“Abang keretamayat, tolong ulas mimpi makcik dapat tahu masa depan!”
*******
Alkisahnya, sebelum PKP hari itu, pada satu hari, saya sedang nyenyak tidur, tiba tiba Smart Phone saya bergetar korus lagu Cromok ‘I’m not belong here’, saya capai telephone, tolak butang hijau dan dengar suara sorang lelaki, saya cam itu adalah suara seorang sahabat saya, setelah berbalas salam dan bertanya tujuan, rupanya dia nak tanya pendapat tentang mimpi seorang blogger dapat melihat tanda kiamat.
Katanya,
“Hamka, ada baca tak kisah Blogger yang ada berdialog dengan bishop?, jiran dia, dan Bishop tu cerita bahawa kiamat akan berlaku 2012, saya rasa macam ada kebenaran tentang apa yang si bishop tu cerita dan terangkan, semua yang dia cakap tu logic, dan buat saya sedar dan berfikir, dan yang saya paling pelik ialah pasal makhluk yang paling agung dan suci yang akan dilepaskan dari rantainya..., semua ada ciri ciri Dajjal, terus membuat saya seram sejuk la sebab dia kata 2012 tahun akan datang muncul makhluk tu.”
Saya pejam celik celik cuba hadam kata kata kawan saya tu, sekarang depan mata saya terlihat dua anak lelaki saya sedang berlari-lari bermain-main, kat tangan ada objek mainan, sorang umur empat tahun, sorang nak masuk tiga tahun. saya melilau mencari sorang lagi anak saya, pusing kepala 120 darjah, baru nampak ada kat belakang kerusi rupanya sedang sepahkan surat khabar, umur baru setahun lebih.., mana isteri saya? Bisik dalam hati..
Sahabat dalam tepon sambung cerita:
“Lepas tu kan Hamka.., nak dijadikan lebih ketidaktentuan saya ni... beberapa hari lepas saya menonton kat youtube..50 siri The Arrivals..malay subtitle.. Saya sambil menonton tu berdebar-debar...dan bergenang air mata... betapa selama ni rupanya dajjal dah memerintah dunia...dan kita sekarang dah ada kat fasa akhir pemerintahan dajjal laknatullah tu... ish...terkejut giler saya...”
Aduhhh, saya sambil dengar kawan cerita, sambil cuba sedarkan diri sebab suasana rumah ni, bukan rumah saya, tapi anak anak macam dah biasa kat rumah ni, apa hal telah berlaku pada saya?
Saya sekarang tengok anak perempuan saya umur dua tahun sepahkan surat khabar, terus saya tengok kat mulut dia takut-takut termakan sesuatu yang bukan makanan, air liurnya nampak meleleh, saya dekati dia, kemudian sapu air liur itu dengan hujung bajunya, kalau bini saya nampak tentu kena tegur.. Mana bini saya?
Sahabat dalam telefon teruskan cerita:
“Jadi Hamka, saya rasa orang-orang yang berpengaruh macam Hamka ni... patut galakkan orang-orang Malaysia ni tengok the arrivals tu dari Part 00 sampai Part 51. Saya ni risau.. kalau orang Islam tak sempat tahu kewujudan dajjal sekarang... makin sesat dan tak sedar lagi, Sekurang-kurangnya..kita dah tunjukkan bukti-bukti hadis Nabi Muhammad saw dan kebenaran Al-Quran kepada rakan-rakan kita... Dan kalau diorang tak nak ambil tindakan drastik tu kita tak dapek nak nolong...”
Dajjal apa pulak ni? tapi saya masih selamba dan kelihatan cool, baru bangun tidur.., dalam asyik dengar cerita, anak nombor dua saya menangis, si abanglah yang usik, saya jenggilkan mata pada anak sulung saya dan terus pasang telinga..
“Hamka, kalau boleh, tolonglah sebarkan tentang pemerintahan dajjal yang dah bertapak dalam fasa akhir ni, gunakan blog keretamayat kau itu, ini peluang kau berdakwah... dan kalau orang kristian tengok the arrivals pun mereka akan tahu mereka telah ditipu berkurun lamanya.... baik masuk islam je...lagi selamat..”
Sambil pasang telinga, Saya terdengar suara isteri dari dapur, juga suara wanita wanita lain, wanita kaya yang nampak sungguh bersih juga ada barangkali. Anak saya sudah berhenti menangis dan mulai menyambung permainan, menghabiskan tenaga libido.., oh! Baru saya synchronize bahawa saya sebenarnya kat rumah orang, bersempena kenduri pertunangan anak saudara bini saya, lepas solat tadi, saya tertidur keletihan dan kekenyangan kerana baru habis majlis Akikah anak perempuan saya serentak dengan majlis pertunangan anak saudara sabit,
Abang ipar saya ni ada bela banyak lembu, dan sempena pertunangan anak sulung dia, saya tumpang satu bahagian sebab anak saya perempuan, eh!, Anak bongsu (setakat cerita ini di tulis) sedang menangis pulak, saya hampirinya, dan tepuk-tepuk pujuk. Sedang telinga terus menerima gelombang dari handphone..
Cerita sahabat tu tiba ke fasa seterusnya, katanya..
“Video “the arrivals” tu ada 50 siri... dia cerita tentang kita sebenarnya sekarang hidup dalam pemerintahan dajjal...yang 40 hari tu... dia sertakan banyak bukti kebetulan, konspirasi pertubuhan rahsia dunia, hadis, ucapan ulamak,
Awal-awal video memang dia banyak tunjukan ape yang dah jadi kat dunia ni, tentang pertubuhan rahsia, konspirasi dunia, perang, sejarah & sebagainya..., saya tak terus ambil bulat-bulat la...lalu saya pun jumpa pakcik google & ingat-ingat balik sejarah yang penah saya baca & belajar...memang baca kebetulan... yang kompem betul tu memang betul la...tapi yang samar-samarpun nampak macam betul... tu yang saya nak kongsi dengan orang yang lebih open pemikiran dia...nak tau ape pendapat & pandangan...
banyak kali jugak la saya tunjuk ape-apa bahan internet ni kat orang yang lebih pandai ilmu agamanya dari saya, tapi jawapan yang saya dapat, jangan pecaya bende kat internet ni bulat-bulat...lalu saya pun biarkan ia berlalu..dalam hati "kalau saya percaya bulat-bulat, tak payah la saya tanya kepada tuan" Saya pernah bertanya kepada jakim tapi sampai sekarang takde berita... Saya andaikan movie maker ni seorang yang peka & banyak melancong ...”
Anak saya masih menangis, saya selak lampin dan intai bontot, manalah tahu kot-kot ada tahik ke apa?, takde, tapi lampin dah berat, kencing banyak dah ni, saya dukung dia dan cari bini saya sambil terus pasang telinga..
Kawan terus bercerita:
“Hamka, Semakin hari saya semakin risau, gusar dan resah. Betapa takutnya saya dengan berbagai-bagai perkara yang terjadi di sekeliling kita yang mana orang Islam tak perasan. Saya ingin meminta jasabaik Hamka untuk menggunakan pengaruh siber Hamka, bagi menyebarkan tentang perkara ini agar kita tak menyesal bila orang Islam terlanjur melakukan dosa sebab mereka tak tahu akan kebenaran di sebalik apa yang sedang mereka lakukan adalah dosa, Maaf, saya sedang tension..tension dengan DAJJAL!!!
Hamka, mungkin Hamka dah diberitahu tentang kajian dua orang Islam barat tentang kewujudan Dajjal yang telah bertapak di dunia kita telah mencapai 1000 tahun di Britain + 83 tahun di Amerika + 10 tahun dalam proses ke Jerusalam."
Sedang rancak kawan bercerita, masa tu bini saya datang ambik anak dan gerakkan mulut tanpa suara bertanya dan angkat kening yang bermaksud;
“Abang cakap dengan siapa? Serius sangat muka tu?”
Saya kepit telefon dengan bahu, dan guna dua tangan saya buat Bahasa isyarat yang bermaksud:
"Kejap, abang sedang cakap dengan kawan abang, nanti abang bagitahu siapa dia, , pergi tukar lampin anak dan tengok anak kita yang dua orang lagi tu, abang sibuk ni, sedang menambah ilmu di dada, dah-dah jangan buat muka konfius, pergi kemas barang, jap lagi nak balik kuantan.”
Bini saya angguk tanda paham, walaupun Bahasa isyarat saya merapu, mungkin isteri saya ada menggunakan kuasa gelobang magnetik.(tipu)
Sahabat tu cerita lagi tentang Dajjal:
“Hamka, Kita ada masa lagi 10 tahun lagi dalam dunia ni nak elakkan diri dari pengaruh Dajjal... Sejak beberapa hari ni saya makin tak lena tidur.. Dalam video tu ada beritahu, Friendster dan facebook adalah salah satu cara dajjal nak mencari Imam Mahdi. Sebab Dajjal tak sempat tengok muka nabi Muhammad, jadi dia tak kenal wajah nabi..sebab wajah Imam Mahdi macam wajah nabi kan sebab dia keturunan nabi...
Lepas tu.., beberapa hari ni, kalau saya buka akaun facebook saya, dia akan keluarkan sekeping demi sekeping foto kita, dia akan kotakkan/fokus wajah sorang-sorang dia suruh tag/namakan... Saya terkejut, dan fikir memang betul lah dajjal sedang mengenalpasti wajah-wajah manusia sebab dia nak tau mana yang bernama Muhammad..yang ada iras nabi kita.. Ya Allah... takutnya...
Lagi satu, dalam video tu, ada cakap, masa dajjal perintah dari Britain dunia kena ikut matawang euro selama 1000 tahun. Masa dajjal perintah dari US, kita semua kena pakai USD.. dan bila ke Israel, sejak tahun 2000, kita mula kena guna matawang israel..tapi dia pandai tak pakai currency yang betul.. dia pakai ATM/credit card/segala jenis loan bank.. Dia nak duit kita tak nampak, kita ada kad je.. atau hutang je.. biar kita bergantung pada dia satu hari nanti... sebab semua bank-bank besar dunia Dajjal pegang , ini yahudi durjana punya.. so, nak dijadikan bukti kukuh pulak...Minggu ni.. matawang USD jatuh mendadak.. dan bakal jatuh lagi... Memang betul lah kata video tu... Sebab dia nak hilangkan kuasa Amerika pulak..nak ganti ke Jerusalam... kat tanah suci Yahudi tu...”
Sedang asyik pasang telinga, Tiba-tiba, saya teringat, dari bangkit tidur tadi dan sedang asyik bersembang, saya belum solat asar rupanya, oh, alangkah laghanya saya, nanti saya kena azab dalam kubur baru tahu, kena azab kerana solat lengah-lengah, di panah kilat dan petir, di pukul lalu daging di badan tanggal dan tulang temulang terbenam dalam tanah, tempat yang cedera bertambah sakit seperti di jirus air panas.. oh oh oh!
Kawan saya masih gigih bercerita: “Malam tadi punya berita, Iran dah lancarkan peluru berpandu QIAM, bertulis YA MAHDI atas dia... Saya rasa mereka antara tentera-tantera Imam Mahdi yang mula bersedia nak menentang tentera Dajjal... Sebab kat Israel dah ada tentera yang bernama KAFIR... Ya Allah...seram saya...
Hamka, tolonglah tulis kisah ni di blog, Saya pun takut, sebab persediaan saya belum cukup nak menempuh dugaan besar macam tu... “
“kejap Bro, Panjang gila kau cerita, aku baru bangun tidur, mamai lagi ni, sekarang baru jelas, kau dah tengok video Arrival dan percaya itu tanda Dajjal nak keluar?”
“Ya betul, Video tu kejap jer Youtube delete sebab Youtube ejen Dajjal, dia tak nak orang tahu rahsia dia, tapi penerbit tu ada kod rahsia dan akan sebarkan lagi, jika Youtube delete, saya boleh bagi link baru”
“Memanglah Youtube delete sebab video tu petik filem Matrix, Filem Lord Of The Rings, penerbit Arrival tu dah cetak rompak karya orang, memanglah kena delete, siapa dajjal sekarang ni? Pencuri hak karya orang atau Youtube yang nak pengguna dia bermoral?”
“Eh? Hamka, kau tak percaya semua video tu?”
“Memang Tak Lah sebab video tu adalah TEORI KONSPIRASI yang boleh di reka oleh semua orang, yang percaya adalah bodoh, atau senang diperbodohkan.
Blog aku tak de cerita-cerita ramalan ni, biarlah tukang tilik jer yang meramal masa depan dunia dan mati masuk neraka, aku tak nak campur..
Pesan tok guru aku, banyakkan cerita atas langit dan bawah bumi.(atas langit: akhirat, bawah bumi: kisah Nabi dan sahabat, ehem, ehem)
Dan aku tak nak terlibat dengan dosa orang yang quote ayat Al quran dan hadith untuk membetulkan teori konspirasi, salah tafsir masuk neraka, dan jangan mencemar kesucian Al quran dengan teori konspirasi yang karut marut dan tak masuk akal (rujuk Asbabun Nuzul)
Dunia ni dalam perancangan Yahudi? Bagaimana dengan ayat : Wamakaru wamakarallah wallahu khairulmakirin - Ali Imran(54) yang bermaksud, Mereka merancang, Allah juga merancang, sesungguhnya Allah sebaik-sebaik Perancang! (aku pulak quote ayat al quran..)
Ok, aku teringin sangat nak bebel panjang lebar, tapi aku kat rumah abang ipar, lepas ni kita ngeteh, aku ulas betul betul bagi kau faham! Maaf letak telefon, aku sangat-sangat perasan sibuk, Bye!”
Tamat panggilan, terus saya bersiap nak solat Asar, tiba-tiba terdengar suara dari hati saya sendiri..
"Hamka, bukankah kau sudah solat asar tadi sebab dan buat jamak takdim?”
"ye tak ye juga”.
Lalu saya pergi ke dapur minum teh tarik yang bini saya buat, sebelum berangkat pulang, saya bersalam dulu dengan abang ipar, kemudian, dari dalam kereta, anak bini lambai tangan insyarat 'bye’ kepada ipar duai dan anak buah, lalu saya membunyikan hon sejurus menghilang dari pandangan mata mereka....
Sekian.
Ps: Kejadian berlaku sekitar 2008, dan pada tuhun 2012, kiamat telah berlaku dalam filem Hollywood, dan Youtube masih delete siapa siapa guna keratan filem tanpa izin walaupun dengan niat berdakwah, Youtube tetap akan delete. Now you know.
Woha!
同時也有1部Youtube影片,追蹤數超過40萬的網紅David Teo,也在其Youtube影片中提到,Azal Kongsi Ciri-Ciri Wanita Pilihannya.. Pokok Tetulang : Hilangkan BISUL DALAM WAKTU PANTAS! https://youtu.be/9qXVyG4_nag Pokok Ribu-Ribu : Dapat...
ciri-ciri sakit kepala 在 Ernie Diana Facebook 的最讚貼文
Info penting utk org awam memandangkan skrng musim penykit Influenza d seluruh dunia.
INFLUENZA adlh sjnis virus yg menyebabkan demam,batuk,selsema hampir sama spt Demam & Selsema biasa tp boleh mybbkan maut jikalau smakin melarat..
Bagaimana nak tahu anda sdg mghadapi Demam Selsema biasa atau terkena jangkitan influenza ? Influenza trdpt 2 jenis iaitu:
Influenza A: ciri-ciri & tanda adlh spt -\-\ Demam tinggi(melebihi 39' celcius) dan bole kena sawan,
- Batuk bersertakan sakit dada, kesukaran utk bernafas,
- Sakit tekak yg teruk( tekak kembang & perit utk menelan)
- Hidung sentiasa meleleh dgn hingus
- Sakit seluruh badan terutamanya bhgn sendi-sendi dan bhgn otot,
- Keletihan dan mybbkan rasa x bermaya(sbg cth kanak-kanak enggan utk bergerak dan hanya baring sahaja sbb jika mereka mengerakan badan atau berjalan, otot-otot mereka kesakitan & menangis,
- Dehidrasi- spt kurang air kencing
- Sakit kepala yg kronik spt rasa tertekan,berat, berdenyut-denyut atau rasa mcm nak pecah
- Adakalanya disertai cirit-birit scr tiba-tiba dan muntah yg mana slalu terjadi d kalangan kanak-kanak.
Influenza B - ciri-ciri & tanda sama spt Influenza A tpi ia merebak dgn cepat d sesuatu kwsn, Daerah atau Negara spt outbreak demam denggi, malaria, batuk TB,..etc dan berisiko tinggi yg boleh mybbkan kematian sekiranya tidak dirawat d prgkat awal.
Di antara kesan-kesan@ komplikasi yg d sbbkan jangkitan Influenza Ialah spt:
1/ Pneumonia-jangkitan kuman pd paru-paru dan mybbkan sukar utk bernafas
2/ Myocarditis(Jantung bengkak) & juga kesakitan d seluruh bhgn otot badan
3/ Enchephalitis( Jangkitan kuman otak)
4/ Kegagalan organ dalaman utk berfungsi(multi-organ failure) spt kerosakan buah pinggang & kerosakan tisu paru-paru yg slalunya akan berlaku terlebih dahulu & akan diikuti organ tubuh yg lain scr 1 per 1
5/ Serangan asma yg teruk terutamanya bg mereka yg ada penykit asma
6/ Penykit Jantung yg Kronik- jangkitan kuman pd injap jantung atau lapisan dinding jantung
Siapakah mereka-mereka yg berisiko tinggi & mudah d jangkiti pykit bawaan angin spt Influenza/H1N1:
- Kanak-kanak berumur kurang dr 7 tahun
- Org tua yg berumur lebih dr 80 tahun
- Ibu yg sedang mgandung
- Mempunyai pykit kronik spt penykit jantung, Asma, Batuk TB, kanser..etc
- Sistem Antibodi yg lemah spt golongan yg mghidap H.I.V atau penykit yg mybbkan kelemahan sistem antibodi badan yg berlaku tanpa sebab atau scr genetik
- Golongan kurang zat makanan terutamanya kanak-kanak
- Poor Hygiene (kurang mjaga kebersihan diri)
- Tidak mggunakan Face Mask(topeng) bila berada d kwsn yg sesak ramai org atau berada d kwsan Hospital.
- Golongan Obesiti
- Golongan staff serta penghuni tpt penjagaan asuhan bg warga emas
- Pesakit yg mgambil ubat sbg cth Tab Asprin( utk cair darah) dlm trmpoh yg berpanjangan
Bagaimana cara rawatan:
- Mgambil Tab. Panadol jika ada demam & jika demam terlalu tinggi, lakukan tepid sponging iaitu dgn mgelap badan dgn mgunakan kain tuala yg d basahi dgn air suam kuku dan diletak pd bhgn dahi atau kepala, celah ketiak dan bhgn dada
Sekiranya suhu susah utk turun walopun sudah berkali-kali badan di lap dgn kain basah..mgambil Tab.& injection Diclofenac Sodium atau Pil Bom utk dsumbatkan d dubur bg kanak-kanak kurang dr 7 tahun sbb mereka mudah mendpt sawan sekiranya suhu melebihi 38.5' celcius ke atas..adalah tidak dgalakan meminum minuman yg bole bantu buang panas badan spt Air Cap Badak atau Air Cap Kaki 3..
- Mgambil Tab. Chlorpheniramine@ Piriton atau Tab. Actifed utk redakan flu dan mgurangkan rembesan hingus
- Mgambil Sirap Benardril atau Sirap @ Tab. Bromhexine
- Mgambil Suppliment Tab. Vit.C atau memakan buah yg kaya dgn VitC
- Minum byk air sekiranya ada tanda dehidrasi 1- 2 liter dlm tempoh 24 jam atau mgambil ORS( serbuk garam mineral) sekiranya selalu muntah atau cirit-birit
- Mgambil makanan yg nutrisi utk membantu mguatkan sistem antibodi badan atau mgambil suppliment Tab.atau Sirap Multivitamin
- Mendptkan Vaksin Influenza d mana-mana klinik atau Hosp.Swasta...kos utk 1 injection slalunya dlm rm100+..kurang dr rm200..bergantung dgn Brand.
Penykit Influenza ini adlah penyakit bermusim spt juga Chicken pox dan HFMD bg golongan kanak-kanak..Bg mereka yg berbadan tubuh sihat Influenza tidak akan memudaratkan sbb bole sembuh dgn antibodi badan yg semulajagi yg kuat serta pgawalan tanda awal selepas di sahkan Terkrna VirUs Influenza melalui ujian swab kapas dari tekak dan bendalir hingus..tpi Virus Influenza ini adlh sgt memerbahaya bg golongan yg berisiko dan bole mybabkan kematian skiranya lambat mendapat rawatan.
Adalah di NASIHATKAN sekiranya anda atau ahli keluarga anda mempunyai tanda-tanda spt yg d nyatakan atau sudah comfirm terkena jangkitan virus Influenza..cuba beristerehat d rumah dan kuarantin dgn jgn keluar dr rumah utk mgelakan penyebaran kpd org lain sbb ianya penyakit bawaan angin(droplet dr bersin dan cecair hingus)..sentiasa mjaga kebersihan dgn mengelap mgunakan tisu yg bersih slpas bersin, jgn buang tisu yg sudah d lap dgn hingus sebarangan dan cuci tangan atau guna cecair sanitizer d tangan setiap kali selepas bersin..skiranya hendak kluar rumah sila guna Face mask terutamannya pergi ke sesuatu tpt yg ramai org awam spt shopping mall, konsert, library..etc...sila amalkan adat dan etika ketika batuk atau bersin jikalau terdpt org awam duduk atau berdiri d sebelah spt dlm kapal terbang, d dlm bas..etc...cuba elakkan membawa kanak-kanak ke HOSPITAL keranabd Hospital lah KAYA dgn Kuman-kuman dan mudah menjangkiti mereka yg mempunyai sistem antibodi badan yg lemah..Harap Maklum.
ciri-ciri sakit kepala 在 Pakar diari hati Facebook 的最讚貼文
Anak berusia 1.5 tahun ke 3.5 tahun akan mula memberontak, buang barang, merajuk dan protest. BIASA KAN?
Jika anak anda berkelakuan demikian, bukan bermaksud dia sudah menjadi degil atau kurang ajar.
Anak sekecil ini, tidak akan kurang ajar.
Dia sedang belajar untuk ekspres diri dia disebabkan dia berasa letih atau kecewa akan sesuatu.
Oleh itu jalan untuk membantu dia menjadi tenang:
1- Pegang dia seperti dalam gambar ini.
2- Bisik kan anda sayang dia dan understand perasaan dia.
3- Baca ayat Quran dan A'uzubillah hi manasyaitan nir rajim, supaya syaitan tidak mengambil kesempatan kepadanya dan anda.
4- Tenangkan dia dengan kata-kata kasih dan anda pun perlu tenang
5- JANGAN SEKALI-KALI MARAH DAN MENJERIT ATAU MEMUKULNYA KONONNYA UNTUK MENDISIPLINKAN DIA.
Ini hanya akan menjadikan dia anak yang pengecut atau yang suka memberontak.
========
*KENALI APA ITU TANTRUM?
========
Tantrum bermaksud kemarahan secara tiba-tiba. Manakala "Temper Tantrum" ialah suatu luapan emosi yang meledak-ledak sehingga tiada kawalan diri.
Temper Tantrum seringkali muncul pada anak usia 15 bulan – 6 tahun. Tantrum biasanya terjadi pada anak yang hyper-aktif.
Tantrum juga lebih mudah terjadi pada anak-anak yang dianggap "sulit", dengan ciri-ciri sebagai berikut:
1) Kanak-kanak tidak cukup tidur.
2) Makan dan proses pembuangan najis tidak teratur.
3) Kekok dengan situasi baru atau orang yang dia tidak kenali.
4) Lambat beradaptasi terhadap perubahan.
5) Emosi tidak tenteram (sering negatif).
6) Mudah marah dan mudah menangis.
7) Sulit dialihkan perhatiannya.
Tantrum termanifestasi dalam berbagai perilaku.
Berikut adalah beberapa contoh perilaku Tantrum, mengikut peringkat usia:
Dibawah Usia 3 tahun
·Menangis
·Menggigit
·Memukul
·Menendang
·Menjerit
·Memekik-mekik
·Menghempaskan badan ke lantai
·Memukul-mukulkan tangannya
·Menahan nafas
·Menghentakkan kepala
·Melemparkan barang
·Menyangkung
·Memeluk tubuhnya
.
Usia 3-4 tahun
·Perilaku tersebut diatas
·Menghentakkan kaki
·Berteriak
·Meninju
·Membantingkan pintu
·Mengkritik
·Merengek
.
Usia 5 tahun keatas
·Perilaku-perilaku tersebut diatas
·Memaki hamun orang lain @ ibubapanya
·Menyumpah
·Memukul kakak @ adik @ kawan-kawannya
·Mengkritik diri sendiri
·Memecahkan barang dengan sengaja
·Mengancam
·Merungut
·Trauma @ fobia keatas sesuatu yang menekan emosi anak.
========
*FAKTOR PENYEBAB TANTRUM
========
Ada beberapa faktor yang menyebabkan terjadinya Tantrum. Diantaranya adalah seperti berikut:
1) Kehendak @ Keinginan Anak Di Halang
Setelah tidak berhasil meminta sesuatu yang tetap pada keinginannya, maka sianak mudah saja melepaskan emosi tantrumnya yang bertujuan mendesak ibubapanya agar memenuhi impiannya.
2) Ketidakmampuan anak mengungkapkan dengan perkataan
Kanak-kanak bawah usia 4 tahun memiliki keterbatasan bahasa.
Amat sukar sekali untuk mereka menterjemahkan keinginan mereka dalam bentuk bahasa yang mudah untuk kita fahami.
Oleh itu, kondisi mereka yang masih tidak betah telah menekan emosi mereka menjadi kecewa dan secara tidak langsung mewujudkan frustasi pada diri mereka dan disampaikan dengan sikap tantrum.
3) Pergerakan yang Terhad
Kanak-kanak yang hyper-aktif sudah biasa dengan pergerakan yang bebas tanpa kongkongan atau batasan.
Sekiranya, ibubapa cuba mengawal pergerakan atau hadkan kelakuannya menjadi sopan dan bertertib, maka ini mewujudkan stress pada diri sianak.
Untuk anak melepaskan stress, maka wujudnya tantrum.
Sebagai contoh; anak hendak minum menggunakan gelas, ibu atau pengasuh tidak benarkan dan menggantikan dengan cawan plastik;
si anak masih bertegas dengan keinginannya, maka telah wujud sifat amarah dalam dirinya dan untuk dia melepaskannya dia akan bersikap tantrum agar kehendaknya
diperbolehkan.
4) Asuhan Ibubapa
a. Terlalu dimanjakan apabila semua keinginan dipenuhi dan tetiba ada keinginannya yang lain tidak diikutkan.
b. Asuhan yang tidak konsisten – tidak menerangkan yang mana baik dan yang mana buruk (tiada penjelasan diberikan).
Apabila anak melakukan kesilapan dan secara tiba-tiba kita menegur dan menghukum, maka inilah komplikasi yang timbul dengan wujudnya tantrum.
c. Ibubapa bertelagah pendapat yang mana baik @ buruk untuk sianak.
5) Anak merasa penat, lapar atau dalam keadaan sakit.
6) Anak sedang stress
Samada anak penat dengan bebanan tugasan sekolah, dan lain-lain atau kerana merasa tidak aman (insecure).
7) Trauma @ Fobia
Anak diseksa atau pernah menyaksikan sesuatu yang ngeri atau diperkosa sejak kecil.
Trauma yang melanda dirinya menjadikan emosinya tak tenteram. Kanak-kanak mengharapkan perlindungan yang aman.
Apabila itu terjadi, dia beranggapan bahawa ibubapa tidak memberikan kasih sayang atau keamanan yang diharapkan. Maka dia akan tantrum untuk melepaskan tekanan yang melanda emosinya.
Tantrum ini memakan masa untuk pulih dan akan terbawa sehingga dia dewasa.
--------
Moga bermanfaat untuk kita menangani tantrum yang mungkin terjadi pada anak-anak kita. Banyak yang dapat dipelajari daripada artikel ini.
Sharing is caring.
.
.
Nak viralkan bisnes anda? Sekarang dibuka iklan pakej terendah hanya RM30. Iklan boleh pilih tarikh dan masa sendiri. Whatsapps admin : http://bit.ly/2FFyZuG
ciri-ciri sakit kepala 在 David Teo Youtube 的最佳貼文
Azal Kongsi Ciri-Ciri Wanita Pilihannya..
Pokok Tetulang : Hilangkan BISUL DALAM WAKTU PANTAS!
https://youtu.be/9qXVyG4_nag
Pokok Ribu-Ribu : Dapat HILANGKAN SAKIT KEPALA !!
https://youtu.be/X1ucnjKuYc4
Pokok Jalar Raja : Dasyat! Dapat Merawat luka dan Jerawat!
https://youtu.be/ONcmEFPkuAc
SAYU!! ZARINA ZAINUDDIN Minta Maaf Dengan Madu Di Hari Raya :
https://youtu.be/tPpAZzHKN6E
Ucapan Raya David Teo :
https://youtu.be/ynvoWjDhqC4
#LifeOfZarinaZainuddin #zarinazainuddin #azalazil #tiktok #viral #video viral #youtubecontent #contentcreator #trending #vlog #azal
Copyright By / Hakcipta Terpelihara : MIG Pictures.Sdn.Bhd
====================================================
Marketing and promotions please contact :
Email : ruby@metrowealth.com.my & jane@metrowealth.com.my
No phone : +603-7782-2299 (Monday to Friday | 9am to 6pm)
Subscribe Youtube DavidTeo : https://www.youtube.com/user/davidteoMETROWEALTH
====================================================
Instagram : https://www.instagram.com/davidteo99
Facebook : https://www.facebook.com/davidteo99
SILA LIKE, COMMENT, SUBSCRIBE, & SHARE.
![post-title](https://i.ytimg.com/vi/gTA2CwpyBT4/hqdefault.jpg)