf semua Sahabat Ansar, mereka sebenarnya dapat harta dunia-akhirat paling bertuah, Nabi ikut balik ke Madinah selamanya, dan kubur Nabi serta jasad Nabi akan kekal di Madinah buat selama selamanya! Ibadat di Madinah berganda pahalanya!
Lebih baik dari seluruh dunia dan seisi hartanya!
Aduhh, Ghibtah pulak saya pada sahabat Ansar bila baca kisah ni.
Maka untuk itu, saya buat satu video ajak korang derma secara terang-terang pada Bank yang tak ada riba! Zaman Covid ni jika tak mampu nak dermah harta jom ikut saya derma secara terang terangan macam video ini.
https://youtu.be/N2krpZJACkU
Tonton video sampai habis, dan sila Ghibtah dari jauh!
Woha!
cemburu dalam islam 在 Facebook 的精選貼文
Terlihat bendera putih di tegakkan, teringat saya kisah sedih Mus’ab bin Umair, yang hidup dalam kesempitan serta kedaifan, pada suatu hari telah berjalan melewati Baginda SAW sedang beliau hanya memakai sehelai kain yang telah koyak di beberapa bahagian. Salah satu bahagian yang terkoyak telah di tampal dengan kulit binatang kerana tidak cukup kain,
Lalu sambil menangis Rasululullah bercerita kisah Mus’ab bin Umair kepada sahabat yang lain, bahawa sebelum islam, Mus’ab bin Umair adalah anak orang kaya dan hidup dalam kemewahan, tapi lihatlah beliau bila masuk islam, hidup penuh dengan pengorbanan.
Alkisahnya menurut catatan sejarah, Mus’ab adalah anak orang have have T20 dan hidup ditatang bagai minyak yang penuh, pakaiannya sahaja berharga 200 dirham dan hidup dengan penuh perhatian dari ibu bapa berada. Pakaianya di tempah khas dan kasutnya dari Yaman, menandakan sangat kaya.
Wajahnya juga sangat kacak hingga jika ke Pasar, semua orang akan menoleh kepadanya, pernah ada sejarah mengatakan, hensemnya Mus’ab ini lebih kurang seperti Hensemnya Nabi Muhammad SAW hingga dalam perang Uhud, orang kafir lihat mayat Mus’ab disangka Nabi telah mati. Dan disebarkan bahawa Islam telah kalah dalam perang Uhud sebab ternampak jasad Nabi terbujur kaku.., tapi…
Eh? Alamak? terspoiler pulak, terbagitahu awal awal Mus’ab terbunuh dalam perang Uhud.
Baiklah, untuk pengetahuan semua, Mus’ab bin Umair telah terkorban dalam perang Uhud sambil pegang bendera Islam, lebih sedih jenazahnya pegang bendera dengan dua siku yang berdarah kerana kedua dua tangannya telah dipotong musuh.
Namun walau tangannya telah kudung, masih teguh pegang bendera islam, maka terlihat pula ada anak panah menembus dadanya bermakna beliau syahid dalam keadaan pegang bendera dengan baki tangan sampai ke siku dan menghebus nafas akibat panahan dari belakang.
Begitulah sukarnya zaman awal islam, kisah seorang sahabat dari hidup kaya, lalu Mus’ab bin Umair telah masuk islam secara senyap senyap sebab ibu bapanya sangat bencikan islam, tapi sejurus ibu bapanya tahu, Mus’ab telah di ikat dan di kurung, ada Riwayat kata dia ditelanjangkan, dan satu hari beliau dapat melepaskan diri dengan memakai hanya sehelai kain.
Oleh sebab Ibu bapanya sanggup upah Bodyguard Jahiliyyah untuk tangkap beliau, dan atas nasihat Nabi Muhammad SAW sendiri, beliau lari ke Africa Bersama Jaafar r.a demi menjaga Iman dalam diri, dan nanti Jaafar Abi Talib pun mati sama tragis macam Mus’ab, kedua tangan Jaafar dipotong waktu pegang bendera Islam, lalu dengan hujung siku masih teguh memeluk bendera hingga hujung nyawa, sehidup semati betul kisah sahabat ini, apa-apapun, kita tinggalkan dulu kisah Jaafar, dan pendekkan cerita dari Africa, Mus’ab bin Umair telah Kembali ke Madinah bila dengar Nabi telah Hijrah ke sana, waktu itulah Nabi bercucuran air mata tengok beliau yang sangat zuhud dengan sehelai kain yang bertampal termasuk dari kulit binatang.
Di hujung pengorbanan, seperti yang saya dah terspoiler tadi, dalam perperangan Uhud, mayatnya di lihat terbujur tanpa ke dua-dua tangan, di potong musuh selangsung tugasnya yang memegang bendera.., dan baginda SAW telah menutup mayatnya dengan kain tapi tidak cukup, di tutup kepala kaki terdedah, di tutup kaki, kepala terdedah, lalu Nabi tutup kepalanya dengan kain dan kaki di tutup dengan daun-daun Izkhar..
Nabi kemudian bersaksi Mus’ab adalah ahli syurga sambil uruskan jenazahnya, waktu itu Abu Bakar dan Umar cemburu sangat melihat Nabi uruskan jenazah Mus’ab.
Ya tuan-tuan, kematian Mus’ab bin Umair dicemburui oleh sahabat sahabat hebat seperti Abu Bakar dan Umar.
Dan sejarah membuktikan, jenazah Abu bakar dan Umar tidak di uruskan oleh Nabi Muhammad SAW kerana Nabi telah wafat lebih awal dari Abu Bakar dan Umar.
Sungguh apabila kematian kita mencapai tahap di cemburui oleh orang beriman, maka sesungguhnya kita telah merdeka!
Adakah tiba nanti, kematian kita dicemburui? Atau di rai? Atau langsung tidak dipeduli?
Kepada Allah kita semua berserah diri.
Al fatihah buat Mus’ab bin Umair dan semua orang islam.
Woha sampai syurga!
cemburu dalam islam 在 Cemburu yang Dianjurkan Dalam Islam - YouTube 的推薦與評價

Jakarta, religiOne - Menghadapi Pasangan yang Terlalu PosesifAdanya rasa cemburu merupakan 'bumbu' dalam suatu rumah tangga. ... <看更多>
cemburu dalam islam 在 Yatim Mandiri - CEMBURU Cemburu dan cinta ibarat dua sisi ... 的推薦與評價
Dalam Islam pun, memandang antara cinta dan cemburu merupakan dua ekspresi emosi yang akan membawa pemiliknya ke dalam surga bila benar dalam menerapkannya. ... <看更多>