Hotel Murah di Cameron Highlands RM100 dan kebawah.
Sebab apa tak perlu cari hotel gempak2 klu pergi cameron highlands? sebab korang kena keluar hotel utk pergi byk gila tempat menarik, rujuk senarai tempat menarik di Genting Highlands bawah senarai hotel murah ini :
1. Jasmine Hotel, Cameron Highlands (RM100 Tepat)
Terletak di jalan utama Bandar Brinchang, Cameron Highlands, Hotel Jasmine merupakan hotel murah di Cameron Highlands yang cukup popular untuk para pengunjung. Yang penting, pada kadar bilik yang murah di sekitar RM100, Hotel Jasmine menyediakan Wi-Fi PERCUMA di semua 72 bilik-biliknya. Katir di dalam bilik juga cukup besar. Televisyen di dalam bilik pula merupakan televisyen LCD yang lengkap dengan saluran satelit. Dengan lokasinya yang strategik, tempat tarikan pelancong seperti Gurdwara Sahib Brinchang dan Tokong Sam Poh juga dekat dengan hotel di Cameron Highland ini.
2. Hotel Snooze Too, Cameron Highlands (~RM80)
Hotel Snooze Too merupakan hotel bajet yang serba moden di Brinchang Square, Brinchang, Cameron Highlands. Walaupun nampak simple, bilik biliknya sesuai untuk penginapan sekeluarga kerana dilengkapi katil-katil besar disamping televisyen LED dan sofa ala bean-bag. Atas sebab itu, banyak yang suka membawa anak-anak bersama untuk menginap di sini. Kepada yang memandu, ada banyak tempat pakir di sekitar hotel ini yang terletak di kawasan kedai baru di Brinchang. Hotel murah di Cameron Highland ini mempunyai lokasi yang amat strategik kerana dekat dengan pasar malam. Terdapat banyak gerai-gerai makan dan restoran di sekitar hotel di Brinchang Square ini. Lif juga disediakan bagi mereka yang duduk di tingkat atas. Ketiadaan almari merupakan satu-satunya kelemahan bilik hotel murah di Cameron Highland ini.
3. Hotel Parkland Cameron Highlands (~RM90)
Hotel Parkland merupakan hotel bajet serba moden di Brinchang, Cameron Highland. Hotel ini menjadi pilihan pengunjung-pengunjung yang datang ke Cameron Highlands untuk melancong maupun untuk tujuan bisnes. Kedudukannya juga dekat dengan tarikan pelancong utama seperti Gurdwara Sahib Brinchang, Tokong Sam Poh. Antara kemudahan utama yang tersedia di hotel bajet di Cameron Highlands ini adalah lif, pakir percuma dan wifi internet di semua bilik dan di lobi hotel. Bagi pengemar golf, padang golf hanya terletak kurang 3km dari hotel murah ini. Sama ada anda berada di Cameron Highlands untuk menikmati cuaca yang dingin, berishtirahat, melancong ataupun urusan perniagaan, hotel Parkland Cameron Highlands dapat memenuhi keperluan penginapan anda dan keluarga anda.
4. KRS Pines Guest House (~RM50)
Terletak di Jalan Mentigi, Tanah Rata, Cameron Highlands, KRS Pines Guesthouse merupakan sebuah hotel ala homestay in Cameron Highlands yang terletak hanya 4km dari ladang teh Cameron Bharat. Ladang strawberry, ladang teh BOH dan Lembah Kaktus (Cactus Valley) juga mudah dikunjungi dari hotel murah di Cameron Highland ini. Hotel ini merupakan antara hotel yang paling murah di Cameron Highlands. Penginap hotel homestay ini juga boleh bersantai di taman hotel hotel ini selepas mengunjungi tempat-tempat tarikan pelancong di Cameron Highland. Wifi percuma juga disediakan bagi kemudahan pengunjung di lobi hotel dan juga di tingkat bawah. Hotel homestay murah di Cameron Highlands ini menyediakan tiga jenis bilik bagi memenuhi keperluan pengunjung ke sini. Anda boleh memilih antara bilik tunggal untuk penginapan bersendirian, bilik twin untuk dua orang, ataupun bilik triple untuk empat orang.
5. TJ Lodge – Hotel Murah di sekitar RM50 di Cameron Highlands
Terletak di Persiaran Camelia 3, Bandar Baru Juta Villa, Tanah Rata, Cameron Highlands, TJ Lodge merupakan salah satu hotel yang paling murah di Cameron Highlands. TJ Lodge sesuai bagi mereka yang ingin menziarahi pekan Tanah Rata, Cameron Bharat Plantation dan Hospital Tanah Rata. Walaupun sewa biliknya cukup murah, TJ Lodge menyediakan WiFi percuma di semua bilik tetamu dan ruang lobi hotel. Terdapat banyak restoran di sekitar TJ Lodge. Jadi, hotel ini amat sesuai bagi mereka yang jalan-jalan cari makan di Cameron Highlands. Di hari minggu pula, anda dapat mengunjungi pasar minggu yang ada di sekitar hotel ini.
6. Sam Jade Guest House (~RM80)
Hotel ala guest house ini terletak di Jalan Pecah Batu, Brinchang, Cameron Highlands. Persekitarannya yang sunyi tetapi dekat dengan pekan menjadikannya amat sesuai bagi mereka yang impikan suasana yang tenteram semasa bercuti. Hotel berbintang satu setengah ini menyediakan ruang bilik yang besar untuk keselesaan anda. Pada waktu malam pula, anda boleh bersantai sambil berbual-bual dengan keluarga dan sahabat handai di kawasan bumbung terbuka sambil menghayati gemerlapan bintang di langit. Sam Jade guest house merupakan antara hotel murah yang paling popular di Cameron Highlands. Tempah bilik di hotel ini seawal mungkin terutamanya di musim cuti sekolah.
7. Country Lodge Resort (~RM90)
Kelebihan hotel ini adalah lokasinya yang dekat dengan pasar malam di Brinchang. Kalau anda datang bercuti di Cameron Highland bersama anak-anak, hotel murah di Cameron Highland ini juga amat sesuai kerana family studio dan apartmen 2 biliknya cukup untuk memuatkan 6 orang. Terdapat juga bilik quad di Country Lodge Resort untuk 4 orang penghuni di samping Bilik Deluxe untuk 2 orang. Walaupun hotel ini bergelar resort, ia hanya bertaraf dua bintang. Jadi, jangan kecewa jika anda tidak menikmati kemudahan resort di sini. Pada harganya yang begitu murah, hotel ini hanya menyediakan kemudahan asas seperti wifi percuma untuk pelanggannya.
Senarai tempat menarik yang wajib korang pergi :
1. Ladang Teh Boh
Suasana yang sangat mendamaikan di Ladang Teh Boh Cameron Highland menjadikan tempat ini sebagai tarikan utama para pelancong. Udara yang sangat segar dapat menghilang segala tekanan yang dialami apabila anda berada di sekitar dalam Ladang Teh Boh. Melihat kehijauan pokok-pokok teh yang ditanam disini membuatkan anda berfikir sejenak akan anugerah ILLAHI. Tidak hairanlah jika Cameron Highland menjadi salah satu senarai terkenal untuk berbulan madu.
2. Taman rama-rama
Selain di Penang, Cameron Highland jugak terdapat taman rama-rama. Pelbagai jenis spesis rama-rama yang ada di sini. Bukan sahaja rama-rama, tetapi reptilia jenis ular dan katak jugak turut ada disini. Selain itu, serangga dan kala jengking juga terdapat di taman rama-rama. Ia dibuka pada jam 9 pagi sehingga 6 petang dan dikenakan bayaran masuk sebanyak RM3.
3. Cactus Valley
Kepada pencinta pokok kaktus, Cactus Valley Cameron Highland adalah tempat yang sesuai untuk anda. Lokasi Cactus Valley ialah berhampiran dengan Big Red Strawberry Farm. Pelbagai jenis pokok Kaktus yang dijual di sini dengan harga yang berpatutan. Dibuka setiap hari dan dikenakan harga tiket sebanyak RM4 untuk dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak.
4. Big red strawberry farm
Bagi pengunjung yang suka mengambil gambar, Big Red Strawberry Farm adalah tempat yang sesuai untuk anda menunjukan bakat mengambil gambar kerana di sini terdapat pelbagai kawasan yang menarik untuk dijadikan sebagai sudut untuk bergambar.
5. Kebun Lavender
Kepada pencinta bau lavender, kini anda tidak perlu untuk terbang jauh semata mata untuk melihat dan merasai sendiri keindahan bunga lavender. Bau yang sangat menyenangkan kini ada di Kebun Lavender di Cameron Highland. Apabila anda menjejaki masuk ke dalam Kebun Lavender ini anda akan dapat merasai keharuman bunga lavender yang mewangi dan menenangkan jiwa. Pengunjung dikenakan cas tiket sebanyak RM5 bagi dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak. Suasana yang sangat romantik menjadikan Kebun Lavender antara destinasi wajib di Cameron Highland. Di kebun ini pengunjung dibenarkan untuk memetik bunga dan akan dikenakan cas bayaran RM2 untuk sekuntum bunga. Dibuka pada hari biasa dari jam 9 pagi sehingga 6 petang. Pada hari Sabtu dan Ahad pula ia dibuka pada jam 9 pagi sehingga 7 malam. Tempat letak kereta dan bas disediakan.
6. Kea farm di Brinchang
Kea Farm pula adalah tempat yang sesuai untuk anda membeli belah. Ini kerana pelbagai jenis barangan dijual disini dengan harga yang berpatutan. Antara tarikan utama bila anda ke Kea Farm ialah terdapat pelbagai jenis bunga segar dijual disini. Rugi jika anda ke Kea farm tapi tidak merasai strawberry celup coklat dengan harga RM2 sahaja dan cendawan segar yang digoreng panas-panas.
7. Pasar malam Brinchang
Pasar malam Brinchang adalah salah satu tempat yang mesti dilawati bila anda ke Cameron Highland. Pelbagai jenis makanan, pakaian, cenderahati dan lain-lain boleh didapati di sini. Dibuka setiap hari di musim percutian dari petang sehingga ke tengah malam. Ia menjadi tarikan utama pelancong untuk membeli berbagai barangan terutama makanan. Orang ramai akan mula datang seawal jam 3 petang untuk mengelakkan kesesakan jalanraya. Cuaca yang sangat sejuk di Cameron Highland menjadikan suasana di dalam pasar malam Brinchang tidak seperti pasar malam yang ada di tempat lain. Keadaan dan suasana disini sangat selesa.
8. Ladang Lebah Ee Feng Gu
Masuk adalah percuma. Dibuka setiap hari dari jam 8 pagi sehingga 7 malam. Kepada mereka yang ingin mengetahui cara hidup serangga yang bernama “lebah” bolehlah singgah ke Ladang Lebah Ee Feng Gu. Disini ditunjukkan cara lebah hidup dan bagaimana cara untuk mendapatkan madu dari lebah. Pelbagai informasi berguna boleh didapati disini. Selain itu, di Ladang Lebah Ee Feng Gu juga ada menjual kopi, teh dan pelbagai bahan yang berasaskan madu asli sebagai buah tangan sebelum anda pulang.
9. Taman AgroTek Mardi
Taman AgroTek Mardi dikelolai sepenuhnya oleh agensi Kerajaan. Terdapat berbagai kemudahan asas yang disediakan didalam Taman AgroTek Mardi antaranya ialah kafe, surau dan tempat permainan untuk kanak-kanak. Dibuka setiap hari kecuali hari Isnin melainkan semasa musim cuti umum dan cuti persekolahan. Dikenakan cas bayaran sebanyak RM3 untuk dewasa dan RM1.50 bagi kanak-kanak. Kepada yang suka makan buah strawberry dan anggur, di sini anda boleh mendapatkan buah yang segar.
10. Rose Centre
Pelbagai jenis bunga dan sayur-sayuran terdapat disini. Anda dapat melihat sendiri bunga yang mekar dan sayur-sayuran yang ditanam. Tapi awas jika anda terpetik bunga di kawasan ini anda akan dikenakan denda sebanyak RM50. Waktu operasi setiap hari dari jam 8 pagi sehingga 6 petang dan dikenakan cas bayaran masuk sebanyak RM5 untuk dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak.
11. Muzium Time Tunnel
Di Muzium Time Tunnel anda dapat mempelajari sejarah dan cara hidup orang pada zaman dahulu-kala. Pelbagai koleksi barangan antik yang tedapat di sini. Muzium Time Tunnel terletak dikawasan Brinchang. Dibuka setiap hari dari 9 pagi sehingga 6 petang dan kadar bayaran sebanyak RM5 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak.
Disini juga saya sertakan hotel budget yang korang boleh pilih klu yg diatas ni full :
1. BB Inn - 79A Persiaran Camelia
2. Brinchang Hotel
3. Camelia Budget Hotel
4. Camellia Budget Inn
5. Downtown Hotel
6. Fathers Guest House
7. Gerard’s Place
8. Hotel Green Garden
9. Hotel Remix
10. Iris House Hotel
11. Jasmine Hotel
12. Kowloon Hotel
13. Rainbow Hotel
14. Sunbirds Hotel
15. The Highlanders
Share dan tag kawan2
kredit: Tempat Menarik
同時也有1部Youtube影片,追蹤數超過41萬的網紅Aisyah Habshee,也在其Youtube影片中提到,Nak pergi overseas tapi takut, so nak bayar tourist guide... TAPI MAHAL ?! Video kali ni, Aisyah share dengan korang pengalaman Aisyah di Bandung, In...
hotel murah cameron highland 在 Pakar diari hati Facebook 的最佳貼文
7 PENGINAPAN MURAH DI CAMERON HIGHLAND..
Atas permintaan follower CKM, ini senarai 7 Penginapan Murah atau Percutain Bajet Untuk Sesiapa yang ke Cameron Highland.
1. Cameronian Inn. Dari RM65 Semalam.
1,400 meter dari paras laut terletak Cameronian Inn, sebuah penginapan popular di Tanah Rata. Tetamu di penginapan ini boleh bersiar di taman indah yang boleh dijumpai di kawasan Inn atau melayari Wifi percuma di lobi.
Tarikan yang berdekatan dengan Cameron Inn adalah, Strawberry Farm 10 minit memandu dan Ladang Teh Boh 25 minit memandu.
Terdapat 18 bilik di Cameronian Inn ini dan ada sesetengah bilik yang mempunyai bilik air persendirian, yang lain mesti menggunakan bilik air berkongsi .
Penginapan ini juga menyediakan Cafe dengan sajian tempatan jika anda terasa untuk menjamu selera tanpa berjalan jauh.
Harga: Dari RM65 Semalam
Lokasi: 16, Jalan Camelia, 39000 Tanah Rata, Cameron Highland.
2. Heritage Hotel Cameron Highlands. Dari RM188 Semalam.
Heritage Hotel merupakan antara resort terbesar di Cameron Highlands yang menawarkan pengalaman hotel butik yang selesa dan lengkap dengan fasiliti sama seperti hotel 4 bintang yang lain.
Dari tingkap bilik anda akan dapat melihat pemandangan Tanah Rata dan hotel ini sering diselindungi oleh kabus putih yang nyaman seolah-olah anda berada di awanan.
Di kawasan lounge pula anda boleh duduk sambil minum teh Cameron sambil mencuba kek dan biskut beraneka pilihan.
Nak ke tanah rata pula anda hanya perlu berjalan kaki selama 10 minit.
Harga: Dari RM188 Semalam
Lokasi: Jalan Gereja, 39000 Tanah Rata, Cameron Highland.
3. Casa Loma. Dari RM225 Semalam.
Penginapan yang tersembunyi disebalik pohon-pohon hijau ini boleh di jumpai di kawasan Tanah Rata.
Harga: Dari RM225 Semalam
Lokasi: Bunglow Green Hill Green Hill Resort, 39000 Tanah Rata, Cameron Highland.
4.Jasmine Hotel. Dari RM98 Semalam.
Jasmine hotel merupakan satu lagi pilihan hotel bajet yang popular di Cameron Highlands dengan tawaran harga bilik murah bawah RM100 semalam.
Tarikan popular yang berdekatan adalah pasar malam pekan Brinchang yang hanya 5 minit sahaja berjalan kaki.
Jika anda memandu pula, taman rama-rama dan ladang kaktus mengambil 15 minit manakala Ladang Teh Boh mengambil masa 20 minit.
Kerana hotel ini terletak di lokasi yang strategik di pekan Brinchang, anda tidak perlu risau apabila hendak mencari restoran ataupun kedai.
Harga: Dari RM98 Semalam.
Lokasi: No 29 – 32, 39100 Brinchang, Cameron Highland.
5. Smurf Inn. Dari RM120 Semalam.
Kalau anda terbayangkan perkampungan orang kerdil berwarna biru comel yang ditanyangkan didalam kartun popular tahun 1990han selepas mendengar nama hotel ini anda sebenarnya tidak jauh dari realiti.
Tidak lengkaplah perkampungan smurf tanpa aktiviti untuk kanak-kanak, oleh itu pihak hotel telah menyediakan taman permainan berhampiran kawasan hotel khas buat anak-anak tetamu.
Kerana ia terletak di Brinchang anda tidak jauh dari banyak tarikan menarik seperti taman rama-rama Cameron Highland dan ladang kaktus.
Harga: Dari RM120 Semalam.
Lokasi: No 8, Chateau Avenue, off Jalan Chateau Royal Chateau,Tanah Rata, 39000 Brinchang, Cameron Highland.
6. Natasya Resort. Dari RM190 Semalam.
Kalau anda sedang merancang percutian bersama kelurga ke Cameron Highland, agak susah untuk mencari penginapan yang menawarkan nilai untuk wang yang lebih baik dari Natasya Resort.
Apartment ini merupakan sasaran popular buat mereka yang datang bercuti ke Cameron Highlands bersama keluarga.
Ini kerana mereka menyediakan dua jenis penginapan yang luas dan selesa. Apartment satu bilik yang bermula dari RM250 boleh memuatkan sebanyak 4 orang, manakala bilik double pula boleh memuatkan sebanyak 6 orang.
Disamping itu rekabentuk, hiasan bilik dan suasana kawasan luar yang mengelilingi Natasya Resort ni betul-betul mengingatkan anda bahawa anda berada di Cameron Highlands.
Di depan apartment kelihatan taman, di luar balkoni pula pemandangan gunung yang hijau.
Harga: Dari RM190 Semalam.
Lokasi: Lot 6 Entertaiment Complex, Kea Farm, 39100 Brinchang, Cameron Highland.
7. Hotel Rainbow. Dari RM90 Semalam.
Salah satu hotel bajet mesra keluarga popular di Brinchang adalah Hotel Rainbow yang boleh dijumpai sederet dengan rumah-rumah kedai di pekan Brinchang.
Walaupun Hotel Rainbow ini sebuah hotel bajet yang menawarkan bilik bermula dengna harga RM90 semalam, namun biliknya cukup lengkap dengan TV berserta Astro, fridge mini dan Wifi.
Untuk mereka yang datang ke Cameron Highlang untuk lawatan bekerje pula, di dalam setiap bilik disediakan untuk anda meja kerja dan kemudahan untuk membuat teh & kopi.
Disebabkan hotel ini terletak di kawasan rumah kedai, tugas seperti mencari makanan atau barang keperluan semasa bercuti agak senang.
Tanpa berjalan jauh anda boleh menemui ladang strawberry dan kaktus hanya 10 minit saja berjalan dari hotel.
Disini juga terdapat pasar malam popular jika anda tertarik hati untuk merayau di pekan Brinchang pada waktu malam.
Harga: Dari RM90 Semalam.
Lokasi: Lot 25, 39100 Brinchang, Cameron Highland.
hotel murah cameron highland 在 Pakar diari hati Facebook 的最佳解答
Tempat Menarik di Cameron Highlands Yang Wajib Anda Pergi.
Jika anda jemu dengan cuaca panas dan kesesakan ibu kota, larilah sebentar ke Cameron Highlands
Destinasi nyaman yang terkenal dengan udara sejuknya yang dingin dan pemandangan yang menakjubkan.
Tambahan pula terdapat banyak tempat menarik di Cameron Highlands.
Menjadikan ia destinasi sasaran popular pelancong tempatan dan antarabangsa.
Jika anda merancang untuk bercuti ke Cameron Highlands , 7 tempat ini wajib anda pergi.
1. Taman Rama-Rama Kea Farm
Taman Rama-Rama Kea Farm adalah salah satu destinasi popular di Cameron yang bertapak di Kea Farm, Brinchang.
Di taman yang tertutup ini rama-rama terbang secara bebas dan jangan terkejut jika ada yang hinggap di baju anda nanti.
Selain dari rama-rama anda juga dapat menyaksikan gelagat haiwan liar lain seperti ular, biawak dan serangga yang menakjubkan.
Bayaran Masuk: Dewasa RM7 | Kanak-kanak RM4
Waktu Operasi: Isnin – Ahad (8.00am – 5.30pm)
Lokasi: Batu 43, Kea Farm, 39100, Cameron Highland.
2.MARDI Agrotechnology Park
Mardi Agrotechnology Park Tanah Rata merupakan salah satu tarikan utama di Cameron Highlands.
Seramai 100,000 pengunjung hadir ke sini setiap tahun.
Juga merupakan pusat penyelidikan MARDI yang tertua di Malaysia.
Di sini terdapat 40 jenis bunga rose berlainan, 10 jenis strawberry, dan pelbagai jenis pokok buah-buahan.
Agrotechnology park terbahagi kepada 6 bahagian utama iaitu Rose Garden, Herb Garden, Orchid Garden, English Garden, Research Centre and kedai cenderamata.
Bayaran Masuk: Dewasa RM5 | Kanak – Kanak RM 3.00
Waktu Operasi:
Isnin – Khamis (8.00am-12.45pm)
Sabtu-Ahad (8.00am – 5.00pm)
Jumaat (8.00am – 12.30pm / 2.30pm – 5.00pm)
Lokasi: JKR266, Jln Persiaran Endah, Tanah Rata, 39000, Cameron Highlands.
3.Lata Iskandar
Dalam perjalanan ke Cameron Highlands, 25 kilometer sebelum sampai ke pekan Ringlet, terdapat sebuah air terjun bernama Lata Iskandar.
Air terjun ini mempunyai ketinggian 25 meter dan amat sesuai untuk mereka yang mencari tempat untuk menyejukkan badan.
Pada hari cuti sekolah atau hujung minggu tempat ini dibanjiri dengan pelancong yang datang untuk menikmati keindahan air terjun tersebut.
4.Pasar Malam Cameron Highlands
Pada awal Februari 2017, Pasar Malam Cameron Highlands telah pun berpindah ke Sungai Ruil.
Berada di tengah-tengah antara Tanah Rata dan Brinchang iaitu 3.6km dari Pekan Tanah Rata dan 2.3km dari Pekan Brinchang.
Pelbagai jenis makanan boleh didapati di sini, antara makanan yg popular adalah sayur goreng tempura, pelbagai jenis seafood tempura, strawberry, "apple Cameron", jagung mutiara.
Pastikan kalau beli jangung, tengok isi ya...
Kadang2 jagung tersebut dijual dengan harga murah... Tapi isinya muda dan kecil.
Waktu Operasi: Jumaat – Sabtu (6.00pm – 11.00pm)
Cuti sekolah - Setiap hari
Lokasi: Pekan Brinchang, 39100, Cameron Highland
Nota :
Apartment kami hanya seminit ke pasar malam. Utk reservation, sila klik link
www.wasap.my/60196212160/AziziCameron-BarringtonSQUARE
5. Lavender Garden
Lavender Garden merupakan salah satu tarikan baru di Cameron Highlands.
Sesuai dengan namanya, ia adalah Kebun Bunga Lavendar yang pertama dibuka kepada khalayak ramai.
Walaupun kawasanya tidak besar, tetapi ia sungguh berbaloi untuk mereka yang suka bergambar.
Selain daripada melihat bunga anda juga bepeluang untuk menikmati Ice Cream perisa lavender.
Bayaran Masuk: Dewasa RM8 | Kanak-kanak RM5
Waktu Operasi:
Isnin – Khamis (9.00am – 6.00am)
Jumaat – Ahad (9.00am – 7.00pm)
Lokasi: Cameron Lavender Garden, Tringkap, 39100 Cameron Highlands.
6.Air Terjun Parit
Air Terjun Parit ini tersembunyi di dalam taman rekreasi Kampung Sedia tidak jauh jika anda berjalan kaki dari tanah rata.
800 meter dari Hotel Pines Century.
Selain daripada bermandi di air terjun, pelawat juga dapat menikmati keindahan hutan hijau di sekitar air terjun.
Terdapat jalan-jalan kecil jika anda seorang yang meminat jungle trekking.
Jika anda merancang untuk memandu kesini anda boleh parking di tempat letak kereta percuma yang disediakan.
Di sini juga terdapat kelengkapan lain seperti tempat permainan kanak-kanak dan tandas.
Lokasi: Tanah Rata, Cameron Highland, 39000
7. Ladang Teh Boh
Sebut saja Cameron Highland, pasti anda terbayang ladang teh hijau yang luas.
Boh merupakan pengeluar teh terbesar di Malaysia.
Mereka memiliki 3 ladang teh terkenal di Cameron Highland yang terletak di kawasan Ringlet dan Brinchang.
Ladang teh yang terletak di Sungai Palas ini mempunyai keluasan 8 ribu ekar.
Merupakan ladang teh yang terluas di Asia Tengara.
Di sini anda dapat melawat kilang teh sambil mempelajari sedikit tentang process membuat uncang Teh Boh.
Anda juga boleh berehat sambil menghirup satu cawan teh Boh panas di kafe yang disediakan.
Jika anda hanya sempat melawati satu tempat sahaja semasa berada di Cameron Highland nanti, pastikan anda datang ke sini kerana pemandanganya memang luar biasa.
Bayaran Masuk: Percuma
Waktu Operasi: Selasa – Ahad (9.00am – 4.30pm)
Lokasi: Ladang Teh Boh, Ringlet, 39200, Cameron Highlands
8. Kebun Anggur
Terdapat 2 buah kebun anggur di Cameron Highlands iaitu di Blue Valley & Bertam Valley.
Musim anggur agak unik sikit, anda kena tahu timing yg sesuai untuk datang @nak bergambar & petik anggur.
Sila sila tambah mana yang tertinggal 🤣🤣🤣
hotel murah cameron highland 在 Aisyah Habshee Youtube 的精選貼文
Nak pergi overseas tapi takut, so nak bayar tourist guide... TAPI MAHAL ?!
Video kali ni, Aisyah share dengan korang pengalaman Aisyah di Bandung, Indonesia selama 4 hari 3 malam, berserta tips and trick sepanjang di sana !
ini adalah antara website yang Aisyah rujuk sepanjang proses percutian ni:
trans studio bandung: http://www.transstudiobandung.com/
Traveloka : https://www.traveloka.com/en-my/
The Lodge Maribaya: https://www.thelodgemaribaya.com/
Floating Market Bandung: https://travel.kompas.com/read/2018/09/24/181300727/7-aktivitas-seru-saat-liburan-di-floating-market-lembang-bandung?page=all
Farm House Bandung: https://alampriangan.com/farm-house-lembang-bandung/
Malindo Air: https://www.malindoair.com/
Air Asia: https://www.airasia.com/en/gb?gclid=CjwKCAjwk93rBRBLEiwAcMapUdZkizHR85wtOSVYgFjgkaj3Fd_s8ZdBuIdoJ8ohKAQMs7RP0M0XMRoCHRAQAvD_BwE&gclsrc=aw.ds