Pembalakan berleluasa punca banjir besar di Pahang? Betul ke? Ada yang sebar cerita ini dan ada pula yang percaya bulat bulat. Betul kita cakap betul dan salah kita cakap salah. Apa pun biar ada fakta sebelum kita bercakap mahupun biar kita ada maklumat sebelum percaya apa yang disebarkan.
Sila baca sampai habis Guys.....
TABURAN HUJAN LUAR JANGKA ANTARA FAKTOR BANJIR BESAR DI PAHANG
KUANTAN, Taburan hujan luar jangka yang diterima di negeri ini menyebabkan beberapa daerah mengalami banjir besar termasuk di kawasan yang tidak pernah mengalami bencana tersebut.
YB. Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr. Salehuddin Ishak berkata, fakta tersebut menepis dakwaan yang mengatakan bencana banjir berlaku akibat projek pembangunan, pertanian dan pembalakan yang berleluasa.
“Pahang terima taburan hujan sebanyak 2,800 mm setahun (anggaran 200 hingga 300mm sebulan) tetapi pada 3, 4 dan 5 Januari lalu taburan hujan yang diterima selama tiga hari itu sahaja adalah sebanyak 300mm.
“Kedua, kawasan yang didakwa digondolkan, dikatakan ada projek tidak pun mengalami banjir. Sebagai contoh di Taman Negara, Jerantut sudah tentu tiada pembalakan tapi banjir besar berlaku hingga lapan hari terperangkap di situ.
Masing-masing boleh bercakap dan memberi pandangan tapi bercakaplah di atas fakta,” katanya dalam satu temubual di Radio RTM, PAHANGfm pagi tadi.
Dalam pada itu beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pahang berkata, taburan hujan yang banyak juga menyaksikan kawasan tidak banjir seperti di bandar Raub ditenggelami air.
“Setelah dirujuk dengan Jabatan Meteorologi, Jabatan Pengairan dan Saliran didapati pada hari berkenaan (26 Disember) pada pukul 7 malam, jumlah taburan hujan di
kawasan berkenaan adalah 80mm bersamaan jumlah taburan hujan untuk setahun di situ.
“Selepas diperiksa, saya dapati semua longkang dan jambatan yang ada mampu menerima 60mm hujan sejam, tapi di Raub kita terima 80mm air hujan dalam masa setengah jam. Jadi itu punca banjir berlaku,” katanya.
Sementara itu beliau menasihatkan rakyat di negeri ini agar menjaga keselamatan diri dan keluarga selain tidak menggunakan barangan elektrik yang telah tenggelam serta memastikan bekalan elektrik yang disambung dalam keadaan selamat.
“Kebersihan perlu dijaga, selepas banjir perlu basuh rumah segera bagi mengelak wabak penyakit. Kerajaan Negeri juga membeli dan mendapatkan satu juta (botol) air bersih bagi kegunaan mangsa banjir terutamanya untuk makan dan minum selain membersih perkakas rumah terutamanya berkaitan makanan dan minuman.
“Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) termasuk Pejabat Daerah, Majlis Daerah dan SWCorp akan menjalankan kerja-kerja membantu mengutip dan melupuskan sampah banjir pasca banjir,” katanya.
Katanya lagi, mangsa yang memerlukan bantuan kerana rumah hilang atau rosak teruk akibat banjir boleh menghubungi EXCO berdekatan, wakil rakyat kawasan masing- masing, ketua komuniti, Pejabat Daerah dan sebagainya bagi membantu mereka menyelesaikan masalah yang dialami sewajarnya. - PAHANGMEDIA
Disediakan oleh Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP)
daerah kuantan 在 DBilique Facebook 的最佳解答
Gambaran terkini selepas banjir surut di Daerah Lipis. Penuh dengan Lumpur dan barang-barang yang telah rosak.
Dikatakan sebelum ini banjir telah melepasi paras bumbung rumah di kawaan tersebut.
Sama-sama kita doakan agar mangsa banjir tabah menghadapi ujian ini 😔. Kalau ini rumah ahli keluarga kita mesti sedih tak terkata.
.
Mungkin sesiapa yang nak jadi sukarelawan korang boleh contact NGO yang terlibat seperti myhopehero, malaysiaforsyria, Kasih Neelofa, Malaysia dan lain2 lagi.
.
📷: oh! Media
.
#banjir2021 #kuantan #lipis #mangsabanjir #rumahtenggelam #bantuan #hulurbantuan #ngo #myhopehero #malaysiaforsyria #kasihneelofa #malaysiacare #tabungbencana #dbiliquekongsiinfo #dbilique
daerah kuantan 在 Pai Syahira Facebook 的最讚貼文
KUANTAN, 25 OKTOBER 2020: "Pameran Seni Haram" yang berlangsung setiap hari Ahad bermula dari 18 Oktober 2020 di lorong belakang Bank Rakyat Jalan Mahkota.
Konsep pameran terbuka jalanan menggabungkan penggiat seni fotografi, lukisan dan muzik dari Kuantan dan daerah-daerah sekitarnya.
Menurut wakil penganjur, Dato' Syed Azimal, selain aktiviti ini dapat menjadi medan penggiat seni berkumpul, ianya juga dapat memberi peluang kepada orang ramai untuk sama-sama terlibat mempamerkan hasil seni mereka.
Menurutnya lagi, tidak semua orang dapat peluang untuk pamerkan hasil seni mereka di muzium seni atau galeri yang ada di daerah ini.Jadi ini adalah satu usaha bagi penggiat seni di Kuantan khususunya untuk berkongsi minat dan peluang meningkatkan kenyakinan diri.
Pameran ini akan diadakan setiap hari Ahad bermula jam 8.00 pagi sehingga 12.00 tengahari.