Ya Allah ya rahman ya rahim..lindungi lah suamiku dalam setiap langkah dan tugasnya, berkatilah rezeki kami dengan kecukupan, rahmati lah kami dalam hidup yang aman bahagia penuh keberkatan serta kasih sayang, Jadikan kami hambamu yg taat pd perintahmu jauhi kami dari kelalaian, terangi hati kami dan berilah kami kekuatan untuk selalu membaca Al Quran & bersedekah. Kurniakan lah kami zuriat yg soleh & solehah Aminn..ya rabalalamin..Ya.Mujib Ya..Razaq.
同時也有3部Youtube影片,追蹤數超過1萬的網紅Mohd Ikram Amz,也在其Youtube影片中提到,Apabila rasa down, tentu kita semua perlukan kata kata semangat untuk bangkit kembali. Jika anda jenis orang yang selalu mendengar motivasi pagi di ra...
「hidup dalam kekuatan allah」的推薦目錄:
- 關於hidup dalam kekuatan allah 在 Facebook 的最佳貼文
- 關於hidup dalam kekuatan allah 在 Facebook 的最佳貼文
- 關於hidup dalam kekuatan allah 在 Captain Joe Facebook 的精選貼文
- 關於hidup dalam kekuatan allah 在 Mohd Ikram Amz Youtube 的最佳貼文
- 關於hidup dalam kekuatan allah 在 Bumi Ratu Channel Youtube 的最佳貼文
- 關於hidup dalam kekuatan allah 在 Nur Amira Syahira Youtube 的精選貼文
hidup dalam kekuatan allah 在 Facebook 的最佳貼文
Melintas lintas gambar kahwin di memory Facebook, maklumlah, September ni bulan ulang tahun perkahwinan.
Jadi sempena orang tanya tentang kitab taklim,
Maka saya imbas Kembali, kenangan Malam pertama kahwin, maka berboraklah kami suami isteri akan beberapa rangkap perbualan sewaktu buka hadiah yang ada kitab taklim dalam kotak, maka saya berkata:
“Sayang, mulai malam ni, kita akan wajibkan keluarga kita baca hadis dari kitab ini selama 15 minit ke setengah jam”
“Jika habis, baca kitab mana pula?”
“Kita ulang balik, sebab hadis no 1 pun kita belum dapat amal sempurna”
“Satu kitab ini sahaja?”
“Ada tiga kitab, Mutakhab Hadis karangan Maulana Yusuf, Fadail Amal karangan Maulana Zakaria, dan Fadhilat Sedekah, Kitab yang orang hadiahkan ini Fadhail Amal versi terbaru”
“Kenapa kena baca kitab tiga ini sahaja?”
“Sebenarnya lepas perang dunia kedua, Maulana Tabligh mendapati punca orang islam bergaduh adalah kerana tafsir berbeza bab hukum hakam, dan untuk satukan ummat Islam, kita kena baca satu kitab yang bebas unsur tafsir berbeza tapi zaman itu kitab ini belum wujud”
“Kira kitab ni baru wujud lepas perang dunia ke dua?”
“Ya betul, sebelum ini kitab ulamak terdahulu bercampur ilmu hukum hakam dan fadail, maka Maulana Aliyas, ketua Jemaah Tabligh arahkan anak saudaranya, Maulana Zakaria, seorang pakar hadis untuk buat kitab kompilasi Fadail Amal”
“Saya baru tahu ni”
“Maka munculah kitab Fadhilat solat, Fadhilat zikir, Fadilat puasa, Haji, sedekah, dan banyak lagi”
“Jadi kitab Fadail Amal ni adalah koleksi semua kitab itu dalam satu buku?”
“Ya betul, kemudian bila Jemaah dakwah banyak belajar sifat sahabat melalui enam perkara asas agama, maka anak Maulana Yusof karang kitab Mutakhab hadis tentang enam sifat sahabat dan Hadis Fadail”
“Okey, benda ni baru bagi saya, sila beri tunjuk ajar”
“Bukan hadis sahaja dalam kitab ini, ada juga ayat Al quran, yang mana Ayat Allah dan Hadith bila dibacakan, akan mengeluarkan satu cahaya yang boleh menerangi hati si pembaca dengan syarat pembaca faham apa yang di baca dan sanggup mendengar dengan penuh rendah diri”
“Jadi kitab ini baca versi Bahasa melayu lah kan?”
“betul, kita kena faham apa kita baca, cuba Kita rujuk kepada masyarakat Jahiliah di zaman nabi dulu, sebuah masyarakat yang terkenal dengan kejahatan seperti bunuh anak perempuan hidup-hidup, minum arak dalam tengkorak berdarah, dan berjudi dengan membunuh wanita mengandung untuk teka jantina bayi.. serta lain lain maksiat..”
“saya kena catat nasihat abang ni..:
“Takpe, malam ni dengar dulu, sambung kisah sahabat, bila mereka mendengar suara Nabi yang membaca Al quran dan hadith, maka satu cahaya nurani yang terang telah datang dan menerangi hati si pendengar sehingga meleleh air mata mereka keinsafan sehingga akhirnya mereka memeluk agama islam dan bersolat tak jemu-jemu”
“oh, inilah yang abang cakap majlis suara Nabi tu, kan?”
“Ya betul, Maka kerana itulah para ulamak telah menggalakkan kita agar menghidupkan bacaan Hadith Nabi dirumah kerana apabila ‘Suara Nabi’ di dengarkan, maka ianya akan mengeluarkan satu cahaya yang boleh menerangi hati si pendengar dengan syarat si pendengar faham apa yang di dengar dan sanggup mendengar dengan penuh rendah diri...”
“Saya setuju”
“Terima kasih sayang sebab setuju, kita semua tahu Ilmu penting, kena belajar, tapi jika hati gelap.., maka takde kekuatan untuk amal ilmu kerana hati menjadi buta sehingga tidak nampak kelebihan dari perintah Allah...”
“Benar..”
“Untuk itu, mulai mala mini jom kita belajar-belajarlah menghidupkan ‘Suara Nabi’ (bacaan ta’alim) dirumah pada setiap malam selepas isyak dan bila ada anak kelak, atas riba lagi kita dah baca pada mereka”
“Abang nak anak berapa orang?”
“Target Muat satu kereta sekurang kurangnya, kalau boleh nak ramai lelaki agar dapat sambung kerja dakwah”
“Amin, bagaimana kaedah bacanya?”
“ Baca hadith Nabi jika boleh ulang tiga kali.., maka insyAllah.., ianya akan mengeluarkan satu cahaya yang boleh menerangi hati si pendengar dengan syarat si pendengar faham apa yang di dengar dan sanggup mendengar dengan penuh rendah diri...”
“Kena tafsir ke?”
“Tak perlu tafsir sebab dah ada tafsir kat bawah.., baca jer.., Zaman sahabat, mereka boleh dengar hari hari suara nabi lalu merekapun improvekan diri masing masing, sekarang, Al quran dan hadith telah menjadi warisan Nabi, tinggal kita nak kena hidupkan kembali 'suara Nabi' agar anak isteri dapat mengambil manfaat seperti mana anak isteri sahabat yang mendengar 'suara Nabi' dari suami mereka yang bercerita akan sabdaan Nabi setelah bergaul dengan Nabi sehari hari..”
“Kalau kita gaduh, camne Bang?”
“Baca jer sorang sorang, awak jika baca, saya yang marah terus tak jadi merajuk tau!”
“eh? Ni ada Kitab English?”
“Sama sahaja, ini versi BI, nanti waktu awak baca BM, saya semak dalam BI, nak tambah penguasaan Bahasa English, senang nak takluk dunia”
“Wow, lain macam laki saya ni”
“Kita baca Taklim ni tak lamapun, sampai mati jer.., tapi bila kita mati? Mungkin esok? Maka sampai esok sahaja..., kan?
*****
20 tahun kemudian, anak lima orang, empat lelaki, sorang perempuan, satu OKU autisme, dan Alhamdulillah tiap malam masih baca Taklim, Tiap pagi lepas subuh semua akan berceramah, lepas tu mesyuarat, lepas zohor muzakarah adab, lepas asar habiskan Zikir, lepas Magrib, mengaji, lepas Isyak, sambung Taklim dan muzakarah enam sifat sahabat.
“Dunia mereka macam mana?”
Anak sama jer macam anak orang, ada yang minat korea, ada minta Hindustan, ada minta tamil, suka jugak main game, macam anak orang lain juga.
“Sekolah macam mana?”
Anak sulong baru masuk UIA, anak No 2 MRSM, anak no tiga, sekolah agama, anak no empat, PdPR sekolah dekat jer, dan anak OKU, sekolah PPKI.
“Nak beli tiga kitab tu kat mana?”
Saya tak jual, tapi saya rekemen beli di Shopee link ini,
https://invol.co/cl61mfq
Ps: Demikian kisah borak saya dan isteri di malam pertama, korang malam pertama kahwin?, borak apa? Sebelum korang kongsi jawapan, saya jerit WOHA siap siap.
Woha!
hidup dalam kekuatan allah 在 Captain Joe Facebook 的精選貼文
Allah SWT meletakkan kejayaan dan kebahagiaan hidup manusia di dunia dan akhirat hanyalah pada mengamalkan agama Islam yang sempurna. Agama Islam yang sempurna adalah agama yang dibawa oleh Rasulullah SAW melalui panduan para alim ‘Ulama.
Ia meliputi usul I’tiqad(Iman), Ibadah, Mu’amalah, Mu’asyarat dan Akhlaq.
Secara umumnya, umat Islam saat ini tidak ada kekuatan dan kemampuan untuk mengamalkan agama secara sempurna. Para sahabat telah berjaya dalam mengamalkan agama secara sempurna kerana mereka memiliki 6 sifat dasar yang telah diteliti oleh para Ulama.
Allah SWT berfirman:
“Dan orang-orang yang terdahulu - yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang ‘Muhajirin’ dan ‘Ansar’, dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah redha akan mereka dan mereka pula redha akan Dia(Allah), serta Ia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar.”(Surah at-Taubah 9: 100)
hidup dalam kekuatan allah 在 Mohd Ikram Amz Youtube 的最佳貼文
Apabila rasa down, tentu kita semua perlukan kata kata semangat untuk bangkit kembali. Jika anda jenis orang yang selalu mendengar motivasi pagi di radio IKIM FM, anda pasti tahu betapa pentingkan untuk memotivasikan diri sebelum ke tempat kerja.
Untuk siapa?
Kata kata ini adalah untuk semua golongan, termasuk golongan yang bekerja dan juga yang sedang belajar. Tak semua orang faham dan mampu untuk bersimpati dengan masalah kita.
Untuk pelajar, kesukaran untuk mendapat gred yang baik itu mungkin akan membuatkan kita kecewa. Lambat untuk faham apa yang diajar juga salah satu faktor yang merunsingkan kita. Tentu sekali memerlukan kata kata semangat supaya lebih kuat.
Untuk yang bekerja, tugasan dan kerja yang banyak pasti membebankan. Tambahan lagi dengan tekanan dari boss dan rakan sekerja yang kadang-kadang tidak pernah faham dengan kita. Bila bertimbun, hati menjadi sesak dan mula rasa depresi. Tentu sekali memerlukan kata kata semangat agar dikurniakan kekuatan.
Bagi yang sudah berumahtangga pula, semoga masalah antara suami isteri dapat diselesaikan dengan cara baik. Tidak usah bergaduh dan menegakkan benang yang basah.
Sebelum itu, kata kata semangat yang dikongsikan di sini adalah dalam Bahasa Melayu, iaitu untuk orang Malaysia. Mungkin kedengaran sedikit pelik bagi orang Indonesia.
Tujuan berkongsi kata-kata semangat dalam Bahasa Melayu ialah kerana kebanyakan quote yang ada, semuanya dalam Bahasa Indonesia.
Izinkan kami berkongsi beberapa quote dan kata-kata yang diharapkan dapat memberikan semangat baru kepada anda.
Cara meningkatkan semangat dan motivasi diri
Seperti yang diulas di atas, tidak kira samada anda pelajar, golongan bekerja mahupun suami isteri, jangan rasa sedih selalu.
Dalam Islam, tidak digalakkan untuk sedih berpanjangan. Tidak elok untuk diri sendiri.
Ini beberapa tips dan cara meningkat motivasi diri yang rasa down selalu.
Abaikan kata orang lain
Ini adalah antara kata-kata motivasi yang perlu ditiupkan pada telinga sendiri.
Jangan terlalu mendengar kata orang yang selalu pandang rendah pada kita. Dia punya pendapat dia sendiri.
Sebaliknya, kita tahu diri kita sendiri.
Orang yang cenderung mendengar dan terusik dengan kata-kata orang lain, tak akan tenang hatinya.
Bergaul dengan orang yang positif
Kita akan rasa sakit bila terlalu bersama-sama orang yang negatif. Untuk mengelakkan dari rasa begini, cuba cari kawan yang benar-benar dapat membantu kita.
Ini penting untuk kelangsungan hidup dan memberikan kita semangat.
Orang-orang positif, dia sentiasa membantu dan memacu kita ke hadapan.
Raikan kejayaan
Sekecil manapun kejayaan yang kita kecapi, raikan untuk terus memberikan kita semangat. Jika tiada yang sudi bersama-sama kita, raikan secara bersendirian.
Secawan kopi Starbucks atau sepotong kek Secret Recipe mungkin dapat menceriakan hari anda.
Apa guna jika hanya menerapkan kata kata motivasi setiap hari, tetapi tidak dirai?
Akhir kalam
Sentiasa ingat bahawa orang yang diuji ialah orang yang beruntung.
Kenapa?
Kerana Allah akan menguji orang yang disayangi-Nya.
Semoga kata kata motivasi yang dikongsikan ini, benar-benar dapat memberi semangat pada anda untuk bangkit.
Semoga kita semua menjadi orang yang berjaya, dan bukan orang yang malas berusaha.
Jika ingin mendapatkan banyak lagi ayat, kata-kata dan quote tentang semangat, motivasi dan inspirasi, jemput singgah ke Facebook Page The Rohani.
Semoga bermanfaat.
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
{✴} W€L©¤M€ βα©K T¤ M¥ ©Hαππ€L {✴}
D¤πT F¤®G€T T¤ ©LI©K ?
1• "$Uβ$©®Iβ€" [ ✅ ]
2• "LIK€" [ ? ]
3• "$Hᮀ" [ ? ]
{✴} THαπK$ α L¤T F¤® ¥¤U αLL {✴}
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
#MotivasiSemangat #QuotesMotivation
______________________________________
"...Ya Allah, ampunilah kesalahanku, Kasihaniah aku, Berilah petunjuk kepadaku, dan Berilah rezeki kepadaku..."
----------------------------------------------------------------------------------------------------
¤~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~¤
[ Im "CARDOCK^YOUTUBER^TEAM" ?? ]
¤~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~¤
____________________________________
•Youtubers Group Links•???
~ We Are Sarawakian Youtubers Community [ https://www.facebook.com/sarawakianscommunity/ ]
~ FB PAGE [ Sarawakian Youtubers Group ]
-----------------------------------------------------------------------------------------------
__________________________________
•Laman media sosial saya•??
~ Youtube Channel : https://bit.ly/2VDsBNj
~ Facebook : https://bit.ly/2UPdYZY
~ Facebook Page : https://bit.ly/2DaU4P1
~ Instagram : https://bit.ly/2IoCtGK
hidup dalam kekuatan allah 在 Bumi Ratu Channel Youtube 的最佳貼文
Mak sy mendapat penyakit darah tinggi, kencing manis sewaktu berusia mencecah 40 tahun.. selepas itu dia mengidap sakit buah pinggang sewaktu berusia 50an..k manis Mak sgt high xboleh baca..!!
.
Alhamdulillah dia menerima segala teguran dn motivasi yg sy berikan.. bahasa sy bagi org kampung agak kasar tetapi adalah fakta..
.
Sy ckp dgn mak sy, yg membahagiakan dn zalim pada diri kita ni bukan org lain
.
tp cara kita makan, berfikir dn bertindak.. itu lah yg akan kita dapat..Quran dh sebut hadia dh bayk kita cari ilmu to xpakai ..Badan sakit musibah dtg sbb sendiri yg buat
.
Kata2 sy dpt dibuktikan Allah dn Mak kesihatan dn cara berfikir lbh baik ..Sy kaji di dalam sejarah keluarga sy, x ada lagi yg berusia sepanjang mak sy..
.
Sy juga memerhatikn cara mak sy berfikir, makan, mengkaji darah mak abah sy dn sistem ketahanan abah lbh kuat dr Mak
.
Walaupun ayah sy mempunyai kekuatan antibody yg sgt kuat, tetapi disebabkan makan ubatan hospital yg berpanjangan.. dia lebih dahulu meninggal dunia. Sampai buah punggang rosak teruk ..di makan ubat tahan sakit akibatvsaraf dn bedah tulang belakang juga ubat darah tinggi ..jika dibandingkan dgn mak sy berpenyakit dn dpt dibendung bila dia ikut cara hidup yg sy suruh dia buat
.
Org yg berpenyakit x blh melayani stress berlebihan.. org sekeliling harus memberikan motivasi dn menjaga makan dn tempat dia berehat.. bkn semata2 diet makannya..AlQuran dn buat baik pd jiran dn insan lain
.
Bila sy jadi seorg pengasas, sy mengambil kesempatan mencari guru2 yg betul2 bagus utk membimbing cara kehidupan dn pemakanan utk sy dan diutanakan utk mak sy sebelum sy memberikan dia produk yg sy buat sendiri..
.
Rawatan susulan di hospital sgt penting.. kerana hospital mempunyai peralatan yg cukup utk melihat kesihatan organ dalaman dn tahap kesihatan itu sgt betul..
.
Makanan supplement dn cara hidup aman tenang hapy adalah alternatif kita selain daripada mengambil rawatan hospital..
hidup dalam kekuatan allah 在 Nur Amira Syahira Youtube 的精選貼文
Haaa.. lagu ni bakal dimuatkan dalam album single Mira akan datang nanti. Yeyyy!!!
DOA UNTUK AYAH
Kasih...
Pada yang satu
Hanya pada yang Maha Esa
Berilahku ruang untuk mengadu
Doa untuk ayahku....
Andai....
Tulus Dan Suci
Buat Ibu yang telah pergi
Pengorbananmu tetap ku sanjungi
Hingga akhir nanti...
c/o
Ya Allah...
Berikanlah aku ... Kekuatan ini
Untukku menghadapi
Moga Engkau.. Lindungilah kami
Kasihani diri ini...
Selamanyaaaaa
Ayah...
Ku merinduimu
Ku meyayangimu disetiap waktu
Ohhhhh Ayah...
Tabahkanlah hati..
Syukur pada Ilahi
Nikmat yang diberi
Ku memohon restu Ilahi...
Riwayat hidup didunia ini
(Ulang rangkap 3 & 4)
-~-~~-~~~-~~-~-
I do not own this songs and of course i do not have any revenue from all drum cover video's. I'm creating Drum Cover and others content on my Youtube channel for FREE to watching, learning something or have a fun. But you can help me reduce the cost of my studio maintenance by join me as contributor. Become a contributor and get access to a AMIRA BEHIND THE SCENE in Facebook Group and enjoy watching what I'm doing behind the scene! You decide how much you can contribute by click this link https://app.senangpay.my/pay/contributor
#amiradrummer
-~-~~-~~~-~~-~-