Antara sebab kenapa kita perlu jadi kaya ialah:
.
1) Untuk tingkatkan taraf ekonomi dan taraf hidup keluarga sendiri. Ini boleh membantu anak anak kita untuk mendapat manfaat untuk jangka masa panjang.
.
2) Demi impian kita sendiri. Tiada orang yang hidup tanpa impian dan keinginan kan? Semua orang milik impian. Impian ni umpama janji kita pada diri sendiri, motivasi kita dalam hidup. Dah tentu kita nak capai impian, nak jadi macam orang lain, memiliki semua benda selagi termampu, ingin kecapi apa sahaja hasil kerja keras sendiri kan?
.
3)Untuk beri manfaat pada lebih ramai orang disekeliling kita. Setuju tak, yang hidup kita sebenarnya bukan untuk kita sahaja. Masih ramai lagi orang orang yang tidak berkesempatan, tidak berkemampuan dan tidak mempunyai peluang seperti kita. Ramai lagi masyarakat kita yang masih lagi susah, yang masih lagi memerlukan bantuan dari kita sebenarnya. Jadi disinilah, tanggungjawab itu jatuh ke bahu kita. Apa yang kita dapat sekarang, mungkin cukup bagi kita, tapi adakah kita mempunyai lebihan untuk bantu orang orang yang memerlukan?
Islam sendiri menggalakkan sedekah, infaq dan membantu sesama manusia. Kita wajib tanam impian untuk membantu dan memberi manfaat pada orang lain, jadi disinilah, kita perlu jadi kaya..😘
.
#mindset
#kaya
#hiduplebihbaik
#hidupsenang
#righttoberich
#teambieyusof
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...