Fenomena Agama Baru Di Jepun
Artikel sebelum ini dibincangkan mengenai kepercayaan Shinto yang menjadi simbolik kepada kepercayaan kuno masyarakat Jepun. Untuk perbahasan kali ini pula menfokuskan situasi sebenar keagamaan masyarakat moden di Jepun.
Umum mengetahui bahawa pada suatu ketika dahulu, agama Shinto pernah menjadi agama rasmi negara Jepun, namun pada hari ini terdapat sangat sedikit masyarakat Jepun yang benar-benar mengaku sebagai penganut agama Shinto. Walaupun secara umumnya, majoriti masyarakat Jepun akan terlibat dengan ritual dan adat budaya kuno yang memiliki unsur keagamaan Shinto, akan tetapi mereka hanya sekadar menganggap ia adalah budaya dan bukan lagi amalan agama yang mesti untuk mereka pegang.
Sebab itu situasi masyarakat Jepun kontemporari sering kali dipalitkan dengan apatisme yang memiliki sikap tidak mempedulikan tentang agama. Persoalannya adakah benar masyarakat Jepun apatisme?
Kelahiran Agama Baru Di Jepun
Agak menarik apabila diperhatikan bingkai keagamaan di Jepun dilihat mula mengalami perubahan yang ketara selepas abad ke 19 M. Menurut Agency For Cultural Affairs, bermula sejak tahun 1800 M – 2000 M terdapat tidak kurang dari 40 buah agama baru yang mula wujud dan berkembang di Jepun.
Ahli teologi dari Jepun mengklasifikasikan semua pertubuhan agama yang diasaskan sejak pertengahan abad ke 19 termasuk dalam ketegori agama. Mereka disebut Shinshukyo atau Shukyo Shinko, oleh itu istilah ini merujuk kepada kepelbagaian agama dan beberapa organisasi. Di bawah ini hanya menyenaraikan beberap agama baru yang agak terkenal di Jepun antaranya:
1) Tenrikyo
Tenrikyo atau Tenriisme adalah pecahan daripada agama Shinto. Ia adalah aliran yang mengasingkan dari fahaman Shinto-Buddha yang pesat berkembang pada awal abad 18. Tenrikyo membawa fahaman yang agak berlainan dengan Shinto yang asal. Ini kerana mereka percaya kepada konsep monoteisme dan mereka tidak mempercayai konsep ketuhanan yang pelbagai. Aliran ini di asaskan oleh seorang tokoh wanita pada abad ke-19 Jepun yang bernama Nakayama Miki, yang dikenali kepada pengikut beliau sebagai Oyasama.
Pengikut Tenrikyo percaya bahawa Tuhan yang satu itu dikenali dengan beberapa nama termasuk Tenri-o-no-Mikoto. Jumlah kuil Tenrikyo pada hari ini sekitar 16.833 buah telah di dirikan di Jepun. Jumlah pengikut mereka dianggarkan sebanyak 1.75 juta di Jepun dan dianggarkan mempunyai lebih 2 juta di seluruh dunia.
Melihat kepada aliran Tenrikyo pada hari ini ia sudah memiliki wajah yang asing daripada agama Shinto. Tidak mustahil pada suatu hari nanti Tenrikyo akan menjadi sebuah agama asing dan tidak mengikat ajarannya dari fahaman Shinto.
Selain daripada Tenrikyo, terdapat juga agama Jepun yang mengamalkan monoteisme iaitu agama Seichō no Ie. Ia juga agama baru yang diwujudkan selepas perang dunia kedua. Agama ini mengajar prinsip hidup perlu dipenuhi dengan syukur dan berterima kasih kepada alam. Agama ini juga bertapak di Jepun.
Oleh disebabkan itu, jika dilihat kepada pecahan agama Shinto seperti Tenrikyo dan Seicho no Ie sangat berbeza dari sudut akar reformasinya terutama dalam konsep ketuhanan. Walaupun kedua agama ini adalah pecahan kepada Shinto yang memiliki kepercayaan kepada banyak dewa-dewi akan tetapi penstrukturan agama Tenrikyo agak berbeza kerana mereka memperkenalkan konsep monoteisme. Ini kerana asas ketuhanan Shinto itu sendiri tidak kukuh dan tidak memiliki kayu ukur kepada kepercayaan mereka. Ia menyebabkan berlakunya perubahan yang mendalam terutama dalam konsep ketuhanan.
2) Konkokyo
Konkokyo atau dikenali sebagai Konko juga merupakan satu aliran pecahan dari Shinto. Ia diasaskan oleh Bunjiro Kawate pada tahun 1859 di Jepun. Menurut jumlah terkini mereka memiliki 1550 buah kuil untuk aliran Konko dan mereka memiliki kira-kira 450,000 pengikut. Aliran Konko tersebar agak meluas kerana kuil mereka boleh ditemui di Amerika Syarikat, Kanada, Brazil, Jerman, Paraguay, dan Korea Selatan. Akan tetapi di luar Jepun, agama hanya mempunyai bilangan pengikut yang sedikit.
Konkokyo adalah aliran yang memiliki sinkretisme di Jepun dan mereka menyembah dewa Tenchi Kane No Kami.
3) God Light Association
God Light Association adalah sebuah agama baru yang lahir di Jepun. Dalam bahasa Jepun mereka dipanggil sebagai Shinshukyo atau Shukyo Shinko. Agama ini juga memiliki prinsip seperti agama Buddha dan Kristian. Agama ini diasaskan oleh Takahashi Shinji pada tahun 1970 secara rasmi memakai nama God Light Association (GLA). Agama ini juga banyak mencorak gerakkan agama-agama baru di Jepun.
Sejak bulan Mac 1973, GLA telah diiktiraf sebagai sebuah agama yang sah (shukyohojin) yang dilindungi di bawah undang-undang Jepun.
Takahashi Shinji membawa kepercayaan kepada Prinsip Ketuhanan (shinri) atau undang-undang alam yang telah ditetapkan oleh Tuhan. Beliau menyatakan hukum ini juga diturunkan Tuhan kepada zaman Jesus, Buddha, dan Musa. Beliau mendakwa membawa ajaran Buddha yang sebenar. Beliau juga mengaku sebagai seorang nabi.
Dalam buku yang beliau tulis berjudul Heart Sutra, ada mengatakan alam semesta ini dikawal oleh roh Tuhan atau dikenali sebagai Dai Uchu atau Dai Shinrei.
Apa yang menarik adalah dari sudut method penghuraianya itu menyebabkan orang tertarik dengan ajarannya. Beliau banyak menggunakan logik dan analogi saintifik dalam menghuraikan konsep keagamaan dan dengan cara itu menyebabkan orang Jepun mudah memahami ajarannya.
Namun, pada hari ini agama ini semakin memudar di Jepun dan yang berkembang adalah agama-agama di bawah pengaruh GLA seperti Happy Science.
4) Happy Science
Happy Science atau disebut dalam bahasa Jepun Kofuku no Kagaku adalah sebuah gerakan keagamaan dan kerohanian yang baru ditubuhkan di Jepun pada 6 Oktober 1986 oleh Ryuho Okawa. Ryuho Okawa merupakan seorang pengkagum Takahashi Shinji. Hasil daripada olahan pemikiran Takahashi, beliau sendiri menubuhkan agama baru iaitu Happy Science. Happy Science menjadi sebuah organisasi rasmi agama di Jepun pada 7 Mac 1991. Agama ini juga tergolong dalam kumpulan Shinshukyo atau shukyo Shinko (agama baru).
Pada bulan Februari tahun 2008 nama rasmi bagi agama ini telah ditukar dari sebutan Jepun Kofuku no Kagaku kepada Happy Science. Mereka memiliki pertubuhan yang dinamakan The Institute for Research in Human Happiness (IRH) dan memiliki syarikat penerbitan mereka sendiri iaitu IRH Press.
Happy Science mempercayai terdapat satu Tuhan yang paling berkuasa di alam semesta. Tuhan itulah layak disembah dan ia dikenali sebagai El Cantare. Perkataan El bermaksud cahaya dan Cantare bermaksud tanah atau bumi. El Cantare bermaksud tanah yang indah bumi bercahaya. Ia melambangkan kepada Tuhan.
Dalam sejarah penyebaran Happy Science terdapat banyak buku yang ditulis oleh Ryuho Okawa sehingga dikatakan mencecah 800 buah buku. Akan tetapi mereka ada sebuah buku yang paling utama iaitu Words of Truth The Dharma of the Right Mind yang dijadikan kitab suci utama yang dibaca ketika berada di dalam rumah ibadat mereka.
5) Pana Wave
Agama ini wujud hasil dari pecahan God Light Association (GLA) di Osaka yang mana diperkenalkan oleh Yuko Chino pada tahun 1977. Agama ini membawa satu gagasan pemikiran baru bahawa semua kejadian dan bencana alam yang berlaku di dunia ini adalah disebabkan agenda Komunis untuk memusnahkan mereka dengan gelombang elektromagnetik. Pana Wave banyak berdiri dengan hujah sains terutama dalam menangani isu gelombang elektomagnetik. Agama ini juga merupakan sinkretis daripada agama Kristian, Buddha, fahaman New Age dan sains fiksyen.
Dalam kajian mereka, ahli-ahli Makmal PanaWave menyimpulkan bahawa warna putih adalah warna terbaik untuk menangkis serangan gelombang dari pihak Komunis. Maka dengan itu sebagai langkah keselamatan, penganut Pana Wave mula menyelubungi diri mereka dari kepala sehingga kaki dengan pakaian berwarna putih.
Mereka juga mendakwa bahawa radiasi eletromagnetik telah menyebabkan kerosakan kepada alam sekitar dan juga perubahan iklim. Penganut Pana Wave menetapkan supaya memakai kain putih, kerana mereka percaya ia akan menghalang gelombang elektromagnetik yang berbahaya. Penganut Pana Wave dilihat fobia dengan eletromagnetik sehingga mendesak mereka supaya mencari penempatan yang kurang radiasi eletromagnetik.
Penganut Pana Wave percaya Yuko Chino adalah seorang nabi yang dibangkitkan selepas daripada Musa, Buddha dan Jesus. Ada juga dikalangan mereka menganggap beliau adalah tuhan. Akan tetapi setelah kematian Yuko Chino pada tahun 2006, agama ini mula memudar dan penganutnya ramai meninggalkan ajarannya.
Selain itu masih terdapat banyak lagi agama-agama lain yang berkembang di Jepun seperti agama Kurozumi-kyo, aliran Buddhis Soka Gakkai, Omoto, Honmon Butsuryū-shū, En'nō-kyō, Reiyū-kai, Shinnyo-en, Bussho Gonenkai Kyōdan dan banyak lagi pecahan aliran keagamaan di Jepun.
Kesimpulan
Jepun sering kali dikatakan sebuah negara yang memiliki masyarakat yang tidak mempedulikan agama, mereka bukan masyarakat ateisime. Walaupun sebahagian mengatakan masyarakat Jepun adalah terdiri daripada apateisme iaitu golongan yang tidak pedulikan tentang Tuhan. Secara peribadi kami tidak bersetuju dengan kenyataan itu disamping tidak menafikan kewujudan apateisme di Jepun kerana di mana-mana negara akan ada golongan ini. Ini kerana mereka meletakkan imej keagamaan sebagai unsur sampingan dan bukan perkara yang menjadi dasar di dalam setiap diri mereka. Hal ini terbina hasil dari sikap materialistik dikalangan masyarakat itu sendiri.
Jika merujuk kepada rata-rata masyarakat Jepun, asas kepada kepercayaan dewa dan kekuasaan Tuhan itu wujud di dalam jati diri masyarakat mereka tetapi ia seakan kontang dan tidak berisi. Hakikatnya masyarakat Jepun mahukan agama tetapi imej agama yang datang kepada mereka telah banyak mengecewakan mereka. Seperti agama Shinto yang menjadi kepercayaan asal mereka sudah tidak mendapat tempat di hati masyarakat Jepun. Shinto hanya dianggap tradisi di samping memiliki mitos-mitos yang dikaitkan Jepun. Hakikatnya dengan Shinto mereka hidup dengan tidak beragama.
Begitu juga dengan agama Aum Shinrikyo yang sinonim dengan teroris di Jepun. Gerakan ini didirikan oleh Shoko Asahara di Tokyo pada tahun 1984. Agama ini juga adalah hasil sinkretisme dari aspek Asahara, Kristian, Yoga, dan juga tulisan-tulisan Nostradamus. Akan tetapi pada tahun 1995 agama ini telah dipalitkan dengan keganasan kerana mereka telah menyerang orang awam di Tokyo. Tragedi serangan gas beracun di subway Tokyo pada tahun 1995 menyebabkan sentimen agama telah dipalitkan dengan ekstemis.
Manakala agama Pana Wave pula datang dengan membawa doktrin yang janggal dan pelik dengan membawa beberapa kali ramalan mengenai kehancuran dunia. Akan tetapi ternyata semua ramalan mereka tidak berlaku. Ia kelihatan kartun.
Akan tetapi, realitinya mereka bukan tidak mahu beragama akan tetapi mereka mencari agama yang bagaimana sesuai (logik) untuk mereka. Boleh dikatakan di Jepun, agama Islam masih lagi dianggap asing bagi mereka. Adalah tugas kita untuk menyampaikan kebenaran kepada semua manusia. InsyaAllah.
* Untuk penjelasan yang mendalam setiap agama di atas boleh lontarkan di ruang komen di bawah dan kami memiliki maklumat untuk semua agama-agama yang disebut di atas untuk rujukan semua.
R&D Team Multiracial Reverted Muslims
kane press 在 Moms Gone Strong 勁媽遊樂園 Facebook 的精選貼文
三年前的今天分享的20分鐘訓練~
照片人物: Marianne Kane (用雙16kg做單腳硬舉)
分享一下我是如何利用不同重量的壺鈴做忙碌媽咪專屬的簡短workout~
這次先介紹的三個主要動作是 clean/squat/press,因為使用的壺鈴重量不同,動作也會稍微不同。
當我使用10kg壺鈴時,我做 5 clean/5 squat/5 military press
當我使用12kg壺鈴時,我做5 clean/5squat/5thruster
當我使用8kg壺鈴時,我做5 clean/5 military press/5 overhead squat
三組動作難易不同,所以壺鈴使用重量也跟著調整改變。
暖身後,通常我會先用較重的壺鈴來開場,不是用20kg做單手單腳硬舉,就是用兩個12kg做單腳硬舉,或是用16或20kg的壺鈴做5分鐘的EDT盪壺。然後利用15分鐘的時間做上面其中一組訓練,最後還有時間的話再來個finisher~
只有20分鐘的一個小訓練,能讓我維持現階段的最佳體能,但是若要再進步,當然就要有ㄧ套program來遵循囉!就是如果我想要有一天能全程使用12kg做military press,我就要有一套訓練方法,比如說像我之前的EDT概念訓練,就讓我成功在一個月內順利升級到用12kg做military press(不過疏於訓練後又失去這能力XD)。
想要使用壺鈴做流暢的訓練,clean是必學的技巧,如果你還不會kettlebell clean這個動作,歡迎參加Formosa Fitness在本周日(4/14)上午11點將舉辦的中階壺鈴研習營,教練將指導你如何做單腳硬舉,clean,lunge,和floor press等動作,活動詳細內容請參考下面網址:
https://www.facebook.com/events/478117425575021/
擁有壺鈴這項健身利器,但是卻因為無法得到專業的指導而無法正確使用它,是非常可惜的一件事。希望家中有壺鈴的朋友,或是有在健身房教授會員壺鈴的教練,能多多把握這樣的研習機會,好好充實自己,並傳授正確的訓練方法!
kane press 在 J 爸的生活不全記錄(Life of J PA) Facebook 的最佳貼文
總算有可以從東京出發使用的北陸新幹線PASS(雖然有一點小貴)...
【資訊】(東京、北陸、大阪玩透透、2016年4月1日起就看「北陸弓形周遊券」!)
在北陸新幹線開通後,應該不少旅人都曾想過這種玩法: #東京北陸大阪一路玩 吧?
JR東日本與JR西日本共同攜手推出了新的周遊券商品「大阪・東京 北陸弓形周遊券」(Osaka・Tokyo Hokuriku Arch Pass、大阪・東京 北陸アーチパス),7日24,000円的售價不但包含新幹線,也可使用於能登鐵道(のと鉄道)、IR石川鐵道(IRいしかわ鉄道)、愛之風富山鐵道(あいの風とやま鉄道)等等,比JR全國版多了能登鐵道可搭乘,若想採取此玩法的朋友可參考以下報導。
值得注意的是,這張PASS拉起成田空港~關西空港兩端小手,所以可以A進B出,只要買同家航空公司來回票就可以這樣一路玩下去了!真不賴~^_^
~INFO~
JR東日本關於「大阪・東京『北陸アーチパス』」的介紹
https://www.westjr.co.jp/press/article/2015/…/page_7866.html
⊙路線圖出自JR西日本
⊙資訊引用自 Kane-Photo 肯尼 拍、旅、食
#JR東海繼續呈現毛利小五郎的沈睡狀態
#毛利小五郎中針數超過50回所以應該還會繼續睡吧
#2016年4月1日才開始販售現在不能預購啦
#北陸アーチパス #北陸弓形周遊券