・・・
HAPPY INTERNATIONAL WOMEN’S DAY
.
Wanita, dimanakah kedudukannya?
.
Dibelakang setiap lelaki yang hebat, berdirinya seorang wanita.
Pepatah lama ini selalu kedengaran di cuping telinga kita dan pernahkan kita termenung sejenak akan kebenarannya?
.
Setiap individu mempunyai persepsi tersendiri, dan bagi diri saya yang telah melalui proses mendirikan rumah tangga serta membesarkan dua cahaya mata, pepatah itu saya ditukar. Wanita sebenarnya bukan berdiri di belakang setiap lelaki yang hebat tetapi wanita itu berdiri di TEPI mereka.
.
Kenapa wanita itu berdiri di tepi dan bukannya di belakang? Mari saya kongsikan pengalaman saya sendiri disini.
Dari usia muda lagi saya tidak bermain dengan kehidupan. Saya menetapkan misi hidup dan apa yang ingin dicapai dalam sekian-sekian peringkat umur. Apabila saya melakukan sesuatu juga ianya datang dengan niat dan misi tertentu dan bukannya sekadar saja-saja atau suka-suka. Saya menerima kedua-dua pepatah mat salleh iaitu ‘we only live once’ dan juga ‘we die once’. Bagi saya kedua-dua nya ‘make sense’ dan pokoknya kehidupan kita ini hanya mempunyai satu nyawa sebelum kita beredar ke alam yang lain. Cukup mukadimahnya.
.
Setelah mengenali seorang wanita yang saya nampak ada ciri-ciri yang dikehendaki, saya tidak mengambil masa yang lama untuk mengikatkan tali perkahwinan. Sudah tentu perlu akan restu orang tua nya terlebih dahulu. Waktu itu kalau kata orang melayu masih mentah, dan dalam karier pula, saya baru hendak menempa nama. Saya tak nak menyusahkan saudara saudari sekalian untuk meneka umur saya ketika itu, meh sini saya bagitahu, saya memilih untuk berkahwin pada umur 24 tahun. Ketika itu ramai terkejut dengan keputusan tersebut dan ramai mengatakan saya gila. Memang saya suka benda yang gila-gila ni. Ramai juga yang meminta saya fikirkan balik keputusan tersebut. Antara alasan-alasan adalah saya masih muda, karier baru nak naik, nanti perut buncit, badan akan naik lepas berkahwin, lutut akan longgar, tak boleh nak fokus kepada kerjaya, enjoy life dulu dan pelbagai lagi tanggapan dan stigma masyarakat yang pelik-pelik. Allahu Rabbi.
.
Di pendekkan cerita setelah berkahwin, kami berdua sentiasa memberikan sokongan kepada satu sama lain. Isteri saya ketika itu dalam proses menamatkan Master Degree beliau di Melbourne dan saya pula dengan latihan keras dengan misi untuk menjadi seorang juara dunia suatu hari nanti. Hidup pula pada awalnya menumpang rumah pasukan buat sementara waktu sebelum memilih untuk menyewa sebuah rumah kecil bagi menjalani kehidupan lebih privasi. Walaupun sentiasa sibuk dan keletihan dengan latihan berat, saya sentiasa cuba membantu dari segi fizikal dan moral didalam projek Universiti beliau yang ketika itu cuba menamatkan Master of Architecture. Begitu juga dengan isteri saya, beliau juga membantu mana-mana ruang yang diperlukan dan itu lah resam kehidupan berumah tangga. Senang? Sudah tentu tidak. Tetapi manis nya hidup berumah tangga adalah apabila kita saling melengkapi antara satu sama lain. Kerja rumah kami sentiasa sama-sama buat, kalau masing-masing sibuk, i cover u, u cover i. Gitcheww. Saya juga mendapati kedua-dua kami menjadi lebih bertanggungjawab dan tahap kematangan juga ‘up to the next level’. Disini saya nak ‘confirm’ kan, kematangan seseorang bukan berdasarkan umur tetapi pengalaman kehidupan. Hidup seseorang atlet bukan mudah tetapi bagi saya sendiri, mempunyai isteri kehidupan menjadi lebih mudah. Ni ikut pengalaman saya lah, orang lain mungkin berbeza kan. Dia lah tempat mengadu bila sakit dan susah. Dan dia lah tempat mendapatkan inspirasi dan motivasi serta nasihat. Dia masak untuk saya dan saya juga masak untuk dia, walaupun kami mempunyai dua citarasa berbeza. Alhamdulillah saya masih utuh berada di dalam dunia sukan dan isteri pula telah berjaya menamatkan pembelajaran dan kini menjaga dua cahaya mata yang membesar dengan sihat walafiat. Yang pasti, Allah sentiasa memurahkan rezki kami sekeluarga dan kadang kala dari sumber yang tidak terfikir logik akal. Kini saya masih mengemudi bahtera pelayaran dengan isteri disebelah sebagai orang kanan. Anak-anak kami pula santai di belakang melihat abi dan ummi mereka steady meredah ombak besar di tengah samudera
.
Saudara dan saudari sekalian. Semua nya bergantung kepada sikap kita. Bagaimana kita melihat sesuatu. Dan selepas kita melihat sesuatu, bagaimana pula kita menguruskannya. Pengurusan kehidupan haruslah mempunyai arah dan tanpa arah sudah tentu sesebuah kehidupan menjadi tidak bertujuan. Wanita itu boleh menjadi pemangkin kejayaan seseorang lelaki dan wanita juga boleh menjadi penjahanam kehidupan seseorang lelaki. Persoalan yang harus ditanya adalah bagaimana nakhoda itu mengemudi bahtera nya.
.
Sekarang anda pilih dimana letaknya seseorang wanita dalam kehidupan anda. Adakah di belakang? Di hadapan? Mahupun di tepi bersebelahan. Anda yang tentukan.
.
Sekian.
.
#FaktaAtauPendapat
#SajeSembang #SembangSembang
#SembangSukan #SembangInfo #SembangPengalaman
#teamazizul #azizulawang
Search
kenapa perut buncit dan keras 在 Hati-Hati! 7 Kebiasaan Ini Penyebab Perut Kamu Menjadi Buncit 的推薦與評價
Udah olahraga ini itu, ngikutin gerakan yang beragam, tapi perut kok masih buncit aja ya? Ada nggak FitSKWAD yang ngerasa kayak gini? ... <看更多>