Saya menyediakan rendang pedas ayam kampung versi Bonda Mertua saya untuk dimakan dengan pulut kuning. Resepi ada dikongsikan dalam buku resepi edisi 1, Resepi Azie Kitchen. https://www.aziekitchen.com/2021/02/rendang-pedas-ayam-kampung.html
.
Saya sebenarnya terkesan dan teringat ingat dengan perbualan dengan Puan Zaliha, seorang follower saya malam tadi. Beliau telah membeli set kombo buku saya. Semalam beliau menulis mahu membeli 3 set kombo untuk 3 anak perempuan yang telah berrumahtangga dan tinggal berasingan.
.
Katanya supaya bila dia dah tak ada, adalah kenangan yang ditinggalkan untuk anak. Lagi supaya anak anak boleh pelbagaikan masakan mereka untuk keluarga. Katanya anak anak bersekolah di asrama, tak sempat untuk belajar memasak.
.
Apa yang membuatkan saya sebak ialah seorang ibu sentiasa prihatin dan ingin yang terbaik untuk anak anak walaupun mereka telah dewasa dan berumahtangga. Kasih ibu sampai bila bila.
.
#hadiahkanbukuresepiuntukilmubermanafaat
#bukuresepiaziekitchen
#bukuaziekitchenhebatdidapur
#resepiaziekitchen
Search