Kawan2 yg sy kasihi minta tlg viralkan insan ini byk menjalankan kerja2 dakwah terutsma anak2 muda yg tersasar jauh drp landasan agama...😔😔😔
Kuala Lumpur: "Saya anggap ini hadiah daripada Allah SWT dan saya tenang menghadapinya. Kalau kimoterapi nanti buat saya lemah hingga ceramah dibatalkan, saya rasa rugi sebab cita-cita saya nak mati ketika menyampaikan ceramah agama."Demikian kata penceramah bebas, Ustaz Mohamed Hanafiah Abdul Malek, 43, selepas disahkan menghidap kanser Limfoma pada 31 Januari lalu.Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Ustaz Hanafi berkata, kesakitan mula dirasai ketika menunaikan umrah pada Disember lalu."Saya pergi ke klinik kerana gastrik sebelum dirujuk ke hospital untuk membuat ultrasound dan imbasan CT."Pembedahan membuang sel kanser sebesar 10 sentimeter panjang kali 7 sentimeter lebar dengan berat 1 kilogram kemudian dilakukan di hospital swasta 1 Februari lalu," katanya ketika dihubungi hari ini.Beliau berkata, doktor menjangkakan kemungkinan sel kanser itu sudah berada dalam badannya sejak 10 tahun lalu tetapi tidak disedarinya.Ustaz Hanafi bagaimanapun enggan 'duduk diam' dan meneruskan aktivitinya seperti biasa."Aktiviti seperti ceramah saya teruskan macam biasa sebab saya tak ada rasa sakit cuma penat sedikit mungkin belum sembuh sepenuhnya."Program di TV9 (Tanyalah Ustaz) juga masih berjalan. Kadangkala saya membantu penerbit mencari golongan ingin kembali ke pangkal jalan," katanya yang juga Penasihat Rumah Anak Yatim Fakir Miskin Al Habbah di Batu Caves, Selangor.Beliau juga sedang giat mengumpul dana RM300,000 untuk membina surau di rumah kebajikan yang memfokuskan pembelajaran tahfiz itu.Di samping itu, beliau juga sebenarnya memerlukan bantuan kewangan untuk menampung kos rawatan kimoterapi antara RM300,000 hingga RM500,000 bagi sembilan sesi."Saya dengan perasaan malu dan terharu, kalau ada yang ingin membantu... sebab saya anggap 'hadiah' daripada Allah ini mungkin ada hikmah."Siapa membantu... saya doakan murah rezeki dan di tambah rezeki. Sahabat juga dalam kesusahan, jadi saya doa murah rezeki dan mendapat syurga paling hampir dengan Allah SWT," katanya mengenai usaha rakan terdekat membantu mengumpul dana untuk dirinya.Ustaz Hanafi yang aktif menunggang motosikal berkuasa tinggi juga berhasrat untuk menjual motosikal kesayangannya model Kawasaki GTR1400."Saya nak jual motosikal itu lepas pakai empat tahun. Tujuannya untuk tanggung kos rawatan saya. Jadi selepas ini saya pakai motosikal kecil saja."Kepada semua, doakan saya sembuh daripada penyakit ini dan harapnya kimoterapi nanti tidak menyebabkan saya lemah,” katanya yang mempunyai sembilan anak dan menetap di Taman Sri Gombak, di sini.Beliau akan memenuhi undangan ceramah pada minggu depan di Kulim, Kedah; Ipoh, Perak dan Air Hitam, Johor.Sesiapa yang ingin membantu boleh salurkan sumbangan ke akaun CIMB 7001645436, Maybank 162405085541 atau BANK ISLAM 14162020096634 (Mohamed Hanafiah bin Abdul Malek).Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Mac 2017 @ 5:14
jalan ipoh klinik 在 Azizan Osman Facebook 的精選貼文
Bila kali terakhir, anda betu-betul pasti dengan apa yang anda buat?
Bila kita nak buat sesuatu, kita mesti pasti dengan apa yang kita nak buat. Tapi, susah nak dapatkan kepastian kalau kita tiada ilmu yang betul.
Demi nak mencapai kepastian, ramai orang pergi berguru dan baca pelbagai buku tapi tetap tak pasti juga.
Kenapa? Kerana anda tidak dapat guru yang betul dan anda tidak membaca bahan yang betul yang boleh memberikan anda rasa pasti dengan apa yang anda nak buat.
Buku Mudahnya Berniaga, boleh membantu anda untuk betul-betul rasa pasti dengan apa yang anda nak niagakan, dengan cara yang betul dan dengan jalan yang paling mudah.
Anda dengar sendiri perkongsian dari Dr Azizan Osman sekarang.
Kami yakin anda tahu cara terbaik untuk meningkatkan pendapatan ialah melalui perniagaan. Kami ingin bantu anda untuk lebih pasti dengan apa yang anda mahu niagakan dan dengan cara perniagaan yang betul. Anda hanya perlu Hadir ke Klinik Usahawan Dr Azizan Osman – Seminar Mudahnya Berniaga 2016. Temui Dr Azizan Osman April ini.
Hanya dengan RM30 seorang untuk pendaftaran 3 orang bersekumpulan, anda akan perolehi ilmu Mudahnya Berniaga secara ‘Live’ oleh Dr Azizan Osman.
Anda masih berpeluang untuk mendaftar di www.KlinikUsahawan.com atau hubungi kami di 1-300-88-2424 sekarang.
Kami akan menjelajahi Ipoh dan Alor Star pada hujung minggu ini. Daftar sekarang dan jumpa kami nanti!
#TeamAzizan
jalan ipoh klinik 在 Klinik Medilove Jalan Ipoh | Kuala Lumpur - Facebook 的推薦與評價
要求预约。 Klinik Medilove Jalan Ipoh Address: 16, Jalan Batu Ambar, Taman Kok Lian, 51200 Kuala Lumpur, ... ... <看更多>