Saya tengok sejak dua menjak ini ada Atheis (orang tidak percaya kepada Tuhan) datang perli saya di ruang komen.
Saya nasihatkan kepada pembaca beragama islam, jangan sindir sangat mereka, doakan hidayat, sebab seorang tidak bertuhan sanggup datang ke Page ketuhanan dan tak jemu ceritakan kelebihan Tidak bertuhan adalah seorang yang sangat kesepian.
Kesipian boleh datangkan kemurungan, dan boleh membawa kepada bunuh diri.
Saya Google kejap tadi dan mendapati, banyak kajian menunjukan golongan Athies lebih ramai membunuh diri berbanding orang agama.
Copy paste: In a global study on atheism, sociologist Phil Zuckerman noted countries with higher levels of atheism had the highest suicide rates. (wiki)
Lepas tu saya terbaca artikel ini, ditulis oleh Staks Rosch seorang vocal atheist, and Jedi.
Tulisan itu sangat membantu orang Atheis yang kemurungan, maka saya translate dan copy paste di sini, semoga membantu:
Tajuk: ATHEISM HAS A SUICIDE PROBLEM, oleh Staks Rosch seorang Vocal Atheist.
Kemurungan adalah masalah yang serius dalam komuniti orang yang tidak bertuhan dan sering membawa kepada bunuh diri.
Ramai Atheis tidak suka perkara ini termasuk saya sebab kita ingin percaya kita manusia Bahagia tanpa Tuhan tapi bila sesuatu yang buruk berlaku, kita sangat tidak Bahagia.
Sudah tentu ada banyak sebab mengapa ateis lebih cenderung kepada membunuh diri berbanding daripada golongan penganut agama. Tapi ironinya, salah satu sebab ateis membunuh diri adalah tekanan dari orang Bergama itu sendiri, mereka selalu menyisihkan kita, menghina, mengutuk, mengkeji hingga ramai Ateis yang mengalami kegelisahan dan kemurungan.
Bayangkan seorang anak muda yang baru menyedari bahawa Tuhan itu tidak wujud? Baru sedar amalan kelurga semuanya sia sia, maka anak muda itu tidak dapat menjawab soalan, dari mana saya datang, kemana saya selepas mati? Dan apa tujuan hidup?
Dalam kemurungan mencari jawapan yang tidak ada, masalah ditambah bila anak mud aitu dipulaukan oleh orang agama, dihina dan dikutuk, maka anak muda itu terpaksa teruskan perjuangan tanpa tujuan secara bersendirian dan akan cenderung bunuh diri.
Saya pernah menulis mengenai masalah bunuh diri di kalangan ateisme sebelum ini dan mendapat pelbagai respons. Beberapa ateis mempersoalkan sama ada statistik itu benar-benar wujud? Sebagai rekod, memang begitu. Malahan saya dapat memberitahu anda secara anekdot, bahawa ia berlaku.
Pengalaman saya sendiri, memang ada rakan-rakan ateis yang saya kenal telah bunuh diri, malahan sejak saya pegang jawatan ‘vocal atheist’ saya kini lebih tahu begitu banyak lagi ateis yang telah membunuh diri sendiri.
Jadi kita kena berusaha menurunkan angka bunuh diri tersebut sebab Kehidupan ini adalah satu-satunya harta yang kita ada.
Ada orang Kristian yang menjawab secara peribadi dan terbuka akan artikel saya sebelum ini lalu berkata:, “Lihat, ateisme menyebabkan bunuh diri,”
Ada juga yang berkata:
“Atheis mempunyai kadar bunuh diri yang lebih tinggi kerana mereka tahu bahawa hidup mereka tidak ada artinya tanpa Tuhan, tetapi terlalu sombong untuk meminta pengampunan kepadaNya walaupun mereka tahu di dalam diri mereka adalah bersalah, tapi mereka tetap memilih untuk mati selamanya dengan dosa kesombongan mereka. "
Ya, itu adalah komen dari penganut agama Kristian. Malah ada yang menulis buku bertajuk:
"Kelebihan Katolik: Mengapa Kesihatan, Kebahagiaan, dan Syurga Menunggu Orang Yang Beriman,"
Baiklah, saya akui, atheis seperti minoriti lain yang bila stress boleh terdedah kepada kemurungan dan bahkan bunuh diri tapi korang semua kena ingat sebahagian besarnya bunuh diri ini disebabkan oleh tekanan geng agama!
Saya mengakui bahawa ‘kejahilan’ sebenarnya adalah salah satu kebahagian atau kepercayaan kepada kehidupan selepas mati dan kepercayaan pada syurga juga adalah kebahagian, tapi bagi saya kebahagian sejati bila kita mampu bahagiakan diri sendiri dan mampu bahagiakan orang lain tanpa perlu kepada tahyul, itu Bahagia tertinggi! Lebih tinggi dari Jesus sebab kita memahami tentang alam semesta yang luas seluasnya!
Sebagai sebuah komuniti, ateis harus saling mengingatkan tentang keajaiban alam di sekeliling kita. Alam ini terlalu besar dan kita mudah tersesat dalam perjuangan serta masalah kita sehari-hari.
Memetik kata kata Ferris Bueller, kehidupan ini bergerak sangat pantas dan jika kita tidak berhenti dan menoleh sekali-sekala, maka kita akan ketinggalan sedangkan kita hanya mempunyai satu kehidupan. Sungguh tidak ada Tuhan yang ajaib dan Maha sempurna menanti kita selepas kita mati. Ini sahaja pilihan kita ada, nikmati hidup sebab Hidup terlalu singkat untuk disia-siakan.
Sekiranya hidup anda menyedihkan, tolong berusaha untuk menjadikannya lebih baik, jika tidak untuk anda, buatlah untuk orang yang menyayangi anda. Ingatlah, ada banyak Galaxie di luar sana dan kita semua adalah pelengkap dalam rantaian kemajuan manusia.
Satu perkara yang saya perasan adalah: Selepas seorang ateis membunuh diri, tiba-tiba nampak macam banyak yang nak bantu, tapi dah terlewat,padahal kalaulah bantuan itu dibuat sebelum mereka bunuh diri tentu lebih baik.
Dalam bab ini golongan agama lebih baik, mereka saling bantu membantu, mereka ada system yang sangat baik, sepatutnya kita golongan ateis juga boleh memiliki system sokongan tanpa perlu percaya kepada Tuhan.
Tapi masalahnya golongan Atheis terkenal sebagai orang yang suka membantah dan tidak suka berjemaah, Cuba korang kumpulkan tiga atheis di sebuah bilik bersama, kejap lagi mereka akan bergaduh dengan masalah kecik tak masuk akal, adohai.
Jadi terbukti, hidup berjemaah membantu orang Bergama selesaikan kemurungan, maka kita golongan athies patut lebih mudah berjemaah, bergabung tanpa perlu bersetuju dengan semua isu, kita hanya perlu sokongan moral sesama atheis kerana kita tiada Tuhan ajaib yang akan menolong kita.
Dengan system berjemaah ini,. Kita bukan sahaja mampu untuk saling membantu, tetapi kita juga mampu untuk menyampaikan gerak perjuangan kita antara satu sama lain dan mampu meminta sokongan. Sungguh tidak ada Tuhan ajab yang akan bantu kita untuk keluarkan kita dari neraka ini.
Eh? Adakah saya sebut Neraka? Itu tak wujudpun, maafkan saya yang tersesat dalam berkata kata, Walau bagaimanapun, maksud saya adalah kita jangan sombong untuk menawarkan pertolongan kepada orang lain dan kita jangan malu untuk meminta pertolongan.
Jadi sesiapa yang ada masalah nak bunuh diri, sila hubungi nombor ini:
(Rujuk artikel asal dalam link, maaf jika translate saya tidak tepat, BI masa SPM dulu tak kredit, saya cuba ringkaskan sebab agak Panjang, nak baca kill link ini: https://www.huffpost.com/entry/atheism-has-a-suicide-problem_b_5a2a902ee4b022ec613b812b )
Ulasan saya:
Seronok bila tahu Atheis kagumi alam yang luas ini, Tahu tak? Ada teori mengatakan, saiz planet Mustari yang besar adalah untuk melindungi bumi dari meteor sesat kerana gravitinya yang kuat menyebabkan tahi bintang raksasa itu jatuh ke planet lain.
Namun, andai kata, jika tahi bintang itu terlepas planet Mustari, ada lagi Sembilan planet lain yang menjadi perisai bumi, dan andai kata ada komet yang terlepas, bulan juga ada gravity yang mengelilingi bumi setiap bulan untuk menhadang hentaman tahi bintang, tak percaya cuba teropong bulan, penuh dengan kawah hasil hentaman tahi bintang, dan bulan juga bertindak sebagai pasang surut air laut agar nelayan mudah buat kerja, dan andai komet besar masih berjaya lepas dari gravity bulan sebab arah paksi yang berbeza, tiba tiba tahi bintang itu akan terbakar dan jadi batu kecil bila berlanggar dengan atmpsohera, kenapa bumi masih selamat?, kenapa blue planet ini so-so SO protection?
Macam ada satu kuasa yang mengawalnya, kan?
Balik ke bumi, Bila tak ada air, tiba tiba hujan, bila lapar nak makan, ada tumbuh tanaman, nelayan dilaut tangkap ikan yang duduk secara berkumpulan, jadi senang masuk pukat,. Waktu tidur kita masih bernafas dengan otak luar kawalan sebab ada kuasa yang pantau kita.
Oleh sebab alam ini begitu tersusun, maka orang agama Yakin ada Kuasa yang menyusunnya, letupan di angkasa (big bang) bukan tiba tiba, sebab dibumi ini ada banyak bahan letupan nuklear, tapi takde yang meletup sebab ada yang kawal, maka Sebagai manusia yang boleh berfikir, kita rujuk sebab dan akibat, Tuhanlah layak kepada segaka penciptaan.
Tuhan jadikan kita dahaga, dan Tuhan ciptakan air, Tuhan jadikan kita lapar, dan ada makanan, Tuhan jadikan sejuk, dan ada api serta pakaian, Tuhan jadikan kita perlukan cinta dan perhatian, maka Tuhan juga jadikan pasangan, keluarga, anak, dan kasih sayang untuk penuhi keperluan cinta.
Jadi, jika masalah hati dan cinta pun Tuhan berikan penyelesaian, maka sudah tentu persoalan dari mana aku datang?, apa tujuan aku di dunia ini?, dan kemana aku selapas ini?. Juga disediakan Tuhan akan penyelesaiannya, Cuma terpulang kepada kita untuk meraihnya atau mengabaikannya.
Dan Orang yang bagitahu Allah itu tuhan kami bukan manusia biasa. Beliau seorang yang paling berpengaruh dalam dunia sebab beliau berjaya dalam bidang agama dan politik.
Beliau dikenali sebagai Pakar motivasi, pakar diplomasi, pakar perniagaan, juga ketua perang yang selalu menang walau tenteranya sikit dan Legasinya kekal beribu tahun sampai sekarang.
Kira macam The Real 'Iron Man' sepanjang zaman. Sebab baginda bijak, kacak, kaya, kuat dan mampu kumpulkan pahlawan terhebat di zaman itu lalu menakluk dunia, tak ada mana mana musuh pun yang berjaya membunuhnya atau mengatasi legasinya.
Maka logik sangat orang handal macam ini yang Allah hubungi dan lantik jadi Nabi bersama kitab yang ada mukjizat mudah di hafal.
Jadi saya nak tanya, orang yang bagitahu tuhan tak wujud tu siapa? Encik Nobody cares?
Logik tak? Antara manusia paling hebat di dunia dan encik nobody cares kita pilih nobody cares?
Sesunguhnnya Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.
Lakum di Nukum Wali Yaddin.
Woha!
kata-kata tentang waktu singkat 在 Pai Syahira Facebook 的精選貼文
| Maqamat-Maqamat Nafsu |
Dalam perbicaraan ilmu tasauf, peringkat-peringkat nafsu seorang dan alamat-alamatnya dapatlah dibahagi kepada tujuh darjat atau martabat, dan dalam peringkat-peringkat itu terdapat ahli-ahlinya bagaimana berikut :
1. AHLI NAFSU AMMA-RAH
Tabiat hati ahli peringkat ini selalu terdedah kepada godaan hawa nafsu dan syaitan. Oleh itu nafsu amma-rah sentiasa menyuruh seseorang berbuat kejahatan sama ada ia faham perbuatan itu jahat atau tidak. Baik jahat sama di sisi perasaan hatinya. Ia tidak merasa duka atau menyesal di atas perbuatan jahat, malah kadang-kadang sebaliknya iaitu apabila ia berbuat jahat maka terdapat perasaan lega dan gembira di kalbunya.
Sebagai contoh : Jika tertinggal sembahyang misalnya maka tidak terdapat perasaan runsing atau kesal di atas peninggalan itu tetapi kadang-kadang meninggalkan sembahyang itu lebih memberi rasa ria' dan gembira untuknya. Dan kiaslah lagi contoh-contoh lain umpamanya jika ia mencuri atau dapat memukul orang maka perasaannya lebih gembira dan senang.
Firman Allah :
"Sesungguhnya nafsu (amma-rah) itu sangat menyuruh berbuat jahat"
وَمَآ أُبَرِّئُ نَفْسِىٓ ۚ إِنَّ النَّفْسَ لَأَمَّارَةٌۢ بِالسُّوٓءِ إِلَّا مَا رَحِمَ رَبِّىٓ ۚ إِنَّ رَبِّى غَفُورٌ رَّحِيمٌ
"Dan tiadalah aku berani membersihkan diriku; sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah ia dari hasutan nafsu itu). Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
[QS. Yusuf: Ayat 53]
Setengah daripada sifat-sifat garisan kasar yang timbul dari benih nafsu amma-rah yang cemar ini ialah :
- Bakhil
- Tamak
- Panjang angan-angan
- sombong Takabbur
- Ingin dan kasihkan kemegahan
- Ingin namanya terkenal dan masyhur
- Hasad Dengki
- Dendam kesumat
- khianat dan niat jahat
- Bertabiat lalai kepada Allah
- Dan lain-lain
Barangsiapa berasa meletup di hati atau merasa berdegup di kalbu dengan salah satu daripada sifat-sifat tersebut maka itulah tandanya ia termasuk dalam golongan amma-rah yang biadap itu : Kebanyakan orang awam kita tidak terkecuali jahil atau berilmu adalah tak terlepas dari golongan nafsu ini. Bahkan termasuk dalam golongan ini juga sekalipun ia dari orang alim jika terdapat sifat-sifat seumpama itu, kerana dengan semata-mata banyak ilmu tidaklah menukar orang itu menjadi orang sufi yang bersih hati. Syurga tetap tidak terjamin untuk orang nafsu amma-rah ini kerana ia adalah ibarat tembaga atau besi berkarat yang perlu dibakar lebih dahulu sehingga suci bersih. Syurga tidak terima barang-barang kotor kecuali apabila ia telah dibersih kerana syurga tempat yang bersih.
Nafsu amma-rah ini adalah serendah-rendah darjat dan sejahat-jahat nafsu dalam dunia perbicaraan tasauf. Oleh ituu tempat yang wajar untuk golongan ini ialah kawah neraka sebagai tempat penginapannya.
Jika mahu terkikis sifat-sifat berkarat dan kotor yang timbul dari benih nafsu amma-rah itu hendaklah ia masuk ke dalam golongan sufi serta mengikut cara peraturan orang sufi bagaimana ia dapat meleburkan sifat-sifat durjana yang melekat di hati itu. Dan tidak ada jalan yang lain daripada jalan ini jua kerana jalan ini sudah dicubai dan diistiqra'i oleh orang-orang sufi.
2. AHLI NAFSU LAWWA-MAH
Nafsu lawwa-mah ialah nafsu yang selalu mengkritik diri sendiri atau mencela diri sendiri apabila berlaku suatu kejahatan dosa di atas dirinya. Nafsu ini lebih elok dan tinggi sedikit darjatnya daripada nafsu amma-rah tadi kerana ia tidak puas hati di atas dirinya yang melakukan kejahatan lalu ia mencela dan mencerca dirinya sendiri. Sungguhpun darjat nafsu ini tinggi sedikit dari yang dahulu tapi tabiatnya sekali sekala tidak terlepas juga dari jatuh ke dalam jurang angkara dosa dan kejahatan, lalu ia cepat-cepat beristighfar kepada Allah serta menyesal di atas kesalahan yang dilakukan itu. Dalam Quran Tuhan Berfirman :
"Aku bersumpah dengan nafsu lawwa-mah (pencerca dan pengkritik diri)"
وَلَآ أُقْسِمُ بِالنَّفْسِ اللَّوَّامَةِ
Dan Aku bersumpah dengan "Nafsul Lawwaamah" (Bahawa kamu akan dibangkitkan sesudah mati)!
[QS. Al-Qiyamah: Ayat 2]
Sebagai contoh : Kalau ia tertinggal sembahyang misalnya terdapatlah perasaan kecut hati kerana menyesal di atas ketinggalan sembahyang itu lalu ia terus pergi qadha' cepat-cepat dengan tiada perasaan hendak bertangguh-tangguh lagi dan bermohon ampun banyak-banyak kepada Allah dengan perasaan yang sungguh-sungguh dan kiaslah lagi di atas perbuatan-perbuatan yang seumpama itu.
Di antara sifat-sifat kasar yang timbul dari benih nafsu lawwa-mah itu ialah :
- Mencela kepada kesalahan diri sendiri
- Bertabiat berfikir (bertafakur)
- Terdapat perasaan kecut hati bila bersalah
- Terdapat perasaan mengkritik terhadap apa jua yang dikatakan kejahatan
- hairan kepada diri sendiri kerana disangka dirinya lebih baik (ajub)
- Membuat suatu kebajikan kerana hendak memperlihat kepada orang lain (ria')
- Memperdengar kepada orang suatu kebajikan yang dibuatnya supaya mendapat pujian orang suma'ah
- Dan lain-lain daripada sifat-sifat keaipan hati.
Barangsiapa berasa meletup di hati atau berasa berdegup di hati dengan sifat-sifat umpama itu maka itulah tandanya ia termasuk dalam golongan nafsu lawwa-mah.
Martabat nafsu lawwa-mah ini terletak pada kebanyakan orang awam yang kelas istimewa dari martabat amma-rah tadi. Kecuali dengan mendapat keampunan Tuhan dan rahmatNya kerana ia masih tertinggal melekat dihati sisa-sisa sifat kotor yang perlu dikikis habis iaitu seperti sifat-sifat ujub, ria', suma'ah, dan seumpama daripada sifat-sifat keaipan hati. Ibarat perak bercampur tembaga, dan nilaiannya tinggi dari tembaga berkarat tadi. Dan tak syak lagi bahawa sifat-sifat keaipan hati itu tidak akan terkikis habis-habisan dari lubuk hati melainkan dengan memakai penawar cara leburan orang-orang sufi jua. Lain-lain jalan yang belum dijumpai lagi kerana orang-orang sufi telah membuat cubaan demikian dan pada diri sendiri.
Firman Allah :
"Orang-orang yang bermujahadah pada jalan Kami akan Kami tunjukkan mereka jalan Kami"
وَالَّذِينَ جٰهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا ۚ وَإِنَّ اللَّهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ
Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.
[QS. Al-'Ankabut: Ayat 69]
3. AHLI NAFSU MULHAMAH
Apabila sifat-sifat yang terkeji yang terdapat dalam nafsu amma-rah dan lawwa-mah tadi berjaya dileburkan mengikut cara orang-orang sufi maka bertukarlah darjat nafsu yang tak berbau syurga tadi beralih corak menjadi nafsu mulhamah, nafsu mulhamah ini ialah nafsu yang sudah menerima latihan beberapa proses kesucian dari sifat-sifat hati yang cemar tadi melalui tareqat sufiah. Dan dari kerana kesucian hati itu, terbuanglah lintasan-lintasan fikiran kotor atau khuatir-khuatir syaitan dan mengambil alih di tempat itu oleh khuatir-khuatir dari malaikat atau dari Allah yang mana kita namakan 'ilham'.
Firman Allah :
"Demi nafsu (manusia) dan yang menjadikannya (Allah) lalu diilhamkan Allah kepadanya mana yang buruk dan mana yang baik, sesungguhnya dapat kemenanganlah orang yang menyucinya (nafsu) dan rugilah (celakalah) orang yang mengotorkannya (nafsu)"
وَنَفْسٍ وَمَا سَوّٰىهَا
Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya);
[QS. Asy-Syams: Ayat 7]
فَأَلْهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقْوٰىهَا
Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa; -
[QS. Asy-Syams: Ayat 8]
قَدْ أَفْلَحَ مَنْ زَكّٰىهَا
Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),
[QS. Asy-Syams: Ayat 9]
وَقَدْ خَابَ مَنْ دَسّٰىهَا
Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).
[QS. Asy-Syams: Ayat 10]
Di antara sifat-sifat kasar yang timbul dari benih nafsu mulhamah yang baik itu ialah sifat-sifat terpuji bagaimana di bawah :
- Tak sayangkan harta sakhawah
- Berasa cukup dengan kurniaan harta yang ada (qana'ah)
- Berilmu laduni atau ilham
- Timbul perasaan merendah diri kepada Allah (Tawadhu')
- Taubat yang benar-benar (hakiki)
- Sabar yang hakiki
- Tahan menanggung kesusahan
- Dan lain-lain daripada sifat-sifat yang terpuji
Barangsiapa benar-benar teguh merasa dihatinya dengan sifat-sifat tersebut maka itulah tandanya ia termasuk dalam golongan nafsu terpuji itu (mulhamah). Kebanyakan orang-orang sufiah daripada orang awam yang dahulu-dahulu adalah terdiri dari golongan ini. Mereka boleh dinilai atau disifat dengan ahli syurga kerana mereka diibarat sebagai 'suasa' yang tetap bertahan dan tidak boleh berkarat lagi.
Mereka dalam martabat ini boleh dikatakan baru mulai masuk ke sempadan maqam wali yakni mereka kerapkali baru mulai mencapai fana yang menghasilkan rasa makrifat dan hakikat (syuhud) tetapi belum begitu teguh dan kejap kerana mereka dalam martabat ini masih ada kemungkinan akan lenyapnya kembali segala sifat terpuji bagaimana disebut tadi dan kemungkinan hilang lenyap pula rasa makrifat dan hakikat dari hati.
4. AHLI NAFSU MUTMA-INNAH
Nafsu Mulhamah tadi sungguhpun bersih dan suci tetapi belum lagi ia sampai kepada kejernihan yang teguh dan apabila nafsu itu teguh dan tetap dalam proses memcapai makrifat dan hakikat dan melekat di hatinya sifat-sifat yang terpuji jua dan tetap pula terkikis dari kalbunya sifat-sifat yang tercela maka di waktu itu berhak ia mendapat gelaran maqam nafsu mutma-innah namanya. Nafsu Mutma-innah adalah permulaan mendapat darjat wali kecil.
Firman Allah Taala dalam Al-Quran :
"Wahai nafsu mutma-innah kembalilah kepada Tuhan engkau sambil berhati suka-ria serta diredhai Tuhan maka masuklah olehmu dalam golongan hamba-hambaKu yang solih dan masuklah syurgaKu"
يٰٓأَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ
(Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): "Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! -
[QS. Al-Fajr: Ayat 27]
ارْجِعِىٓ إِلٰى رَبِّكِ رَاضِيَةً مَّرْضِيَّةً
"Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) ! -
[QS. Al-Fajr: Ayat 28]
فَادْخُلِى فِى عِبٰدِى
"Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia -
[QS. Al-Fajr: Ayat 29]
وَادْخُلِى جَنَّتِى
"Dan masuklah ke dalam SyurgaKu! "
[QS. Al-Fajr: Ayat 30]
Sifat-sifat kerohanian yang timbul dari benih yang waja lagi comel (nafsu mutma-innah) ini ialah bahawa dapat dirasa dalam hati sendiri oleh orang-orang yang berjaya mencapai maqam nafsu yang bertuah itu, akan sifat-sifat di antaranya ialah :
- Murah hati dan tak lekat wang di tangan kerana bersedekah
- Tawakkal yang benar
- Bersifat arif dan bijaksana
- Kuat beribadat
- syukur yang benar
- Redha pada segala hukuman Allah
- Taqwa yang benar
- Dan lain-lain lagi daripada sifat-sifat hati yang waja lagi terpuji.
Biasanya orang mencapai martabat ini tetapi tidak termesti, akan zahir padanya keramat-keramat yang luarbiasa, mendapat ilmu dengan tak payah belajar (ilham) kerana ia dapat mengessan rahsia-rahsia Lohmahfuz. Syurga untuk orang golongan ini terjamin kerana mereka ibarat emas tujuh yang bermutu dan lebih mahal dari nilaian nafsu-nafsu yang lepas. Inilah dia nafsu mutma-innah. Nafsu yang tetap bernilai dan terjamin dengan syurga bagaimana diterangkan oleh Tuhan dalam Quran tadi iaitu dialah yang wajar menerima jemputan Syurga Tuhan.
5. AHLI NAFSU RADHIAH
Tadi kita telah membicarakan nafsu mutma-innah yang memang sudah bergelar wali. Ini pula nafsu radhiah iaitu nafsu yang memang wali maqamnya tetapi ia lebih tinggi dari maqam wali mutma-innah tadi. Maqam nafsu ini dinamakan radhiah kerana selain daripada ia berjaya mencapai kejilahan dan kejernihan hati yang teguh itu maka nafsu ini terpocok kejap di dalamnya dengan perasaan keredhaan pada segala hukuman Allah. Bukan senang hendak mencapai maqam keredhaan nafsu ini kerana ia bukanlah umpama sebarang benda yang boleh disumbatkkan ke dalam sarang qalbu jika tidak ada sifat-sifat kelelakian yang benar-benar berhemah tinggi dalam perjuangan mujahadah dan ibadat untuk mencapai maqam nafsu mulia itu sebagaimana mengikut cara kaedah sufiah.
Oleh itu tabiat orang maqam ini adalah luarbiasa, ia tidak takut pada bala Allah dan tak tahu gembira pada nikmat Allah, yang ia tahu hanya keredaan Allah dan hukumanNya. Bahkan gentar gembira atau bala nikmat adalah sama jua di sisinya.
Malah segala masalah keduniaan sama saja di sisi orang-orang wali martabat ini. Wang ringgit sama dengan daun kayu, emas sama dengan tanah kering, segala kesusahan biasa mengenal hal-hal kehidupan dunia bagaimana tak tahan dirasa oleh manusia awam jauh sekali melekat di sarang hati mereka telah diisyaratkan oleh firman Allah :
"sesungguhnya orang-orang wali Allah itu tak pernah rasa ketakutan dan tak pernah rasa kerunsingan di atas mereka itu"
أَلَآ إِنَّ أَوْلِيَآءَ اللَّهِ لَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ
Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.
[QS. Yunus: Ayat 62]
Mengapa hati mereka sampai begini sekali? Jawabnya ; kerana nafsu mereka sudah terkikis dari akar umbi kesemua sekali karat-karat yang cemar dan pula sinaran nur syuhud yang membau mereka kepada makrifat, datang bertalu-talu masuk ke dalam hati nurani mereka yang tetap waja itu.
Alam di sekeliling mereka laksana cermin yang boleh mereka nampak Allah di dalamnya setiap ketika bagaimana mawam musyahadah terdapat dalam 'al-ihsan' pada umpama sabda Nabi S.A.W.
Maqam ini digelarkan wali Allah dalam martabat orang khawas. Dan mawam ini baru boleh diibarat emas bermutu lapan. Syurga memang terjamin. Di antara sifat-sifat kerohanian yang timbul dari benih radhiah yang berwaja dan tetap mahal nilaian ini ialah sifat-sifat yang berikut :
- Zahid
- Ikhlas
- Warak
- tinggal perkara-perkara yang bukan kerjanya
- tunai dan tepatkan hukum-hukum Allah
- Dan lain-lain lagi daripada sifat-sifat kerohanian yang tinggi-tinggi
Orang-orang wali maqam radhiah ini dapatlah ia mengecap nikmat sifat-sifat budi yang luhur atau sifat-sifat kerohanian yang tinggi itu dalam setiap ketika.
6. AHLI NAFSU MARDHIYYAH
Tak syak lagi maqam mardhiyyah ini lebih tinggi dari maqam radhiah kerana nafsu mereka dan segala hal atau segala apa-apa baik percakapan atau lakonan yang keluar dari mereka adalah diredhai Allah dan diakui Allah. oleh itu maka jadikan jiwa mereka, perasaan mereka, lintasan atau khuatir hati mereka, gerak geri mereka, penglihatan mereka, pendengaran mereka, percakapan mereka, pancaindera mereka, penumbuk tangan mereka, penendang kaki mereka, peludah air liur mereka dan seterusnya kesemuanya adalah diredhai Allah belaka.
Sabda Nabi S.A.W. dalam hadis Qudsi
"Sentiasalah hambaKu berdamping diri kepadaKu dengan mengerjakan ibadat sunat hingga aku kasihkan dia maka apabila Aku kasihkan dia nescaya adalah Aku pendengarannya yang ia mendengar dengan dia, penglihatannya yang ia melihat dengan dia, pertuturan lidahnya yang ia bertutur dengan dia, penampar tangannya yang ia menampar dengan dia, berjalan kakinya yang ia berjalan dengan dia dan fikiran hatinya yang ia berfikir dengan dia"
Maksudnya ialah segala perbuatan atau lakonan yang terbit dari hamba Allah yang wali umpama ini adalah kesemuanya berlaku dengan keredhaan Allah dan keizinan Allah belaka. Oleh itu maka timbullah dari sisinya perkara-perkara ganjil ajaib dan luarbiasa pada pandangan orang ramai umpama berjalan di atas air, terbang di udara, pergi ke Makkah dalam sekelip mata dan lain-lainnya. Dan kerapkali setengah daripada tingkah-lakunya terjadi sebagai tanda kenyataan Allah atau takdir Allah.
Ingatkah tuan cerita Nabi Isa A.S.? iaitu tatkala ia melawat sebuah kubur orang mati dan ia berkata kepadanya serta diisyaratkan kepada mayat dalam kubur itu yakni berdirilah engkau dengan izin Allah! Maka mayat dalam kubur itu pun hidup dan bangun berdiri dan berjalan hidup-hidup.
Cerita umpama itu juga berlaku pada Syeikh ahmad bin Idris (Imam Tareqat Ahmadiah) iaitu pada suatu hari, datang kepadanya seorang suami mengadu hal tentang kematian isterinya akibat ia memukulnya dengan tiada kesedaran dan menyebabkan ia menyesal di atas perbuatan itu, Sidi Syeikh pun jatuh rasa belas kasihan lalu ia pergi ke tempat isteri yang mati itu dan ia berkata kepadanya 'Bangunlah engkau dengan izin Allah' maka bangunlah mayat itu berjalan hidup-hidup.
Sebuah cerita lagi berlaku pada Syeikh abdul Qadir Al-Jailani iaitu tatkala ia sudah selesai dari makan dan tertinggal di hadapannya sisa-sisa tulang ayam, lalu ia menyeru kepada tulang-tulang ayam itu dengan katanya : 'Hai Tulang...! jadilah engkau ayam kembali!'. Maka terjadi tulang-tulang itu seekor ayam berlari hidup-hidup. Sedang ibu seorang budak khadam Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani menyaksi perkara ganjil itu dengan keadaan pelik.
Mengapa keganjilan demikian berlaku? Jawabnya, ialah kerana pengucapan-pengucapan orang maqam mardhiyyah umpama ini telah diredhai dan diizini oleh Allah S.W.T dan satu perkara yang sayugia diingat bahawa di hadapan orang yang umpama ini jangan-janganlah celupar mulut mengatakan sesuatu yang menyinggungkan hatinya, takut-takut terkeluar dari mulutnya pengucapan-pengucapan yang diredhai Allah maka jadi celakalah orang itu.
Berkata Imam Tariqat ahmadiah Sidi Syeikh Ahmad bin Idris Rahmatullah Taala yang masyhur keramatnya :
"Permulaan tareqatku ialah 'gila' diperkatakan orang.
Di pertengahan jalan, datang bermacam-macam ilmu pemberian Allah dengan tak payah belajar.
Dan di akhir Tariqatku ialah 'kun fayakun' (maksudnya datang bermacam-macam keramat jika dikehendaki."
Dengan huraian di atas terang dan fahamlah kepada kita maksud kata-kata hadis qudsi yang mengandungi cerita-cerita keramat tadi.
Orang mencapai maqam mardhiah ini digelar wali Allah dalam martabat Khawas Al-Khawadh yakni wali Allah dalam martabat yang istimewa daripada wali-wali yang tertentu. Ibarat emas bermutu sembilan, syurga tetap terjamin.
Sifat-sifat budi atau kerohanian yang timbul dari benih waja mardhiah yang bertuah ini, diantaranya ialah :
- elok dan tingginya budi atau kesusilaan, umpama nabi-nabi
- Lemah lembut dalam pergaulan masyarakat ramai bagaimana perangan nabi-nabi
- Sentiasa rasa selera perdampingan dengan Allah
- Sentiasa berfikir pada kebesaran Allah
- Redha dan rela dengan apa-apa pemberian Allah
- Dan lain-lain lagi daripada sifat-sifat budi kesusilaan yang terpuji
7. AHLI NAFSU KAMIL
Orang yang hendak mencapai nafsu kamil ini mestilah ia lalui dahulu proses perjalanan nafsu-nafsu satu demi satu yakni dimulai dari nafsu amma-rah, kemudian lawwa-mah, kemudian mulhamah, kemudian seterusnya. Ini jika ia menurut jalan adab tarbiah cara teratur, berlainan orang majdzub maka ia mungkin terlipat atau melangkah jalan dengan cara cepat tetapi orang majdzub ini dibimbangi tidak akan mencapai kejayaan kerana ia tidak ada istiqamah dalam perjalanannya. di sana ada jalan lebih baik dan lebih teratur dari itu iaitu jalan adab tarbiah guru melalui suluk campur jazbah. Inilah jalan terbaik sekali dalam dunia suluk dan tarbiah, seperti yang terdapat pada tareqat ahmadiah, Naqsybandiah dan lain-lain lagi.
Oleh itu orang yang hendak mencapai maqam nafsu al-kamil ini bukan senang malah berhajatlah kepada semangat yang benar-benar tinggi hemah dan berani menempuh jalan yang sukar-sukar dan susah-susah. Syeikh Abdul Kadir al-Jailani umpamanya, selama tiga puluh tahun lebih ia merempuh jalan umpama itu, lain orang lain pula perjalanannya : ada masa yang singkat, ada yang lama.
Maqam nafsu al-kamil ini adalah tertinggi dan teristimewa sekali dari maqam wali-wali yang lain di atas muka bumi ini kerana ia dapat menghimpunkan antara batin dengan zahir atau antara hakikat dengan syariat. Kerana itu maka ia digelarkan maqam Baqa', kamil mukammil, Al-insan kamil, yakni ruh atau hatinya kekal dengan Allah tetapi zahir tubuh kasarnya bersama-sama dalam pergaulan orang-ramai, jadi pemimpin membentuk masyarakat ke arah jalan yang diredhai Allah, seperti bagaimana yang terdapat pada khalifah-khalifah khulafa Al-Rasyidin di dalam zamannya atau sebagainya. Hati mereka umpama ini adalah kekal dengan Allah, sama ada di masa tidur atau jaga kerana mereka dapat musyahadah dengan Allah dalam setiap ketika. Dan maqam ini tidak dapat dinilai dengan apa-apa benda kejadian di alam ini walaupun dengan harga emas sebesar dunia ini kerana ia maqam khawas al-khawas. di ketika itu maka jadilah gerak geri mereka, tutur kata mereka, tidur jaga mereka, makan minum mereka, dan kelakuan mereka adalah ibadat semata-mata.
Rasul-rasul, Nabi-nabi dan wali-wali besar adalah terdiri dari golongan maqam ini belaka, tetapi pangkat Rasul lebih tinggi dari Nabi kerana Rasul maqam risalah ibarat berlian dan maqam nubuwwah ibarat intan.
Sifat-sifat budi utama yang timbul dari benih nafsu al-kamil yang teristimewa ini ialah sifat-sifat kerohanian murni dan juga perangai-perangai terpuji bagaimana yang terdapat dalam peringkat-peringkat nafsu yang baik seperti kita telah huraikan dengan panjang lebar dahulu. Syurga untuk mereka maqam al-kamil ini tetap teristimewa. Ibarat emas bemutu sepuluh.
KESIMPULAN KAEDAH SUFIAH
Dari penjelasan-penjelasan yang lepas dapatlah kita buat kesimpulan suatu kaedah begini :
* Tiap-tiap rasul adalah nabi
* Tiap-tiap nabi adalah wali
* dan tiap-tiap wali adalah orang sufi
Jadi, Rasul itu adalah orang sufi lagi wali lagi nabi.
Dan tidak boleh dikatakan nabi kalau tidak wali. Dan tidak boleh dikatakan wali kalau tidak orang sufi. Dengan demikian maka rasul itu mestilah orang sufi mengikut pengertian bahawa rasul itu adalah benar-benar berhati kerohanian yang sufiah, dengan tidak dikira atau diiktibar dari mana asal-usul datang perkataan sufi itu.
KESIMPULAN MAQAM-MAQAM NAFSU DAN PEMBALASANNYA MENGIKUT LOJIK SUFIAH
Dan dari penjelasan-penjelasan yang lepas juga dapatlah kita faham bahawa golongan ahli surga terdiri dari orang-orang yang keimanannya bermaqam-maqam dalam darjah nafsu dan makrifatnya. Oleh itu ahli syurga adalah mengikut maqam-maqam beribarat seperti berikut :
1. Maqam berlian
2. Maqam intam
3. Maqam emas sepuluh
4. Mawam emas sembilan
5. Maqam emas lapan
6. Maqam emas tujuh
7. Maqam suasa
8. Maqam perak
Selain daripada golongan itu maka semuanya dinilai ahli neraka belaka kecuali orang-orang yang mendapat rahmat besar dan keampunan dari Allah Azzawajalla. Ya allah ya Tuhanku! Ampunkanlah kami dari golongan orang awam yang banyak berdosa ini. Kalau tidak dengan rahmatMu maka celakalah kami di akhirat nanti.
Adapun orang-orang kafir yang sudah musnah keimanannya di dunia (negara nafsu) ini serupalah telur busuk temelar yang tidak boleh hendak dibaiki kembali lagi. Hendak digadai tak laku, jika hendak disedekah tak dipeduli orang bahkan dijerkah dan dilaknatnya kembali. Maka tempat yang wajar untuk orang yang demikian ialah dilontar sejauh-jauh ke dasar kawah neraka jahanam buat selama-lamanya.
Begitulah hikmat Allah yang sangat rahsia. Allah jadikan syurga berlapis-lapis mengikut kadar darjah maqam-maqam nafsu dan begitu juga sebaliknya Allah jadikan neraka.
Untuk kita sekarang, ukurlah diri sendiri lebih dahulu, kita berbuat apa sekarang? kemana kita akan pergi? adakah kita dari golongan orang yang akan bernasib baik? kalau tidak, maka akan buruklah padah di akhirat nanti.
[ Kitab Mengenal Diri & Wali Allah ]
kata-kata tentang waktu singkat 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的最佳解答
(40 nasihat untuk orang berumur 40 tahun-pesan pada diri sendiri)
Hai pembaca blog keretamayat yang budiman sekalian, pejam celik-pejam celik, hadas kecil-hadas besar, sedar tak sedar, penulis kesayangan (chewah) korang ni dah cecah umur 40 tahun. jika aku mati umur 60 tahun, umur pencen, umur Nabi Muhammad SAW wafat, lagi suku baki umur lagi nak habis. Tak lama dah...
Nak buat apa di umur 40 ini? Jackie Chan umur 40 tahun berlakon dalam Drunken Master terjun dalam api guling-guling. Tom Cruise masuk 40 tahun berlakon filem aksi Mission Imposible sampai dah tua pun bergasak lagi. Donnie Yen masuk 40 berlakon filem aksi Iron Monkey, dan sekarang dah tua pun jadi Ip Man pulak.
Apa kejadah pulak rujuk orang kapir di umur 40? jadi kita rujuk terus pada Nabi Muhamad SAW, apa Nabi buat?
Umur 40 tahun Nabi dapat wahyu dan jadi Nabi, Umur ni Nabi start buat kerja dakwah, berperang dan menakluk dunia. Nabi sempat ubah dunia dalam masa 23 tahun sahaja, lalu menjadi manusia pertama paling berpengaruh di seluruh dunia. Jadi belum terlambat jika aku mahu ubah dunia, bak kata mat saleh: life begin at 40.
Apa-apapun, sempena umur aku masuk 40 tahun, jadi aku nak kongsi empat puluh nasihat secara straight to the point kepada aku sendiri dan korang yang dah berumur sebaya dengan aku pun boleh baca, belum sebaya pun boleh baca, dah tua bangka pun boleh baca, no problem.
40 Pesanan kepada 40:
1. Rajinkan diri ke masjid, jagalah solat Jemaah sedaya upaya, sebab umur 40 tahun ini, jika masih jauh dari masjid takut hati jadi keras dan susah nak lentur bila ajal semakin hampir. Mati bila bila masa, tak payahlah buat ahli masjid mengumpat kita waktu mati dengan lafaz: arwah ni, masa mati baru nak ke masjid solat jenazah, hu hu hu. Tapi ke masjid bukan sebab takut mati takde orang tanam, tapi kerana perintah Allah dan sunnah Nabi!
2.Bab politik sempit, dulu masa muda, aku memang bersemangat nasihat pemuda Umno atau pemuda Pas supaya pilih parti politik berdasarkan ilmu, jangan sebab nama dia Islam kita terima bulat-bulat, jangan sebab nama dia Melayu maka semuanya betul, Sekarang aku dah tua, nasihat aku, mengundi adalah rahsia, tak payah kecoh sangat, lebih baik join Tabligh!
3. Kejayaan orang tua bila lambat sakit, itu jer. Masa muda korang demam pun dah susah nak menyanyi di karoeke, masa tua lagilah susah!, jadi jagalah kesihatan. Jangan jadi gemok macam aku di umur 40 tahun, kurangkan manis, garam dan makanan berminyak, berhenti makan sebelum kenyang, rajinkan diri bersenam dan jika korang merokok, berhentilah. Cintailah diri anda, cintailah badan anda, tak ada orang yang nak jaga diri anda melainkan anda sendiri. Banyakkan berjalan setiap hari, mandi sambil basuh bilik air pun okey. Tolong bini kemas dapur, tolong bini berkebun, bersukan dengan anak, basuh kereta bini, berdakwah rumah ke rumah, pendek kata, elakkan melepak. Do something better than do nothing. Alhamdulillah 6 bulan aku amal apa aku cakap, berat badan dah turun 10kg, perjalanan dalam misi kuruskan mayat masih jauh, huhu.
3. Gigi adalah harta yang boleh bawa masuk dalam kubur, jika tak nak bawak gigi masuk kubur, jangan gosok gigi!
4. Jangan sayang semua benda hingga rumah kita dipenuhi sampah dengan alasan sentimental value, jika kita simpan barang tak berguna, maka ianya akan memenuhi ruang rumah, dan memenuhi ruang kepala. Kos hidup bertambah dan banyak masa membazir, dan sangat rugi otak fikir kita ada benda tu, jadi.. sila Jual atau hadiah pada orang atau sedekah atau buang barang yang tak perlu, korang tu dah tua. Umur dah berkemas untuk mati, bukan lambak harta dan lupa pada mati. Adohai. (Note: aku nak jual homestay di Kemaman sekali dengan perabot-malas nak fikir fikir, nak beli pm tepi)
5. Zaman dulu cabut gigi sangat sakit, zaman sekarang ada Ubat bius yang bantu orang sakit gigi cabut gigi tanpa menderita, bermakna teknologi canggih akan bantu hidup kita. Gunalah teknologi, jangan kolot sangat, Beli telefon mahal sikit tak apa, catat nota, ambik gambar cantik, mudahkan edit. susun "appointments" dalam google calendar, synronize pada phone, dokumentasikan aktiviti dan info, rancang ‘things to do’ elok-elok, mesyurat laki bini boleh rekod terus secara online. Jadi jangan berhenti belajar teknologi dan gunakan.
6. Dalam umur 40-an, korang akan dapat banyak ilham untuk buat pelbagai projek, nasihat aku, Jangan tangguh projek, sebab nak mati esok-esok dah, jadi terus buat! Projek yang korang tak suka tapi penting kena buat cepat cepat, projek yang korang suka pula boleh buat lambat-lambat sambil enjoy. Macam makan ubat yang pahit kita telan, makan makanan yang sedap, kita kunyah perlahan lahan. contoh projek: (menulis buku pelbagai tajuk, berniaga pasaran baru, bantu orang susah, mengembara sambil beramal, berdakwah pintu ke pintu seluruh dunia, cipta produk baru, bantu system bertambah baik, dan sebagainya). selamat buat projek gempak! Hidup terlalu singkat untuk bertangguh.
7. Jika belum menulis, siapkan juga tahun ini, umur 40 tahun kena ada sekurang kurangnya sebuah buku, untuk itu, Pergi mana mana bawa buku atau phone canggih, dapat idea, terus tulis dalam phone, email pada diri sendiri, atau tulis dalam FB dengan setting only me, atau whatsapp pada group yang hanya ada diri sendiri atau puan bini. Jangan biar idea lama lama bersarang dalam kepala, tulis terus. Idea terlalu lama dalam otak akan dapat buasir otak. Manfaatkan teknologi dalam bekarya. (Alhamdulillah, di umur 40 ini, aku dah tulis 11 buah buku yang masih laris dipasaran dan masih diulang cetak)
8. Jika ada masalah yang tak nampak jalan penyelesaian dengan pasangan dan rasa bercerai lebih baik, pergilah pejabat agama sekarang, jangan tunggu umur 50 tahun atau 60 tahun baru nak bercerai-nasihat ni aku dapat dari kawan yang bercerai di usia tua, menyesal sebab tak bercerai awal-awal bila ada masalah dan semakin lama semakin parah-adohai. Tapi aku tak faham bab ni sebab belum alami. Nauzubillah. Katanya lagi masa muda bercerai lagi bagus, jangan tunggu dah tua-tua baru nak bercerai, atau nasihat tersirat yang sebenarnya, DAH MASUK 40 TAHUN JANGAN LAH BERCERAI SEBAB KORANG DAH MATANG!
9. Umur 40-an patut dah duduk rumah sendiri. Tapi jika masih menyewa, jangan malu belajar untuk dapat miliki rumah. Tak semestinya rumah yang mewah, cukup rumah yang selesa. Sama jugak kenderaan, Kereta tak perlu mewah, cukup kereta selesa. Nobody care.
10. Mengembara di umur ini sangat bagus, bawa anak anak mengembara sama, dah tua nanti kesihatan akan menghalang korang. Jadi pergilah ke tempat korang rasa nak pergi, bila sakit nanti duduk rumah sahajalah. Melancong dalam kerja dakwah tabligh pun bagus, bawak bini (Jemaah masturat) pergi luar negara, kos murah, pahala dapat, dan jika mati di kira mati di jalan Allah.
11. Banyakkan bantu orang ikut kemampuan, ianya akan buat hidup lebih bermakna dan bahagia sebab orang tua peneman dia adalah kenangan, Jadikan bantu orang sebagai kenangan terindah di hujung usia dan di dalam syurga. Boleh tiru Saidina Umar yang ronda malam-malam sambil bantu orang. Siapa yang banyak bantu orang, disyurga nanti akan sangat seronok bersembang tentang kenangan hidup di dunia.
12. Jangan berdebat. Biar orang muda jer berdebat. Korang yang tua ni bawak bertenang, itu lebih baik.
13. Jika suka pada orang kena luahkan, itu orang tua kena buat, jangan tunggu anak cakap, bini cakap, cucu cakap, sebab orang muda punyai ego masing-masing, orang tua walau ego tinggi tapi kena mengalah. Luahkan isi hati sekarang dan nikmati setiap masa bersama orang tersayang. Jika buat salah dengan orang muda, atau anak anak, mintaklah maaf, orang muda akan respek dengan orang tua yang mintak maaf. Memaafkan orang muda adalah terapi diri bagi orang tua.
14. Bab rezeki mengikut falsafah barat: 70 peratus dari kejayaan kita adalah nasib baik dalam takdir, tapi jangan pandang rendah 30 peratus pada USAHA DAN ILMU untuk capai kejayaan itu. Kejayaaan hidup juga ditentukan oleh channel yang betul, net working yang luas, dan RAJIN. Sebelum itu, Jangan tengok kejayaan rakan sebaya, tapi tengoklah nikmat yang sedang dilimpah Allah pada korang, sungguh hidup ini bukan perlumbaan. Berusahalah dengan ilmu yang betul dan bertawakallah.
15. Tolong jangan boros, simpanlah duit, belanja di tempat yang betul sahaja, sebab kerjaya dan kawan tak jaga korang bila sakit, keluarga: ya! Jika betul didikan agama. Jadi didiklah keluarga dengan agama, mereka akan jaga korang sampai Syurga!
16. Nafas yang korang sedut, adalah nafas yang orang mati hari ini tak boleh sedut, bersyukurlah dan berhentilah mengeluh. Hembuskan nafas dengan Alhamdulillah. Bersyukurlah dengan nikmat umur, jangan jadi orang tua yang cemburu tengok orang muda tapi jadilah orang tua yang simpati pada orang muda kerana mungkin mereka orang muda tak akan sampai ke usia anda. Anak korang pulak hanya ada sekali sajer pengalaman kanak kanak, warnailah dengan kasih sayang dan kejutan indah.Pasangan kita pun sama, sekali jer pengalaman kahwin dengan korang, jadi hiaslah dengan kejutan kasih sayang penuh makna, chewah..
17. Buat persiapan mati, masa tidur tu anggap esok dah takde dah. Semua harta akan jadi tanah, hargailah masa. Pesanan Stave Job ini pun bagus: “Jika anda hidup setiap hari seperti hari terakhir anda, satu hari nanti pasti anda akan betul.” bermakna: Jika hari ini adalah hari terakhir dalam hidup korang, adakah korang akan buat seperti yang korang nak buat sekarang? Jika jawapannya ‘tidak’. Maka teruskan cari jawapan ‘ya’ dan insyaAllah korang akan temukan ketenangan dalam hidup. Lebih kurang hadis Nabi: ”Perbanyakkanlah mengingati sesuatu yang dapat merenggut kelazatan dunia, iaitu mati.” Pasti ada Kejayaan.
18. Sayangi ibu bapa lebih dari sayang pada anak bini, dan Jika mertua mintak bantuan harta atau masa dari kekasih korang, jangan nak emosi sangat, sebab dia mintak bantuan bukan dari kekasih korang sahaja, tapi dari anak dia!
19. Tak apa jika anak-anak melihat korang menangis, baru korang akan ada modal nak bercakap dengan lebih deep.
Jangan jadi orang tua yang serius, tolong simpan beberapa punch line untuk kongsi dengan anak cucu.
20. Kita tak boleh selamatkan orang yang tak mahu diselamatkan, walaupun mereka adalah anak atau kawan yang kita sayang, isu murtad, gay, pilih pasangan yang salah, dadah, pilihan parti polittik dan sebagainya, memang ada orang yang tak nak diselamatkan, jadi move on, jangan terperangkap dalam pilihan silap orang lain sehingga kita jadi orang yang buang masa buat benda sama tapi harap keputusan berbeza. Nabi hijrah ke Madinah bila orang kampong tak suka- move on.
21. Jangan harap semua pada pasangan, pandaikan diri memasak, kemas rumah, bersiap, memandu, baik pulih kerosakan teknikal, sebab hidup ini tak lama, sampai masa korang akan berpisah kerana ajal atau putus jodoh. Jadi jangan tambah sedih di hari pemergian orang tersayang kerana tiada bakat berdikari.
22. Jangan buat keputusan ketika marah atau gembira. Sebab bila tiba waktu bertenang, korang akan menyesal dengan keputusan itu, eh? sekarang sudah bertenang dan rasa nak buat benda baru tapi malu? You can do it, buat sekarang, nak main gitar? Nak berceramah? Nak menyanyi? Buatlah, yang penting benda tu tak berdosa dan tak meyusahkan orang, jika malu, buat jugak tapi bukan depan orang. Woha!
23. Bergaullah dengan masyarakat, jangan jadi kera tua yang sumbang, merendah diri dalam bergaul, joint geng masjid, join budak tabligh, duduk ceramah agama. Atau buat buat tak pandai dan pergi belajar sebab kita bukannya betul sepanjang masa.
24. Jika ada peluang bersembang dengan orang yang jauh lebih tua, tanya dia, bagimana jaga kesihatan?, bagaimana jaga perkahwinan?, bagaimana didik anak?, Tanya juga apa yang pakcik paling menyesal dalam hidup?, apa keputusan yang paling baik dalam hidup pernah pakcik buat? Dan lain-lain, itulah cara berkawan dengan orang tua. Jangan cerita sangat tentang diri kecuali orang tanya.
25. Dah tua ramai pilih hobi berkumpulan seperti naik basikal, panjat gunung, radio amatur, motor besar, memancing, bertabligh, menulis dan macam macam, tak kisah apa pilihan korang tapi kalau boleh hobi tu biar dapat dapat kesihatan, dapat duit atau dapat pahala! dan paling penting, tak menyusahkan orang tersayang di sekeliling.
26. Jika semak tumbuh belakang rumah, cabutlah sekarang, sebab lama-lama semak itu akan menjadi semak samun, waktu tu dah susah nak buang, dan dari semak samun datang pelbagai ancaman seperti lipan, ular, kala jengkin dan sebagainya. itu yang berlaku di belakang rumah, juga perkara yang sama berlaku dalam hati manusia, jika ada dendam benci, mengeluh, dan pelbagai penyakit hati, kena buang semua tu sebelum ianya membesar dan makin parah. Macam rumah rosak repair terus,kereta rosak repair terus, jangan bertangguh, nanti duit akan banyak habis dan susah nak dibaik pulih. Begitulah Hati bila terasa, pujuk terus, buat salah, minta maaf terus, nanti putus silaturahaim tak cium bau syurgalah kita.
27. Kadang kadang kita kecewa diumur tua bila kawan kawan sebaya masih berfikiran tidak matang, jangan pulaukan diri, waktu lapang, banyakkan baca buku yang ditulis oleh orang pandai, bila dalam otak kita ada banyak pengalaman hidup orang pandai, ianya akan memudahkan kita dalam menyusaikan pengalaman hidup di dunia ini yang sentiasa berubah rubah ujiannya. Jika tak ada buku orang yang pandai dari pandangan mata korang, pergi tulis buku sendiri!
28. Hargailah pasangan yang sanggup hidup dalam dunia kita dengan cara bersyukur akan setiap kelebihannya, dan bersabar dengan setiap kekurangannya. Nobody perfect. Kahwin ni bukan kau bagi 50% dan pasangan kau bagi 50%, tapi kahwin ini kau bagi 100% dan pasangan kau pun bagi 100%
29. Kerja dapat duit:-penting untuk kelangsungan hidup berkeluarga, tapi jangan abai keluarga kerana kerja. Tak salah kerja lebih masa, asalkan ada masa korang spent balik dengan family, yang penting jangan terlalu workaholic tapi jadilah family man. Hidup ini macam akaun bank, ada wang keluar masuk, kita tak nak akaun kita kosong, dan kita tak nak pulak duit tak keluar-keluar, sebab air yang tak diguna dalam perigi akan jadi perigi buta yang busuk dan memudaratkan, maka imbangilah masa untuk anak bini diberi tapi jangan lupa masa untuk diri sendiri, dan masa untuk Tuhan.
30. Burung yang keluar awal pagi, akan dapat lebih banyak ulat, burung yang dah tahu lokasi ulat dan keluar awal pagi, lagilah banyak dapat ulat, orang tua kena tidur awal dan bangun awal. InsyaAllah rezeki akan murah.
31. Jangan takut buang masa pergi jumpa doctor waktu sihat, sebab bila dah sakit, hari hari jumpa doctor.
32. Dah tua begini, tak payahlah nak share semua berita sampah dalam FB atau whatsapp. Jika dapat berita jangan terus sebarkan, siasat dan rujuk pakar, jika ada orang datang mengadu masalah, kena dengar berita dua pihak baru buat kesimpulan. Jangan cepat menghukum, sebab menghukum ni kerja Tuhan, jangan ambik kerja Tuhan.
33. Orang tua yang baik datang dari orang muda yang baik, orang tua yang sihat datang dari orang muda yang sihat. Ahli Syurga yang baik datang dari ahli dunia yang baik, maka jadilah baik SEKARANG.
34. Bila tua kita lihat dunia lebih luas, dan selalu nampak silap orang, maka simpatilah kepada orang muda yang selalu buat silap, jangan marah mereka, nasihat elok elok, sebab dalam pandangan mata mereka yang sempit, tetap nampak silap kita sebenarnya.
35. Kebahagian adalah pilihan, kita datang tak bawak dosa pahala, tapi kita pergi akan bawak dosa pahala, maka dalam apa jua keadaan, Jangan gaduh gaduh, jangan kafirkan orang, berlapang dadalah. Pilihlah untuk bahagia dengan banyak bersabar dan selalu bersukur.
36. Jangan takut menjadi tua, dan jangan lawan umur dengan solek nak bagi hilang kedut, warna rambut, pakai baju orang muda, seluar jeans, pakai pemutih bagai apa semua tu- tak perlu!, kalau boleh korang dah jadi tua sebelum tua, dulu masa aku umur 30 tahun, aku dah berfikir macam orang umur 40 tahun, jadi bila umur 40 tahun, fikiran dah match, atau mungkin, aku sekarang berfikiran 50 tahun? Mana tahu, ha ha.
37. Lupa pulak nak nasihat apa.
38. Banyak lagi ni
39. Nanti jika ingat aku tulis.
40: Okey, cukuplah tu nasihat dari seorang aku yang sudah 40 tahun. Sepatutnya 40 nasihat, tapi yang tak cukup tu korang isi sendiri sebab korang orang tua pasti banyak songeh punya, ha ha! Okey, Kena berhenti menulis sekarang sebab rasa kebas punggung duduk atas kerusi lama-lama, dah tua-tua: ‘beginilah’, adohai…
Ps: Jika cukup 99 nasihat, boleh aku terbit buku 99 kata-kata Hamka keretamayat, Woha!