Kek Marble Gebu Dan Super Fluffy
.
Akhirnya tewas jugak mama Harris..buat kek untuk makan sendiri..diet lain kali lah pulak..😅
🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼
Ramai mintak resepi, Wani edit share resepi kat sini la senang.. Sorry baru ada masa nak buka blog untuk copy n paste kt sini..
Resepi Kek Marble Gebu dan Super Fluffy
Bahan-bahan:
1 cawan butter cair@majerin cair (masukkan nanti siap mix dan kacau sebati)
6 biji telur gred B (kalau boleh guna telur baru, kalau kita pecahkan tu telur kuning tak pecah
3/4 cawan gula kastor (dekat nk sampai 1 cawan)
1/2 sudu kecil KFC garam halus vaccum
1/2 cawan susu cair @ santan pekat (wani guna susu cair dairy champ je)
1 sudu kecil creamy vanila atau butter vanilla atau esen vanilla pun boleh(wani guna creamy vanilla)
1 sudu besar ovalette
1 sudu besar baking powder
1/2 cawan susu tepung full cream (letak susu anak pun boleh..😅)
2 cawan tepung gandum
Bahan untuk corak marble:
1 senduk adunan kek
1 sudu besar serbuk koko
1 sudu kecil emolco coklat
Cara penyediaannya:
Masukkan semua bahan dalam bekas mix, kcuali majerin cair
Mula-mula mix slow 1 minit (no.2) bagi sebati dulu, lepas tu Wani mix laju 3 minit (no.4@5) sampai gebu (bergantung pada mixer masing-masing ye lama mana nak jadi gebu tu). Bila tengok adunan dah gebu gebas berubah warna cerah makin putih sikit tu ok la boleh stop..
Masukkan majerin cair, dan kacau sehingga sebati (kaup balik je dengan sodik kayu) (Tips: Pastikan majerin cair tu suam-suam sikit, suam macam bancuh susu kat baby je.. Untuk nak hasilkan texture kek yang lembab kita makan tu tak rasa nak tercekik😆)
Ceduk 1 senduk adunan kek letak dalam mangkuk, masukkan serbuk koko dan emolco coklat. Kacau sehingga sebati, ok siap adunan coklat untuk corak marble
Tuangkan adunan dalam loyang saiz 9" atau saiz 10" yang dah siap letak majerin, nak tinggi cantik guna loyang saiz 9"
Tompok-tompokkan adunan coklat kat bahagian atas kek, guna lidi buat gerakan S lalu kat semua bahagia
同時也有1部Youtube影片,追蹤數超過1萬的網紅tengku asmadi,也在其Youtube影片中提到,Resepi Pizza Sihat 250g tepung gandum wholemeal 3 gram garam 20g gula 1/2 biji telur ( lebih kurang 30g) 5g yis 25g butter/marjerin 125ml air sejuk ...
gandum untuk diet 在 Pakar diari hati Facebook 的最讚貼文
IBU BAPA WAJIB BACA. ILMU MENDIDIK ANAK2.
Mak Ayah mana yang tak sayang anak.
Kalau boleh, segala apa yang anak nak, semua Mak Ayah nak bagi.
Segala hajat, kalau boleh nak ditunaikan.
Samalah dengan saya.
Masa kecil, anak-anak saya 'picky eater'.
Makan sangat memilih.
Bila dah masuk sekolah rendah, baru anak-anak belajar makan semua jenis makanan kerana makanan yang disediakan di kantin sekolah tiada pilihan (ia sudah termasuk dalam yuran bulanan).
Akan tetapi, #anakbujangsorang saya ni, Abid, walaupun pandai makan semua jenis makanan, dia amat gemar kepada roti, roti canai dan mee (kuning, segera).
Dulu, sebagai seorang Mak yang tiada ilmu pemakanan, saya turutkan saja kemahuan anak bujang sorang saya ni.
.
.
Sehinggalah tahun lepas, semasa Abid menghadiri temuduga kemasukan sekolah menengah tingkatan 1, hampir setiap penemuduga akan bertanyakan kepada Abid, "Awak ni merokok ke?".
Terkejut kami apabila Abid menceritakan semula kepada kami apa yang ditanya oleh penemuduga.
Kami mula memerhatikan bibir Abid.
(Selama ini, kami ingatkan disebabkan tabiat dia yang suka menggigit bibir yang menyebabkan ia bertukar menjadi warna hitam.)
Kami turut menanyakan soalan yang sama kepada Abid, memandangkan dia di umur meningkat remaja, sifat ingin tahu dan sifat ingin mencuba benda baru mula muncul.
Abid hanya menyatakan bahawa dia tak pernah cuba merokok dan kami pun tahu bahawa dia berkata benar.
.
.
Setelah dia diterima masuk ke sekolah berasrama pada awal tahun 2020, dia sering ditanya soalan yang sama oleh rakan sebaya dan senior serta guru-guru.
Abid menjadi semakin tertekan dan merasa rendah diri dengan soalan-soalan yang diterima.
Kami juga buntu.
Kami membawa Abid untuk mendapatkan rawatan di klinik biasa dan doktor kata ia hanya disebabkan oleh pigmentation atau pewarnaan kulit.
.
.
Kami tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh doktor.
Suami saya tergerak hati untuk meminta pendapat DrLinda Mat Hassin di Skyhill Clinic.
Suami saya membawa Abid untuk bertemu dengan Dr Linda.
Selain dari kesan penghitaman di bibir, Abid turut mengalami kulit gatal di bahagian siku.
Habis digarunya sampai berdarah-darah sehingga ada doktor yang mendiagnosis sebagai kudis buta dan sering diberi ubat krim steroid yang hanya memberikan kelegaan sementara.
Setelah diperiksa, Dr Linda menyatakan Abid mengalami
'inflamation seluruh badan,
disebabkan oleh makan bergluten (dari tepung gandum),
makanan manis bergula &
'junk food'.
Selepas berbulan-bulan di bawah pengawasan Dr Linda dan diberi pelbagai preskripsi suplemen untuk membetulkan fungsi ususnya yang rosak teruk akibat tabiat pemakanan 'high-gluten', 'high-sugar' dan 'high-dairy',
Abid menunjukkan hasil positif.
Tiada lagi kesan hitam-hitam di bibir dan kulit di sikunya kembali sihat.
.
.
Melihatkan kejayaan rawatan oleh Dr Linda dan regimen diet #nosugar #nowheatflour #nodairy untuk Abid, maka saya dan suami mengambil keputusan untuk mengamalkan regimen diet ini di rumah kami.
Ini kerana saya juga sangat mudah untuk mendapatkan serangan gegata (hives) tanpa sebab.
Gigitan serangga (semut, nyamuk) juga akan menyebabkan pembengkakkan luar biasa pada kulit saya.
Alhamdulillah, saya sangat bersyukur kerana asbab Abid, saya mempelajari ilmu kesihatan.
Dari situ, saya sering mencari ilmu supaya kesihatan saya dan keluarga dapat dipertingkatkan dari masa ke semasa.
Sihat itu sememangnya jihad.
Bukan mudah nak berubah dari tabiat makan 'nak yang mudah dan cepat' kepada 'yang sihat, berkhasiat dan bermanfaat'.
Roti canai sangat mudah nak diorder dan murah berbanding dengan makan 'whole food' seperti buah-buahan di waktu pagi.
Mee segera dan mee kuning yang diperbuat dari tepung gandum sangat mudah, sedap dan murah serta senang disediakan berbanding dengan bihun yang diperbuat dari tepung beras yang agak renyah untuk dimasak.
Namun, menurut Dr Linda, kesemua makanan yang 'mudah, murah, cepat' ini hampir kosong nilai nutrisinya.
Its just empty calories.
Sedap tetapi tiada nilai khasiat kepada tubuh badan.
Bagi yang tidak tahan, ia boleh menyebabkan kerosakan usus setelah bertahun-tahun makan makanan yang zero nutrisi ini.
Ada kanak-kanak yang terbantut tumbesarannya kerana kerap dihidangkan roti, fries, nugget, minuman / susu manis, mee segera kerana ia mudah, murah dan cepat.
Ada yang mendapat ekzema.
Apabila dewasa pula, akan mendapat komplikasi obesiti, kencing manis, sakit jantung dan banyak lagi.
Tidak ada zat besi, tiada protein, tiada mineral, tiada serat langsung dalam makanan 'mudah, murah, cepat' ini.
Kosong.
Kasihan anak-anak saya ketika saya tiada ilmu pemakanan sihat ini dulu.
Sebab nak cepat, nak senang, nak murah punya pasal.
.
Ya, memang kami berjihad.
Berjihad melawan nafsu malas, nafsu nak cepat, nafsu nak mudah, nak sedap di tekak.
Jihad nak berhenti makan roti, kek, pastri, biskut yang sedap, tetapi mengandungi gluten dan akan membawa mudarat kepada kesihatan kami.
Jihad nak berhenti dari makan makanan manis-manis yang sedap, yang diperbuat dari gula putih, demi kesihatan kami.
Setakat ni kami masih berusaha.
Ada masa kuat lawan nafsu.
Ada masa lemah dan tewas dek nafsu makan.
Tapi, kami tetap berusaha.
Dengan berniatkan untuk menjaga tubuh badan yang diamanahkan oleh Allah ini supaya dapat kami jadi manusia bermanfaat dan konsisten beribadat kepada Yang Maha Esa sehingga ke akhir hayat nanti.
In shaa Allah.
#healthyeating
#realfood
#guthealth
#alergigluten
#glutenallergy
#skyhillclinic
Kredit : Nurul Aini Mohd Noor
gandum untuk diet 在 Coach Anuar Facebook 的最佳解答
KARBOHIDRAT RINGKAS VS KARBOHIDRAT KOMPLEKS
.
Yeahhh.. Gardenia juga dah perkenalkan 'Roll up Wrap', dulu hanya ada bbrp jenama jer. Coach dah makan yg Gardenia ni tadi.. sedap! 🤩🤤
.
Korang penah dgr tak org yg berdiet derang akan skip/elak makan karbo, padahal karbo adalah salah satu ZAT BESAR/Makro Nutrien yg diperlukan
.
Bukannya salah pun makan karbo, tp yg salah jika makan berlebihan atau karbo tu ditambah2 dgn masakan goreng, byk garam atau tambahan lemak2 buruk lain spt marjerin atau cheese misalnya
.
Karbohidrat adalah bahan mentah beri sumber tenaga kpd tubuh kita. Karbohidrat terbahagi kepada 2 jenis; iaitu karbohidrat ringkas dan karbohidrat kompleks
.
Apakah perbezaannya?
.
Karbohidrat ringkas ibarat bahan api yang cepat terbakar. Ia dipecahkan menjadi gula. Kita perlu mengawal dan memastikan pengambilan karbohidrat ringkas kurang diambil dalam diet harian kita. Ia buat kita rasa cepat lapar semula, dan makan lebih kerap
.
Karbohidrat kompleks pula merupakan pilihan yang lebih baik. Ini kerana ia mengambil masa yang lebih lama untuk dipecahkan oleh tubuh. Kita rasa kenyang lebih lama
.
Karbo Ringkas - Contoh kanji diproses: Roti putih, mi kuning, beras biasa, biskut yg tepung gandum biasa, minuman bergula, jus buah buahan
.
Karbo Kompleks - Contoh kanji tinggi serat, Roti penuh gandum (wholemeal), pasta, beras perang, kurma
.
Silakan Tag/Share info ini! Tqtqtq
.
Read more bout my Misi Kurus Online Program 👉 http://oneanuar5.wixsite.com/coachanuar
.
KLIK 👉 www.wasap.my/60103874421 dan taip 'online coaching'
gandum untuk diet 在 tengku asmadi Youtube 的最佳解答
Resepi Pizza Sihat
250g tepung gandum wholemeal
3 gram garam
20g gula
1/2 biji telur ( lebih kurang 30g)
5g yis
25g butter/marjerin
125ml air sejuk
Masukkan tepung gandum,garam, telur, air. Mix sekejap, masukkan yis. Elakkan masukkan yis dan garam bersama. Garam boleh mematikan yis
Mix sehingga dough sedikit membulat, masukkan marjerin. Mix sehingga bowl mixer agak bersih atau adunan tidak terlalu melekat di dinding bowl
Selepas semua adunan sebati, bulatkan sedikit. Dan biarkan selama 1 jam di suhu bilik. Atau dough berkembang 2 kali ganda dari asal.
Tumbuk dough utk keluarkan angin. Bahagikan dough kepada 3 bahagian. Canai membulat. Cucuk permukaan dough untuk mengelakkn permukaan naik mengelembung.
Biarkan sekejap dalam 15 minit. Kemudian hiaskan dengan topping yang bersesuaian.
Bakar Pada suhu 180’c selamat 20 minit. Atau sehingga cheese mencair.
Sauce bolognese ( ini video saya kongsikan kemudian)
Peeled tomato ( boleh gunakan di dalam tin atau tomato yang di rebus)
Bawang putih
Capcicum
Carrot
Black pepper
Garam
Gula
