RESIPI DAGING HARIMAU MERAUNG BY CIKGU AFY 🐔🔥
A. RESEPI DAGING HARIMAU MERAUNG
1. Basuh bersih 500 gram daging.
Perapkan dengan bahan di bawah:
(Kuantiti cikgu agak-agak sahaja)
- 1 senduk kecil sos blackpepper
- 1 senduk kecil kicap lemak manis
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar kicap pekat
- 1 sudu kecil lada hitam kisar
- secubit dua serbuk kunyit
- sedikit perencah secukup rasa
2. Tambahkan bahan tumbuk:
- sebatang serai
- sehiris nipis halia
- seulas bawang putih.
Gaul mesra kesemuanya.
Perapkan selama setengah jam.
3. Panaskan pan dengan satu sudu minyak.
Masukkan daging yang sudah diperap tadi.
Bakar dalam api perlahan lebih kurang setengah jam atau sehingga daging masak.
*baki sos perapan tadi jangan dibuang*
Daging yang dibakar jangan terlebih masak.
Sebab nanti rasa daging kering)
*nak tahu masak ke tak cikgu hiris sikit. Nampak daging warna merah jambu pudar tu tanpa air darah okay dah*
4. Sementara daging dimasak, bolehlah terus siapkan sambal pencicahnya.
5. Sebelum daging diangkat masukkan lebihan sos tadi dan sautekan seketika. Hirislah daging nipis-nipis.
B. RESEPI SAMBAL PENCICAH
1. Sediakan bahan di bawah:
- 3 tangkai cili merah
- 4 tangkai cili padi hijau
- sehiris nipis halia
- 1 relung kecil nisse / gula melaka
- 4 sudu besar sos ikan
2. Kisar semua bahan di atas dengan sedikit air kosong.
3. Masukkan dalam mangkuk.
Tambahkan perahan sebiji asam limau nipis dan sehiris lemon. Juga 2 ulas bawang putih yang diracik halus.
4. Perasakan dengan sedikit perencah secukup
rasa. Kacau.
5. Akhir sekali taburkan hirisan daun ketumbar dan bijan yang sudah disangai.
Selamat mencuba.
Semoga bermanfaat.
Kredit: Afy Al Habibi
同時也有6部Youtube影片,追蹤數超過1萬的網紅Rasaflix,也在其Youtube影片中提到,Buat peminat roti jala, boleh la buat roti jala ros ni..bahan untuk membuat jala bunga rose ni sama jer tau dengan roti jala biasa cuma beza warna dan...
「jambu air」的推薦目錄:
- 關於jambu air 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的最佳貼文
- 關於jambu air 在 Facebook 的最佳貼文
- 關於jambu air 在 Syedot ASMR Facebook 的最佳貼文
- 關於jambu air 在 Rasaflix Youtube 的最讚貼文
- 關於jambu air 在 Rasaflix Youtube 的最佳貼文
- 關於jambu air 在 Rasaflix Youtube 的最佳貼文
- 關於jambu air 在 Jambu air - 首頁 的評價
- 關於jambu air 在 Jambu air marun | Taman buah, Pohon buah, Buah - Pinterest 的評價
jambu air 在 Facebook 的最佳貼文
Terima kasih pihak surau hantar Bubur Asyura hari ni.
Anak tanya, dari mana asal usul Bubur Asyura?
Alkisahnya, Pada zaman dahulu kala, ada seorang anak raja mendapati akan semua anak perempuan Menteri ramainya ‘betina’, tak nak jodohnya dengan betina, maka anak raja menyamar menjadi rakyat dah telah berkelana mencari jodoh merangkap bakal permaisuri Negara Pura Cendana,
Sebagai ujian untuk bezakan antara betina dan perempuan, anak raja yang Bernama Tun Nila Utama putera mahkota telah bawa satu bungkusan makanan yang di campur gaur di dalam satu bekas, maka jika ada wanita itu yang sudi masak, akan di jadikan permaisuri Negara Pura Cendana kerana perempuan itu sifatnya bijak dan rajin. Jika bodoh dan malas: Sah betina!
Arakia, kebanyakkan anak dara telah menolak tawaran untuk memasak barang yang bercampur gaur antara beras, garam, kunyit, lada hitam, tepung penaik, bijih kas kas, tongkat ali, kacip fatimah, serbuk peledak, daun ketum, ketumbar, halba, halwa, lengkuas, bijih jagung, kacang, biji jambu, rempah ratus, serta banyak lagi, malahan menuduh anak raja itu walaupun hensem, tapi otak mereng!
Anak Raja sabar kena reject, higgalah pada 10 Muharam, seorang anak dara cantik jelita bernama Dang Wangi, yang sudi memasak karung yang macam 'plastik sampah' itu.., alah senang sajer, dah berkumpul dalam satu bekas?, maka kita masak bubur asyura sahaja lah. Woha!
Demikianlah asal usul Bubur Asyura!
“Ayah, betul ke cerita ni?”
Isteri gelak berdekah, anak anak kerut kening sebab ayah dia biasanya bercakap fakta sahaja, tapii tulah budak budak zaman sekarang, lawak P Ramlee dah tak sampai punch line sebab mereka tak menonton pun, adohai..
Apa pun terima kasih pihak surau bagi hadiah Bubur Asyura.. Sebenarnya takde kisah yang dapat kita sandarkan pada Nabi secara direct, namun bagi makan percuma adalah Sunnah tak kisah apa makananpun asalkan halal…
Jika ada yang tanya, biadaah ke sunnah amalan ini?
InsyaAllah, sunnah bagi makan pada jiran tentangga.
Jika ada pihak masih tak puas hati, untuk periksa sesuatu amalan itu di terima atau tidak oleh Allah, ada empat syarat asas kita boleh semak
(1) Adakah ini perintah Allah?
(2) Jika ini Perintah Allah bagaimana Nabi buat? Atau Jika Nabi tidak buat, dan amalan ini Bidaah Hasanah, bagaimana Ulamak buat?
(3) Adakah kamu buat kerana Allah?
(4) Oleh kerana amalan ini baik, bagaimana kamu istiqamahkan?
Okey, begitulah 4 soalan asas untuk cross check amalan kita ini bakal diterima oleh Allah atau di reject.
Dalil..
(1) Adakah ini perintah Allah?
(Sudah semestinya perintah Allah akan mendapat pahala)
(2) Jika ini Perintah Allah bagaimana Nabi buat? Atau Jika Nabi tidak buat, dan amalan ini Bidaah Hasanah, bagaimana Ulamak buat?
(Sunnah Nabi jika buat, pasti Allah terima, dan jika Bidaah Hasanah dari ulamak, juga Allah terima kerana Ulamak adalah pewaris Nabi)
(3) Adakah kamu buat kerana Allah?
(kena ikhlas, jangan riak-InsyaAllah)
(4) Oleh kerana amalan ini baik, bagaimana kamu istiqamahkan?
(Allah suka amalan yang walaupun sikit asalkan istiqamah, kami cuba!)
Okey, dah faham bab dalil, sempurna 4 soalan ini, insyaAllah ada kebaikkan, maka mari kita uji amalan memasak bubur Asyura dengan empat soalan ini.
(1) Adakah ini perintah Allah?
(Ya, derma bagi makan apa apa makanan halal, adalah perintah Allah)
(2) Jika ini Perintah Allah bagaimana Nabi buat? Atau Jika Nabi tidak buat, dan amalan ini Bidaah Hasanah, bagaimana Ulamak buat?
(Nabi pernah buat jamuan bagi makan, waktu perang, atau waktu berdakwah, niat tiru amalan bagi makan macam zaman Nabi)
(3) Adakah kamu buat kerana Allah?
(Tiada riak, susah nak masak bubur ni, dan tak minta derma, hanya kerana Allah, Alhamdulillah)
(4) Oleh kerana amalan ini baik, bagaimana kamu istiqamahkan?
(okey, tiap tahun bulan Muharam, kami cuba istiqamah, sambil bercerita tentang kisah Nabi Nuh, juga kisah Nabi Muhammad, sambil derma makanan, sambal berdakwah, alhamdulillah)
Okey, habis pencerahan bab Bubur Asyura, kena stop sebab anak bini dah meleleh air liur nak makan, setahun kali jumpa ni.
Alhamdulillah.
Selamat manjamah Bubur Asyura.
Woha!
jambu air 在 Syedot ASMR Facebook 的最佳貼文
buah tempatan Hampir Pupus! BUAH SENTUL (Mukbang MSISFEL - The Brand of Success
⠀
Jom Order Sambal Colet SISFEL - The Brand of Success: http://www.wasap.my/60136535824
⠀
allahu ramai request dari dulu untuk makan buah buahan yang lebih sihat daripada asik makan fast food sahaja! demi korang! video hari ini adalah mukbang buah buahan tempatan! iaitu buah RARE Buah Sentul, Buah Naga Kuning, Buah Jambu Batu, Buah Jambu Air, Buah Nenas, Buah Pear, Buah Kendondong, Buah Belimbing, Buah Anggur, Buah Mangga Merah
SISFEL - The Brand of Success
SISFEL - The Brand of Success
SISFEL - The Brand of Success
⠀
#asmr #asmrcommunity #asmrmukbang #asmrsound #asmreatingshow #mukbang #mukbangmalaysia #mukbangindonesia #mukbangasmr #eatingshow #eatingsound #foodporn #foodie #klfoodie #halalfoodie #penangfoodie #johorfoodie #kfc #mcdonalds #viralmalaysia #malaysianfood #foodiebm #tiktokmalaysia #instadaily #instafood #instafoodie #syedotasmr #food
jambu air 在 Rasaflix Youtube 的最讚貼文
Buat peminat roti jala, boleh la buat roti jala ros ni..bahan untuk membuat jala bunga rose ni sama jer tau dengan roti jala biasa cuma beza warna dan cara tirai tu je. Jom try buat..
Resepi Roti Jala Ros & Kari Ayam | Rose Net Crepes & Chicken Curry Recipe
//Bahasa Melayu
--------------------------------------------------------------------------------------------
Resepi Roti Jala Ros & Kari Ayam
Bahan-bahan (Roti Jala)
1 cwn tepung gandum
1 sk garam
1 biji telur
1/2 cwn air
1/2 cwn susu segar
1 sk pewarna merah jambu
1 sk pewarna hijau
Bahan-bahan (Kari Ayam)
1 biji kentang (dipotong dadu)
500 gm isi ayam (dipotong kecil)
1/2 cwn minyak masak
200 ml santan
1/2 cwn air (ikut kepekatan kuah)
1/2 sb garam
1/4 cwn air limau nipis
8 sb rempah kari daging
2 sb serbuk cili
sedikit air
Bahan-bahan untuk dikisar
4 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
sedikit air
Bahan-bahan untuk ditumis
2 tangkai daun kari
2 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 buah pelaga
1 biji bawang merah (dihiris)
Nota: Bancuh rempah kari terdahulu sebelum masak untuk mendapatkan kepekatan kuah kari sekata.
Cara memasak (Roti Jala)
1. Masukkan tepung gandum, telur, air, susu dan garam ke dalam pengisar.
2. Kisar bahan-bahan sehingga halus.
3. Bahagikan adunan tersebut ke dalam dua mangkuk.
4. Warnakan setiap satu adunan dengan pewarna merah jambu dan hijau. Masukkan adunan merah jambu ke dalam botol picit dan adunan hijau ke dalam piping bag.
5. Panaskan non-stick pan dengan api perlahan. Picit adunan merah membentuk garisan melintang. Kemudian, lakarkan garisan berombak. Titiskan tiga titis adunan hijau di bahagian atas garisan berombak membentuk daun.
6. Biarkan selama 1-2 minit atau sehingga adunan masak.
7. Angkat dan gulung menjadi bentuk bunga ros.
Cara memasak (Kari Ayam)
1. Bancuh rempah kari dan serbuk cili dengan sedikit air untuk dijadikan pes.
2. Kisarkan bawang putih, bawang merah dan halia bersama air sehingga lumat.
3. Panaskan minyak, tumiskan daun kari, kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bawang merah sehingga naik bau.
4. Masukkan bahan kisar dan kacau seketika sehingga kekuningan.
5. Masukkan pes kari. Teruskan menumis hingga pecah minyak (tambahkan air jika terlalu kering untuk elak daripada jadi hangit).
6. Masukkan ayam dan kentang.
7. Kacau seketika selama 2-3 minit dan tambahkan air limau nipis. Masak sehingga ubi kentang dan ayam menjadi empuk.
8. Tambahkan santan dan perasakan dengan garam. Tunggu sehingga mendidih dan siap untuk dihidangkan.
//English
--------------------------------------------------------------------------------------------
Rose Net Crepes & Chicken Curry
Ingredients (Net Crepes)
1 cup of all-purpose flour
1 tsp of salt
1 nos egg
1/2 cup of water
1/2 cup of fresh milk
1 tsp of pink food coloring
1 tsp of green food coloring
Ingredients (Chicken Curry)
1 potato (diced)
500 gm chicken fillet (cut into small pieces)
1/2 cup of cooking oil
200 ml coconut milk
1/2 cup of water (according to the gravy consistency)
1/2 tbsp of salt
1/4 cup of key lime juice
8 tbsp of meat curry powder
2 tbsp of chili powder
bit of water
Ingredients for grinding
4 onions
4 cloves of garlic
1 inch ginger
bit of water
Ingredients for saute
2 stalks of curry leaves
2 cinnamon sticks
2 star anise
3 cardamoms
1 onion (sliced)
Note: Make the curry powder paste first before cooking to get an even curry gravy consistency.
Cooking methods (Net Crepes)
1. Put all-purpose flour, egg, water, milk and salt in a blender.
2. Blend all ingredients until smooth in texture.
3. Divide the batter into two bowls.
4. Color each batter with pink and green food coloring. Pour pink batter into a squeeze bottle and green batter into a piping bag.
5. Heat non-stick pan to low heat. Squeeze pink batter forming horizontal line. Then, draw wavy line. Drop three dots of green batter at the top of wavy line to forming leaves.
6. Let it be for 1-2 minutes or until fully cooked.
7. Remove and roll to rose shape.
Cooking methods (Chicken Curry)
1. Mix curry powder and chili powder with bit of water to make a paste.
2. Grind garlic, onion, and ginger with water until smooth.
3. Heat the oil, saute curry leaves, cinnamon sticks, cardamoms, star anise and onion until fragrant.
4. Add in grinded ingredients and stir for a while until golden.
5. Add in curry paste. Continue sauteing until the oil separates (add water if it is too dry to avoid burnt).
6. Add in chicken pieces and potatoes.
7. Stir for about 2-3 minutes and add in key lime juice. Cook until potatoes and chicken are tender.
8. Add in coconut milk and season with salt. Bring to a boil and it is ready to be served.
Resepi Kari Ayam, boleh tonton disini : https://youtu.be/1yAzYEtKGMU
Nak resepi lagi?
Sertai Rasaflix di https://rasaflix.net
#roti #kari #ayam #rotijala #kariayam
#kisahdunia #rasaflix
#dapoqmanis #mr_lovva #makenon #nntaca #kdboom #nrsalnaz

jambu air 在 Rasaflix Youtube 的最佳貼文
Tentu ramai yang kenal dan pernah makan makanan tradisi ni kan? Kali ni, ketayap ni lagi menarik tau dengan corak polkadot..corak yang comel, tekstur yang lembut dan rasa inti yang manis tu, gerenti kanak-kanak suka..jom try buat..
Resepi Kuih Ketayap Polkadot | Polka Dot Sweet Coconut-Filled Crepe Recipe
//Bahasa Melayu
--------------------------------------------------------------------------------------------
Bahan-bahan (Kulit Ketayap)
1/2 cwn tepung gandum
1 biji telur
2/3 cwn santan
1/2 sk garam
1 1/2 sb minyak jagung
1/2 sk esen pandan
1/2 sk pewarna makanan merah jambu
1/2 sk pewarna makanan hijau
1/2 cwn air
Bahan-bahan (Inti Kelapa)
2 cwn kelapa parut
1/2 cwn gula Melaka (dihiris)
5 sb air
2 helai daun pandan (disimpul)
1/2 sk garam
Cara memasak
1. INTI KELAPA: Masukkan air, hirisan gula Melaka dan daun pandan (disimpul) ke dalam kuali. Masak dengan api kecil sehingga gula larut sepenuhnya.
2. Kemudian, masukkan kelapa parut dan garam.
3. Kacau sehingga kelapa parut tadi bercampur rata dengan larutan gula melaka. Inti akan menjadi keperangan.
4. LAPISAN KETAYAP: Masukkan bahan-bahan yang diperlukan ke dalam pengisar kecuali minyak jagung dan pewarna makanan.
5. Kisar sehingga halus dan tidak berketul. Kemudian, masukkan minyak jagung ke dalam adunan.
6. Bahagikan adunan kepada dua mangkuk secara sama rata.
7. Masukkan pewarna makanan hijau ke dalam mangkuk pertama dan pewarna makanan merah jambu ke dalam mangkuk yang kedua.
8. Oleskan sedikit minyak jagung pada kuali untuk elak kulit ketayap daripada melekat. Gunakan api sederhana.
9. Titiskan dahulu adunan berwarna merah jambu untuk membentuk polkadot. Biarkan seketika.
10. Kemudian, masukkan 1/2 senduk adunan hijau.
11. Apabila kulit ketayap sudah masak, boleh angkat.
12. Terus letakkan inti dan gulung kemas.
13. Ulangi sehingga adunan tadi habis.
//English
--------------------------------------------------------------------------------------------
Ingredients (Crepe Skin)
1/2 cup of wheat flour
1 nos egg
2/3 cup of coconut milk
1/2 tsp of salt
1 1/2 tbsp of corn oil
1/2 tsp of pandan essence
1/2 tsp of pink food coloring
1/2 tsp of green food coloring
1/2 cup of water
Ingredients (Coconut Filling)
2 cups of grated coconut
1/2 cup of palm sugar (shaved)
5 tbsp of water
2 strands of pandan leaves (knotted)
1/2 tsp of salt
Cooking methods
1. COCONUT FILLING: Put water, shaved palm sugar and pandan leaves (knotted) in a pan. Cook over low heat until sugar is completely dissolved.
2. Then, add in grated coconut and salt.
3. Mix until grated coconut and palm sugar mixture are well-combined. The filling will be brownish.
4. CREPE SKIN: Put all ingredients needed in a blender except corn oil and food coloring.
5. Blend until the batter is smooth and free of lumps. Then, put corn oil in the batter.
6. Divide batter evenly into two bowls.
7. Put green food coloring in the first bowl and pink food coloring in the second bowl.
8. Grease pan with bit of corn oil to avoid crepe skin from sticks to pan. Use medium heat.
9. Drop bit of pink batter forming polka dot. Let it be for a while.
10. Then, add in 1/2 ladle of green batter.
11. When the crepe skin is ripe, remove from the pan.
12. Continue to place coconut filling on it and roll neatly.
13. Repeat until there is no batter left.
Nak resepi lagi?
Sertai Telegram Rasaflix di
https://t.me/rasaflix
#ketayap #kuihketayap #polkadot #kuihketayappolkadot #warnawarni #resepikuihketayap #kuihmuih #makananringan #dessert
#kisahdunia #rasaflix
#makenon #kdboom #mr_lovva #nntaca

jambu air 在 Rasaflix Youtube 的最佳貼文
Woww..cantiknyaa puding strawberi ni..rasa masam-masam manis dia ni pula memang sesedap rasa la..kena try guys..
Resepi Puding Strawberi Salju Lembut | Soft Strawberry Snow Pudding Recipe
//Bahasa Melayu
--------------------------------------------------------------------------------------------
Bahan-Bahan (Lapisan Putih)
4 gm serbuk agar-agar
1 sk esen vanila
200 ml susu segar
50 gm gula
175 ml krim putar tenusu
Bahan-Bahan (Lapisan Strawberi)
4 gm serbuk agar-agar
1/2 sk pewarna makanan merah jambu
250 gm strawberi
75 ml air
70 gm gula
1 telur putih
Bahan-Bahan (Lapisan Coklat)
4 gm serbuk agar-agar
375 ml susu segar
25 gm serbuk koko
65 gm gula
1 telur kuning
Nota:
Guna loyang berukuran 8 inci.
Tips:
1) Tuang lapisan kedua sebelum lapisan pertama betul-betul mengeras. Jika tidak kedua-dua lapisan tidak akan melekat bersama. Jika lapisan pertama sudah cukup keras, goreskan permukaan lapisan dengan garfu atau apa-apa kutleri yang tajam sebelum tuangkan lapisan kedua.
2) Pastikan anda tuang lapisan kedua ketika ia masih panas supaya kedua-dua lapisan dapat melekat dengan mudah.
Cara Memasak
1. LAPISAN SUSU: Panaskan susu segar, serbuk agar-agar dan esen vanila pada api sederhana.
2. Kemudian, tambah gula dan kacau hingga gula melarut.
3. Matikan api. Tambahkan krim putar tenusu dan kacau rata.
4. Potong buah strawberry kepada kepingan untuk lapisan hiasan. Kemudian, susun pada dasar loyang.
5. Tuangkan campuran susu ke dalam loyang dan biarkan ia mengeras.
6. LAPISAN STRAWBERI: Kisar buah strawberry hingga lumat.
7. Satukan strawberry puree dengan air, serbuk agar-agar, pewarna merah jambu dan gula. Masak atas api perlahan hingga gula dan agar-agar larut. Matikan api.
8. Dalam mangkuk yang kering, pukul putih telur sehingga kental dan kaku.
9. Kemudian, tuangkan campuran strawberry ke dalam putih telur yang telah dipukul. Kacau hingga rata.
10. Tuangkan campuran strawberry perlahan-lahan di atas lapisan susu tadi dan biar ia mengeras.
11. LAPISAN COKLAT: Panaskan susu, serbuk agar-agar dan gula pada api sederhana. Kacau sehingga larut.
12. Tambahkan serbuk koko dan kuning telur ke dalam campuran agar-agar. Tutupkan api dan kacau secepat mungkin sehingga sebati.
13. Dengan perlahan, tuangkan campuran coklat ke atas lapisan strawberry.
14. Biarkan puding sejuk dan mengeras. Sejukkan dalam peti ais untuk rasa yang padu.
//English
--------------------------------------------------------------------------------------------
Ingredients (White layer)
4 gm jelly powder (agar-agar)
1 tsp of vanilla essence
200 ml fresh milk
50 gm sugar
175 ml dairy whipping cream
Ingredients (Strawberry layer)
4 gm jelly powder (agar-agar)
1/2 tsp pink food coloring
250 gm strawberries
75 ml water
70 gm sugar
1 egg white
Ingredients (Chocolate layer)
4 gm jelly powder (agar-agar)
375 ml fresh milk
25 gm cocoa powder
65 gm sugar
1 egg yolk
Note:
Use 8-inch square pan.
Tips:
1) Do not wait until the first layer is completely set before pour in second layer, or else the two layers will not stick together. If the first layer is already harden beforehand, scratch the surface of first layer with fork and proceed to pour in second layer.
2) Ensure to pour in second layer while still hot so that it will easily stick with the first layer.
Cooking Methods
1. MILK LAYER: Heat fresh milk, jelly powder, and vanilla essence over medium heat.
2. Then, add in sugar and stir until sugar is fully dissolved.
3. Turn off the heat. Add in dairy whipping cream and stir well.
4. Cut strawberries into slices for garnish layer. Then, arrange them onto a square pan.
5. Pour in milk mixture and let it harden.
6. STRAWBERRY LAYER: Grind strawberries until smooth.
7. Mix strawberry puree with water, jelly powder, pink food coloring and sugar. Cook them over low heat until sugar and jelly powder are fully dissolved. Turn off the heat.
8. Inside a dry bowl, beat egg white until thick and stiff.
9. Then, pour strawberry mixture into beaten egg white. Mix them well.
10. Gently pour strawberry mixture over the milk layer and let it harden.
11. CHOCOLATE LAYER: Heat milk, jelly powder and sugar over medium heat. Stir until they are fully dissolved.
12. Add cocoa powder and egg yolk into the jelly mixture. Turn off the heat and stir them briskly until they are well-combined.
13. Gently pour chocolate mixture over the strawberry layer.
14. Let the pudding cool and harden. Chill inside refrigerator for a better taste.
Nak resepi lagi?
Sertai Telegram Rasaflix di
https://t.me/rasaflix
#pudingstrawberi #strawberrypudding #pudding #strawberi #pencucimulut #dessert #creamy #chocolate
#kisahdunia #rasaflix
#cempakaberasap #lemankakap #mr_lovva #kdboom #rinrinchan

jambu air 在 Jambu air marun | Taman buah, Pohon buah, Buah - Pinterest 的推薦與評價
Jambu air marun Fruits And Vegetables Pictures, Vegetable Pictures, ... Bibit buah dan pupuk buah on Instagram: “Jambu Air Black Diamond adalah Jambu air ... ... <看更多>
jambu air 在 Jambu air - 首頁 的推薦與評價
Jambu air , 馬格朗。 172 個讚· 47 個打卡次。本地商家. ... <看更多>