SUP GEAR BOX
BAHAN-BAHAN:
2 kg Tulang lembu Gear-Box
5cm halia ] dititik
1 biji bawang besar ] dihiris
3 ulas bawang putih ]ketuk
1 bungkus sup bunjut
2 sudu makan serbuk ketumbar ]jadikan pes
1 sudu makan serbuk jintan manis ] jadikan pes
1 sudu makan serbuk jintan putih ]jadikan pes
2 biji buah pelaga
1cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga cengkih
1kuntum bunga lawang
5 biji cili padi ] ketuk
Sedikit bawang goreng ] hiasan
Daun sup secukupnya ] hiasan
Air limau nipis secukupnya
Air untuk merebus secukupnya
Minyak untuk menumis secukupnya
CARA MEMASAK:
Di dalam sebuah periuk, rebus tulang sampai empuk. Setelah empuk, angkat tulang dan ketepikan.
Masukkan sup bunjut, halia dan bawang besar di dalam rebusan sup. Teruskan mereneh menggunakan api yang kecil. Ketepikan.
Ambil kuali dan letakkan dua sudu makan minyak masak dan tumis rempah empat sekawan iaitu buah pelaga, kulit kayu manis, bunga cengih dan bunga lawang secara berasingan. Kemudian masukkan pes rempah serta bawang putih dan halia yang dititik.
Setelah naik bau wangi, tuangkan bahan goreng ini ke dalam periuk air rebusan tulang.
Kacau dan didihkan. Masukkan semula tulang tadi ke dalam sup. Perisakan garam dan gula.
Tuang air limau nipis dan suaikan rasanya.
Masukkan beberapa biji cili padi yang diketuk dan suaikan rasa pedasnya. Dalam mangkuk besar, masukkan tulang dan taburkan daun sup serta bawang goreng sebagai hiasan.
Info Chef: Untuk cepat empuk, rebus menggunakan periuk tekanan.
同時也有1部Youtube影片,追蹤數超過5,150的網紅rosehayatie kitchen,也在其Youtube影片中提到,BAHAN2:- 700 gm daging (boleh lebihkan) rebus hingga daging empuk..air rebusan agak 2 utk nasi dan sup.. . BAHAN2 TUMIS:- 4 sudu miyak masak 2 sudu mi...
「empat sekawan rempah」的推薦目錄:
empat sekawan rempah 在 rosehayatie kitchen Youtube 的最讚貼文
BAHAN2:-
700 gm daging (boleh lebihkan) rebus hingga daging empuk..air rebusan agak 2 utk nasi dan sup..
.
BAHAN2 TUMIS:-
4 sudu miyak masak
2 sudu minyak sapi
empat sekawan
1 biji bawang besar (yang sedang2)
2 helai daun pandan (carik2 dan simpul)
batang sup
1 batang serai (ketuk)
3 ulas bawang putih (kisar)
1 1/2 inci halia (kisar)
1 biji tomato (buang biji)
3 sudu besar serbuk kurma ADABI
3 sudu besar serbuk sup ADABI
.
✅Bahan tumis dah naik bau..rempah dah masak elok masuk air rebusan daging ?
.
4 pot (pot yg sama sukat beras) air rebusan
2 sudu besar tomato soup atau tomato puri
1/2 pot (pot yang sama sukat beras)susu cair
1 ketul kiub pati ayam
garam & perasa
4 pot beras basmathi (rendam selama 30 minit..kemudian tos buang air)
.
✅Beras dah masuk kacau sebati..kemudian tutup terus periuk..pelahankan api yg paling kecil.
✅Nasi dah kering air..masukan daging rebus dan daun sup..tutup semula periuk..matikan api..biar kan selama 10 minit..baru gembur nasi..siap utk di hidang..
.
AIR ASAM:-
✅Bawang besar dan tomato hiris nipis..kemudian ramas hingga keluar semua jus..
✅kisar cili api,cili hidup,belacan dgn sedikit air..jgn terlalu halus..
✅Masukan bahan2 kisar kedalam tomato dan bawang yg telah di ramas awal dalam 1 mangkuk..
✅Masukan paste asam jawa,kerisik,garam,gula,perasa,cili hijau (hiris nipis),perahan limau nipis dan sedikit air..
✅Ramas semua bahan2 dgn tangan (pakai glove klu tak tahan) hingga sebati..rasa apa yg kurang tambah.
.
SUP:-
air rebusan daging (jika kurang tambah air)
sup bunjuk adabi
serbuk sup
halia (ketuk2 je)
sedikit serbuk jintan manis
garam dan perasa
.
✅Masak semua bahan2 sup..hingga kuah mendidih..
.
BAHAN2 TUMIS DARAT:-
bawang merah
bawang putih
empat sekawan
.
✅Tumis bahan2 tumis hingga naik bau dan garing kekuning..terus angkat dan curah masuk ke dalam periuk sup yg tengah mendidih..terus tutup periuk..supaya aroma bahan2 tumis tak keluar..
.
✅Akhir sekali masuk daun sup & bawang goreng.
.