Zaman sekarang ni, Tengok kat media sosial, ramai orang persoal tarikh kemerdekaan.
Teringat pakcik zaman muda dulu, orang tak pertikaikan Tarikh.
Orang pertikaikan:
"Benarkah kita sudah merdeka?"
Woha!
Kenapa? Sebab katanya UMNO ni masih British!
Jadi semenjak “merdeka”, UMNO yang kuasai Malaysia, UMNO adalah British, begitulah kata mereka!
Terus teringat Zaman pakcik dulu, orang PAS anti betul dengan UMNO, kafir katanya! Kita tidak merdeka selagi UMNO yang jadi PM!
Tapi bukan PAS sahaja tak suka UMNO, DAP, PKR, BERSATU, PH, PR, PN, Tun M pun tak suka UMNO.
Bagi yang tak tahu sejarah negara, biar pakcik buat ringkasan, senang esok esok nak jawab subjek sejarah.
Alkisahnya, Sejarah berulang…
Zaman dulu, British cukup lama memerintah Tanah Melayu. Ramai orang melayu tak suka, maka bila datang Jepun, ada melayu sokong, katanya bila jepun memerintah, plastic murah, maka perang berlaku, British kalah. (Rujuk Filem Leftenan Adnan)
Jepun memerintah tanah melayu selama tiga tahun, dan Jepun jauh lebih kejam dari British, orang melayu bergabung dengan British lawan Jepun, (Rujuk filem Sarjan Hassan)
Kemudian datang pula Komunis memerintah tahan Melayu selama dua minggu, dan rakyat mendapati Komunis jauh lebih kejam dari jepun, sekali lagi British dan orang melayu, dan bangsa lain bergabung, akhirnya menang. (Rujuk Filem Bukit Kepong)
Beritish memerintah sampai habis sumber bumi kita, lombong semua di jarah, penyakit wabak merebak, vaksin tak ada, melayu pun ramai tak suka British, komunis masih ada sebagai pembakang.
Akhirnya Umno Minta merdeka dari British lalu…
Akhirnya Malaysia merdeka, semua bangsa Bersatu bangunkan Malaysia. (Rujuk filem: Hati Malaya-saya belum tengok, katanya filem tu tentang UMNO dapatkan kemerdekaan, ada masa nanti saya akan tonton)
Umno bergabung dengan MCA ,MIC, dan beberapa parti kecil lalu membentuk Barisan Nasional dan memerintah Malaysia dari awal Merdeka 1957 hingga 2018.
Waktu itu Negara berada di kemuncak ekonomi, perubatan tip top, rakyat ramai yang senang, pelancong berbondong bondong, warga asing datang sebagai tenaga buruh, rakyat jual apapun laku. Penulis buku pun hidup mewah zaman Vaucer buku. Penjawat awam mewah dengan pelbagai kemudahan. Rujuk drama melayu pukul 7 petang kisah cinta anak Datuk kaya bisnes 39 billion bersama pekerja 250 ribu orang, zaman UMNO lah tu.
Tapi Umno tak perfect, ada orang melayu tak suka, orang PAS tak suka sebab Umno tak islamik, lalu bergabung dengan DAP, PKR juga tak suka UMNO sebab benci Tun Mahadir, dan bila Tun keluar UMNO bergabung dengan PKR dan DAP membentuk parti baru Bersatu, maka akhirnya Umno kalah. (Rujuk Filem Rise: Ini Kalilah-tapi serius saya belum tengok-woha!)
Dengan kejatuhan UMNO, Masa tu di media sosial, ramai penyokong Pakatan Harapan update status konon udara dah makin segar, suasana nyaman dan terasa bersemangat seolah-olah Malaysia baru Merdeka.
Malaysia baru merdeka masa tu katanya? Adohai..
Siap pakai slogan Malaysia Baru yang entah apa maksudnya?, yang mana tak sampai dua tahun, kerajaan baru Bersatu, DAP, PKR dan lain parti memerintah Malaysia tapi rakyat tiba tiba ramai mengaku menderita, ekonomi jatuh, orang hilang kerja, mahkamah yang tak adil, kes pukul ahli bomba tak selesai, dan lain lain, maka tak sampai sepenggal, hanya dua tahun, Pakatah Harapan tumbang bila Muhyidin dari Bersatu buat Perikatan Nasional, gabungan dengan UMNO, PAS, MCA, MIC, dan lain lain parti. (Ada ke orang buat Filem pasal kehebatan kerajaan PN? Jika ada bagitahu yer, saya nak masukkan dalam catatan sejarah)
Bila PN rampas kuasa dari PH, Masa tu penyokong PH yang baru alami perasaan merdeka Malaysia baru terus membisu bab politik, wall mereka sibuk post tentang kucing, memancing, resepi masakan, jual barang online dan gosip artis. Jika ditanya tentang parti kegemaran mereka, terus ayat klise muncul…
”Tak minat politik. Semua parti sama jee” (woha!)
Sambung story, Perikatan National takbir Malaysia waktu Pandemik Covid, awalnya cemerlang, kes turun, negara jadi contoh, namun bila UMNO kerusi terbanyak serta pembangkang bagi cadangan yang baik untuk negara tak diendahkan oleh Bersatu, maka Umno marah, rakyat pun marah, hari hari hari orang kutuk pemerintah dengan hashtag Kerajaan gagal. (Rujuk video lagu parody oleh Mohd Nur Azman Naim)
Akhirnya, Perikatan hilang Majority bila UMNO walk the talk, Tarik diri, dan kini Malaysia Kembali ke tangan UMNO.
UMNO dan PAS juga dah bergabung dalam MN.
Dari British kita di jajah, kepada British Kembali di jajah, dan dari UMNO kita merdeka dan Merdeka terkini, UMNO Kembali PM, mungkin lepas ni akan ada filam “Rise: Malu apa Bossku?”
Apa-apapun ini bukan ulasan politik tapi ulasan filem dan drama, berikut adalah markah jujur dari saya.
(1) Leftenan Adnan (5/10)
(2) Sarjan Hasan (10/10)
(3) Bukit Kepong (10/10)
(4) Hati Malaya (Belum tengok, nanti saya tengok)
(5) Drama melayu pukul 7 petang kisah cinta anak Datuk kaya bisnes 39 billion bersama pekerja 250 ribu orang (belum tengok, mungkin bisnes jual madu dan bilangan pekerja itu adalah lebah pekerja, masuk akal 250 ribu lebah pekerka jika ada ladang madu-tahniah)
(6) Rise, ini kalilah (belum tengok, tak ada keinginan nak tengok, tunggu paid review)
(7) Malu Apa Bossku (Belum ada yang berani buat)
Sekian ulasan filem politik dengan meminjam kata kata penyokong PH.
”Tak minat politik. Semua parti sama jee”
Woha!
同時也有3部Youtube影片,追蹤數超過8萬的網紅NgektsaiArmy Official,也在其Youtube影片中提到,Salam perey! . Haaa!!! Isu kecik yang panas! Nasihat Ngektsai adalah, tangga video sampei hujung ok, ada plot twist di sia. Hahaha. Berantakan sidak N...
contoh drama 在 Facebook 的精選貼文
“Abang mayat, dari mana kita datang dan ke mana kita pergi?”
“Kita datang dari belakang dan pergi ke depan”
“Jawab betul betul lah bang, nak catat ni”
“Kita datang dari Kehendak Allah, dan kepada Kehendak Allah kita pergi.”
“Jelaskan lagi”
“Allah Maha Berkehendak, dia yang Berkehendak kita menjadi manusia, lalu disempurnakan nikmat iaitu kuasa berkehendak juga ada pada kita.”
“ok, lagi!”
“Kita di beri dua jalan, yang baik untuk didekati, dan yang buruk untuk dijauhi. Baik dan Jahat, Allah yang tentukan, bukan kehendak kita, kita ikut kehendak Allah maka ada kejayaan, lalu akhirnya kehendak Allah yang menentukan Syurga nereka berdasarkan Kehendak kita di dunia”
“Boleh cerita Panjang sikit tak abang mayat?”
**
Alkisahnya..Seperti yang korang semua tahu, Hidup ini di bahagikan kepada tiga kehidupan…Iaitu:
-sebelum
-semasa
-selepas
atau untuk lagi mudah faham:
1.Kehidupan sebelum hidup
(alam roh, alam rahim)
2.Kehidupan semasa hidup
(bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa, tua kutuk)
3.Kehidupan selepas hidup
(alam barzakh, mahsyar, sirat, neraka, shurga)
Tahukah korang Bahawa kehidupan pertama ada persamaan dengan kehidupan ketiga?.
Tahukah korang Bahawa kehidupan sebelum hidup ada persamaan dengan kehidupan selepas hidup?
Tahukah korang Apakah persamaan itu?
Persamaan antara kehidupan pertama dan ketiga adalah:-
Contoh:
Peristiwa ketika di alam roh atau alam rahim yang langsung korang tak boleh buat pilihan seperti:
-Nak jadi orang Islam,
-Nak jadi orang Melayu macam saya,
-Nak jadi cantik macam artis Korea
-Nak jadi anak orang kaya macam dalam drama Melayu
-Nak lahir di hospital first class macam anak Datok
-Nak lahir Tarikh sesunan cantik.
-Nak jadi anak Dato’ supaya boleh mengabiskan duit mak bapak,
-Nak jadi lelaki supaya tak payah pakai tudung
-Nak jadi perempuan supaya waktu haid tak payah sembahyang.
-Nak lahir zaman PM4 sebab konon zaman PM7 hidup susah.
-dan macam macam lagi!
TAPI TAK BOLEH..LANGSUNG TAK BOLEH!
KENAPA?
KERANA ALLAH Yang Maha Berkehendak TELAH BUAT KEPUTUSAN,
SIAPA KORANG AKAN JADI..
TAHUKAH KORANG? BAHAWA, INILAH TAKDIR!
Manakala di kehidupan selepas hidup pun begitu jugak,
Peristiwa ketika di alam barzakh, dan akhirat,
Korang langsung tak boleh buat pilihan seperti:
-Nak kembali dunia walau sesaat,
-Nak bangkit dari kubur untuk peluk mak ayah sebab menyesal derhaka,
-Nak jalan-jalan kubur orang lain,
-Nak bangun dari kubur ajak kawan kubur sebelah pergi shopping di Ikea
-Nak jadi hantu kacau jiran sebelah,
-Nak balik kampung untuk sambut raya,
-Nak kiamat cepat sebab tak tahan kena pukul dan sebat dalam kubur,
-Nak beribadat sebab menyesal asyik lewat solat masa hidup,
-Nak jadi orang baik sebab menyesal kat dunia kutuk orang yang baik,
-Nak jadi tanah sebab menyesal banyak sangat dosa,
-Nak jadi mayat dalam mayat,
-Tak nak jawab soalan malaikat sebab susah,
-Nak tengok HBO justice league
-Nak update FB
-Nak tengok baju baru artis geger Vaganza
dan banyak lagi TAPI TAK BOLEH..LANGSUNG TAK BOLEH!
KENAPA?
KERANA ALLAH TELAH BUAT KEPUTUSAN,
APAKAH NASIB KORANG NANTI…
TAHUKAH KORANG? BAHAWA, INILAH TAKDIR!
Dan tahukah korang?
Bahawa takdir di KEHIDUPAN KETIGA adalah berdasarkan PILIHAN dan KEHENDAK yang korang dan saya buat di KEHIDUPAN KEDUA..?
Dan di dunia ini sahajalah tempat Allah benarkan kita membuat PILIHAN!
Dan segala pilhan kita di sini akan menentukan masa depan kita di sana( akhirat)…
Oleh yang demikian:,
KETIKA BOLEH BUAT PILIHAN YANG BETUL, TAPI KITA MASIH TAK NAK BUAT PILIHAN YANG BETUL…
TAK KAN LAH KITA NAK BUAT PILIHAN,
DI TEMPAT YANG TIDAK BOLEH BUAT PILIHAN WALAUN PILIHAN ITU BETUL!
Allah tak letakkan KEJAYAAN korang di ‘next world’..pada ‘siapa’ korang, kaya ke, OKU ke, miskin ke, kaya ke, tapi KEJAYAAN adalah pada ‘PILIHAN’ korang…
Kejayaan hidup adalah bila kita berjaya membuat ‘kehendak’ dan ‘pilihan’ yang betul…
Saya ulangi..
KEJAYAAN HIDUP ADALAH BILA KITA BERJAYA MEMBUAT KEHENDAK DAN PILIHAN YANG BETUL!
Inilah ‘kuasa’ yang Allah bagi pada manusia yang menentukan Syurga atau Nereka.
Korang di beri DUA PERKARA untuk memilih di antara dua perkara…
Korang di beri AKAL DAN HATI untuk memilih jalan kebaikkan atau jalan kebinasaan.
Binasalah korang jika mengikut DUA PERKARA dalam memilih di antara dua perkara…
Binasalah korang jika mengikut NASFU DAN SETAN dalam memilih jalan kebaikkan atau jalan kebinasaan!
Jika tak buat pilihan di antara DUA JALAN, iaitu JALAN KEBAIKAN dan JALAN KEJAHATAN, maka di akhirat dah tak boleh buat pilihan lagi!
Berikut adalah PILIHAN-PILIHan yang di minta oleh mereka yang berada di Neraka tapi tidak di layan:
· Minta makanan dan minuman kepada penghuni Syurga. (Al A’raf 7:50)
· Meminta kepada penjaga Neraka supaya diringankan seksaan walau hanya satu hari saja. (Gofir 40:49-50)
· Meminta kepada malaikat Malik, agar dimatikan saja sebab dah tak tahan kena seksa. (Az-Zukhruf 43:77)
· Meminta kepada Allah agar dikeluarkan dari Neraka dan dikembalikan ke dunia untuk beramal soleh. (Al-Mukminun 23:107-108, As Sajadah 32:12, Ibrahim 14:44)
· Meminta supaya Allah melipat gandakan azab untuk para pemimpin dan ketua yang telah bawa mereka Neraka. (lupa ayat mana, tolong bagitahu, huhu)
· Meminta Keluar Dari Neraka. (yang ni pun saya lupa ayat mana)
Oleh sebab itu duhai pembaca yang budiman sekalian, disana sungguh sudah TIDAK BOLEH BUAT PILIHAN, Maka menangislah wahai mata di sini tempat boleh buat pilihan kerana, menangis di sana walaupun keluar air mata darahpun tiada guna sedikitpun.
Tapi di sini walau setitik…bisa memadamkan api neraka yang berkejolah.oh..!
“Dua mata yang tidak akan disentuh api neraka untuk selama-lamanya : mata yang menangis kerana takut kepada Allah dan mata yang berjaga malam di jalan Allah.”
(Riwayat Tirmidzi-bukti pilihan di sini mengubah nasib di akhirat)
So, berbalik kepada takdir, oleh kerana dunia ini adalah tempat yang boleh korang membuat pilihan, maka silalah pilih jalan yang betul.
Saya ulang:
KETIKA BOLEH BUAT PILIHAN YANG BETUL, TAPI KITA MASIH TAK NAK BUAT PILIHAN YANG BETUL…
TAK KAN LAH KITA NAK BUAT PILIHAN,
DI TEMPAT YANG TIDAK BOLEH BUAT PILIHAN WALAUN PILIHAN ITU BETUL!
MAKA PILIH PILIHAN YANG BETUL SUPAYA TAK PAYAH NAK DIPERBETUL!
(Dah lama saya berceramah suasana sunyi sepi, saya toleh, semua yang bertanya dah tidur)
Inilah akibat MEMILIH dengar ceramah sambil tutup mata.
Woha!
contoh drama 在 Facebook 的精選貼文
Dulu masa bujang, saya ada kawan yang mana lepas kena denda RM300 sebab langgar lampu merah, kawan saya si abang zack seorang Mat Rempit yang ada motor RXZ telah berkata..
“Kerajaan BN tak adil (masa tu zaman BN) gila ke apa gaji aku kerja RM900, tapi satu per tiga kena bayar denda?, adohai, mujur aku ada Iman senipis kulit bawang, jika tak sekarang juga aku pergi meragut sebab takde duit nak bayar denda, tapi tak jadi buat jenayah sebab masih ada baki gaji RM600”
Betul jugak kata abang Zack, denda melampau ni akan buat orang pendek akal lakukan jenayah, mujur abang Zack tak pendek akal.
“Habis kau nak buat apa sekarang abang Zack?”
“Kita ubah kerajaan lah Hamka, PRU nanti kita tukar kerajaan, kita pilih kerajaan yang adil, kerajaan yang akan ubah system saman Negara, jika sebelum ini orang miskin buat salah jalan raya kena saman RM300, dan orang kaya buat salahpun kena saman RM300, maka ini tidak adil!, macam mana jika orang miskin tu berpendapatan hanya 600, tak ke naya? Tak ke jadi Peragut Mamat tu kelak? Dan orang kaya pulak, RM 300 macam celah gigi jer bayar.., orang miskin tak puasa kena denda RM1000, orang kayapun sama.., mana adil?”
“Okey, adil yang macam mana tu abang Zack?”
“Kau dengar sini, kerajaan yang adil akan ubah system ini, aku harap kerajaan baru akan denda kesalahan Rakyat Malaysia mengikut potongan LHDN misalnya, sebagai contoh jika korang langgar lampu merah kerajaan akan denda 20% dari pendapatan bulanan korang, iaitu jika korang gaji RM1000, kerajaan baru denda RM200, jika korang gaji RM 5 ribu, kerajaan baru akan denda RM1000, jika korang gaji 10 ribu? 15 ribu? Tak bertambah pendapatan Negara? Lagi besar pangkat orang tu, lagi tinggi denda, baru hutang negara dapat diturunkan, Ha ha ha! Begitu jugak jenayah denda lain, kerajaan yang adil akan denda ikut gaji korang, nak tegas sikit, denda separuh gaji, mesti insaf punya!.. ha ha ha!”
Gelak besar abang zack bila Berjaya luahkan idea kerajaan adil harapanya, Bernas sungguh cadangan abang Zack, denda ni ikut kemampuan, separuh gaji pun orang dah perit, dan insaf.
Abang zack masih tersenyum dengan idea kerjaan adil, dan masih gelak abang zack atas motor RXZ tu yang berdiri dekat dengan sebuat traffic Light yang berdekatan , tiba tiba traffic light itu bertukar lampu dengan cepat, awan juga bergerak cepat, langit pun berkelip kelip cerah dan gelap silih berganti, eh? Kenapa ni? Abang Zack ada kuasa ilmu hitam ke?
Rupanya itu adalah emej nak gambarkan masa pantas berlalu. Macam dalam drama TV.
20 tahun kemudian, kerajaan dah bertukar, abang Zack tu dah lama menghilang entah ke mana membawa haluan bersama motor RXZ.
Tapi jika abang Zack masih hidup, baca berita hari ni, denda zaman sekarang bukan separuh pendapatan macam abang Zack cadangkan, dan denda pulak semua sama, kaya miskin sama jer nilainya, Bayangkan abang Zack, gaji minima RM1200, buat salah tak pakai topeng, boleh ganda berkali kali gaji minimum dendanya, aduhhhh..
Silap langgar SOP, boleh kena RM50 ribu dendanya abang zack.
Sedih nak cerita abang Zack..
Maka saya panjangkan cadangan abang Zack Kepada pemimpin yang baru pilihan Abang Zack, mungkin?, cadangan saya, tolong bezakan harga kompaun bagi setiap kesalahan-kesalahan pelanggaran SOP. Orang sangkut mask kat dagu, tak kan nak kena kompaun sama dengan orang yang sengaja langgar tempoh kuarantin? Rakyat yang berduit pun terkesan denda RM10 ribu, apatah lagi rakyat yang kais pagi makan pagi, tapi jumlah kompaun yang dikenakan, jika tak kuat iman, boleh bunuh diri.
Situasi kini, Wang bantuan Rakyat, dapat nak bayar denda pun tak cukup, apatah lagi yang tak dapat?
Sepatutnya Kompaun yang dikenakan, perlulah mengikut tahap kebolehjangkitan, barulah adil. Sebab adil ni bukan bermaksud sama-rata. Adil ini bila sesuatu yang diletakkan pada tempatnya.
Kalau penjual burger yang terlewat tutup kedai kena kompaun sampai RM50k, dan jika abang Zack masih hidup, dengar berita ni, tentulah abang Zack sedar, berdiri bawah Trafic light, kena denda rm300 dulu tu, adalah kenangan terindah! Woha!
Sabar yer abang Zack, semoga ada sinar untuk kita semua, doakan pemimpin di beri Hidayah dan Taufik untuk berlaku adil sebab Lawan adil adalah zalim. Dan penguasa yang zalim, menjawab lah dia di sana nanti.
Harap abang Zack okey, bersama RXZ yang makin tinggi harganya sekarang, tapi tak setinggi harga Kompaun langgar SOP.
Atau Abang Zack dah jual motor RXZ tapi masih belum mampu bayar kompaun?
Innalillah..
contoh drama 在 NgektsaiArmy Official Youtube 的最佳貼文
Salam perey!
.
Haaa!!! Isu kecik yang panas! Nasihat Ngektsai adalah, tangga video sampei hujung ok, ada plot twist di sia. Hahaha. Berantakan sidak Ngektsai & Cik Kemban. Seremmm... ?
.
Sesungguhnya mesti ada org dpt relate dengan kejadian video. Kakya bedebus penjual disumpah seranah. Tauk sik kadang2 bukan sidak molah kuih nok menyedihkan dari putus gerek ya. Kadang2 org nganta sia numpang stall. Kita jangan trus nak nuding jarik salah penjual. Ngektsai paham la perasaan meli kuih gia. Ada kuih sadis agik, rupa nang kacak tapi rasanya, sik beraek mata ku nelan. Semadi dah beli. Tapi Ngektsai slalu nganggap ya rezeki nemu kuih gia, jangan sik ncoba lah. Tapi kena ingat, JERAK aku nak bebeli ngan org yg sama agik. Hihihi...
.
Pernah viral kes lam pesbuk dolok stall njual aek tapi ais banyak. Bila sik maok ais banyak, aek lebeh, ada cas tambahan. Okay i cannot brain. Kita nak meli aek, bukan meli ais. Ais ya pakei nyejok n pakei mencair aek nok maseh pekat patinya. Sabila dicas extra kerana maok aek lebeh, Ngektsai pun mungkas ok. Arum bulak aek ya tek 3 kali sedut alu tamat riwayat, yang sisa hanyalah ais dari debah ke atas. Last2, bye2! Sik mok beli sia gik. Ha!!! Ya contoh jika kita bjual cara nipu, sekda customer nak repeat beli agik ui. Lari urang! Mun nya lari ajak sik kisah, mun dijajak nya cerita aek sendu dibelinya dari kedei kita lam media sosial? Apa jadi? Ngektsai pun sik maok bebeli!
.
Kakya dak Cik Kemban n Mak Tanggang bena juak, bedebus nganok penjual tanpa usul periksa. Haie, ney ndak emo watak Ngektsai lam cta ya. Dah orang kepak keja covid, nenga ngerepak gia, keluar wik telinga lantas mungkas ntah apa2 dan berantakan. ??
.
Harapan Ngektsai agar duak2 pihak penjual dan pembeli boleh bkerjasama. Ngektsai slalu ke kedei makan kawan Ngektsai, mesti komen! Biar aku jaik dolok dari berpurak2 bagus! Mun sik nyaman, Ngektsai tegur. Terpulang la pada kawan Ngektsai nak nerimak sebab selera orang berlainan. Tapi paling senang, bila org order makan, cek makanannya abis sik dimakan. Mun majoriti org sik habiskan makanan nok diorder, ada something wrong lah ya. Terimak teguran customer dengan hati terbukak, dan customer jangan contohi mulut lahar Cik Kemban & Mak Tanggang. Drama!
.
Oh ya, kepada lepasan SPM 2020, boleh lah ktk start apply belaja di Swinburne University! Mesti ktk madah sekda duit nak masok sia nak? Jangan bimbang, bantuan Skim Bursari BP40 kan ada! InsyaAllah niat ikhlas nak belajar, akan dipermudahkan oleh-Nya. Boleh apply di link tok;
.
https://swinburne.edu.my/apply-now/bp40/bm.html
.
Untuk makluman ktk org lepasan SPM, program pra-U Swinburne kinek nang laju, start Jun 2021, tamat Mac 2022! Kakya boleh sambong ke ijazah straight away! Jimat masa! Lekas abis belajar, lekas keja! Maklumat lanjut, klik link yang boleh dipercayai tok k;
.
https://swinburne.edu.my/apply-now/june-intake/
.
Done ngerepaks! Jangan mok duit ajak k, servis mok berkadaran dengan rega!
.
#TheNgektsai
#thelegendaryngektsai
#NgektsaiOfSarawak
.
Ps : makin jadi olahan Monyeng koh! Setiap episod kinek nang ada jak helah nya! Rasa ku nak kubit ku! Setegal nya jak, semua bebunoh. Hahahahahahaha bahaya mainan nya tok, sunggoh nya nemiak!
![post-title](https://i.ytimg.com/vi/px2gAOYJ50Y/hqdefault.jpg)
contoh drama 在 NgektsaiArmy Official Youtube 的最讚貼文
Salam perey!?PART 1
.
Well, sik semua la but rasanya banyak sidak d luar ada pasangan kedak tok. Hahaha. Perempuan, tiba2 boleh swing mood n berubah fikiran. Apapun, Ngektsai rasa jika ada rompuan macam tok maksudnya sidak memerlukan perhatian yg lebih dari pasangannya. Hihi betol ka? Mungkin ktk org lebih tauk gik.
.
Yes of koz sik semestinya sabila dah couple ko akan suka dgn semua benda nok ada kat pasangan ko. Contoh mudah, bau rokok. Hahaha. Jgn ktk org nangga jak couple d luar pg dating ka apa ka nangga gerek sidak merokok, tapi kita sik tauk bahawa pasangannya pun ajab dengan bau rokok ya. Tapi above all, Ngektsai rasa kebanyakan perokok di luar nun berusaha nak berenti. Semoga kita sama2 dpt buang habit merokok utk kesejahteraan masa depan kita bersama!
.
Hmmm honestly Ngektsai mencuba kedirik produk tok and alhamdulillah Ngektsai dah 2 minggu sik merokok(since benda tok dah sampei di tangan Ngektsai). Happy juak. Kawan2 nangga pun happy. Incit2 berubah, yala kita manusia, berusaha ke arah nok lebih bagus.
.
Nanostix tok ada nikotin nok molah kita rasa craving merokok ya hilang, dan sik kedak rokok nok banyak bahan kimia berbahaya! Lekak makei benda tok alhamdulillah sekda gik habit merokok lekak makan, time bersosial n so n so. Nok paling best, benda tok maintanance nya senang, sik perlu recoil, flavour sik perlu refill, sgt senang dipakei. N rupanya rugged! Bateri cas sik sampei sejam, pakei berhari2 ? Ada pelbagai perisa boleh dicuba!
.
Mok tauk lebih lanjut, kontek agen nanostix di ranto kita tok di nombo ;
0142858097
Atau
0138037385
.
Nya ada 3 kaler, biru, itam n ?! Harga nya adalah rm148 termasok 3 igek pods(perisa). Nak meli tambahan perisa, boleh add on agik dgn pelbagai perisa lain pada harga rm40(3 igek pods!)
.
#ngek
#ngektsai
#ngektsaiarmy
.
Ps : in the end of the day, yajak drama Syai ngan Clyde kali tok. Hahaha. Eh macam ada sambungan jak. Boleh stalk story ngektsai kelak, ney tauk ada hint! #akuberhentimerokok
![post-title](https://i.ytimg.com/vi/tmdC3yer-ss/hqdefault.jpg)
contoh drama 在 Chazynash Youtube 的最佳解答
Tingkatkan Brand Awareness Jenama Anda dengan Chazynash Production!
Kenapa anda wajib buat Video Iklan Viral dengan Chazynash Production?
1. Jumlah engagement/reach yang tinggi.
2. Kami bukan sekadar promot, tetapi kami pentingkan jalan cerita dan memastikan ia menarik, kreatif dan lawak.
3. Proses pembikinan video yang cepat tetapi berkualiti.
4. Kos video yang murah berbanding dengan yang lain, harga mampu milik.
5. Bayar untuk satu video, tetapi anda akan dapat video dalam 2 versi (1 versi pendek untuk dipos di Instagram dan 1 versi penuh untuk dipos di Facebook)
Contoh Video Iklan Viral kami:
Facebook: https://www.facebook.com/chazynash/videos/1097604597038852/
Instagram: https://instagram.com/p/BM3UfZHgua9/
Youtube: https://www.youtube.com/watch?v=ja7xvZWiHco
Tempah slot video iklan anda sekarang!
Sila Whatsapp +60124796645
Atau terus PM Inbox kami.
TERIMA KASIH!
![post-title](https://i.ytimg.com/vi/aJAk0RFFeBI/hqdefault.jpg?sqp=-oaymwEbCKgBEF5IVfKriqkDDggBFQAAiEIYAXABwAEG&rs=AOn4CLDRoHcN68Gn3AwAbeEyfWuwswig0A)