Kisah jumpa Hantu paling ngeri.
Saya ni bukan berani sangat, tapi jika bertukang malam malam, tapi paku tak cukup, nak beli PKP Kedai semua tutup, selamba saya seru puntianak munculkan diri sebab nak pinjam paku dekat tengkuk dia.
Woha!
Pernah kan? Saya cerita kisah hantu perempuan?
Yang mana perempuan bila Balik kampung orang tanya bila nak kahwin? - dia naik hantu! Marah!
Bila di jalan kena ngorat pun dia naik hantu, marah jugak!.
"Jadi... nak kahwin ke tak nak?"
Ada juga perempuan yang cukur kening, lepas tu lukis balik.
"Errrr.. nak ke tak nak kening tu?"
Ada saksi bagitahu hantu perempuan pun cukur kening? Biar betul!
Belum lagi cerita kisah order makan cakap tak kesah, bila order dah sampai? Berminyaklah? Tak nak berkuahlah, tak nak nasik lah, tak nak masakan Mamak lah..
"Tadi kata tak kesah? Tak hantu kau?!"
Ingat kes ni kat Malaysia jer kot.., tapi pernah tengok movie barat, The Lake of the Dead, cerita hantu air.
Hantu ni jantina dia perempuan. Bila lelaki mandi dia akan muncul dan tanya soalan:
“Adakah kau cintakan aku?”
Lelaki tu jawab: “Tak!” Hantu tu terus marah dan bunuh lelaki tu.
Babak lain, ada pulak lelaki yang jumpa dengan hantu air ni, dan hantu ni tanya:
“Adakah kau cintakan aku?”
Lelaki ni jawab: “Ya!”
Hantu tu marah dan cakap: “kau tipu!” lalu bunuh lelaki tadi.
Saya yang menonton filem ni berbisik dalam hati:
“Orang perempuan?, apa dia nak sebenarnya?”
Adohai..
Nampaknya Perempuan jadi hantu pun masih tak berubah perangainya, woha!
Pendek kan cerita, lepas dah tengok cerita hantu perempuan tu, Saya pun tidur, dan bermimpi rumah saya di kacau oleh hantu perempuan rambut panjang dengan muka mengerikan yang muncul di tepi jendela, dalam mimpi saya sangka hantu ni prank, jadi saya keluar rumah nak pukul hantu ni, tapi bila tengok hantu tu berbogel dengan bentuk badan yang berkedut kedut, buat saya yakin bahawa ini hantu betul, sebab jika hantu prank tentu sipenyamar hantu akan pakai baju putih, ni siap berbogel dengan kudis seluruh tubuh, memang ni hantu betul ni, saya pun lari masuk rumah dan kunci pintu, hantu tu terus gegar rumah hingga saya terjaga dari tidur.
Alhamdulillah hanya mimpi, bini masih tidur di sebelah, tapi tiba tiba saya dengar pintu rumah di ketuk orang, saya pergi bukak pintu sedangkan pintu grill saya tak bukak, dan saya tengok bini ada kat luar rumah mintak tolong bukak pintu grill, tapi saya tengok dalam bilik ada jer bini sedang baring atas katil,
Kata ‘bini’ saya kat luar, bini yang sedang tidur dalam rumah tu hantu, kena bunuh untuk buktikan, sebab nanti jika ‘bini’ yang sedang tidur tu sedar, maka saya dalam bahaya, sayapun dah serba salah mana satu hantu dan mana satu bini?
Terus saya pergi dapur ambik pisau untuk bunuh salah satu hantu, yang sedang tidur atau yang luar rumah?
Tapi saya terlambat, bini dah bangun dan mereka bergaduh depan pintu, masing masing mengaku mereka adalah bini saya, dalam keadaan cemas, saya sempat buat lawak, tak payah bergaduh, kira abang ada dua bini sekarang! Senang! Kah kah kah!
Terus bini saya bukakan gril, dan saya kena serang dengan dua hantu, dan saya terjaga lagi sekali.
Bini ada sebelah, Luar rumah sunyi sepi, PKP... Hantu pun tak berani nak rentas daerah...
Alhamdulillah. Mimpi rupanya tadi dan mimpi ni menyedarkan saya: Hantu pun anti poligami.
Woha!
同時也有2部Youtube影片,追蹤數超過47萬的網紅Hazeman Huzir,也在其Youtube影片中提到,Hanan adalah seorang yang hijab matanya terbuka. Hidupnya sering ditemani oleh makhluk halus, ghaib dan penampakan seram. Dalam video siri #AngkerSis...
cerita hantu pendek 在 Facebook 的最讚貼文
“Ayah, kenapa Tuhan buat otak kita hanya 10 peratus di gunakan?”
"Mana ada? Dapat dari mana?"
“Tadi tengok kartun Teen Titans, bila ada masalah, kawan hero cakap berpunca dari otak yang hanya guna 10 peratus!”
"fakta tu salah, kartun tu salah, sebab tuhan buat otak kita berfungsi 100 peratus! Tuhan tak buat sesuatu yang membazir"
"Tapi ada filem mat salleh saya tangok, juga bercerita tentang otak hanya guna 10 peratus."
"Filem apa?"
“filem yang Black Widow berlakon tu?”
"Oh, itu filem lakonan Scarlett Johansson dan Morgan Freeman, tajuknya Lucy kan?"
"Ya. Black widow berlakon"
"Filem tu guna teori mengarut, major premise of this movie - that humans only use a small percentage of our brains - is a fallacy. Filmmaker Luc Besson has acknowledged this.”
"Diorang tak kaji dulu ke sebelum buat filem"
"Penerbit percaya kepada pengarah, pengarah percaya kepada penulis, penulis pulak shok sendiri hingga banyak jer filem mat saleh tergunakan fakta palsu sebagai fakta utama dalam filem, ingat filem Wall E angkasa bumi penuh sampah terapung? Padahal apa jer yang terapung akan jatuh ke bumi sebab bumi ada gravity"
"Tapi ayah.. macam pernah dengar pakar motivasi cakap kita guna 10% jer otak"
"Itu penjual MLM scam yang mengatakan kita belum guna otak 100%, jadi untuk ‘cerdik’ kena datang beli produk kismis minda campur herba campur kurma yang mahal-mahal untuk menjadikan otak kembali berfungsi 100 %, padahal kajian otak menunjukkan, jika betul manusia hanya guna 10 peratus otak, maka kecacatan beberapa bahagian pada otak yang tak digunakan pasti tak menjejaskan prestasi manusia tapi terbukti, setiap tempat otak yang rosak, akan buatkan manusia hilang keupayaan, jadi setiap ruang otak ada fungsinya."
"Ohhh begitu.."
Panjang lagi nak cerita bab sains ni terutama dengan kanak kanak.
*********
Pendek cerita..
Nasihat abang mayat buat korang yang dewasa pulak, tapi masih banyak percaya benda karut marut, percaya politik sebelah pihak, percaya pada produk palsu, percaya pada hantu, percaya bumi leper, percaya teori konspirasi bagai, percaya covid ni tak wujud.. ini mungkin kerana otak korang digunakan 10% sahaja.
Lagi 90% tak berfungsi sebab sengaja tak nak guna.. woha!
Atau kerana korang dah penuhkan 100% otak dengan maklumat palsu.
Adohai
Masih belum terlewat, ada baki umur ni, cari guru yang betul. Atau Kawan dengan sahabat yang betul.. atau baca sumber yang betul sehingga dapat memadam kepercayaan korang pada benda benda yang tak betul, dan penuhkan hati korang dengan benda benda yang betul. Banyakkan juga baca hadis Fadhail amal agar hati lembut dalam beramal.
InsyAllah..
PKP.3.0 tak boleh ke mana mana?
Ok... Boleh mulakan hidup baru dengan baca buku yang mampu penuhkan otak 100 peratus dengan maklumat yang benar lagi tepat agar dapat
membentuk Surrounding authority dan belief system yang betul, saya cadang, korang baca semua buku Hamka keretamayat!
Ha ha!
Ps: Buku tujuh tajuk ready stok. Rujuk komen jika nak beli. Meminjam falsafah Maddox: "You're not doing me a favor by buying this stuff. I'm doing you a favor by selling it."
Woha!
cerita hantu pendek 在 Facebook 的精選貼文
Bagaimana didik anak?
(LAPAN cara mudah mendidik anak, nombor TUJUH amat menakutkan)
Pembaca 1:
“Seronoknya tengok video Hamka dan anak anak, ada video raya, ada video muzakarah, ada taklim, bestnya, bagaimana nak didik anak macam tu Hamka?”
Pembaca 2:
“Saya cadang cik Hamka bagi tips didik anak-anak pulak. Isteri saya tengah mengandung. Tapi dia sekarang tengah HO, sangat limited masa untuk diri sendiri. Seharian dalam hospital saja. Jaga pesakit. Ada amalan yang susuai untuk didik anak? boleh share dengan kami, terima kasih”
Pembaca 3:
“Keluarga saya kosong, boleh cik hamka bagitahu bagaimana nak bermula dalam didik anak?”
Jawapan dari Hamka keretamayat.
Salam and solutions.
Anak saya masih kecik-kecik, yang sulung masih SPM, yang kecik OKU Autisme, jadi nak tulis dari segi pengalaman belum sempurna, tapi saya nak tulis juga tip-tips perihal jaga anak setakat yang saya telah amalkan sebagai nota kepada diri sendiri.
1.Mulakan beri nama yang baik baik, dan pendek sahaja.
Agak menyusahkan masa depan si anak jika nama anak panjang berjela, kesian anak korang bila waktu nak isi borang, ruang kotak tak muat, waktu exam terkial kial nak tulis nama, lepas tu bila nak kahwin, terkebil kebil Tok Kadi dan calon menantu nak sebut nama anak yang panjang gaban.
“Saya nikahkan dikau, Tuan Abdul Ahmad Rais Said Altonfok Tonfok Tun Kiai Berahim Bin Ammad Fuad Zambri Mamawee Al Tompek dengan Siti Ainun Bariah Putri Gusti Ledang Amani Kudus Binti Tun Doctor Datok Tuah Syeid Haji Abdul Malik Karim Abdullah dengan mas kahwin.., hargahhh, putus nafas! Semput.. semput!”
Ikut islam banyak nama pendek pendek jer, contoh: Nuh, luth, Adam, Isa, Ali, Umar, dan lain lain, kan senang? Nama anak perempuan saya sepatah jer, Najiha binti Hamka, habis cerita.., senang menantu nak akad lafaz nanti, woha!
2. Masih bab nama: Kalau boleh, bagi nama anak yang unik
Nama unik, maksud saya namanya tak terlalu ramai yang guna, ini dari segi psikologi, anak akan cepat terkenal kerana orang akan mudah ingat nama beliau, dan cerahlah masa depan insyallah, serta mudahlah beliau untuk takluk dunia, macam nama Hitler.., (contoh tak membantu)
Contoh nama saya, Hamka, kat sekolah, jarang sangat saya jumpa dengan orang nama Hamka, kalau jumpapun, tak hensem macam saya, saya tetap win- woha!, dan nama anak saya ada bernama Hazkil, sempena Nama Nabi terdahulu yang sezaman nabi Ibrahim, setakat ni saya tak jumpa nama anak kawan saya bernama Hazkil, dan saya panggil dia dengan nama manja “K”.., mungkin bila besar esok-esok, dia akan jadi Datok K, dapatlah saya menantu Tok Tie. woha!
3. Didik anak cara Sunnah.
Anak macam ‘sponge bob’, akan ‘menyerap’ semua kelakuan ibu bapa sebagai falsafah hidup, bapak yang solat di rumah sebelum PKP, anak juga akan ikut solat di rumah walaupun bila besar jadi ustaz, bapak yang tak solat, anak jugak akan sama tak solat walaupun bila besar jadi pemimpin parti so call islamic. Maka, untuk didik anak cara sunnah, mak bapak dulu kena amalkan sunnah, mak bapak masuk tandas tak tutup kepala, anak akan ikut.., (saya ler ni..oh) mak bapak hantar nenek ke rumah orang tua, anak juga akan hantar korang ke sana,oh..
Jadi, jaga sunnah dalam diri korang, sebab si anak sedang perhatikan korang.., lebih bagus dapat kita duduk dan muzakarah adab dan Sunnah dengan anak anak tiap kali lepas solat, saya buat ni sepanjang PKP dan berdoa semoga kefahaman anak anak bab Sunnah terus kekal dan berkembang.
Alhamdulillah
Secara ringkas, anak belajar dari pemerhatian, bermakna, jika kita ikut sunnah Nabi, maka senang anak nak ikut, jika kita KO, anakpun KO sama, (tertakluk pulak kepada kawan kawannya)
4. Jika ada orang menegur kesalahan anak kita, ucapkanlah terima kasih
Ni penting!, jika ada cikgu marah atau denda anak kita kerana kesalahan anak-anak kita, janganlah jadi seperti ibu bapa yang bangang yang mana akan pertahankan anak mereka dan marah pulak kepada cikgu yang cuba selamatkan masa depan anak kita.. Kenapa Mak bapak jenis tu saya panggil bangang?!
Cuba tengok kat sekolah, ada budak nakal, cikgupun pukul sikit, tapi mak bapak yang bangang terus serang cikgu tu tanpa usul periksa.., dan apa kesan pada anak, jadi bodoh sombong.., lepas tu cikgupun malas dah nak tegur anak mak bapak bangang, bila anak dah besar , dan jadi kurang ajar serta bodoh.., mak bapak pulak salahkan kerajaan, memang bengang!
Masa saya kecik, pernah ada jiran datang jumpa mak saya cakap saya ni nakal usik anak dia, mak saya terus ucap terima kasih, dan pukul saya depan jiran tu sampai jiran tu puas.., dan setiap kali ada orang mengadu kesalahan saya, itulah yang mak saya lakukan..
Tapi ada jugak jiran saya, bila mak saya mengadu anak dia nakal, dia marah pulak mak saya, katanya jangan sibuk jaga tepi kain orang, dan mak akupun dah tak mengadu lagi dengan jiran yang jenis sebgitu..
Sekarang, mak saya dan jiran saya tu pun dah arwah, dan saya tengok, anak jiran saya tu bila besar jadi penagih dadah.., (macam cerekarama, kan?)
Jadi ingat falsafah kereta mayat:
“jika ada orang menegur kesalahan kekasih kita, ucapkanlah terima kasih”
5 .Hidupkan suara Nabi di rumah.
Ini paling penting: Al quran dan Hadis bila dibacakan, akan mengeluarkan satu cahaya yang boleh menerangi hati si pembaca dengan syarat pembaca faham apa yang di baca dan sanggup mendengar dengan penuh rendah diri...
Kita rujuk kepada masyarakat Jahiliah di zaman nabi, masyarakat yang terkenal dengan kejahatan seperti bunuh anak perempuan hidup-hidup, minum arak dalam tengkorak berdarah, dan berjudi dengan membunuh wanita mengandung untuk teka jantina bayi.. serta lain lain maksiat..
Tapi bila mereka mendengar suara Nabi membaca Al quran dan hadith, maka satu cahaya nurani yang terang telah datang dan menerangi hati si pendengar sehingga meleleh air mata mereka keinsafan sehingga akhirnya mereka memeluk ugama islam dan bersolat tak jemu-jemu,
Maka kerana itulah para ulamak telah menggalakkan kita agar menghidupkan bacaan Hadith Nabi dirumah kerana apabila ‘Suara Nabi’ di dengarkan, maka ianya akan mengeluarkan satu cahaya yang boleh menerangi hati si pendengar dengan syarat si pendengar faham apa yang di dengar dan sanggup mendengar dengan penuh rendah diri...
Ilmu penting, kena belajar, tapi jika hati gelap.., maka takde kekuatan untuk amal ilmu kerana hati menjadi buta sehingga tidak nampak kelebihan dari perintah Allah...
Untuk itu, saya juga belajar-belajar menghidupkan ‘Suara Nabi’ (bacaan ta’alim) dirumahku pada setiap malam selepas isyak dan membacanya di hadapan anak dan isteri yang mana saya telah melihat hati mereka mulai terang dengan cahaya kerana mereka mulai menjadi isteri dan anak yang taat kepada Allah dan suami serta ayahnya..
Nikmat mana lagi yang lebih besar dari ditaati? Mana ada raja yang sanggup jadi Raja kepada rakyat yang tak nak taat?, mana korang sanggup jadi bos kepada pekerja yang asyik mogok..?, dan mana best jika jadi suami kepada anak dan isteri yang derhaka?
Best ke jadi Mak kepada Si Tanggang?
Untuk itu, Korang belilah kitab mutakhab Hadith karangan Maulana Yusof atau Fadhilat amal karangan Maulana Zakaria.., kumpul anak beranak, dan baca dengan gaya ustaz walaupun korang bukan ustaz, dan anak beranak kena dengar gaya pelajar walaupun mereka ustaz atau ustazah..
Baca hadith Nabi jika boleh ulang tiga kali.., tak perlu tafsir sebab dah ada tafsir kat bawah.., baca jer.., maka insyAllah.., ianya akan mengeluarkan satu cahaya yang boleh menerangi hati si pendengar dengan syarat si pendengar faham apa yang di dengar dan sanggup mendengar dengan penuh rendah diri...
Dan insyAllah, masyarakat jahilliyah yang bunuh anak hidup-hidup pun boleh jadi baik bila dengar ‘suara Nabi’.., apatah lagi anak anak kita yang tak pernah membunuh, kalau bunuhpun mungkin setakat bunuh cicak dan nyamuk.., apalah sangat..
6. Jangan tunggu 10 tahun baru nak pukul anak.
Ini tak boleh cerita terang terang, kena saman nanti, tapi pukul lah anak jika mereka buat silap. Ada hadith, rumah yang di gantung rotan untuk mengajar anak, dapat pahala, tu gantung, kalau pulul lagi banyak pahala. dan tak perlu saya cerita tahap pukulan yang macam mana, saya tahu korang semua bijak dan tak slow. Ingat pesan Lukman al hakim, anak perlu dipukul seperti kebun perlu di airi...
7.Jangan takutkan anak dengan hantu.
Bagitahu anak, orang tahap tinggi jer boleh jumpa alam ghaib, maka kena rasa seronok jika jumpa hantu! Andai malam malam ada bunyi pelik, pergi tegur dan siasat, dan selalu pasang niat nak jumpa hantu sebab nak berdakwah pada hantu, jika hantu muncul- selfie, moral: jangan takut hantu, takutlah Tuhan.
8.Setiap hari bermusyuarat.
Seronok sangat lepas solat subuh, musyuarat dimulakan dengan tazkirah ringkas dan minta laporan apa aktiviti di buat oleh anak semalam, jika salah kita tegur, jika bagus kita puji.
Jika waktu PKP, masa mesyuarat kita lantik siap siap untuk sepanjang hari siapa jadi Bilal?, siapa jadi Imam? Siapa ajar mengaji? Siapa siram pokok bunga? Siapa bagi tazkirah? Siapa buat muzakarah? Siapa tolong bonda masak atau Bagi makan kucing dan lain lain, dan esok kita mintak laporan balik bagaimana tugas dijalankan.
Begitulah yang saya buat.
Waktu free dia nak main game, tengok TV kea pa, saya biarkan sahaja. Kadang saya layan sama menonton untuk faham apa budak zaman sekarang suka. Kadang kami jongging sama sama dan makan berjamah dna banyak lagilah aktiviti, panjang jika nak cerita semua, boleh beli buku KISAH ANAK BINI atau KISAH LAKI BINi atau NGETEH DIKUBUR AYAH, atau KERANA DIA ANAK SYURGA untuk Nampak suasana keluarga kami-insyaAllah.
Jadi begitulah secara ringkas kisah keluarga kami, (nak panjang ken abaca buku, sempat promote, he he) Sungguh Anak ibarat kain putih, jangan tersilap conteng, nanti bila besar, andai korang berkulit putih, mereka akan menconteng arang ke muka mak bapak, dan andai korang hitam, mereka akan mencoteng muka mak bakak dengan kapur- woha!
Link video kami sedang bahagia, doakan kami bahagia sampai Syurga:
https://youtu.be/uprmEufYEwI
Ps: Kepada Anak anak, dah besar nanti tolong cover line ayah sikit yer-Woha!
cerita hantu pendek 在 Hazeman Huzir Youtube 的最佳貼文
Hanan adalah seorang yang hijab matanya terbuka. Hidupnya sering ditemani oleh makhluk halus, ghaib dan penampakan seram.
Dalam video siri #AngkerSister ini ada 7 kisah seram kompilasi Hanan sejak kemunculan terakhirnya dalam saluran ini. Buat yang mahu lonjak-lonjak ke cerita seram lain, boleh lah tekan pautan di bawah:
00:00-00:28 Teaser
00:29-01:06 Intro
01:07-05:44 Hotel kubur
05:45-09:27 Jalan Sunyi
09:28-11:44 Scan Rumah
11:45-13:21 Hantu Bangunan Terjun
13:22-14:42 Wanita Main Buaian
14:42-16:24 Hantu Gosok Gigi
16:25- 20:40 Penampakkan Nenek
21:36-23:32 Hantu Jongkang-Jongkit
cerita hantu pendek 在 David Teo Youtube 的精選貼文
Mengisahkan Belle yang suka mengemas pada waktu malam sehigga suatu hari dia diganggu dengan suara nyanyian yang menyeramkan.
Subscribe YouTube MIG Online :
https://www.youtube.com/user/Metrowea...
Visit My Website :
http://metrowealth.com.my/
https://www.lakumall.com/
Follow Us On Instagram :
https://www.instagram.com/migonline
https://www.instagram.com/metrowealth
https://www.instagram.com/davidteo99
Like Us On Facebook :
https://www.facebook.com/migonline
https://www.facebook.com/davidteo99
SILA LIKE, COMMENT, SUBSCRIBE, & SHARE.