"Sakit sangat ke, kuatlah semangat sikit, mak saya beranak 10 pun tak mengeluh macam ni!" Sedih sgt bila uami sendiri kata mcm ni masa mengandung anak pertama pulak tu. Dahlah pedih ulu hati, lenguh pinggang, loya muntah semua tanggung sendiri. Bila minta tolong sikit kata saya mengada2. Masa pantang & menyusu anak pun suami tak peduli. Dia tny "ni perut ke tembikai" & ketawakan saya 😭 Sy alami depression yg sgt teruk. Setiap hari menangis & banyak kali suara halus di dinding minta saya campak2 anak & cederakan diri.
Sy lalui sesi rawatan depresi dengan Prof Azalia. Dah 4 tahun & masih lagi. Yg paling takut bila sy disahkan mengandung anak kedua 5 bulan lepas. Sgt2 takut sebab kalau suami buat saya mcm dulu lagi.
Kali ni Allhamdulillah, Prof minta bawa suami. Prof minta suami baca Ebook 9Bulan10Hari. Saya tak pasti anda pernah tahu pasal EBook ni atau tak. Tapi saya sendiri nampak suami saya jadi lain.
Lain tu maksudnya dia ambil berat dengan saya.
Minggu lepas masa saya terduduk sebab baru lepas muntah, suami saya pegang tangan, & papah saya ke sofa. Dia tak bercakap pun. Saya lagilah.. tak bercakap sebab tergamam. Dia letak kaki saya atas paha dia & urut2.. Menitik air mata.
Saya tanya kenapa abg?
Suami saya minta maaf.. dia cakap abg buat sayang mcm batu ja dulu.. Abg minta maaf..
Dia kata dia tak patut buat mcm tu... Dia minta maaf lagi & lagi..
Suami saya tunjuk bab kehamilan yang indah dalam Ebook 9Bulan10Hari, suami suruh saya baca topik tempias yang baik pada ibu ayah beri kesan pada anak..
& suami saya suruh baca bab perkembangan anak kami dlm ebook ni.. dia pulak excited. Siap dah baca 2 3 kali pasal peranan suami masa isteri pantang..
& sekali lagi dia minta maaf... hehe..
Abangg... abang.... lega rasa hati..
Serious tak pernah merasa sweet mcm ni.. Memang air mata mcm hujan lebat 😂
Tq Prof Azalia kenalkan Ebook 9Bulan10Hari .. betul2 membantu suami & saya...
Sekarang ni lps solat maghrib & makan, kami tengok netflix sama2.. cerita2 romantik & suami kerap sgt sentuh perut & bantu saya..
"Orang bersalin anak ni bukan macam nak membuang air besar teran teran keluar, tapi bersalin ni soal hempas pulas bertarung nyawa" - Prof Azalia..
Kepada suami isteri tambah2 bakal ayah & ibu mengandung wajib sangat2 baca Ebook 9Bulan10Hari kalau nak sentiasa positif & bermotivasi & paling wajib dpt byk ilmu2 penting 🥰
Macam macam panduan kami dapat..
Ini link untuk dapatkan EBook 9Bulan10Hari :
Ebook.9Bulan10Hari.com
Ebook.9Bulan10Hari.com
Ebook.9Bulan10Hari.com
#MommyFairuz
同時也有3部Youtube影片,追蹤數超過86萬的網紅SYEDOT ASMR,也在其Youtube影片中提到,Ya Allah! Lindungilah Duburku Supaya Tidak Terkoyak..... LEVEL KEPEDASAN: 1) Lidah Berapi 2) Bunyi stkksss tarik nafas pedas 3) Bercakap tak teratur ...
「kata positif untuk diri sendiri」的推薦目錄:
- 關於kata positif untuk diri sendiri 在 9bulan10hari Facebook 的最佳貼文
- 關於kata positif untuk diri sendiri 在 Facebook 的精選貼文
- 關於kata positif untuk diri sendiri 在 Facebook 的最佳解答
- 關於kata positif untuk diri sendiri 在 SYEDOT ASMR Youtube 的最讚貼文
- 關於kata positif untuk diri sendiri 在 Mohd Ikram Amz Youtube 的精選貼文
- 關於kata positif untuk diri sendiri 在 Budiey Channel Youtube 的精選貼文
kata positif untuk diri sendiri 在 Facebook 的精選貼文
Semua orang ada buat silap.
Alkisahnya.. Hamka keretamayat ditegur kesalahannya, dan beliaupun tersenyum..
Soalan pembaca:
Asalamualaikum abang keretamayat,
Saya telah membaca buku kisah anak Autisme anda yang berjudul Kerana Dia Anak Syurga.
Maaf jikalau ini akan membuatkan abang terasa hati , saya cuma mahu menyatakan dalam petikan m/s 66 ada satu pernyataan ayat "Nauzubillah" maaf ye saya nak menegur sebaiknya menulis NAUZUBILLAHMINZALIK hendaklah menghabiskan begitu agar ayat yang disampaikan sama maksud dengannya maaf jikalau encik terasa saya ini agak hipokrit tetapi saya juga manusia biasa. Maaf jika saya pun tersalah dan terkasar di sini niat untuk menegur sahaja.Tapi setakat ini penulisan dan mesej sangat memberi kesan yang positif kepada saya.
Jawapan penulis:
Waalaikumusalam
Saya tidak terasa hati dan saya sangat gembira jika ada yang sudi menegur saya, sebab antara niat saya menulis adalah:
"Saya menulis agar jika ada yang saya tulis itu salah maka akan ada orang tahu salah saya dan sempat tegur saya sebelum saya mati dan dapatlah saya perbetulkan salah saya sebelum mati, tapi jika saya tidak tulis kerana takut salah, maka tiada orang yang tahu salah saya dan sayapun tidak tahu apa salah saya dan matilah saya dalam kefahaman yang salah, sebab itu suka saya pesan kepada mereka yang mahu menulis, jangan takut salah tulis! tapi jangan tulis benda salah, tulislah apa yang betul namun kerana kajahilan diri kita mungkin ada yang kita tidak tahu itu salah namun setelah ditulis, barulah orang lain akan tahu salah kita dan dapat kita diperbetulkan"
Jadi terima kasih dan tahniah kepada Tuan kerana menegur saya, namun setelah saya menyemak carian NAUZUBILLAH di Halaman Dewan bahasa dan Pustaka, maka jawapan DBP:
Maklumat Kata: Kamus Bahasa Melayu
Carian: nauzubillah
[na.Öu.zu.bil.lah] | نعوذبالله
Definisi : , nauzubillahi : kita berlindung dengan bantuan Allah (mudah-mudahan Allah melindungi kita). (Rujukan: Kamus Dewan Edisi Keempat)
Maka dari carian ini, saya dan sesiapa sahaja tidak salah menggunakan ayat separuh nauzubillah.
Pada pendapat saya kekeliruan timbul bila kita tersalah tafsir Bahasa arab. Sebab ada yang mentafsir: "Nauzubillah" tu bermaksud “Moga Dijauhkan Daripada Allah”. Jadi kena tulis penuh "Nauzubillahiminzalik" yang membawa maksud “Moga dijauhkan daripada Allah daripada perkara tersebut”. Sebab jika tulis separuh takut nanti termakbul permintaan kita tu konon kita nak jauh dari Allah.
Tak betul tu tafsir macam tu.
Okey, mari belajar Bahasa arab:
Min=Dari,
Bil=Dengan,
Maka, nauzubillah bermaksud : kita berlindung DENGAN bantuan Allah, bukan kita berlindung DARI Bantuan Allah.
Rujuk ayat "Aku berlindung DARI Godaan Syaitan", ada MIN kat ditu, Bukan BIL.
Maka dalam kes ini, maaf anda di terima dan saya pula minta maaf kerana menegur anda bahawa anda salah dalam memahami bahasa arab.
Semoga kita semua selamat dari azab api neraka.
Nauzubillah.
Woha!
Ps: Bagi yang belum tahu, Buku Kerana Dia Anak Syurga ini di tulis oleh saya yang ada anak OKU autisme dan turut bersama 12 penulis yang ada anak OKU, Bapa OKU, diri sendiri OKU dan pelbagai kisah ketabahan hati dan bagaimana dari medan ujian bertukar menjadi medan kesyukuran.
Nak beli? boleh kunjungi kedai buku atau rujuk wasap di ruang komen.
Woha!
kata positif untuk diri sendiri 在 Facebook 的最佳解答
Sambungan cerita SAMPAH.
.
Mungkin ramai di antara kita yang rasa perangai orang kita ni amat sukar untuk di bendung kan? Bagi saya sendiri, saya lebih suka melihat dari sudut yang positif, sebenarnya masih ada harapan untuk masyarakat kita. Jangan biarkan kekecewaan membelenggu persepsi diri kita, kerana menidakkan kebolehan adalah salah satu langkah pramatang. Usaha haruslah kekal berterusan dan jika masih menemui kebuntuan maka ada keperluan untuk mencari tonik baru sebagai evolusi dalam percubaan. Pada pendapat saya ada beberapa tempat yang kita perlu rujuk kembali untuk memperkemaskan balik idealogi kefahaman serta mentaliti orang kita tentang bab ini.
.
Yang pertamanya adalah di peringkat rumah sendiri. Adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa bukan sahaja mendidik tetapi juga sentiasa memperingatkan anak-anak tentang perihal ini. Saya sendiri sentiasa menitik beratkan perkara ini kepada anak-anak. Kadang-kadang saya sengaja buat-buat kumpul sampah depan mereka dan juga saya tunjuk saya simpan sampah kecil dalam poket seluar sebelum di buang ke tong sampah berdekatan. Adakalanya tu saya buat macam kuiz, saya tanya kenapa saya buat sedemikian, kita bagi mereka berfikir sikit lah guys, baru senang nak lekat dekat kepala anak-anak. Apapun, didikan dirumah itu adalah amat penting dan kita jangan terlepas pandang. Dan juga, jangan lupa ye, LEAD BY EXAMPLE.
.
Keduanya di peringkat sekolah. Mungkin tidak perlu ada polisi khas dan sebagainya pun, kalau nak buat macam tu pun mungkin bagus. Macam dekat rumah tadi, kena ada penyampaian maklumat dan peringatan yang berterusan dari warga pendidik. Mungkin boleh juga dirancakkan sekali sekala dengan aktiviti gotong-royong kutip sampah berserta PENGISIAN ILMU. Bukan sekadar arahan tetapi ada penjelasan dan perkongsian ilmu tentang aktiviti tersebut. Sekolah adalah tempat dimana budak-budak ni untuk ‘absorb’ maklumat. Andai kata ada seorang dua yang jenis kepala batu, mereka masih juga akan terkesan apabila melihat kebanyakkan rakan membuat perkara yang betul. Sekolah adalah tempat kedua pembentukan sahsiah diri anak-anak kita, jadi kenapa tak nak gunakan peluang tersebut sebaik mungkin kan?
.
Ketiga diperingkat kebangsaan yang meliputi media massa dan media cetak, agensi-agensi kerajaan, mereka yang berpengaruh di dunia realiti mahupun alam maya dan sebagainya. Semua perlu bertanggungjawab memainkan peranan bersama. Selalu menyampaikan mesej kesedaran tanpa perlu tunggu menerima arahan mahupun bayaran. Memang lumrah manusia sentiasa lupa dan perlu di ingatkan. Kalau tak kawan-kawan, tak kanlah syarikat-syarikat besar sanggup melabur jutaaan ringgit untuk kempen pemasaran. Semata-mata untuk produk mereka di lihat setiap hari oleh masyarakat sama ada melalui billboard, kaca tv, surat khabar mahupun social media. Konsep sama kita harus ciplak dan sama-sama BERGANDINGAN untuk menyedarkan masyarakat di Malaysia.
.
Keempat, ermm....keempat ape erk? Hurmm lupa dah. Owhh! Elakkan dari menuding jari dalam isu ni. Salah kau, salah dia, salah mereka. Sampai ke sudah masalah tak kan selesai. Kadang-kadang masalah masyarakat kita macam ni lah, bila ade satu isu, semua orang sibuk duk cari sape yang salah. Lepastu berlarutan dan mulalah merapu sampai ke bab lain. Berbeza dengan apa yang saya belajar, dalam situasi tersebut sepatutnya semua orang kena fokus kepada SOLUSI nya. Apakah jalan penyelesaian terbaik? Bagaimana untuk elakkan perkara ini berulang lagi? Apa langkah seterusnya? dan lain-lain. Macam ni barulah masalah boleh selesai dengan cepat.
.
Yang terakhir adalah kompaun, denda dan yang seantara dengannya. Saya sebenarnya kurang selesa dengan langkah ni. Kalau boleh kita elakkan bab denda-denda ni dan jikalau perlu untuk denda jugak, biarlah dengan tujuan untuk mendidik. Kenapa saya kurang setuju? Menghukum adalah langkah bersifat sementara sebenarnya kawan-kawan. Ianya bukan pendekatan yang efektif pun. Sebagai contoh, kita ada anak. Bila anak tak solat, instead of didik dengan penjelasan dan hujah, kita guna cara hukuman. Anak tu akan solat selagimana kita ada, kerana takut. Akan tetapi sampai satu masa bila anak tu dah keluar dari rumah, anda rasa apa akan terjadi? Sebahagian besarnya akan buat perkara sebaliknya, ‘culture shock’. Di pendekkan cerita, kita tak nak masyarakat kita takutkan denda dan kompaun, atau sebab takut kerana ada cctv merata tempat dan juga mungkin ada pihak penguatkuasa. Tetapi kita nak masyarakat kita buang sampah ke tempat yang sepatutnya adalah kerana mereka mempunyai kefahaman mutlak akan kepentingan menjaga kebersihan alam sekitar dan kawasan setempat. KESEDARAN SIVIK.
.
Saya mungkin betul dan saya juga mungkin salah. Ini cumalah pendapat dan idea-idea dari saya. Jika anda rasa ianya bernas, bolehlah diguna pakai dan saya gembira jika ianya dapat dimanfaatkan. Akan tetapi jika anda ada pandangan dan idea-idea yang lebih kreatif dan menarik, bolehlah kongsi di ruangan komen supaya kita semua dapat gunakan untuk kebaikan bersama. Tugas mendidik itu adalah tugas kita BERSAMA.
.
Terima kasih semua 🙏❤️🇲🇾
.
.
#FaktaAtauPendapat
#SajeSembang #SembangSembang
#SembangSukan #SembangInfo
#SembangPengalaman
#Apekebenda #ilmu #knowledge
#teamazizul #azizulawang
kata positif untuk diri sendiri 在 SYEDOT ASMR Youtube 的最讚貼文
Ya Allah! Lindungilah Duburku Supaya Tidak Terkoyak.....
LEVEL KEPEDASAN:
1) Lidah Berapi
2) Bunyi stkksss tarik nafas pedas
3) Bercakap tak teratur
4) Menangis
5) Tak boleh bercakap langsung (Jadi Bisu)
6) Hingus start keluar
7) Attack Kerongkong (Kerongkong mengeletar)
8) Mati
MAKANAN TERPEDAS PERNAH MAKAN:
1) Mee Panas Punggung 100% Dua Bungkus.
2) Ayam Gepuk 400 Cili ( 400 dia tak jual sbb aku buat utk utube jadi dorg bagi)
3) Paqui One Chip Challenge
4) Mamee Ghost Pepper
Kalau Solo Makan 1 Je:
1) Paqui One Chip Challenge
2) Mee Panas Punggung 100%
3) Ayam Gepuk 100 Cili
4) Mamee Ghost Pepper
cara hilang pedas & tidak cirit birit: lepas habis makan pedas tarik nafas secara perlahan² buat teknik O utk hembus nafas, minum air suam² panas (nak minum susu boleh, susu suam² panas, jgn terlalu byk minum nanti cirit birit dan muntah). biarkan pedas lega sendiri 1-2jam ambil Yogurt pula utk sejukkan perut dan utk sistem pencernaan lebih fulus dan berak jadi lembut tidak sakit atau ambil cocodot sbb ada fiber psylium husk utk membuang lebih sempurna. (ada yg kata kemam susu powder tapi yg ni aku tak pernah cuba).
disclaimer: ia berdasar pengalaman selama ini kerap makan pedas (sbb dulu pon kuat minum susu then cirit birit, kalau buat cara di atas insyallah berak normal sahaja, cuma perlu tahan badan dada panas)
JOM KURUS DGN BASURO CUT: http://bit.ly/2WeYNYd
Jom jadi SYEDOT NATION Telegram Group:
Group Chit Chat: https://t.me/syedotnation
Channel: https://t.me/syedotnation2
Subscribe Channel Youtube http://youtube.com/c/SYEDOTASMR?sub_confirmation=1
▬▬ Follow Socmed Syedot ▬▬
instagram : @syedot.asmr
https://www.instagram.com/syedot.asmr/
twitter : syedotASMR
https://twitter.com/syedotasmr
facebook : syedot ASMR
https://www.facebook.com/syedotASMR
facebook page : syedot ASMR
https://www.facebook.com/omgsyedot/
▬▬ Waktu Upload 6:30PM ▬▬
ISNIN, SELASA, KHAMIS:
= MUKBANG EATING SHOW W/ ASMR
SABTU:
= REACT VIDEO
AHAD:
= ASMR NO TALKING (RE-UPLOAD)
CUTI RABU & JUMAAT
▬▬ ASMR + EATING SHOW ? ▬▬
▪︎ Hi, thanks singgah ke channel aku dan yah aku buat video ASMR CRIPS SOUND with combination EATING SHOW MUKBANG
▪︎ Bermaksud gabungan crips sound dari ASMR dengan EATING SHOW berborak borak sambil makan (actually aku baru perasan orang Korea pon da start buat STYLE macam ni).
▪︎ Kenapa tak buat whispering/no talking, sebab rakyat Malaysia masih tak boleh terima Whispering/No Talking (sebelum ni mmg buat cara ni pon, insyallah maybe akan datang akan buat semula).
▪︎ Serta Whispering ni kebanyakkan buat sebab nak sync dengan sound quality dari crisp sound jadi kalau cakap normal akan pecah sound tu dan dorang malas nak edit terjadilah Whisper/No Talking untuk save their time.
▪︎ Bagi aku, ASMR FOOD bukan untuk Relaxation or Sleeping ya! sebab ASMR FOOD ni dia enhance kan bunyi so, White Noise/Humming akan kuat gila kalau guna eaphone jadi tak relax langsung, tapi untuk TRIGGER jadi LAPAR, CRAVING itu semestinya!.
▪︎ Untuk Relaxationg & Sleeping boleh tengok video aku Upload setiap hari Rabu 9PM DUA MINGGU SEKALI yang ini yes! Whispering dan cakap dengan nada perlahan untuk sync dengan brain korang ketika pakai earphone dan buat triggered gila gila sampai meremang bulu roma terutama bahagian tulang belakang.
▬▬ Apa Itu ASMR FOOD? ▬▬
▪︎ ASMR untuk merasakan kenikmatan dan untuk menaikkan stimulasi deria.
▪︎ Anda juga boleh gunakan earphone atau headphone.
▪︎ Jika anda tidak menyukai EATING SOUNDS, PLEASE DO NOT WATCH IT tau.
▪︎ Video ini mengandungi BUNYI MAKAN, MENGUNYAH TAPI TUTUP MULUT BUKAN CHUP CHAP CHUP CHAP dan seangkatanya yang sangat kuat.
▪︎ ASMR adalah Autonomous Sensory Meridian Response, atau lebih mudah dirujuk sebagai Braingasm.
▪︎ ASMR adalah stimulasi deria sensasi yang memberikan impak perasaan positif yang menyalur dari kepala, tulang belakang, sampai belakang tubuh dan akan memberi impak naik bulu roma juga.
▪︎ Setiap orang mempunyai ASMR triggers yg berbeza beza dan saya berharap anda menonton video ini dapat trigger diri anda.
▬▬ ▶︎ Hashtag ◀︎ ▬▬
#onechipchallenge #asmr #mukbang #eatingshow
![post-title](https://i.ytimg.com/vi/rD6sjwSgSiE/hqdefault.jpg)
kata positif untuk diri sendiri 在 Mohd Ikram Amz Youtube 的精選貼文
Apabila rasa down, tentu kita semua perlukan kata kata semangat untuk bangkit kembali. Jika anda jenis orang yang selalu mendengar motivasi pagi di radio IKIM FM, anda pasti tahu betapa pentingkan untuk memotivasikan diri sebelum ke tempat kerja.
Untuk siapa?
Kata kata ini adalah untuk semua golongan, termasuk golongan yang bekerja dan juga yang sedang belajar. Tak semua orang faham dan mampu untuk bersimpati dengan masalah kita.
Untuk pelajar, kesukaran untuk mendapat gred yang baik itu mungkin akan membuatkan kita kecewa. Lambat untuk faham apa yang diajar juga salah satu faktor yang merunsingkan kita. Tentu sekali memerlukan kata kata semangat supaya lebih kuat.
Untuk yang bekerja, tugasan dan kerja yang banyak pasti membebankan. Tambahan lagi dengan tekanan dari boss dan rakan sekerja yang kadang-kadang tidak pernah faham dengan kita. Bila bertimbun, hati menjadi sesak dan mula rasa depresi. Tentu sekali memerlukan kata kata semangat agar dikurniakan kekuatan.
Bagi yang sudah berumahtangga pula, semoga masalah antara suami isteri dapat diselesaikan dengan cara baik. Tidak usah bergaduh dan menegakkan benang yang basah.
Sebelum itu, kata kata semangat yang dikongsikan di sini adalah dalam Bahasa Melayu, iaitu untuk orang Malaysia. Mungkin kedengaran sedikit pelik bagi orang Indonesia.
Tujuan berkongsi kata-kata semangat dalam Bahasa Melayu ialah kerana kebanyakan quote yang ada, semuanya dalam Bahasa Indonesia.
Izinkan kami berkongsi beberapa quote dan kata-kata yang diharapkan dapat memberikan semangat baru kepada anda.
Cara meningkatkan semangat dan motivasi diri
Seperti yang diulas di atas, tidak kira samada anda pelajar, golongan bekerja mahupun suami isteri, jangan rasa sedih selalu.
Dalam Islam, tidak digalakkan untuk sedih berpanjangan. Tidak elok untuk diri sendiri.
Ini beberapa tips dan cara meningkat motivasi diri yang rasa down selalu.
Abaikan kata orang lain
Ini adalah antara kata-kata motivasi yang perlu ditiupkan pada telinga sendiri.
Jangan terlalu mendengar kata orang yang selalu pandang rendah pada kita. Dia punya pendapat dia sendiri.
Sebaliknya, kita tahu diri kita sendiri.
Orang yang cenderung mendengar dan terusik dengan kata-kata orang lain, tak akan tenang hatinya.
Bergaul dengan orang yang positif
Kita akan rasa sakit bila terlalu bersama-sama orang yang negatif. Untuk mengelakkan dari rasa begini, cuba cari kawan yang benar-benar dapat membantu kita.
Ini penting untuk kelangsungan hidup dan memberikan kita semangat.
Orang-orang positif, dia sentiasa membantu dan memacu kita ke hadapan.
Raikan kejayaan
Sekecil manapun kejayaan yang kita kecapi, raikan untuk terus memberikan kita semangat. Jika tiada yang sudi bersama-sama kita, raikan secara bersendirian.
Secawan kopi Starbucks atau sepotong kek Secret Recipe mungkin dapat menceriakan hari anda.
Apa guna jika hanya menerapkan kata kata motivasi setiap hari, tetapi tidak dirai?
Akhir kalam
Sentiasa ingat bahawa orang yang diuji ialah orang yang beruntung.
Kenapa?
Kerana Allah akan menguji orang yang disayangi-Nya.
Semoga kata kata motivasi yang dikongsikan ini, benar-benar dapat memberi semangat pada anda untuk bangkit.
Semoga kita semua menjadi orang yang berjaya, dan bukan orang yang malas berusaha.
Jika ingin mendapatkan banyak lagi ayat, kata-kata dan quote tentang semangat, motivasi dan inspirasi, jemput singgah ke Facebook Page The Rohani.
Semoga bermanfaat.
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
{✴} W€L©¤M€ βα©K T¤ M¥ ©Hαππ€L {✴}
D¤πT F¤®G€T T¤ ©LI©K ?
1• "$Uβ$©®Iβ€" [ ✅ ]
2• "LIK€" [ ? ]
3• "$Hᮀ" [ ? ]
{✴} THαπK$ α L¤T F¤® ¥¤U αLL {✴}
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
#MotivasiSemangat #QuotesMotivation
______________________________________
"...Ya Allah, ampunilah kesalahanku, Kasihaniah aku, Berilah petunjuk kepadaku, dan Berilah rezeki kepadaku..."
----------------------------------------------------------------------------------------------------
¤~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~¤
[ Im "CARDOCK^YOUTUBER^TEAM" ?? ]
¤~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~¤
____________________________________
•Youtubers Group Links•???
~ We Are Sarawakian Youtubers Community [ https://www.facebook.com/sarawakianscommunity/ ]
~ FB PAGE [ Sarawakian Youtubers Group ]
-----------------------------------------------------------------------------------------------
__________________________________
•Laman media sosial saya•??
~ Youtube Channel : https://bit.ly/2VDsBNj
~ Facebook : https://bit.ly/2UPdYZY
~ Facebook Page : https://bit.ly/2DaU4P1
~ Instagram : https://bit.ly/2IoCtGK
![post-title](https://i.ytimg.com/vi/18319QJov0k/hqdefault.jpg)
kata positif untuk diri sendiri 在 Budiey Channel Youtube 的精選貼文
PENYANYI, Naqiu Boboy menafikan pernah berkahwin dua dan sudah menceraikan isteri pertama seperti yang didakwa segelintir pihak.
Naqiu, 33, atau nama sebenarnya Wan Naqiuddin Mohd Najib berkata, perkara itu tidak masuk akal.
“Awak tengok muka saya, layakkah ada dua isteri? Memang tak ada.
“Saya tak tahu dari mana cerita ini timbul. Saya pun tak tahu, malah siap kata ada dua isteri. Semua tahu umur anak saya rapat, iaitu selang setahun.
“Anak sulung berusia tujuh tahun, kedua (enam), ketiga (lima), keempat (empat) dan yang bongsu baru nak masuk setahun. Jadi, bila masa saya kahwin dua tu,” katanya.
Naqiu yang ditemui selepas konsert minggu ketujuh Gegar Vaganza musim keenam (GV6) malam tadi berkata, apa yang disebarkan itu adalah kelakar apabila mengatakan isterinya yang dikatakan lemah lembut dikenali sebagai Hani merampas kawan baik sendiri yang kononnya isteri pertama.
Individu yang menggunakan akaun Kiah Ronggeng 88 itu juga mendakwa Naqiu menceraikan isteri pertama selepas dihasut isteri kedua.
”Ini paling kelakar. Isteri saya memang merendah diri. Dia adalah teman hidup saya,” katanya.
Pun begitu, Naqiu tidak mahu melatah sebaliknya menerima dengan terbuka perhatian yang diberikan kepadanya selepas 12 tahun menyepikan diri daripada industri.
”Saya terbuka apa saja. Ini bermakna orang memberi perhatian pada saya. Seperti apa yang berlaku sekarang. Dalam sudut positif orang sentiasa mencari saya.
”Kalau dari segi negatif, mungkin nak menjatuhkan saya. Tapi saya banyak ke arah sudut positif. Tapi bagi saya okey saja sebab orang cari kita kan.
“Sepanjang 12 tahun senyap dan baru dalam lebih sebulan saja saya muncul semula orang sudah korek macam-macam. Sedikit sebanyak ada bagusnya juga untuk kerjaya.
”Apa pun, kepentingan saya sekarang adalah kerjaya sebab ada banyak lagi perancangan,” katanya.
Dalam masa sama, Naqiu berterima kasih kepada individu yang menyebarkan cerita itu yang dianggap ambil berat terhadap dirinya.
“Saya berterima kasih kepada individu itu kerana ambil berat mengenai saya. Saya doakan awak bahagia.
“Saya tak ambil pusing pun perkara ini. Sekejap saja saya akan lupakan. Sebab saya jenis macam itu,” katanya.
Sumber: Harian Metro
https://instagram.com/budiey - Follow My Instagram
http://youtube.com/budieychannel - Click to Subscribe!
http://budiey.com - Visit My Blog!
http://facebook.com/BudieyDotCom - Become a Fan!
http://twitter.com/budiey - Follow Me!
![post-title](https://i.ytimg.com/vi/w7Dnlo2QD7g/hqdefault.jpg)